Friday, August 14, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


8 anakanda Agong terima darjah kebesaran Pahang

Posted: 14 Aug 2020 10:00 AM PDT

KUANTAN: Lapan anakanda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ialah antara 58 penerima darjah kebesaran pada Istiadat Pengurniaan sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-61 Sultan Pahang, hari ini.

COVID-19: 20 kes baharu hari ini

Posted: 14 Aug 2020 01:58 AM PDT

PUTRAJAYA: Jangkitan baharu COVID-19 meningkat kepada 20 kes, hari ini, termasuk 11 daripada Kluster Tawar.

COVID-19: Kluster Muda dikesan di Kedah

Posted: 14 Aug 2020 02:28 AM PDT

PUTRAJAYA: Satu lagi kluster baharu dinamakan Kluster Muda dikesan di Kedah yang telah menjangkiti dua individu, setakat ini.

282 individu terhenti keahlian BERSATU kuat kuasa serta-merta

Posted: 14 Aug 2020 02:19 AM PDT

PUTRAJAYA: Seramai 282 individu terhenti keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), berkuat kuasa serta-merta.

2 restoran makanan segera, 1 kopitiam diarah tutup 7 hari

Posted: 14 Aug 2020 09:12 AM PDT

KEPALA BATAS: Dua restoran makanan segera dan sebuah kopitiam diarah tutup selama tujuh hari selepas dikesan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam Op Bersepadu Pemantauan Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), di sini, semalam.

Firma guaman tidak lapor kepada pihak berkuasa - Saksi

Posted: 14 Aug 2020 09:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, diberitahu bahawa firma guaman Tetuan Lewis & Co tidak melaporkan kepada pihak berkuasa apabila ia menerima RM76.9 juta daripada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kerana menyangka tindakan itu adalah tidak perlu.

Penubuhan RCI mampu henti kemelut isu TH

Posted: 14 Aug 2020 08:28 AM PDT

SHAH ALAM: Kemelut mengenai isu pengurusan Tabung Haji (TH) dan anak syarikatnya, diyakini berupaya menemui titik noktah menerusi penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

FAM tiada halangan pasukan beri saham kepada penyokong

Posted: 14 Aug 2020 08:06 AM PDT

KELANA JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tiada halangan sekiranya mana-mana pasukan Liga Malaysia (Liga M) mahu mengambil pendekatan untuk memberi sebahagian saham kepada penyokong sekali gus membolehkan mereka turut menjadi pemilik bersama pasukan atau kelab bola sepak (FC).

3 maut, seorang parah kereta bertembung lori sawit

Posted: 14 Aug 2020 08:04 AM PDT

LIPIS: Dua beradik antara tiga maut, manakala seorang parah apabila kereta dinaiki mereka bertembung sebuah lori membawa kelapa sawit di Kilometer 19 Jalan Lipis-Merapoh berhampiran Padang Tengku, di sini, petang tadi.

KAKB sedia bantu Lang Merah laksana penswastaan

Posted: 14 Aug 2020 07:57 AM PDT

ALOR SETAR: Koperasi Anak Kedah Berhad (KAKB) tampil mencadangkan struktur penyelesaian untuk pasukan bola sepak Kedah yang bakal diswastakan dengan konsep pemilikan berasaskan penyokong atau 'fan based ownership' (FBO).

PBBABT kecewa dengan tindakan PABM

Posted: 14 Aug 2020 07:45 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Atlet angkat berat Terengganu yang sudah tamat tempoh penggantungan, Nurul Afiqah Muhammad Zamzuri dan Muhammad Azfar Kamaruddin tidak dibenarkan beraksi pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 di Johor tahun depan.

KDNK Malaysia dijangka kekal menguncup pada suku ketiga

Posted: 14 Aug 2020 06:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: Walaupun fasa buruk bagi Malaysia sudah berakhir berikutan kelonggaran pelaksanaan sekatan bagi membendung pandemik COVID-19, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga tahun ini dijangkakan terus menguncup, kata RHB Investment Bank Bhd.

MRCB terbit Sukuk Murabahah RM600 juta

Posted: 14 Aug 2020 06:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) disenaraikan untuk kali pertama bagi terbitan Sukuk Murabahah dengan nilai nominal RM600 juta di bawah Program Sukuk Murabahah.

Pengarah jabatan MBSA direman 6 hari

Posted: 14 Aug 2020 06:49 AM PDT

PUTRAJAYA: Seorang pengarah jabatan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) direman enam hari bagi membantu siasatan kes rasuah kerana disyaki melindungi premis perniagaan haram dan pusat perjudian di sekitar Sungai Buloh.

MSM perkenal pemanis alternatif

Posted: 14 Aug 2020 06:45 AM PDT

KUALA LUMPUR: Anak syarikat FGV Holdings Bhd (FGV), MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) terus memanfaatkan reputasi produknya yang berkualiti tinggi dengan pelancaran pemanis baharu seperti Premium Prai, Go1/2 dan GoNatura.

COVID-19: Thailand rekod 17 kes baharu, semua kes import

Posted: 14 Aug 2020 06:30 AM PDT

BANGKOK: Thailand merekodkan 17 kes baharu COVID-19, termasuk 15 rakyatnya yang baru pulang dari India, menjadikan jumlah keseluruhan menjangkau 3,376 kes.

Kursus kemahiran, keusahawanan YAKEB dapat perhatian Reezal

Posted: 14 Aug 2020 05:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kursus Kemahiran dan Keusahawan anjuran Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara, Bukit Kiara turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Filipina tangguh permulaan sekolah

Posted: 14 Aug 2020 05:46 AM PDT

MANILA: Filipina menangguhkan pembukaan sekolah tahun ini kepada bulan Oktober memandangkan negara itu kini sedang berperang dengan peningkatan jangkitan COVID-19 dan bersedia untuk mengubah kelas kepada kemudahan kuarantin.

Turki anggap perjanjian UAE-Israel sebagai pengkhianatan

Posted: 14 Aug 2020 02:14 AM PDT

ISTANBUL: Turki mengecam perjanjian antara Israel dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di mana negara Yahudi berjanji untuk menangguhkan peluasan wilayahnya di tanah Palestin sebagai pengkhianatan hipokrit terhadap perjuangan Palestin.

Tiada bukti jangkitan COVID-19 menerusi makanan

Posted: 13 Aug 2020 11:37 PM PDT

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), semalam meminta orang awam supaya tidak bimbang mendapat jangkitan COVID-19 daripada makanan selepas China menemui kesan virus itu pada produk makanan.

PRK Slim: Tak guna sarung tangan, berus calitan

Posted: 14 Aug 2020 02:05 AM PDT

TANJUNG MALIM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim berjalan lancar dan cepat berbanding PRK DUN Chini sebelum ini.

Trump canang propaganda kelahiran Harris

Posted: 14 Aug 2020 05:31 AM PDT

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata beliau mendengar calon naib presiden Demokrat, Kamala Harris tidak layak untuk berkhidmat.

RON95 dan RON97 naik 5 sen, diesel naik 3 sen

Posted: 14 Aug 2020 05:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik lima sen, manakala diesel naik tiga sen, bagi tempoh esok hingga 21 Ogos ini.

Air mata 'makcik gelang pink'

Posted: 13 Aug 2020 10:15 PM PDT

IPOH: Nur Emah Mohamad Hashim atau dikenali sebagai 'makcik gelang pink' tidak mampu menahan sebak sebaik Majistret Nabihah Mohd Noor memutuskan hukuman penjara dan denda terhadapnya di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.

PRU-15: Agihan kerusi PN selesai 50 peratus

Posted: 13 Aug 2020 11:41 PM PDT

MARANG: Perikatan Nasional (PN) sudah menyelesaikan 50 peratus pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Asri Janggut sifatkan tangkapan penguat kuasa MBSA kejayaan rakyat

Posted: 13 Aug 2020 11:30 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau dikenali sebagai Asri Janggut, menyifatkan tindakan tangkapan ke atas penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai kemenangan rakyat.

Asri Janggut tiba bersama peguam

Posted: 13 Aug 2020 08:29 PM PDT

KUALA LUMPUR: Mohd Asri Hamid atau dikenali sebagai Asri Janggut tiba di Bukit Aman, di sini pada jam 10.30 pagi tadi bagi memberikan keterangan berhubung kenyataan jelik yang dikeluarkannya dalam dua sesi wawancara sebelum ini.

Mayat bayi ditemui di tempat buang sampah

Posted: 13 Aug 2020 09:14 PM PDT

KOTA KINABALU: "Saya ingatkan patung, rupanya bayi," kata Hassanudin Sabang, 28, yang menemui mayat bayi lelaki di tempat pembuangan sampah di Taipan, Inanam, tengah malam tadi.

3 pasukan belum mulakan proses penswastaan

Posted: 14 Aug 2020 05:08 AM PDT

KELANA JAYA: Ketika banyak persatuan bola sepak negeri (FA) sedang rancak mengatur persiapan untuk pertukaran status ke pasukan bola sepak (FC) bagi musim depan, lain pula halnya dengan tiga pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M).

Acryl Sani dilantik Timbalan Ketua Polis Negara

Posted: 14 Aug 2020 02:52 AM PDT

PUTRAJAYA: Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, berkuat kuasa hari ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template