BH Online - Terkini |
- UMNO Sabah bantah Bung Moktar ketuai PRN Sabah
- Muhyiddin hadir majlis bersama pemimpin PAS
- COVID-19: Vaksin percuma untuk rakyat Australia
- Akademi Selangor dianugerah ahli emas Piagam SupaRimau FAM
- Ziarah pesakit di hospital mungkin cetus Kluster Sala
- Pengesanan secara aktif babit ahli keluarga lebih berkesan
- COVID-19: Tujuh kes baharu, 26 pulih
- Abd Rahim Pengarah KDNKA baharu
- Pemegang saham Top Glove lulus cadangan terbitan bonus
- SunCon masih raih untung di tengah-tengah COVID-19
- Bayern pecat jurulatih remaja angkara rasis
- De Gea tetap yakin kemampuan diri
- Dr Mazliham dilantik Presiden MMU
- Ummah Rabbani tema Maal Hijrah
- Kes SD liwat: Polis panggil individu beri keterangan
- Geran bukti filem Malaysia mampu bersaing - Saifuddin Abdullah
- Guru, murid dijangkiti COVID-19, sebuah sekolah di Kulim diarah tutup
- 160 pelumba bakal gegarkan Tangkak hujung minggu ini
- Mohd Zuki dilantik pengerusi Cyberview
- MOM, MSN bakal bincang pemilihan atlet ke Vietnam
- Pembangkang dakwa menteri balik dari luar negara tidak jalani kuarantin
- Bukit Aman lantik pegawai kanan tinggi ketuai kes Indira Gandhi - KPN
- Untung bersih suku kedua Malakoff naik sekali ganda
- 4 ahli sindiket judi haram dikenakan POCA - KPN
- Impak COVID-19, Marks & Spencer hentikan 7,000 pekerja
- Ringgit ditutup kukuh, teruskan peningkatan
- Saham Top Glove, Hartalega lonjak Bursa Malaysia
- Seorang maut gempa di Filipina
- Pelajar perempuan lebih matang, punca ramai masuk IPT
- Kaukus Ahli Parlimen cari jalan halang lompat parti
| UMNO Sabah bantah Bung Moktar ketuai PRN Sabah Posted: 18 Aug 2020 09:06 AM PDT PETALING JAYA: Ketua Bahagian UMNO Sabah dan sekumpulan pemimpin parti itu membantah pelantikan Ketua UMNO bahagian Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai Ketua Jentera Pilihan Raya parti itu untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan hadapan. |
| Muhyiddin hadir majlis bersama pemimpin PAS Posted: 18 Aug 2020 07:25 AM PDT KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri sesi ramah mesra bersama Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara PAS di Bangunan Parlimen, di sini, malam tadi. |
| COVID-19: Vaksin percuma untuk rakyat Australia Posted: 18 Aug 2020 07:27 AM PDT SYDNEY: Australia berjaya memperoleh akses ke atas vaksin COVID-19, kata Perdana Menteri hari ini dan negara itu akan mengeluarkan dos percuma untuk semua rakyat. |
| Akademi Selangor dianugerah ahli emas Piagam SupaRimau FAM Posted: 18 Aug 2020 07:44 AM PDT KUALA LUMPUR: Akademi bola sepak Selangor yang dikenali Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Soccer Schools menjadi akademi kedua dianugerahkan ahli emas Piagam SupaRimau Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). |
| Ziarah pesakit di hospital mungkin cetus Kluster Sala Posted: 18 Aug 2020 03:41 AM PDT KUALA LUMPUR: Menziarahi pesakit di hospital dipercayai menjadi punca merebaknya jangkitan COVID-19 dalam kalangan pesakit daripada Kluster Sala di Kedah, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. |
| Pengesanan secara aktif babit ahli keluarga lebih berkesan Posted: 18 Aug 2020 04:22 AM PDT PUTRAJAYA: Bagi kes yang tidak tertumpu pada satu daerah, Kementerian Kesihatan akan membuat pengesanan secara aktif membabitkan ahli keluarga berbanding secara lokaliti. |
| COVID-19: Tujuh kes baharu, 26 pulih Posted: 18 Aug 2020 03:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Sebanyak tujuh jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, membabitkan empat kes import dan tiga kes penularan tempatan. |
| Abd Rahim Pengarah KDNKA baharu Posted: 18 Aug 2020 08:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar, antara enam pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terbabit dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa, 21 September ini. |
| Pemegang saham Top Glove lulus cadangan terbitan bonus Posted: 18 Aug 2020 07:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemegang saham Top Glove Corporation Bhd telah meluluskan cadangan terbitan bonus dua untuk satu pada 20 Julai lalu pada mesyuarat agung luar biasa diadakan secara maya hari ini. |
| SunCon masih raih untung di tengah-tengah COVID-19 Posted: 18 Aug 2020 07:47 AM PDT KUALA LUMPUR: Sunway Construction Group Bhd (SunCon) mencatatkan pendapatan RM140.2 juta dan keuntungan sebelum cukai RM2.3 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2020 meskipun berdepan persekitaran mencabar pandemik COVID-19. |
| Bayern pecat jurulatih remaja angkara rasis Posted: 18 Aug 2020 07:35 AM PDT MUNICH: Bayern Munich yang akan berdepan Lyon pada separuh akhir Liga Juara-Juara, Rabu ini memecat seorang jurulatih dari akademi remaja mereka yang didakwa berada dalam siasatan polis berkaitan tuduhan rasis. |
| De Gea tetap yakin kemampuan diri Posted: 18 Aug 2020 07:29 AM PDT LONDON: David de Gea tetap percaya terhadap kemampuannya, walaupun menerima banyak kritikan dalam beberapa bulan kebelakangan ini. |
| Dr Mazliham dilantik Presiden MMU Posted: 18 Aug 2020 07:06 AM PDT CYBERJAYA: Prof Datuk Dr Mazliham Mohd Su'ud dilantik sebagai Presiden Universiti Multimedia (MMU) yang baharu, berkuat kuasa 1 Ogos lalu. |
| Ummah Rabbani tema Maal Hijrah Posted: 18 Aug 2020 06:53 AM PDT KUALA LUMPUR: 'Ummah Rabbani Negara Harmoni' menjadi tema majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H/2020M yang akan diadakan di Masjid Negara Kuala Lumpur petang esok. |
| Kes SD liwat: Polis panggil individu beri keterangan Posted: 18 Aug 2020 06:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memanggil seorang lelaki bagi memberikan keterangan hari ini, berkaitan pendedahan yang mendakwa dirinya dibayar oleh seorang ahli politik untuk melakukan perbuatan liwat. |
| Geran bukti filem Malaysia mampu bersaing - Saifuddin Abdullah Posted: 18 Aug 2020 05:59 AM PDT KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan kejayaan Geran yang meraih Anugerah Daniel A Craft pada Festival Filem Asia New York (NYAFF) Ke-19 membuktikan industri perfileman negara mampu bersaing dan setaraf dengan filem terbaik Asia. |
| Guru, murid dijangkiti COVID-19, sebuah sekolah di Kulim diarah tutup Posted: 18 Aug 2020 04:08 AM PDT PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) sudah mengarahkan sebuah sekolah di Kulim, Kedah, ditutup selepas dikaitkan dengan penularan jangkitan COVID-19 daripada Kluster Tawar. |
| 160 pelumba bakal gegarkan Tangkak hujung minggu ini Posted: 18 Aug 2020 06:13 AM PDT KUALA LUMPUR: Seramai 160 pelumba mengesahkan penyertaan dalam tujuh kelas perlumbaan Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS yang dijadual berlangsung di Litar Tangkak, Johor minggu ini. |
| Mohd Zuki dilantik pengerusi Cyberview Posted: 18 Aug 2020 06:03 AM PDT CYBERJAYA: Pemaju hab teknologi, Cyberview Sdn Bhd (Cyberview), melantik Tan Sri Mohd Zuki Ali sebagai pengerusi bukan eksekutif baharunya berkuat kuasa 28 Julai 2020. |
| MOM, MSN bakal bincang pemilihan atlet ke Vietnam Posted: 18 Aug 2020 05:58 AM PDT KUALA LUMPUR: Satu pertemuan antara Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) akan diadakan bagi memperhalusi kriteria khusus berhubung pemilihan atlet ke Sukan SEA Vietnam seandainya kontinjen yang dihantar kali ini terdiri daripada atlet muda. |
| Pembangkang dakwa menteri balik dari luar negara tidak jalani kuarantin Posted: 18 Aug 2020 05:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang hari ini mendakwa di Dewan Rakyat seorang menteri tidak menjalani kuarantin selama 14 hari selepas pulang dari luar negara baru-baru ini. |
| Bukit Aman lantik pegawai kanan tinggi ketuai kes Indira Gandhi - KPN Posted: 18 Aug 2020 05:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan tinggi polis dilantik mengetuai kes M Indira Gandhi untuk mengesan bekas suaminya, Muhammad Riduan Abdullah, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador. |
| Untung bersih suku kedua Malakoff naik sekali ganda Posted: 18 Aug 2020 05:45 AM PDT KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Malakoff Corporation Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2020 melonjak 101 peratus kepada RM104.96 juta daripada RM52.25 juta dalam tempoh sama 2019. |
| 4 ahli sindiket judi haram dikenakan POCA - KPN Posted: 18 Aug 2020 05:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Empat ahli sindiket perjudian haram dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 pada bulan ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador. |
| Impak COVID-19, Marks & Spencer hentikan 7,000 pekerja Posted: 18 Aug 2020 05:36 AM PDT LONDON: Peruncit terkemuka United Kingdom (UK), Marks & Spencer akan mengurangkan 7,000 pekerjaan dalam masa tiga bulan sebagai sebahagian strategi penjimatan kos dalam mendepani cabaran pandemik COVID-19. |
| Ringgit ditutup kukuh, teruskan peningkatan Posted: 18 Aug 2020 05:26 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini memandangkan peniaga terus yakin minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS akan mengukuhkan jangkaan pasaran mengenai kenyataan memihak kepada kadar faedah rendah oleh bank pusat itu, kata penganalisis. |
| Saham Top Glove, Hartalega lonjak Bursa Malaysia Posted: 18 Aug 2020 05:22 AM PDT KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini bertentangan dengan bursa serantau, dengan indeks utama ditutup pada paras tertinggi harian, didorong oleh Top Glove dan Hartalega yang mencatatkan peningkatan. |
| Seorang maut gempa di Filipina Posted: 18 Aug 2020 05:21 AM PDT CATAINGAN, FILIPINA: Gempa bumi kuat dengan magnitud 6.6 pada skala Richter menggegarkan tengah Filipina pada hari ini, mengakibatkan penduduk kehilangan tempat tinggal dan kerosakan bangunan dan jalan raya, sekurang-kurangnya mengorbankan seorang mangsa. |
| Pelajar perempuan lebih matang, punca ramai masuk IPT Posted: 18 Aug 2020 05:04 AM PDT KUALA LUMPUR: Kematangan, pencapaian lebih baik dan jumlah pelajar perempuan lebih ramai di peringkat menengah tinggi menyebabkan peratusan golongan itu lebih ramai diterima masuk ke institut pengajian tinggi (IPT). |
| Kaukus Ahli Parlimen cari jalan halang lompat parti Posted: 18 Aug 2020 04:56 AM PDT KUALA LUMPUR: Kaukus Ahli Parlimen Reformasi Sistem Pilihan Raya ditubuhkan secara rasmi hari ini dengan tujuan utama bagi mencari jalan untuk menghentikan amalan lompat parti dalam kalangan ahli politik. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment