BH Online - Terkini |
- Pindaan akta lindungi pengguna media sosial
- Timbalan Pengarah JSJ bukan bapa saudara Farhash Wafa Salvador
- Pembunuh, tertuduh kes bunuh anggotai Parlimen baharu Sri Lanka
- PRK Slim: MCA akan bantu atasi masalah kaum Cina
- Khidmat Google pulih di seluruh dunia
- Majoriti perniagaan kecil tak mampu bertahan lebih 2 bulan akibat COVID-19
- Misi rampas tempat De Gea
- Pasukan khas tangani isu FELDA bentang laporan selewat-lewatnya bulan depan
- China pertahankan tindakan dutanya pijak badan penduduk Kiribati
- Paulus belum mahu mengalah
- MDEC lancar Gerakan #SayaDigital
- Warga emas maut, SUV jatuh tingkat 3 pangsapuri
- Hajat Hafizh tak kesampaian
- Mahkamah Thailand keluarkan waran tangkap terhadap aktivis pro-demokrasi
- TFC waspada jerat PJ City
- Balai Bomba Julau akan dibina jika ada keperluan
- Lelaki gelang 'pink' di lapangan terbang Langkawi negatif
- Kemenangan moral Harimau Kumbang
- Kuwait dijangka tidak mampu bayar gaji penjawat awam selepas November
- Permulaan sukar Liverpool
- Keputusan Mahkamah Tinggi KK esok jadi tumpuan
- DAPSY tampal tulisan Cina pada papan tanda jalan sekitar Kuching
- Dua tokoh Maal Hijrah bertemu kembali selepas hampir 50 tahun
- Tular premis judi di Segamat kes lama
- Remaja 16 tahun rogol adik kandung Tingkatan 3
- Kemasukan penuntut UA di Kedah, Sarawak mungkin ditangguh
- COVID-19: Kluster baharu dikesan di Bintulu
- Lebih 120 juta menganggur di India akibat perintah berkurung COVID-19
- Pentaksiran baharu ke SBP diumum dalam masa terdekat
- 'Miracle Mirage Khan' umum bersara tapi cabar Farkhan
| Pindaan akta lindungi pengguna media sosial Posted: 20 Aug 2020 07:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Sesi perbincangan pertama pindaan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244) yang berlangsung hari ini mencapai kata sepakat terhadap dua perkara utama iaitu aliran kerja proses pemindaan serta penggubalan rang undang-undang. |
| Timbalan Pengarah JSJ bukan bapa saudara Farhash Wafa Salvador Posted: 20 Aug 2020 09:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menafikan dakwaan Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) JSJ, adalah bapa saudara kepada Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador. |
| Pembunuh, tertuduh kes bunuh anggotai Parlimen baharu Sri Lanka Posted: 20 Aug 2020 08:20 AM PDT COLOMBO: Sesi pertama Parlimen baharu Sri Lanka membuka tirai hari ini dengan pembunuh dan tertuduh kes bunuh dipilih sebagai Ahli Parlimen menyokong kerajaan pimpinan adik-beradik Rajapaksa. |
| PRK Slim: MCA akan bantu atasi masalah kaum Cina Posted: 20 Aug 2020 08:03 AM PDT SLIM RIVER: MCA menggerakkan jentera pilihan parti itu untuk 'turun padang' mendekati pengundi Cina di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, khususnya di Kampung Baru, dekat sini. |
| Khidmat Google pulih di seluruh dunia Posted: 20 Aug 2020 07:56 AM PDT SAN FRANCISCO: Perkhidmatan Google termasuk Gmail, Docs dan Drive yang tergendala sementara di serata dunia hari ini berjaya dipulihkan dalam tempoh beberapa jam. |
| Majoriti perniagaan kecil tak mampu bertahan lebih 2 bulan akibat COVID-19 Posted: 20 Aug 2020 05:29 AM PDT KEPALA BATAS: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menganggarkan lebih 53 peratus atau kira-kira 450,000 usahawan Melayu daripada keseluruhan 960,000 yang berdaftar dengan SME Corp terjejas susulan wabak COVID-19 dan tak akan mampu bertahan lebih dua bulan tanpa bantuan kerajaan. |
| Posted: 20 Aug 2020 07:00 AM PDT LONDON: Dean Henderson kembali ke Carrington dengan misi merampas tempat selaku penjaga gol nombor satu Manchester United daripada David De Gea. |
| Pasukan khas tangani isu FELDA bentang laporan selewat-lewatnya bulan depan Posted: 20 Aug 2020 06:57 AM PDT TANJUNG MALIM: Pasukan Khas Menangani Isu FELDA yang dipengerusikan Tan Sri Abdul Wahid Omar akan membentangkan laporan penuh berkaitan agensi itu termasuk usaha pengukuhan kewangannya, selewat-lewatnya awal bulan depan. |
| China pertahankan tindakan dutanya pijak badan penduduk Kiribati Posted: 20 Aug 2020 06:50 AM PDT BEIJING: China hari ini mempertahankan tindakan duta besarnya di Kiribati yang memijak badan penduduk tempatan yang berbaring ketika upacara menyambut kedatangannya ke pulau berkenaan. |
| Posted: 20 Aug 2020 06:33 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih beregu campuran negara, Paulus Firman mahu gandingan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mengekalkan momentum bagi bersaing merebut tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 tahun depan selepas menjuarai saingan Divisyen 1 Kejohanan Jemputan BAM, Ahad lalu. |
| MDEC lancar Gerakan #SayaDigital Posted: 20 Aug 2020 06:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melancarkan Gerakan #SayaDigital untuk memperkasakan rakyat Malaysia bagi mempercepatkan pertumbuhan masyarakat digital di negara ini. |
| Warga emas maut, SUV jatuh tingkat 3 pangsapuri Posted: 20 Aug 2020 06:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas maut apabila kenderaan dipandunya terjatuh dari tingkat tiga tempat letak kereta sebuah pangsapuri di Bandar Baru Sentul di sini, petang tadi. |
| Posted: 20 Aug 2020 05:41 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah terpaksa melupakan perlumbaan Grand Prix (GP) Styria hujung minggu ini selepas dia disahkan masih belum cergas untuk berlumba. |
| Mahkamah Thailand keluarkan waran tangkap terhadap aktivis pro-demokrasi Posted: 20 Aug 2020 05:46 AM PDT BANGKOK: Mahkamah Thailand semalam mengeluarkan waran tangkap terhadap enam aktivis pro-demokrasi yang menuntut rombakan pentadbiran negara dan perubahan terhadap sistem monarki. |
| Posted: 20 Aug 2020 05:22 AM PDT KUALA TERENGGANU: Skuad Terengganu FC (TFC) sudah bersedia dari segi fizikal dan mental walaupun lebih lima bulan tidak beraksi dalam perlawanan kompetitif akibat pandemik COVID-19. |
| Balai Bomba Julau akan dibina jika ada keperluan Posted: 20 Aug 2020 05:05 AM PDT KLANG: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengarahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak untuk meneliti semula sama ada wujud keperluan pembinaan balai bomba di Julau seperti yang didesak pemimpin PKR negeri itu. |
| Lelaki gelang 'pink' di lapangan terbang Langkawi negatif Posted: 20 Aug 2020 05:00 AM PDT LANGKAWI: Lelaki warga asing yang dikesan memakai gelang merah jambu di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) hari ini, sudah disaring petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disahkan negatif COVID-19. |
| Kemenangan moral Harimau Kumbang Posted: 20 Aug 2020 05:00 AM PDT ALOR SETAR: Ketua jurulatih Pulau Pinang, Manzoor Azwira berharap kejayaan skuad kendaliannya bangkit menewaskan Kedah 3-2 pada aksi persahabatan malam tadi mampu menyuntik semangat anak buahnya menjelang aksi Liga Perdana, minggu depan. |
| Kuwait dijangka tidak mampu bayar gaji penjawat awam selepas November Posted: 20 Aug 2020 04:36 AM PDT KUWAIT: Negara teluk yang kaya dengan hasil minyaknya, Kuwait, mungkin menghadapi kesukaran membayar gaji penjawat awam selepas November ini. |
| Posted: 20 Aug 2020 04:11 AM PDT LONDON: Juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool berdepan permulaan sukar dalam misi mempertahankan kejuaraan musim depan apabila dijadualkan membuka kempen menentang Leeds, Chelsea dan Arsenal. |
| Keputusan Mahkamah Tinggi KK esok jadi tumpuan Posted: 20 Aug 2020 04:19 AM PDT KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini, akan bersidang esok bagi memutuskan sama ada keputusan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Julai lalu boleh diadili iaitu dibicarakan di mahkamah. |
| DAPSY tampal tulisan Cina pada papan tanda jalan sekitar Kuching Posted: 20 Aug 2020 04:07 AM PDT KUCHING: Tindakan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menampal pelekat bertulisan Cina pada papan tanda jalan di sekitar bandar raya ini bermotif menghasut dan cuba mencetus ketegangan. |
| Dua tokoh Maal Hijrah bertemu kembali selepas hampir 50 tahun Posted: 20 Aug 2020 04:01 AM PDT KUALA TERENGGANU: "Selain bersyukur dianugerah sebagai Tokoh Maal Hijrah 2020, saya juga bersyukur apabila dipertemukan dengan rakan sekelas, Mohamad Ghani, 66, yang sudah terpisah hampir 50 tahun lalu. |
| Tular premis judi di Segamat kes lama Posted: 20 Aug 2020 03:53 AM PDT JOHOR BAHRU: Polis Johor menafikan ada kegiatan perjudian di sebuah premis di daerah Segamat, susulan maklumat yang tular di Facebook hari ini. |
| Remaja 16 tahun rogol adik kandung Tingkatan 3 Posted: 20 Aug 2020 03:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan di Jalan Universiti, Petaling Jaya, tengah malam tadi selepas disyaki merogol adik kandungnya yang setahun lebih muda. |
| Kemasukan penuntut UA di Kedah, Sarawak mungkin ditangguh Posted: 19 Aug 2020 11:30 PM PDT SUNGKAI: Kemasukan pelajar universiti awam (UA) di Kedah dan Sarawak pada Oktober depan, berkemungkinan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). |
| COVID-19: Kluster baharu dikesan di Bintulu Posted: 20 Aug 2020 02:40 AM PDT PUTRAJAYA: Satu kluster baharu dikesan hari ini di Bintulu, Sarawak yang dikenali sebagai Kluster Alam dan sudah menjangkiti empat individu setakat ini. |
| Lebih 120 juta menganggur di India akibat perintah berkurung COVID-19 Posted: 20 Aug 2020 03:22 AM PDT NEW DELHI: Perintah berkurung COVID-19 di India yang dikuatkuasa sejak 25 Mac lalu mengakibatkan lebih 120 juta menganggur, termasuk lebih 18 juta yang hilang kerja sama sekali. |
| Pentaksiran baharu ke SBP diumum dalam masa terdekat Posted: 19 Aug 2020 07:27 PM PDT KUALA LUMPUR: Pentaksiran baharu bagi kemasukan murid tahun enam dan pelajar tingkatan tiga ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan diumum dalam masa terdekat. |
| 'Miracle Mirage Khan' umum bersara tapi cabar Farkhan Posted: 20 Aug 2020 02:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Petinju profesional negara, Muhammad Meeraj Omar mengumumkan persaraannya, hari ini selepas 15 tahun mengabdikan diri dalam sukan itu. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment