Friday, August 21, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


PRK Slim: Jentera BERSATU bantu kempen calon BN

Posted: 21 Aug 2020 09:03 AM PDT

TAPAH: Jentera parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bergerak seiring bagi membantu perjalanan kempen calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, kata Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Seorang maut, tiga parah dalam kemalangan di Tampin

Posted: 21 Aug 2020 08:54 AM PDT

TAMPIN: Seorang anggota tentera maut manakala tiga yang lain cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Ulu Rokan-Dangi, kira-kira 20 kilometer daripada Kuala Pilah, petang tadi.

Erdogan ubah sebuah lagi bekas gereja menjadi masjid di Turki

Posted: 21 Aug 2020 07:48 AM PDT

ISTANBUL: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, hari ini mengarahkan sebuah lagi gereja lama Ortodok yang kemudiannya menjadi muzium popular di Istanbul, diubah semula menjadi masjid bagi kegunaan umat Islam beribadat di negara itu.

Perlis 'juara' tunggakan gaji

Posted: 21 Aug 2020 07:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perlis muncul 'juara' jumlah kes tunggakan gaji yang tidak dapat diselesaikan selepas pasukan itu 'bungkus' dan digantung Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Maritim patahkan cubaan seludup 141kg ketum di perairan Kuala Perlis

Posted: 21 Aug 2020 07:40 AM PDT

KANGAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perlis menggagalkan cubaan penyeludupan 141.2 kilogram daun ketum ke negara jiran yang dimuatkan ke dalam 750 bungkusan plastik melalui perairan Kuala Perlis, hari ini.

Calon Bebas yakin dapat tawan hati pengundi

Posted: 21 Aug 2020 07:10 AM PDT

SLIM RIVER: Sekalipun kemeriahan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim dilihat cenderung kepada Barisan Nasional (BN), calon Bebas yang bertanding tetap yakin dengan peluang menawan hati pengundi.

Harga RON95, RON97 naik 3 sen, diesel turun 2 sen

Posted: 21 Aug 2020 07:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen manakala diesel turun dua sen bagi tempoh 22 hingga 28 Ogos ini.

Proton tembusi pasaran Kenya

Posted: 21 Aug 2020 07:08 AM PDT

SUBANG JAYA: Proton Holdings Bhd (PROTON) memasuki pasaran Kenya dengan kumpulan kereta pertama yang terdiri daripada 30 unit Proton Saga.

Filipina, China berbalah isu perairan di Terumbu Scarborough

Posted: 21 Aug 2020 07:07 AM PDT

MANILA: Filipina menuduh pengawal pantai China merampas secara haram peralatan menangkap ikan berhampiran sebuah terumbu yang sering menjadi pertikaian sebelum ini di Laut Cina Selatan.

2 ahli politik Ireland langgar peraturan COVID-19 letak jawatan

Posted: 21 Aug 2020 06:51 AM PDT

DUBLIN: Dua ahli politik kanan di Ireland meletak jawatan hari ini selepas melanggar perintah larangan COVID-19 dengan menghadiri jamuan ulang tahun ke-50 persatuan golf Parlimen negara itu.

'Kena bincang dulu sebelum bertumbuk'

Posted: 21 Aug 2020 07:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pertarungan antara Muhammad Meeraj Omar atau lebih dikenali sebagai 'Miracle Mirage Khan' dengan Muhammad Farkhan Haron boleh direalisasikan.

Maritim lancar operasi SAR kru kapal kargo warga China

Posted: 21 Aug 2020 06:57 AM PDT

SHAH ALAM: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kru kapal kargo warga China yang dilaporkan terjatuh ke laut di perairan Selangor, semalam.

PDRM umum 6 pertukaran pegawai kanan

Posted: 21 Aug 2020 06:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran jawatan enam pegawai kanannya berkuat kuasa pada 21 September depan.

TERKINI: Rayhan Kabir diusir ke negara asal malam ini

Posted: 21 Aug 2020 03:18 AM PDT

SEPANG: Lelaki Bangladesh yang mencetuskan provokasi dalam dokumentari berjudul 'Locked Up in Malaysia's Lockdown', Md Rayhan Kabir, diusir dari negara ini, malam ini.

Maguire serang polis

Posted: 21 Aug 2020 04:24 AM PDT

LONDON: Kapten Manchester United, Harry Maguire ditahan di Pulau Mykonos, Greece kerana didakwa menyerang polis selepas terbabit dengan pergaduhan di luar sebuah bar, menurut laporan media tempatan.

45 ditahan kerana memiliki senjata api di Thailand

Posted: 21 Aug 2020 06:22 AM PDT

BANGKOK: Polis Thailand menahan 45 suspek yang memiliki senjata api secara haram selain tiga lagi kerana membuat dan mengedarkan senjata api.

Penyelidik Singapura temui varian baharu COVID-19

Posted: 21 Aug 2020 06:08 AM PDT

SINGAPURA: Kumpulan penyelidik di Singapura berjaya menemui varian atau jenis baharu COVID-19 yang mengakibatkan jangkitan kurang serius, menurut laporan jurnal perubatan The Lancet.

Abdul Ghani dilantik Pengerusi SPR

Posted: 21 Aug 2020 05:55 AM PDT

PUTRAJAYA: Bekas Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh, hari ini dilantik sebagai Pengerusi baharu suruhanjaya itu.

DBKU tuntut DAPSY mohon maaf terbuka

Posted: 21 Aug 2020 05:27 AM PDT

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menuntut Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) membuat permohonan maaf secara terbuka kerana tindakan mereka menampal pelekat bertulisan Cina pada papan tanda jalan di sekitar bandar raya ini.

COVID-19: Warga Perancis sudah dimasukkan ke stesen kuarantin di Langkawi

Posted: 21 Aug 2020 04:29 AM PDT

PUTRAJAYA: Seorang warga Perancis yang sebelum ini dikesan memakai gelang merah jambu di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) sudah dimasukkan ke stesen kuarantin di pulau peranginan itu pada jam 7.30 malam, semalam.

Produk agrikomoditi sumbang 14.2 peratus hasil eksport negara

Posted: 21 Aug 2020 04:57 AM PDT

PUTRAJAYA: Pendapatan eksport produk agrikomoditi mencecah RM63.7 bilion atau 14.2 peratus daripada keseluruhan pendapatan eksport negara bagi tempoh Januari hingga Jun 2020.

Ringgit ditutup lebih rendah

Posted: 21 Aug 2020 04:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan aktiviti pengambilan untung selepas kenaikan baru-baru ini, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi

Posted: 21 Aug 2020 04:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Aktiviti belian ketara membabitkan saham-saham berkaitan indeks, didahului pengeluar sarung tangan dan penjagaan kesihatan terbukti turut memacu indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini secara positif serta seiring dengan prestasi kebanyakan pasaran serantau, kata peniaga.

COVID-19: Kes babitkan pekerja restoran sudah jadi Kluster Maju

Posted: 21 Aug 2020 02:39 AM PDT

PUTRAJAYA: Satu lagi kluster baharu dikenal pasti iaitu Kluster Maju membabitkan sebuah restoran di Titiwangsa, Kuala Lumpur dan kini sudah menjangkiti tiga individu.

Polis gempur disko rahsia 'bawah tanah', 38 ditahan

Posted: 21 Aug 2020 03:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kehadiran beberapa kumpulan remaja di sebuah hotel di Jalan Pasar Pudu, di sini, pada waktu awal pagi, mencetus keraguan sebelum serbuan polis membongkar kewujudan disko 'bawah tanah' di premis berkenaan.

Syed Saddiq bayangkan tak sertai PEJUANG, tubuh parti baharu

Posted: 21 Aug 2020 04:01 AM PDT

SUNGKAI: Bekas Ketua ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Abdul Rahman, hari ini membayangkan beliau tidak akan menyertai Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) yang baru ditubuhkan.

Boustead lantik dua Lembaga Pengarah baharu

Posted: 21 Aug 2020 03:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Boustead Holdings Bhd (Boustead) mengumumkan dua pelantikan ke dalam Lembaga Pengarah syarikat berkuatkuasa 21 Ogos 2020.

Pentadbiran Jokowi bayar RM25 juta kepada selebriti media sosial

Posted: 21 Aug 2020 03:54 AM PDT

JAKARTA: Pentadbiran Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), membelanjakan Rp90.4 bilion (RM25 juta) bagi khidmat 'social influencer' atau selebriti media sosial sejak 2017.

'Orang dewasa tak makan cukup sayur'

Posted: 21 Aug 2020 03:45 AM PDT

PUTRAJAYA: Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 menunjukkan 94.9 peratus orang dewasa di negara ini tidak mengambil jumlah buah-buahan dan sayur-sayuran yang disyorkan iaitu lima hidangan setiap hari.

'Mereka tak perlu fikir banyak, lawan saja'

Posted: 21 Aug 2020 03:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Peningkatan prestasi ditunjukkan barisan pemain perseorangan lelaki muda negara menyaksikan 'si abang' kini tidak lagi boleh berada dalam zon selesa.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template