Monday, August 24, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Polis minta saksi kes panah monyet, biawak tampil

Posted: 24 Aug 2020 08:39 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kes penganiayaan terhadap seekor monyet dan biawak seperti yang tular melalui aplikasi WhatsApp untuk tampil membantu siasatan.

Lima ditahan pasang Jalur Gemilang terbalik

Posted: 24 Aug 2020 08:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori sampah warga tempatan serta empat pekerja warga Bangladesh ditahan selepas dikesan memasang bendera Malaysia secara terbalik.

Jalankan tugas, amanah dengan penuh dedikasi - Muhyiddin

Posted: 24 Aug 2020 07:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua kepemimpinan baharu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang terpilih pada pemilihan parti itu baru-baru ini, menjalankan tugas dan amanah dengan penuh dedikasi.

Keputusan aksi persahabatan tak penting

Posted: 24 Aug 2020 07:48 AM PDT

Kuala Lumpur: Kekalahan besar yang dialami skuad bawah 19 tahun (B-19) dalam dua aksi persahabatan sebelum ini seharusnya tidak menjadi 'kudis' dan menjejaskan fokus pemain.

COVID-19: Hotel mewah India tukar kolam renang jadi ladang ikan

Posted: 24 Aug 2020 07:08 AM PDT

KOCHI: Sebuah pusat peranginan mewah di selatan India menukar kolam renangnya menjadi ladang ikan bagi menyelamatkan perniagaannya susulan krisis ekonomi akibat penularan pandemik COVID-19.

Bali larang pelancong asing untuk baki tahun 2020

Posted: 24 Aug 2020 06:59 AM PDT

JAKARTA: Pelancong asing tidak akan dibenarkan mengunjungi Bali untuk baki tahun 2020 kerana masalah COVID-19, kata gabenornya, yang membatalkan rancangan untuk membuka pulau Indonesia itu mulai bulan depan.

MUSA mahu daftar logo baharu

Posted: 24 Aug 2020 06:56 AM PDT

MELAKA: Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) sedar mengenai logo baharu Kelab Bolasepak Melaka United FC (MUFC) yang tular dan dipertikaikan sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat khususnya penyokong setia skuad Hang Tuah.

Havertz bakal pecah rekod perpindahan Chelsea

Posted: 24 Aug 2020 06:54 AM PDT

LONDON: Chelsea kian hampir memecahkan rekod perpindahan mereka apabila bakal menandatangani Kai Havertz daripada Bayer Leverkusen dengan nilai 90 juta pound (RM493 juta).

COVID-19 ragut 809,255 nyawa, lebih 23 juta kes seluruh dunia

Posted: 24 Aug 2020 06:43 AM PDT

PARIS: COVID-19 sudah meragut sekurang-kurangnya 809,255 nyawa di seluruh dunia sejak mula di kesan di China pada hujung Disember tahun lalu, berdasarkan kiraan sumber rasmi yang dikumpul AFP, setakat hari ini.

Tiga kenderaan bertembung, seorang bekas tentera maut

Posted: 24 Aug 2020 06:44 AM PDT

JERANTUT: Seorang bekas tentera, Zulhisham Azahar, 34, maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan dua kenderaan lain di Jalan Jerantut-Benta, hari ini.

Pekerja halang akses ke lombong emas terbesar

Posted: 24 Aug 2020 06:36 AM PDT

TIMIKA: Lebih 1,000 pekerja Indonesia menyekat akses ke lombong emas terbesar di dunia hari ini sebagai protes atas tindakan syarikat untuk menghentikan lawatan ke keluarga mereka kerana kebimbangan terhadap virus COVID-19.

Tak sedar sudah ledak 6 gol

Posted: 24 Aug 2020 06:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Enam gol? Saya tidak tahu!"

Pemilik Proton Perdana diminta segera ganti inflator beg udara

Posted: 24 Aug 2020 06:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: PROTON meminta pemilik kereta Proton Perdana yang dikeluarkan antara tahun 2012 sehingga akhir Ogos 2018 supaya mengunjungi pusat servis Proton secepat mungkin untuk mengganti inflator beg udara.

Ajar Perlembagaan di sekolah - Pakar perundangan

Posted: 24 Aug 2020 06:24 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perlembagaan Persekutuan perlu diajarkan di peringkat sekolah memastikan pemahamannya dalam kalangan rakyat, selain mendidik rakyat Malaysia mengenai prinsip dan nilainya, kata pakar perundangan, Prof Emeritus Dr Shad Saleem Faruqi.

COVID-19: Singapura rekod 51 kes baharu, 7 kes import

Posted: 24 Aug 2020 06:20 AM PDT

SINGAPURA: Sebanyak 51 kes baharu jangkitan COVID-19 direkodkan di Singapura dalam tempoh 24 jam lalu dengan tujuh daripadanya kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik itu sebanyak 56,404.

Kilang proses mi kotor diarah tutup

Posted: 24 Aug 2020 06:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebuah kilang memproses mi kuning di Bandar Tun Razak di sini, diarah tutup operasi selama dua minggu, selepas pemeriksaan mendapati tahap kebersihannya tidak memuaskan.

Sabah gesa Wisma Putra bertegas isu kedaulatan

Posted: 24 Aug 2020 06:04 AM PDT

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menggesa Kementerian Luar bersikap tegas berhubung isu ancaman terhadap kedaulatan Sabah oleh Filipina.

Syria putus bekalan elektrik akibat 'pengganas' serang saluran paip

Posted: 24 Aug 2020 06:08 AM PDT

DAMSYIK: Kerajaan Syria hari ini menyalahkan serangan pengganas terhadap saluran paip gas berhampiran Damsyik yang menyebabkan seluruh negara itu terputus bekalan elektrik, dalam satu dakwaan serangan infrastruktur tenaga itu.

RUU langkah sementara pembiayaan COVID-19 diluluskan Dewan Rakyat

Posted: 24 Aug 2020 03:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus (COVID19) 2020, diluluskan selepas mendapat sokongan menerusi undian suara di Dewan Rakyat hari ini.

Ngeh Koo Ham diarah keluar Dewan Rakyat

Posted: 24 Aug 2020 01:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Datuk Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) diarah keluar daripada sidang Dewan Rakyat selepas dengan sengaja menimbulkan kekecohan, petang ini.

AEC tonggak dasar perdagangan Malaysia - Azmin

Posted: 24 Aug 2020 05:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) adalah tonggak kepada dasar perdagangan Malaysia dan kekal sebagai platform penting ke arah mewujudkan ekonomi serantau yang bersepadu dan padu serta rantau yang kompetitif, inovatif dan dinamik.

FGV mahu kurangkan 10 peratus pekerja asing

Posted: 24 Aug 2020 05:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd merancang untuk mengurangkan sebanyak 10 peratus pekerja asingnya yang kini berjumlah 32,000 orang.

Petronas Chemicals, LG Chem bina kilang lateks nitril

Posted: 24 Aug 2020 05:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) dan LG Chem Ltd telah memeterai satu perjanjian bagi pembinaan kilang pengeluaran lateks nitril butadiena (NBL) di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di Johor.

14 maut, berdozen cedera dalam pengeboman berkembar

Posted: 24 Aug 2020 04:19 AM PDT

JOLO: Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan 75 cedera - termasuk anggota pasukan keselamatan dan orang awam - dalam pengeboman berkembar hari ini membabitkan penyerang bunuh diri di sebuah pulau selatan Filipina yang menjadi kubu kuat militan Islam, kata pegawai.

Larangan merokok di kedai makan masih dikuatkuasa

Posted: 24 Aug 2020 05:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih lagi melaksanakan peraturan larangan merokok di kedai makan dan restoran terbuka termasuk menggiatkan aspek penguatkuasaannya.

Azizulhasni calon popular

Posted: 24 Aug 2020 05:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jaguh keirin negara, Mohd Azizulhasni Awang menjadi calon popular merebut Anugerah Atlet Terbaik pada majlis Anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2019 di Dewan Dewan Auditorium Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara 1 September ini.

RUU MKN (Pindaan) 2020 diluluskan Dewan Rakyat

Posted: 24 Aug 2020 05:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2020 bagi meminda peruntukan berhubung kuasa mengisytiharkan kawasan keselamatan dengan memberi kuasa itu kepada Yang di-Pertuan Agong.

Wajib lulus UKKM kriteria masuk MRSM

Posted: 24 Aug 2020 05:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Wajib lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (UKKM) dan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah berdasarkan Sistem Pengiraan Status Sosio Ekonomi (SES) adalah kriteria utama bagi penilaian dan pemilihan pelajar MRSM bagi sesi 2021.

Pahang optimis JDT pulang kecewa

Posted: 24 Aug 2020 05:15 AM PDT

KUANTAN: Pemain pertahanan Pahang, Mohd Faisal Rosli percaya skuad Tok Gajah mampu menyaingi Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Jumaat ini.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, RM4.17

Posted: 24 Aug 2020 05:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan harga minyak global yang lebih tinggi membantu meningkatkan sentimen pasaran ke atas unit tempatan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template