Tuesday, August 25, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Safawi tinggalkan JDT

Posted: 25 Aug 2020 08:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penyerang sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid hampir pasti beraksi di Eropah selepas skuad Harimau Selatan menerima tawaran kelab Liga Portugal, Portimonense SC hari ini.

Cadang kompaun RM10,000 ingkar Akta 342

Posted: 25 Aug 2020 08:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan telah mencadangkan kepada kerajaan untuk menaikkan denda bagi kesalahan kompaun mengikut Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) dari kadar semasa RM1,000 kepada RM10,000.

Polis buru suspek pergaduhan

Posted: 25 Aug 2020 08:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis giat mengesan individu yang terbabit dengan insiden pergaduhan di Jalan Landak, Pudu di sini, awal pagi tadi, yang turut tular menerusi media sosial.

Tugas baharu Fatehah

Posted: 25 Aug 2020 07:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengambil keputusan mendapatkan khidmat bekas ratu berbasikal trek negara, Fatehah Mustapa sebagai usaha memperkasa program pembangunan akar umbi di negara ini.

Polis panggil Mohd Khairuddin esok

Posted: 25 Aug 2020 07:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali ke Bukit Aman petang esok, untuk dirakam keterangan.

Hasil ujian AZD7442 dapat dilihat akhir tahun

Posted: 25 Aug 2020 07:13 AM PDT

LONDON: Gergasi farmaseutikal, AstraZeneca mengumumkan ia sudah memulakan ujian klinikal terhadap bahan yang direka untuk menghalang jangkitan dan merawat individu dijangkiti COVID-19.

Angkara asap jerami, kanak-kanak perempuan maut

Posted: 25 Aug 2020 06:26 AM PDT

BAGAN SERAI: Angkara asap tebal dari pembakaran jerami padi, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas motosikal yang diboncengnya merempuh belakang lori di Kampung Parit Haji Taib 2, di sini, hari ini.

4 terbunuh letupan bom tidak sengaja di Gaza

Posted: 25 Aug 2020 07:03 AM PDT

GAZA: Empat anggota kumpulan pejuang Palestin terbunuh disebabkan letupan bom yang tidak disengajakan, menurut saksi dan sumber keselamatan hari ini.

Dewan Rakyat luluskan RUU Insolvensi (Pindaan) 2020

Posted: 25 Aug 2020 06:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Insolvensi (Pindaan) 2020 bagi meminda nilai ambang hutang minimum bagi mengemukakan petisyen kebankrapan.

Suarez 'dibuang secara kejam'

Posted: 25 Aug 2020 06:36 AM PDT

BARCELONA: Luis Suarez diberitahu khidmatnya tidak lagi diperlukan di Barcelona menerusi hanya satu panggilan telefon berdurasi seminit bersama jurulatih baharu, Ronald Koeman.

Sebuah sekolah di Kedah ditutup angkara COVID-19

Posted: 25 Aug 2020 06:06 AM PDT

PUTRAJAYA: Sebuah lagi sekolah rendah di Kedah diarahkan tutup berikutan lima kes COVID-19 baharu dikesan membabitkan murid di sekolah berkenaan yang juga dari Kluster Tawar.

COVID-19: 31 kes baharu di Singapura, tiada kes dalam komuniti

Posted: 25 Aug 2020 06:06 AM PDT

SINGAPURA: Singapura merekodkan tambahan 31 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

RUU Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan COVID-19 diluluskan

Posted: 25 Aug 2020 05:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 diluluskan di Dewan Rakyat, hari ini.

Skuad B-19 akhirnya menang

Posted: 25 Aug 2020 05:56 AM PDT

SHAH ALAM: Skuad bawah 19 tahun (B-19) negara berjaya mengelak daripada 'hatrik' kekalahan apabila menewaskan skuad bawah 21 tahun (B-21) Negeri Sembilan 2-1 pada aksi persahabatan di Bukit Jelutong, petang tadi.

Eksekutif PetroSaudi gagal batal saman pelucutan sivil

Posted: 25 Aug 2020 05:53 AM PDT

WASHINGTON: Seorang eksekutif PetroSaudi International Ltd yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) gagal dalam cubaan membatalkan saman pelucutan sivil membabitkan saham Palantir Technologies Inc, selepas Mahkamah Rayuan menerima keputusan mahkamah rendah, semalam.

AirAsia rugi bersih RM992.89 juta pada suku kedua tahun ini

Posted: 25 Aug 2020 05:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd merekodkan kerugian bersih sebanyak RM992.89 juta pada suku kedua yang berakhir 30 Jun 2020 (Suku Kedua 2020) berbanding keuntungan bersih RM17.34 juta dalam suku yang sama tahun sebelumnya.

TH umum Penyata Kewangan 2018, untung bersih RM1.6 bilion

Posted: 25 Aug 2020 05:39 AM PDT

Kuala Lumpur: Setelah dua tahun lewat, Lembaga Tabung Haji (TH) Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan bagi tahun 2018.

Tren Prasarana dihantar dengan pesawat Antonov

Posted: 25 Aug 2020 01:45 AM PDT

SEPANG: Selepas menempuh perjalanan sejauh 15,837 kilometer dari Amerika Syarikat (AS), set tren baharu Bombardier Innovia Metro 300 milik Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan pesawat kargo awam terbesar dunia Antonov An124-100.

Memilih tilam yang tepat untuk tidur yang lebih lena

Posted: 10 Aug 2020 07:00 PM PDT

KESUKARAN untuk tidur pada waktu malam seringkali dikaitkan dengan tekanan atau kafein, tetapi pemilihan tilam juga turut memainkan peranan yang penting. Tidur yang berkualiti telah diperkaitkan dengan banyak faedah kesihatan termasuk pengekalan berat badan yang sihat, peningkatan konsentrasi dan produktiviti, pemaksimuman prestasi atletik, fungsi imun dan interaksi sosial yang meningkat sambil mengurangkan risiko keradangan, kemurungan, penyakit jantung, strok dan penuaan pra-matang.

COVID-19: Indonesia catat 2,447 kes positif baharu dalam 24 jam

Posted: 25 Aug 2020 05:21 AM PDT

JAKARTA: Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 157,859 kes secara keseluruhan, manakala 76,667 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus itu.

Les' Copaque taja FAS RM120,000

Posted: 25 Aug 2020 12:01 AM PDT

SHAH ALAM: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) hari ini menandatangani perjanjian dengan Les' Copaque yang menjadi salah satu penaja utama program pembangunan bola sepak akar umbinya, FAS Soccer School.

Wanita maut kereta dilanggar bas ekspres

Posted: 25 Aug 2020 05:19 AM PDT

BENTONG: Seorang wanita maut selepas keretanya terbabit dalam kemalangan dengan bas ekspres Kilometer 12, Jalan Bentong-Raub, petang tadi.

KKM serah kepada polis siasat Mohd Khairuddin

Posted: 25 Aug 2020 05:14 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan sudah menyerahkan kertas siasatan dalaman pihaknya berhubung isu pelanggaran kuarantin oleh Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali kepada polis untuk tindakan lanjut.

Kejuaraan Motosikal Dunia gamit Adam

Posted: 25 Aug 2020 05:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Peluang cerah menanti Adam Norrodin kembali ke kancah Kejuaraan Motosikal Dunia musim depan, namun perlu mencapai sasaran menduduki kelompok lima terbaik Kejuaraan Moto2 Eropah disertainya tahun ini.

Rohingya 'protes senyap' ulang tahun pembunuhan beramai-ramai

Posted: 25 Aug 2020 04:50 AM PDT

KUTUPALONG: Hampir sejuta pelarian Rohingya yang berlindung di Bangladesh selama tiga tahun sejak melarikan diri dari Myanmar, mengadakan 'protes senyap' sepanjang hari ini dengan tinggal di pondok buruk ekoran penularan COVID-19.

'Kami bukan pengasuh'

Posted: 25 Aug 2020 04:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan mereka tidak boleh sentiasa mengingatkan semua pasukan Liga Malaysia (Liga M) supaya mematuhi janji membabitkan pembayaran gaji ataupun tunggakan yang dihadapi kepada pemain dan jurulatih masing-masing.

Cadangan asing banduan hukuman berat dan ringan

Posted: 25 Aug 2020 04:18 AM PDT

KAJANG: Kementerian Dalam Negeri akan mengasingkan kelompok banduan yang menjalani hukuman berat dan hukuman ringan dalam penjara berasingan untuk penambahbaikan sistem pemantauan dan pemulihan.

AUKU 1971 masih relevan, namun terbuka untuk tambah baik - Noraini

Posted: 25 Aug 2020 04:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) masih relevan, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad.

KKM mahu kawalan sempadan dipertingkatkan

Posted: 25 Aug 2020 02:45 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mahu kawalan sempadan terus dipertingkatkan bagi mengekang kemasukan individu berpotensi dijangkiti COVID-19 di dalam negara ini.

COVID-19: Lima kes baharu kanak-kanak di Kedah

Posted: 25 Aug 2020 02:32 AM PDT

PUTRAJAYA: Lima kes baharu COVID-19 membabitkan murid sekolah rendah dikesan dalam Kluster Tawar di Kedah dan sudah menjangkiti 70 individu.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template