BH Online - Terkini |
- Green Packet catat RM145 juta pendapatan suku kedua
- Kerugian bersih AirAsia X naik kepada RM305.24 juta
- Untung bersih Genting Plantations naik kepada RM22.64 juta
- Untung bersih MNRB melonjak kepada RM50.81 juta
- 9 jemaah tabligh terkandas di India selamat pulang
- Kementerian Kewangan dedah 101 projek runding terus
- Hadi Fayyadh mula tunjuk taring di Jepun
- Faris ada hajat besar bertemu Sabah Sabtu ini
- Usah samakan peluang Safawi dengan Luqman Hakim
- Bekas ADUN Bangi, Amran Kasimin meninggal dunia
- Anak VIP ditahan langgar PKPP, polis nafi amal 'double standard'
- KPM tiada kaitan pelaksanaan UPSR, PT3 dalam talian
- 'Lie Pintu' ditahan polis
- Musa teruskan rayuan diisytihar KM sah
- Kedah cadang kuat kuasa larangan rentas daerah
- Undang-undang baharu benarkan perbicaraan dalam talian
- DBKL keluar 183 kompaun pelbagai kesalahan
- "Peluru dekat Thailand harga RM2.50 sahaja bos..."
- Ahli Parlimen, media dapat sumbangan V-Mask
- Myanmar laksana 4 lagi perintah berkurung
- 'Pakai topi keledar walaupun berkempen, YB'
- COVID-19: Kabinet Thailand lulus 1 bilion baht untuk hasilkan vaksin
- Serina, bekas suami selesai tuntutan penjagaan anak
- Korea Selatan waspada hadapi Taufan Bavi
- KFA bayar tunggakan gaji RM1.26 juta hujung minggu
- 400,000 pelajar dijangka mohon duduki PKSK
- Zainal lega Melaka kembali berbisa
- PEJUANG usah mimpi dapat undi PAS - Razman
- TH Plantations kembali raih keuntungan suku kedua, RM8.16 juta
- UKM FC tekad sekat KL
| Green Packet catat RM145 juta pendapatan suku kedua Posted: 26 Aug 2020 11:41 AM PDT KUALA LUMPUR: Green Packet Bhd mencatatkan pendapatan lebih tinggi sebanyak RM145 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2020, meningkat 17 peratus daripada RM124.3 juta yang direkodkan pada suku sama tahun lalu. |
| Kerugian bersih AirAsia X naik kepada RM305.24 juta Posted: 26 Aug 2020 11:33 AM PDT KUALA LUMPUR: Airasia X Bhd (AAX) mencatat kerugian bersih lebih tinggi kepada RM305.24 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2020 daripada RM207.11 juta bagi tempoh sama tahun lalu. |
| Untung bersih Genting Plantations naik kepada RM22.64 juta Posted: 26 Aug 2020 11:25 AM PDT KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Genting Plantations Bhd (GenP) meningkat kepada RM22.64 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2020 daripada RM20.74 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2019. |
| Untung bersih MNRB melonjak kepada RM50.81 juta Posted: 26 Aug 2020 11:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih MNRB Holdings Bhd melonjak kepada RM50.81 juta dalam suku pertama berakhir 30 Jun 2020 (suku pertama 2021) daripada RM37.91 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun sebelumnya. |
| 9 jemaah tabligh terkandas di India selamat pulang Posted: 26 Aug 2020 09:21 AM PDT PUTRAJAYA: Kumpulan keempat jemaah tabligh rakyat Malaysia membabitkan sembilan individu yang sebelum ini terkandas di Kolkata, India selamat tiba di tanah air menerusi pesawat Air India Express jam 3.11 petang tadi. |
| Kementerian Kewangan dedah 101 projek runding terus Posted: 26 Aug 2020 04:22 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan hari ini mendedahkan senarai 101 projek yang bernilai RM6.61 bilion yang ditawarkan secara rundingan terus ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH). |
| Hadi Fayyadh mula tunjuk taring di Jepun Posted: 26 Aug 2020 08:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyerang tinggi lampai, Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak tampak mula menuai hasil 'perguruan' di Jepun apabila meledak hatrik dalam perlawanan latihan menentang skuad Bawah 18 tahun (B-18) Fagiano Okayama, baru baru ini. |
| Faris ada hajat besar bertemu Sabah Sabtu ini Posted: 26 Aug 2020 07:57 AM PDT KUALA TERENGGANU: "Impian saya mahu hadiahkan tiga mata buat pasukan," Demikian reaksi pemain import Terengganu FC (TFC), Muhammad Faris Ramli yang hadir buat pertama menjalani sesi latihan bersama pasukannya di Kompleks Sukan Negeri Terengganu Gong Badak, di sini, semalam. |
| Usah samakan peluang Safawi dengan Luqman Hakim Posted: 26 Aug 2020 07:50 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengharapkan penyokong bola sepak tempatan tidak menyamakan peluang yang diterima Safawi Rasid dan seorang lagi pemain muda, Luqman Hakim Shamsudin. |
| Bekas ADUN Bangi, Amran Kasimin meninggal dunia Posted: 26 Aug 2020 07:41 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Datuk Dr Amran Kasimin, meninggal dunia pada usia 75 tahun, petang tadi. |
| Anak VIP ditahan langgar PKPP, polis nafi amal 'double standard' Posted: 26 Aug 2020 07:25 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia mengesahkan seorang anak kenamaan atau VIP ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sebuah kelab malam di Jalan Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail di sini. |
| KPM tiada kaitan pelaksanaan UPSR, PT3 dalam talian Posted: 26 Aug 2020 07:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan maklumat yang tular berkaitan pelaksanaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) secara dalam talian yang dikatakan akan diadakan pada September dan Oktober depan. |
| 'Lie Pintu' ditahan polis Posted: 26 Aug 2020 01:28 AM PDT PADANG TERAP: Kegiatan licik seorang lelaki yang melakukan 17 kes pecah kedai termasuk membakar dua premis kerana 'sakit hati' tidak mendapat habuan tumpas selepas ditahan polis. |
| Musa teruskan rayuan diisytihar KM sah Posted: 26 Aug 2020 06:47 AM PDT KOTA KINABALU: Tan Sri Musa Aman akan meneruskan langkah mencabar kesahihan pelantikan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah selepas memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan, hari ini. |
| Kedah cadang kuat kuasa larangan rentas daerah Posted: 26 Aug 2020 06:09 AM PDT ALOR SETAR: Kerajaan negeri mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan dapat melaksanakan larangan rentas sempadan daerah di negeri ini susulan penularan Kluster Tawar yang sehingga kini merekodkan 73 kes positif. |
| Undang-undang baharu benarkan perbicaraan dalam talian Posted: 26 Aug 2020 06:19 AM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini, meluluskan tiga Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan kehakiman, mahkamah kehakiman dan rendah. |
| DBKL keluar 183 kompaun pelbagai kesalahan Posted: 26 Aug 2020 06:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan 183 notis kompaun atas pelbagai kesalahan menerusi Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Premis Perniagaan yang dijalankan di sebuah pusat beli-belah di Jalan San Peng di sini, pagi tadi. |
| "Peluru dekat Thailand harga RM2.50 sahaja bos..." Posted: 26 Aug 2020 05:46 AM PDT RANTAU PANJANG: "Peluru dekat Thailand harga RM2.50 sahaja bos, aku cam muka kamu semua, nanti aku akan tembak semua polis yang buat rondaan." |
| Ahli Parlimen, media dapat sumbangan V-Mask Posted: 26 Aug 2020 01:25 AM PDT KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen hari ini menerima pelitup muka V-Mask berteknologi nano dari Taiwan sumbangan syarikat MXB International. |
| Myanmar laksana 4 lagi perintah berkurung Posted: 26 Aug 2020 05:29 AM PDT YANGON: Myanmar meluaskan pelaksanaan perintah berkurung di negeri yang dilanda konflik, Rakhine dengan penutupan empat lagi kawasan perkampungannya, hari ini. |
| 'Pakai topi keledar walaupun berkempen, YB' Posted: 26 Aug 2020 05:26 AM PDT KUALA LUMPUR: Undang-undang pemakaian topi keledar ketika menunggang atau membonceng motosikal perlu dipatuhi semua pihak termasuk pemimpin dan wakil rakyat, termasuk ketika membantu kempen pilihan raya. |
| COVID-19: Kabinet Thailand lulus 1 bilion baht untuk hasilkan vaksin Posted: 26 Aug 2020 04:55 AM PDT RAYONG: Kabinet Thailand meluluskan kira-kira satu bilion baht (RM133 juta) untuk pembangunan dan pembuatan vaksin COVID-19, kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Sathit Pitutecha. |
| Serina, bekas suami selesai tuntutan penjagaan anak Posted: 26 Aug 2020 05:20 AM PDT KUALA LUMPUR: Selepas tiga tahun menanti, pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan akur dengan keputusan Mahkamah Syariah berhubung tuntutan penjagaan dua anak dengan bekas suami, yang diputuskan, hari ini. |
| Korea Selatan waspada hadapi Taufan Bavi Posted: 26 Aug 2020 05:15 AM PDT SEOUL: Korea Selatan sedang waspada terhadap Taufan Bavi ketika taufan kelapan musim ini, salah satu ribut paling kuat tahun ini, mendekati pulau peranginan selatan negara itu, Jeju petang ini. |
| KFA bayar tunggakan gaji RM1.26 juta hujung minggu Posted: 26 Aug 2020 05:13 AM PDT ALOR SETAR: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengotakan janjinya apabila akan melunaskan bayaran tunggakan gaji pemain skuad Lang Merah berjumlah RM1.26 juta pada hujung minggu ini. |
| 400,000 pelajar dijangka mohon duduki PKSK Posted: 26 Aug 2020 05:07 AM PDT PUTRAJAYA: Kira-kira 400,000 pelajar dijangka memohon untuk menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) yang akan diadakan September hingga Oktober ini, bagi tujuan penempatan ke lima jenis sekolah khusus seluruh negara. |
| Zainal lega Melaka kembali berbisa Posted: 26 Aug 2020 04:55 AM PDT MELAKA: Peningkatan prestasi barisan hadapan pasukan Melaka terutama ketika merobek gawang lawan melegakan jurulatih, Zainal Abidin Hassan menjelang aksi berdepan Perak, Jumaat ini. |
| PEJUANG usah mimpi dapat undi PAS - Razman Posted: 26 Aug 2020 04:46 AM PDT SLIM RIVER: PAS akan pastikan kira-kira 4,000 undi diperoleh calon PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU Ke-14) lalu, diberikan sepenuhnya kepada calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Sabtu ini. |
| TH Plantations kembali raih keuntungan suku kedua, RM8.16 juta Posted: 26 Aug 2020 04:45 AM PDT KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih TH Plantations Bhd, syarikat perladangan 74 peratus milik Lembaga Tabung Haji (TH). melonjak kepada RM8.16 juta untuk suku kedua berakhir 30 Jun 2020 berbanding kerugian bersih berjumlah RM19.15 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini. |
| Posted: 26 Aug 2020 04:45 AM PDT SEREMBAN: Pemain pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) FC tidak perlu meratapi kekalahan besar kepada Kelantan, sebaliknya perlu kembali fokus kepada cabaran menentang Kuala Lumpur (KL) pada aksi Liga Perdana di Stadium Kuala Lumpur Cheras, Jumaat ini. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment