Thursday, August 27, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Bersemangat habiskan misi 'mencari hati emas'

Posted: 27 Aug 2020 08:57 AM PDT

SUNGAI BESAR: Misi Kayuhan Solo Amal 2020 'Mencari Hati Emas' oleh Jurulatih Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Tengah (ABPM), Kuala Kubu, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa, ke 63 balai bomba di seluruh Semenanjung sejak 6 Ogos lalu, semakin sampai ke penghujungnya.

Khairuddin selesai beri keterangan

Posted: 27 Aug 2020 08:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali difahamkan sudah selesai diambil keterangan oleh polis di Bukit Aman, di sini, berhubung siasatan melanggar arahan kuarantin wajib selepas beliau pulang dari Turki pada 7 Julai lalu

Empat sekatan jalan, 11 laluan tikus dikenal pasti

Posted: 27 Aug 2020 08:01 AM PDT

SUNGAI PETANI: Polis mengadakan empat sekatan jalan raya (SJR) di laluan utama kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di Aman Jaya, tengah malam ini.

Jom Heboh Di Rumah Bersama McDelivery

Posted: 27 Aug 2020 07:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sambutan Karnival Jom Heboh anjuran Media Prima Berhad (MPB) menampilkan kelainan bagi mematuhi norma baharu dengan disiarkan secara langsung di TV9 selama dua hari, pada Sabtu dan Ahad ini.

KFA sudah mohon pengecualian buat Baddrol

Posted: 27 Aug 2020 07:46 AM PDT

ALOR SETAR: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sudah mengeluarkan surat pengesahan memohon pengecualian ke atas Baddrol Bakhtiar selepas pemain itu terbabit dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di Sungai Petani mulai esok.

Penduduk perlu akur arahan PKPD

Posted: 27 Aug 2020 07:28 AM PDT

ALOR SETAR: Kerajaan negeri meminta lebih 20,000 penduduk di Aman Jaya sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk melakukan saringan COVID-19 susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran mulai tengah malam ini.

162 maut akibat banjir kilat

Posted: 27 Aug 2020 06:56 AM PDT

CHARIKAR (AFGHANISTAN): Pasukan penyelamat hari ini meneruskan pencarian bagi mengesan mayat yang masih terperangkap, di dalam runtuhan bangunan kediaman, selepas banjir kilat disebabkan hujan lebat yang mengorbankan sekurang-kurangnya 162 penduduk.

COVID-19: Parlimen Korea Selatan ditutup

Posted: 27 Aug 2020 06:44 AM PDT

SEOUL: Parlimen Korea Selatan ditutup hari ini dan sekumpulan penggubal undang-undang melaksanakan kuarantin kendiri, selepas negara itu merekodkan 400 kes jangkitan baharu COVID-19.

PN: MIC tarik diri ikut keputusan Dewan Tertinggi BN

Posted: 27 Aug 2020 05:16 AM PDT

TROLAK: Keputusan MIC menarik diri daripada Perikatan Nasional (PN) seperti dimaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) hari ini, adalah berdasarkan keputusan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN).

Bantu lebih 500 keluarga B40

Posted: 27 Aug 2020 06:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Edra Power Holdings Sdn Bhd (Edra), Penjana Tenaga Bebas (IPP) terkemuka tampil membantu lebih 500 keluarga isi rumah B40 yang menghadapi kesukaran dalam menghadapi wabak COVID-19.

Mohd Khairuddin sedang beri keterangan

Posted: 27 Aug 2020 06:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali diambil keterangan berhubung siasatan melanggar arahan kuarantin wajib selepas beliau pulang dari Turki pada 7 Julai lalu, jam 8 malam tadi.

Luqman Hakim jaring gol pertama di Belgium

Posted: 27 Aug 2020 05:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin tidak perlu menunggu lama apabila sudah membuka 'akaun' golnya di Eropah untuk KV Kortrijk.

BNM tidak halang LTAT jadi Boustead Holdings syarikat persendirian

Posted: 27 Aug 2020 05:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM), dengan merujuk kepada surat bertarikh 7 Ogos 2020, menyatakan bahawa ia tidak mempunyai bantahan untuk Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) memulakan rundingan dengan Boustead Holdings Bhd atas kemungkinan syarikat itu sebagai syarikat persendirian.

Pogba positif COVID-19

Posted: 27 Aug 2020 05:49 AM PDT

PARIS: Pengendali Perancis, Didier Deschamps mengesahkan pemain tengahnya, Paul Pogba diketepikan daripada skuad untuk aksi Liga Negara-Negara menentang Sweden dan Croatia, pada bulan depan.

SuperKIP nekad potong jari kelingking

Posted: 27 Aug 2020 04:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Khairul Idham Pawi melakukan 'pengorbanan besar' dalam karier perlumbaan dengan membuat keputusan memotong jari kelingking kanan, demi masa depannya dalam arena sukan permotoran dua roda.

AMMB rugi RM25 juta setiap penurunan 25 mata OPR

Posted: 27 Aug 2020 05:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: AMMB Holdings Bhd menjangka kerugian pendapatan sebanyak RM25 juta bagi setiap pengurangan 25 mata asas (bps) kadar dasar semalaman (OPR), yang diunjurkan kira-kira 1.25 hingga 1.50 peratus bagi 2020.

MIC umum tidak sertai PN

Posted: 27 Aug 2020 05:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Parti MIC hari ini mengumumkan pendiriannya untuk tidak menyertai Perikatan Nasional (PN).

MRCB raih pendapatan RM592.9 juta

Posted: 27 Aug 2020 05:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) merekodkan pendapatan RM592.9 juta dan kerugian sebelum cukai RM195.2 juta pada separuh pertama 2020.

Penduduk Aman Jaya sedia hadapi PKPD malam ini

Posted: 27 Aug 2020 05:24 AM PDT

SUNGAI PETANI: Penduduk sekitar Zon Kenanga, Mawar dan Melur di Aman Jaya bersiap sedia untuk menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran bermula malam ini.

FELDA United tak pandang rendah UiTM FC

Posted: 27 Aug 2020 05:27 AM PDT

KUANTAN: FELDA United FC tidak memandang mudah pasukan UiTM FC apabila kedua-duanya bertemu pada aksi Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak (STAR), Jengka, Maran, malam esok.

Permintaan tinggi sarung tangan, untung Rubberex lonjak 858 peratus

Posted: 27 Aug 2020 05:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Rubberex Corporation (M) Bhd (Rubberex) meraih pendapatan RM88.1 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 58.4 peratus lebih tinggi berbanding RM55.6 juta yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lalu.

Kebolehjangkitan COVID-19 meningkat sejak 4 Ogos

Posted: 27 Aug 2020 03:52 AM PDT

PUTRAJAYA: Nilai kebolehjangkitan COVID-19 (Rt) yang meningkat sejak 4 Ogos lalu, adalah disebabkan kemunculan kluster baharu yang dilaporkan sejak awal bulan ini.

Sime Darby catat untung RM820 juta

Posted: 27 Aug 2020 05:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd (Sime Darby) mencatatkan untung bersih RM820 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2020 (TK2020), meskipun menghadapi cabaran pasaran ekoran penularan COVID-19 pada separuh kedua tahun kewangannya.

AS senarai hitam 24 syarikat China

Posted: 27 Aug 2020 02:59 AM PDT

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menyenarai hitam 24 syarikat China kerana didakwa mempunyai kaitan dengan membina aktiviti ketenteraan di pulau buatan di Laut China Selatan, kata Jabatan Perdagangan AS dalam kenyataan media pada Rabu, lapor agensi berita Sputnik.

Taufan 'amat berbahaya' , landa Amerika Syarikat

Posted: 27 Aug 2020 12:44 AM PDT

LAKE CHARLES (AMERIKA SYARIKAT): Taufan Laura yang membadai negeri di selatan Amerika Syarikat (AS), Louisiana hari ini dan dilaporkan berada dalam kategori taufan keempat, mendorong amaran peningkatan paras air laut dan bantuan menyelamat membabitkan ratusan ribu penduduk.

Mukhriz akui anak, menantu langgar PKPP

Posted: 27 Aug 2020 05:09 AM PDT

SLIM RIVER: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mengesahkan anak perempuan dan menantunya antara 27 individu ditahan polis dalam serbuan di sebuah kelab malam di Taman Tun Dr Ismail di ibu negara, Ahad lalu.

'Torete' impi kembali ke Kejuaraan Dunia

Posted: 27 Aug 2020 05:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Impian kembali beraksi di Kejuaraan Motosikal Dunia sama sekali tidak pernah padam dalam diri Adam Norrodin dengan pelumba muda Moto2 negara itu sedang 'mempersiapkan fizikal dan mental' di Kejuaraan Moto2 Eropah CEV musim ini.

Kerugian bersih Media Prima mengecil

Posted: 27 Aug 2020 04:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Di sebalik perniagaan terus tertekan cabaran industri yang diburukkan lagi oleh kesan pandemik Covid-19 terhadap ekonomi, perolehan Media Prima Bhd hanya susut 11 peratus kepada RM474.7 juta dalam separuh pertama tahun kewangan 2020, berbanding RM535.9 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

Dollah minta anak buah kecewakan JDT

Posted: 27 Aug 2020 05:02 AM PDT

KUANTAN: Pasukan Pahang tidak mahu masalah kecederaan menjadi penghalang dalam misi melakar kemenangan apabila melayan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, di sini, malam esok.

JDT dijangka lakukan rombakan jumpa Pahang

Posted: 27 Aug 2020 04:54 AM PDT

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim (JDT) pasti membuat rombakan kecil di posisi tengah selepas kapten pasukan, Hariss Harun tidak dapat diturunkan berdepan Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam esok.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template