Monday, August 3, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


E-Buku popular COVID-19 versi bahasa Melayu dilancarkan

Posted: 03 Aug 2020 08:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan pendidikan dan perusahaan sosial pertama di Malaysia, LeapEd, hari ini melancarkan edisi Bahasa Melayu e-buku antarabangsa yang popular, 'Coronavirus: A Book For Children About COVID-19', untuk mendidik kanak-kanak mengenai virus berkenaan.

Lelaki Nepal ditahan pukul pengawal keselamatan

Posted: 03 Aug 2020 08:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki warga Nepal hari ini, bagi membantu siasatan kes pukul pengawal keselamatan warganegara sama di mana kejadian itu dirakam dan tular di media sosial.

BoBoiBoy ke Turki September ini

Posted: 03 Aug 2020 08:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Francais animasi superhero Malaysia BoBoiBoy bakal menggegar pawagam di seluruh Turki dengan penayangan dua filem pecah panggung pada penghujung tahun ini.

COVID-19: Peniaga santan buat lapor polis

Posted: 03 Aug 2020 08:15 AM PDT

SUNGAI PETANI: Polis menerima laporan berhubung penyebaran berita tidak sahih mengenai COVID-19 yang dikaitkan dengan perniagaan santan di Tikam Batu, di sini hari ini.

Pukul pengawal keselamatan: Mangsa, suspek disekat keluar Malaysia - Polis

Posted: 03 Aug 2020 07:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dua warga asing dalam rakaman video tular yang memaparkan insiden seorang pengawal keselamatan dipukul di tempat parkir kereta, akan dikenakan tindakan sekatan keluar dari negara ini.

Sasar guna 180 liter sehari guna air menjelang 2025

Posted: 03 Aug 2020 07:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarkan untuk mengurangkan penggunaan air bagi setiap rakyat Malaysia kepada 180 liter sehari menjelang 2025, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Teruja 'kongsi padang' dengan Wan Kuzri

Posted: 03 Aug 2020 07:39 AM PDT

KUALA LUMPUR: Gandingan 'meletup' antara penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin dan pemain tengah dari Amerika Syarikat, Wan Ahmad Kuzri Wan Ahmad Kamal tampak begitu dinanti-nantikan penyokong bola sepak tempatan.

Mahdzir minta 20 peratus daripada projek solar RM1.25 bilion - Saksi

Posted: 03 Aug 2020 07:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, bahawa bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, meminta 20 peratus daripada Jepak Holdings Sdn Bhd (Jepak Holdings).

Jumlah penduduk isi maklumat Banci 2020 masih rendah

Posted: 03 Aug 2020 07:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jumlah penduduk Malaysia yang mengisi maklumat Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) secara dalam talian atau "e-Census" masih di bawah sasaran.

PROTON tawar pakej pinjaman untuk graduan

Posted: 03 Aug 2020 07:09 AM PDT

SUBANG JAYA: Proton Commerce Sdn Bhd (PCSB), sebuah syarikat di bawah Kumpulan PROTON memperkenalkan kempen yang menyediakan peluang kepada graduan baharu memiliki

Penerbangan Malaysia-Singapura AirAsia akan disambung semula

Posted: 03 Aug 2020 07:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: AirAsia sedang bersiap sedia untuk menyambung semula penerbangan antara Malaysia dan Singapura, termasuk laluan Kuala Lumpur-Singapura yang dikatakan sebagai yang paling sibuk di dunia, berikutan keputusan pelaksanaan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL).

Ringgit teruskan momentum peningkatan

Posted: 03 Aug 2020 06:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum kenaikan minggu lalu untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, didorong oleh sentimen lemah mata wang negara maju itu, kata peniaga.

COVID-19: 1,615 sampel kes ILI diambil untuk ujian di Sarawak

Posted: 03 Aug 2020 06:50 AM PDT

KUCHING: Sebanyak 1,615 sampel dalam kalangan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) telah diambil untuk ujian COVID-19 daripada 22 fasiliti kesihatan di Sarawak sejak April hingga semalam.

WHO beri amaran tiada 'penyelesaian' bagi COVID-19

Posted: 03 Aug 2020 06:35 AM PDT

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini memberi amaran berhubung kemungkinan tiada 'penyelesaian' bagi COVID-19, walaupun usaha mencari vaksin berkesan dipercepatkan.

United akhirnya boleh singkir Sanchez

Posted: 03 Aug 2020 06:44 AM PDT

MANCHESTER: Manchester United akhirnya berpeluang 'membuang' Alexis Sanchez selepas Inter Milan bersetuju mendapatkan khidmat pemain sayap Chile itu secara tetap.

Polis nafi kompaun penunggang motosikal tidak pakai pelitup muka

Posted: 03 Aug 2020 06:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dakwaan melalui rakaman video tular kononnya polis mengenakan kompaun terhadap penunggang motosikal yang tidak memakai pelitup muka bermula kelmarin, adalah tidak benar.

Sinlaku akibatkan lebih 2,000 keluarga hilang tempat tinggal

Posted: 03 Aug 2020 05:50 AM PDT

BANGKOK: Lebih 2,000 keluarga kehilangan tempat tinggal selepas ribut tropika Sinlaku melanda wilayah utara dan timur laut di Thailand.

Tiada pasukan nak uji Tok Gajah

Posted: 03 Aug 2020 05:53 AM PDT

KUANTAN: Pengendali Pahang, Dollah Salleh mengakui skuad itu berdepan kesukaran dalam mencari lawan untuk aksi persahabatan sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) bersambung 26 Ogos ini.

Barcelona intai Pochettino

Posted: 03 Aug 2020 05:48 AM PDT

BARCELONA: Mauricio Pochettino bakal membuat kepulangan dramatik ke Barcelona jika pasukan itu mahu menggantikan Quique Setien pada musim panas ini.

Remaja maut terperosok di bawah lori

Posted: 03 Aug 2020 05:39 AM PDT

TUARAN: Seorang remaja lelaki maut akibat terseret selepas motosikal ditunggangnya terperosok di bawah lori di Jalan Marabahai-Serusup berhampiran simpang Marabahai Spur di sini, hari ini.

TEMCO: Semua aktiviti keagamaan di masjid ditangguhkan

Posted: 03 Aug 2020 05:39 AM PDT

ALOR SETAR: Semua aktiviti keagamaan di masjid dalam kawasan terbabit Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran (TEMCO) di Kubang Pasu serta Padang Terap, ditangguhkan dan surau diarah tutup bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Kluster Sivagangga: Kedah sasar 3,000 jalani saringan COVID-19

Posted: 03 Aug 2020 01:48 AM PDT

KUBANG PASU: Seramai 3,000 penduduk di sekitar Pekan Napoh serta kontak rapat kluster PUI Sivagangga dijangka melakukan saringan COVID-19 susulan kes pertama yang dikesan pada Selasa lalu.

7,000 penduduk kena PKPD TEMCO angkara kluster restoran nasi kandar

Posted: 03 Aug 2020 12:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Angkara seorang individu ingkar kuarantin di rumah, kira-kira 7,000 penduduk meliputi empat mukim di Kedah, dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) mulai hari ini hingga 30 Ogos.

COVID-19: Penggunaan aplikasi MySejahtera diwajibkan di semua premis perniagaan

Posted: 03 Aug 2020 12:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penggunaan aplikasi MySejahtera diwajibkan di semua premis perniagaan bagi memudahkan proses pengesanan kontak oleh Kementerian Kesihatan.

COVID-19: Kanak-kanak berumur bawah 2 tahun tidak perlu pakai pelitup muka

Posted: 03 Aug 2020 12:45 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah tidak perlu memakai pelitup muka, selain tidak disarankan untuk dibawa ke tempat awam bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

China gantung perjanjian ekstradisi dengan New Zealand

Posted: 03 Aug 2020 05:23 AM PDT

BEIJING: China hari ini menggantung perjanjian ekstradisi Hong Kong dengan New Zealand ketika negara Barat memprotes undang-undang keselamatan baharu yang ketat dikenakan republik itu terhadap bandar terbabit.

COVID-19: Pelajar B40 boleh rayu pengecualian bayaran kos kuarantin wajib

Posted: 03 Aug 2020 12:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelajar daripada keluarga B40 yang pulang dari luar negara, boleh membuat rayuan bagi mendapatkan pengecualian bayaran kos kuarantin wajib 14 hari di hotel atau pusat kuarantin disediakan kerajaan.

9 operasi sanitasi dijalankan semalam

Posted: 03 Aug 2020 12:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebanyak sembilan operasi sanitasi dijalankan semalam, meliputi sembilan zon termasuk dua Zon Kuning di tiga negeri termasuk Sabah, Sarawak dan Selangor.

ATM berkas 6 PATI, 3 tekong dalam dua siri tangkapan

Posted: 03 Aug 2020 01:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan dua siri tangkapan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) dan tekong dalam usaha mengekang jenayah rentas sempadan serta penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Pelitup muka: Kompaun tidak dikenakan bagi kenderaan persendirian

Posted: 03 Aug 2020 12:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Saman yang dikenakan terhadap individu kerana tidak memakai pelitup muka di dalam kenderaan persendirian akan dibatalkan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template