Sunday, August 30, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Ambang merdeka, sunyi tanpa kiraan detik 12 malam, bunga api

Posted: 30 Aug 2020 09:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ambang merdeka tahun ini disambut penuh berbeza dalam situasi norma baharu ekoran pandemik COVID-19, tidak seperti kelaziman biasa sebelum ini yang menyaksikan orang ramai 'menyerbu' lokasi utama seluruh negara bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan ke-63 itu.

Melaka: Sambut ambang Merdeka penuh simbolik

Posted: 30 Aug 2020 09:18 AM PDT

MELAKA: Sambutan Ambang peringkat negeri disambut secara sederhana, namun penuh simbolik.

PKPD secara meluas ikut daerah perlu ada asas kukuh

Posted: 30 Aug 2020 09:05 AM PDT

JOHOR BAHRU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran secara meluas di sesuatu daerah, hanya akan dilaksanakan jika ia disarankan Kementerian Kesihatan (KKM) selain mempunyai asas yang kuat.

Hamilton hampiri rekod Schumacher

Posted: 30 Aug 2020 09:03 AM PDT

SPA-FRANCORCHAMPS, Belgium: Lewis Hamilton mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu kejuaraan dunia dan hanya kurang dua mata untuk menyamai rekod 91 kemenangan Formula Satu (F1) milik Michael Schumacher selepas kemenangan di Grand Prix Belgium.

Asnaf, gelandangan antara dibantu dalam program Semarak Dakwah

Posted: 30 Aug 2020 08:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Golongan memerlukan seperti asnaf, golongan rentan dan gelandangan adalah antara yang dibantu dalam program Semarak Dakwah sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63.

Perikatan Nasional kerajaan prihatin rakyat

Posted: 30 Aug 2020 08:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19 memberi pengajaran amat bermakna kepada rakyat dan negara yang ketika ini berjaya menangani krisis berkenaan kerana keprihatinan semua pihak, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malaysia perlu kekal merdeka - PM

Posted: 30 Aug 2020 06:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu kekal merdeka dan berdaulat dengan seluruh rakyat aman, sejahtera serta sentosa selama-lamanya, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ekonomi negara kini rancak, 15 juta kembali bekerja

Posted: 30 Aug 2020 06:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sektor ekonomi negara kini kembali rancak dengan lebih 15 juta pekerja sudah mula bekerja, sejak ia dibuka semula berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kemajuan negara hanya bermakna jika rakyat dapat manfaat

Posted: 30 Aug 2020 06:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia berdepan cabaran besar untuk terus dibangunkan bagi menjadi negara maju, yang hasilnya kemajuannya dapat dinikmati seluruh rakyat.

Rakyat perlu hayati semangat kemerdekaan - PM

Posted: 30 Aug 2020 06:39 AM PDT

KUALA LUMPUR: Rakyat diseru supaya menghayati semangat kemerdekaan dengan sentiasa menanam sikap prihatin yang mendalam terhadap satu sama lain.

32 masjid ditutup susulan PKPD Secara Pentadbiran di Amanjaya

Posted: 30 Aug 2020 07:12 AM PDT

ALOR SETAR: Susulan Perintah Kawalan dan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di Amanjaya, semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau di 32 kariah, di Kuala Muda ditangguh.

Budak enam tahun dikhuatiri lemas terjatuh dalam parit

Posted: 30 Aug 2020 07:04 AM PDT

SUNGAI PETANI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun terselamat manakala seorang lagi dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam parit di Jalan Padang Temusu, Kampung Padang Temusu, di sini hari ini.

Adam konsisten di Litar Jerez

Posted: 30 Aug 2020 06:45 AM PDT

SEPANG: Adam Norrodin melengkapkan dua pusingan 'padat' di Kejuaraan Moto2 Eropah CEV di Litar Jerez minggu ini dengan masing-masing berada di tempat kelapan.

Adik beradik Anthony ungguli MCS

Posted: 30 Aug 2020 06:28 AM PDT

SEPANG: Pasangan adik beradik, Brendan Paul Anthony dan Bradley Benedict membantu pasukan Dream Chaser memenangi Perlumbaan 2 Siri Kejuaraan Malaysia (MCS) bersempena saingan Merdeka Race yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

PM imbau detik kemerdekaan negara

Posted: 30 Aug 2020 06:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, mengambil semangat Allahyarham Tunku Abdul Rahman, dari 63 tahun lalu, ketika beliau mengisytiharkan kemerdekaan Malaysia.

Naikkan kompaun: Perlu masa panjang pinda akta

Posted: 30 Aug 2020 06:01 AM PDT

JOHOR BAHRU: Kerajaan perlu mengambil masa yang panjang untuk meminda dua akta yang sedia ada jika mahu menaikkan kadar kompaun terhadap kesalahan ingkar peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Gaduh sampai isteri hampir jatuh dari kereta

Posted: 29 Aug 2020 10:28 PM PDT

GEORGETOWN: Polis menahan seorang penganggur berusia 31 tahun di Jalan Patani di sini, hari ini, yang isterinya hampir tercampak keluar dari kereta ketika mereka bergaduh.

UAE mansuh undang-undang boikot Israel

Posted: 29 Aug 2020 04:41 PM PDT

DUBAI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan pada Sabtu bahawa negara itu memansuhkan undang-undang pemboikotan Israel selepas kedua-duanya membuat perjanjian dengan Amerika Syarikat (AS) untuk menjernihkan hubungan.

 Kerajaan cadang beri elaun bulanan kepada penerima PJM

Posted: 30 Aug 2020 05:52 AM PDT

JOHOR BAHRU: Kementerian Pertahanan bercadang untuk memberikan elaun bulanan kepada kira-kira 29,000 penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM).

KFA sedia timbang hasrat KAKB

Posted: 30 Aug 2020 05:49 AM PDT

ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sedia mempertimbang hasrat Koperasi Anak Kedah Berhad (KAKB) yang mahu memiliki 51 peratus saham pasukan Kedah menjelang proses penswastaan pada musim 2021.

'Komitmen pemain satukan Lang Merah'

Posted: 30 Aug 2020 05:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Terpalit isu tunggakan gaji selama lima bulan, namun Kedah membuktikan situasi itu bukan penghalang untuk mereka beraksi baik apabila menang 2-0 ke atas PDRM di Cheras, di sini, kelmarin.

2,100 keluarga di Amanjaya terima makanan

Posted: 30 Aug 2020 05:32 AM PDT

ALOR SETAR: Kerajaan negeri sudah mengagihkan bantuan makanan kepada 2,100 daripada 5,262 ketua isi rumah, di Amanjaya susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran, sejak tengah malam kelmarin.

Indonesia kaji status ganja sebagai tumbuhan ubatan

Posted: 30 Aug 2020 05:30 AM PDT

JAKARTA: Kementerian Pertanian Indonesia akan mengkaji semula keputusannya sebelum ini yang mengklasifikasikan pokok ganja sebagai tumbuhan ubatan.

Kelantan harap keajaiban

Posted: 30 Aug 2020 05:01 AM PDT

Gambar: Nik Abdullah Nik Omar

Separuh penduduk Lubnan berdepan kekurangan makanan: PBB

Posted: 30 Aug 2020 04:41 AM PDT

BEIRUT: Lebih separuh daripada penduduk Lubnan berdepan risiko krisis makanan, susulan tragedi letupan di pelabuhan Beirut, kata agensi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), hari ini.

Sasar lebih 30 peratus calon wanita bertanding PRN Sabah

Posted: 30 Aug 2020 04:54 AM PDT

KOTA KINABALU: Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyasarkan lebih 30 peratus calon wanita dari parti berkenaan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

COVID-19: CPRC catat kematian ke-126

Posted: 30 Aug 2020 04:27 AM PDT

PUTRAJAYA: Sebulan selepas kali terakhir kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), hari ini mencatatkan kes kematian ke-126.

Empat tahun menanti

Posted: 30 Aug 2020 04:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Biarpun pernah membintangi beberapa filem, namun Jebat meninggalkan nilai sentimental buat pelakon, Nelydia Senrose.

COVID-19: Singapura rekod 54 kes baharu, 7 kes import

Posted: 30 Aug 2020 04:05 AM PDT

SINGAPURA: Singapura mengesahkan 54 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah jangkitan di republik ini kepada 56,771 kes.

Melaka lega keluar zon bahaya

Posted: 30 Aug 2020 04:20 AM PDT

MELAKA: Melompat dari kedudukan ke-11 Liga Super ke tangga keenam amat melegakan skuad Melaka susulan kemenangan tipis 1-0 ke atas Perak di Ipoh kelmarin.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template