Monday, August 31, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Pemandu Camry langgar lari serah diri

Posted: 31 Aug 2020 08:05 AM PDT

BENTONG: Pemandu kereta yang tular di media sosial dalam kejadian kemalangan langgar lari sehingga mengakibat dua penunggang motosikal cedera sudah serah diri di Balai Polis Gombak kira-kira jam 6.50 petang tadi.

Projek Sejahtera 2020 suntik semangat patriotik

Posted: 31 Aug 2020 02:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Merdeka berhampiran Stadium Merdeka, di sini hari ini umpama kembali ke zaman silam sewaktu pemasyhuran kemerdekaan kali pertama yang berlangsung di stadium berkenaan.

Ketua Polis Negeri Sembilan patah bahu kiri

Posted: 31 Aug 2020 07:18 AM PDT

SEREMBAN: Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, cedera patah bahu kiri selepas terbabit dalam kemalangan motosikal berkuasa tinggi di Bentong, Pahang, petang tadi.

Tiada siapa layak ganti Hamidin

Posted: 31 Aug 2020 07:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar menyifatkan arena bola sepak negara masih belum bersedia kehilangan 'sentuhan' Datuk Hamidin Mohd Amin sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

2 terbunuh dalam letupan di restoran Abu Dhabi

Posted: 31 Aug 2020 04:34 AM PDT

ABU DHABI: Letupan di sebuah restoran makanan segera di sebuah bangunan di Jalan Rashid Bin Saeed di sini pagi ini meragut dua nyawa, kata polis.

Bukan saya - Dr Noor Hisham

Posted: 31 Aug 2020 06:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menafikan beliau menjadi Ketua Pegawai Operasi (COO) sebuah 'syarikat perlombongan permata', Kashi Mining.

Cadang naik taraf 10 padang

Posted: 31 Aug 2020 06:15 AM PDT

MELAKA: Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) bercadang menaik taraf 10 padang di Wisma MUSA, Kompleks Sukan Melaka, Paya Rumput dalam tempoh terdekat.

COVID-19 di Jakarta membimbangkan, kes positif baharu melebihi seribu sehari

Posted: 31 Aug 2020 05:57 AM PDT

JAKARTA: Kes positif baharu COVID-19 di Jakarta direkodkan melebihi angka 1,000 kes untuk tempoh dua hari berturut-turut sejak semalam, menjadikan provinsi itu kini mencatatkan kes positif keseluruhan berjumlah 40,086 kes.

Vidal 'serang' Barcelona

Posted: 31 Aug 2020 05:58 AM PDT

BARCELONA: Pemain tengah Barcelona, Arturo Vidal 'menyerang' kelabnya sendiri dengan mendakwa skuad Catalan itu hanya mempunyai '13 pemain profesional'.

COVID-19: Singapura sahkan 41 kes baharu, 7 kes import

Posted: 31 Aug 2020 05:48 AM PDT

SINGAPURA: Singapura mengesahkan 41 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan di republik itu sebanyak 56,812.

75 ketua cawangan Warisan Kunak sertai BERSATU

Posted: 31 Aug 2020 05:37 AM PDT

KUNAK: Seramai 75 ketua cawangan Parti Warisan Sabah (Warisan) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kunak keluar parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Terperangkap di tengah 'kepala air'

Posted: 31 Aug 2020 05:22 AM PDT

KOTA BELUD: Tiga pengunjung termasuk dua beranak berdepan detik cemas apabila terperangkap hampir dua jam di atas batu di tengah sungai kawasan pelancongan di Kampung Malangkap di sini, petang tadi.

Maahad tahfiz terbakar

Posted: 31 Aug 2020 01:16 AM PDT

PEKAN: Bangunan rumah yang dijadikan Maahad Tahfiz Al-Quran Waddin Kampung Baru Lepar, di sini terbakar awal pagi tadi.

Dua beradik pakai 'gelang pink' ditahan

Posted: 31 Aug 2020 05:05 AM PDT

SUNGAI PETANI: Dua beradik lelaki ditahan polis kerana melanggar syarat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran kerana keluar dari kawasan Ambangan Height, semalam.

2 maut nahas 3 kenderaan

Posted: 30 Aug 2020 09:49 PM PDT

KUALA LUMPUR: Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta dengan sebuah motosikal di Jalan Prima Saujana berhampiran Jambatan Saujana Impian arah Semenyih, dekat Kajang, hari ini.

Neymar sah kekal di PSG

Posted: 31 Aug 2020 04:52 AM PDT

LONDON: Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar mengesahkan dia akan kekal bersama kelab itu bagi saingan musim depan.

245 pokok hiasan cuba dibawa keluar

Posted: 31 Aug 2020 04:16 AM PDT

JOHOR BAHRU: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menyekat cubaan membawa keluar 245 pokok hiasan tanpa permit eksport, di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), dekat sini, hari ini.

Persembahan orkestra maya semarak merdeka

Posted: 31 Aug 2020 04:35 AM PDT

PUTRAJAYA: Wisma Putra menganjurkan konsert orkestra maya yang dipersembahkan oleh 60 pemuzik dari 26 negara bagi memperingati sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-63, hari ini.

Kenderaan penyeludup ketum terhenti selepas tayar ditembak

Posted: 31 Aug 2020 04:26 AM PDT

KOTA BHARU: Anggota polis Pasukan Gerakan Am (PGA) terpaksa melepaskan tembakan amaran selepas kenderaan mereka dihimpit pacuan empat roda yang dipandu penyeludup.

New Zealand tamatkan perintah berkurung

Posted: 31 Aug 2020 03:54 AM PDT

WELLINGTON: Sekolah di Auckland dibuka hari ini ketika kota terbesar di New Zealand tidak lagi dalam perintah berkurung apabila Perdana Menteri, Jacinda Ardern menyatakan keyakinan gelombang kedua wabak COVID-19 terkawal.

Single Hilang dibayangi Ramalanku Benar Belaka?

Posted: 31 Aug 2020 04:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas hampir sedekad, kini kumpulan Umbrella tampil dengan single terbaharu berjudul Hilang.

COVID-19: Kluster Bunga dikesan

Posted: 31 Aug 2020 02:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Satu kluster baharu jangkitan COVID-19 dikenali sebagai Kluster Bunga dikenal pasti hari ini, membabitkan kru sebuah kapal di Pelabuhan Port Dickson, Negeri Sembilan.

Bekas Speaker Perak meninggal, sakit tua

Posted: 31 Aug 2020 03:30 AM PDT

LENGGONG: Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Umar Ismail, 87, meninggal dunia di kediamannya di hadapan Masjid Jamek Lenggong di sini, jam 5.50 pagi tadi.

India tuduh China lakukan 'provokatif' baharu

Posted: 31 Aug 2020 03:33 AM PDT

NEW DELHI: Tentera India menuduh China melakukan gerakan provokatif di sempadan Himalaya di mana 20 tentera India terbunuh dalam pertempuran pada Jun lalu.

Nik Abduh sumbang RM10,000

Posted: 31 Aug 2020 03:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Masalah kewangan dihadapi Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) terus mendapat perhatian beberapa pihak dan terbaru persatuan itu menerima sumbangan RM35,000.

Op Ambang Merdeka: 286 saman dikeluarkan di Kuala Terengganu

Posted: 31 Aug 2020 03:10 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengeluarkan 286 saman membabitkan pelbagai kesalahan dalam Op Ambang Merdeka 2020 malam tadi.

PH Johor sahkan bekas MB jumpa pemimpin AMANAH

Posted: 31 Aug 2020 02:59 AM PDT

JOHOR BAHRU: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hassan mengesahkan bekas Menteri Besar Johor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian mengadakan pertemuan bersama pemimpin PH, baru-baru ini.

Bagus naikkan bantuan, tapi perlu pastikan penerima tak jadi penagih bantuan

Posted: 31 Aug 2020 02:57 AM PDT

KOTA BHARU: Kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berharap kerajaan mengambil berat aspek keberkesanan dan ketelusan supaya mereka yang layak mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang bakal dinaikkan kepada RM1,000 sebulan.

PRN Sabah: PAS belum muktamad agihan kerusi

Posted: 31 Aug 2020 02:53 AM PDT

KUALA TERENGGANU: PAS masih mengadakan rundingan bagi memuktamadkan pengagihan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini.

KKM hargai jasa barisan hadapan

Posted: 31 Aug 2020 02:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan dan belakang tabir yang berjuang menentang 'musuh negara', sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-63, hari ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template