Tuesday, August 4, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Lelaki ditahan disyaki rogol anak berstatus OKU

Posted: 04 Aug 2020 10:37 AM PDT

MUALLIM: Seorang lelaki direman selama enam hari, bermula semalam hingga 9 Ogos ini, bagi membantu siasatan kerana disyaki merogol anaknya yang berstatus orang kurang upaya (OKU), dekat sini.

Lelaki ditahan disyaki hempas anak ke lantai

Posted: 04 Aug 2020 09:45 AM PDT

PADANG RENGAS: Seorang lelaki ditahan, kelmarin, kerana disyaki menghempas anak perempuannya yang berusia tujuh tahun ke lantai rumah mereka, di sini, Ahad lalu.

KWSP komited lindungi identiti 14.6 juta ahli

Posted: 04 Aug 2020 09:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak pernah berkongsi sebarang maklumat 14.6 juta ahlinya dengan pihak luar, yang diguna untuk melakukan aktiviti tidak bertanggungjawab.

ASEAN perlu bekerjasama tangani penularan COVID-19 - KP Kesihatan

Posted: 04 Aug 2020 08:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Negara anggota ASEAN, termasuk Malaysia, perlu bekerjasama menangani pandemik COVID-19 dan meminimumkan kesan sosioekonomi terhadap negara.

Kes dokumentari: PDRM rakam keterangan beberapa individu

Posted: 04 Aug 2020 08:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakam keterangan beberapa individu ketika menjalankan pemeriksaan mengejut di tiga pejabat agensi media, termasuk Al Jazeera, di sini, hari ini.

Tak boleh beraksi musim depan jika ada hutang

Posted: 04 Aug 2020 07:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pasukan Liga Malaysia (Liga M) tidak dibenarkan beraksi pada musim hadapan sekiranya gagal menyelesaikan tunggakan gaji pemain masing-masing musim ini.

Pembunuh bersiri mengaku bunuh 50 pemandu teksi

Posted: 04 Aug 2020 07:32 AM PDT

NEW DELHI: Seorang pembunuh bersiri India mengaku membunuh 50 pemandu teksi dan melupuskan semua mayat di dalam sungai dipenuhi buaya.

Pelaburan emas: 8 individu dihukum penjara dan denda, 3 syarikat didenda

Posted: 04 Aug 2020 07:24 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lapan individu dihukum penjara antara tiga dan sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, atas kesalahan pengubahan wang haram dan menerima deposit tanpa lesen berkaitan pelaburan jongkong emas pada 2011.

Imran Yassin dilantik Ketua MIDF Research

Posted: 04 Aug 2020 07:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF Investment Bank) mengumumkan pelantikan Imran Yassin Md Yusof sebagai Ketua MIDF Research berkuat kuasa 7 Julai lalu.

Al Jazeera kecam pemeriksaan mengejut PDRM

Posted: 04 Aug 2020 06:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Stesen penyiaran antarabangsa, Al Jazeera, mengecam tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat pemeriksaan mengejut di pejabatnya, di sini, hari ini.

Dana khas galak industri hiliran getah ambil pekerja tempatan

Posted: 04 Aug 2020 06:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis Getah Malaysia (MRC) akan menubuhkan dana khas berjumlah RM36 juta bagi menggalakkan industri hiliran terutamanya sektor pengeluaran sarung tangan getah mengambil lebih ramai pekerja tempatan.

Kenyataan Guan Eng berniat jahat - Azmin

Posted: 04 Aug 2020 06:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keputusan Malaysia untuk meratifikasi Perjanjian Komprehesif dan Progresif Bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) tanpa menetapkan tempoh khusus proses berkenaan, dibuat ketika pentadbiran Pakatan Harapan.

Harga MSM diunjur cecah sehingga RM2,600 satu tan

Posted: 04 Aug 2020 06:45 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) optimis harga minyak sawit mentah (MSM) akan mencecah antara RM2,500 dan RM2,600 satu tan menjelang akhir tahun ini.

Polis tahan ahli perniagaan, rampas pokok disyaki ganja dan peluru

Posted: 04 Aug 2020 05:42 AM PDT

KOTA KINABALU: Polis menahan seorang ahli perniagaan dan merampas 12 pokok disyaki ganja serta 58 butir peluru pelbagai jenama dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Mega Ria, Batu 3, Jalan Air Panas Tawau, di sini, semalam.

'Saya sendiri pastikan Talian Kasih dibuka segera'

Posted: 04 Aug 2020 06:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Isu penutupan sementara Talian Kasih pada awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan Dewan Rakyat riuh dengan celahan Ahli Parlimen ketika sesi penggulungan perbahasan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, hari ini.

Gaji Sancho RM1.86 juta seminggu

Posted: 04 Aug 2020 06:27 AM PDT

LONDON: Jadon Sancho dilaporkan bersetuju menandatangani kontrak selama lima tahun beraksi bersama Manchester United dengan gaji sebanyak 340,000 pound (RM1.86 juta) seminggu.

Sidang Dewan Rakyat terhenti tidak cukup korum

Posted: 04 Aug 2020 06:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat petang ini terhenti seketika petang ini apabila jumlah Ahli Parlimen yang berada di dalam dewan tidak mencukupi korum yang ditetapkan.

Pasangan kekasih didakwa edar dadah guna kurier

Posted: 03 Aug 2020 08:14 PM PDT

KULAI: Sepasang kekasih didakwa di Mahkamah Majistret Kulai, hari ini, atas kesalahan mengedar dadah yang disembunyikan dalam pembesar suara dan dihantar melalui syarikat kurier, Mei lalu.

Russia digesa patuhi garis panduan penghasilan vaksin

Posted: 04 Aug 2020 06:14 AM PDT

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa Russia mematuhi garis panduan ditetapkan bagi menghasilkan vaksin selamat dan berkesan selepas Moscow mengumumkan rancangan memulakan pengeluaran suntikan COVID-19.

PBS intai 30 kerusi dalam PRN Sabah

Posted: 04 Aug 2020 05:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Parti Bersatu Sabah (PBS) secara terbuka akan bertanding di 30 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

'Cubit paha kiri, paha kanan terasa juga'

Posted: 04 Aug 2020 06:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dakwaan Ahli Parlimen pembangkang bahawa imej negara terjejas susulan tindakan terhadap agensi berita antarabangsa Al-Jazeera termasuk menyerbu pejabat operasinya di ibu negara, ditangkis oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

Legenda Real bersara pada usia 39 tahun

Posted: 04 Aug 2020 06:04 AM PDT

MADRID: Iker Casillas secara rasminya mengumumkan persaraan daripada arena bola sepak pada usia 39 tahun.

Iran catat kes COVID-19 tertinggi dalam tempoh lebih sebulan

Posted: 04 Aug 2020 05:59 AM PDT

TEHRAN: Iran hari ini mengesahkan lebih 2,700 jangkitan COVID-19 baharu, jumlah harian tertinggi dalam tempoh lebih sebulan, tatkala kementerian kesihatan meminta mereka yang tidak memakai pelitup muka dikenakan denda.

'Segera tinggalkan Sabah jika tiada dokumen sah'

Posted: 04 Aug 2020 05:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mana-mana individu tanpa sebarang dokumen di Sabah diberi peringatan supaya pulang ke negara asal secepat mungkin.

Warga asing langgar undang-undang boleh diusir

Posted: 04 Aug 2020 04:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Imigresen boleh menggunakan perundangan sedia ada untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana warga asing yang 'tidak dikehendaki' di Malaysia.

Aman nafi isteri halang jumpa anak

Posted: 04 Aug 2020 05:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon, Aman Graseka, 53, menafikan isteri baharu, Reena Arina, 31, menghalangnya bertemu dengan cahaya mata, Nurdayini Ashiqah, 22, sejak mereka mendirikan rumah tangga.

'Mengapa pemegang kad UNHCR di negara ini meningkat?'

Posted: 04 Aug 2020 04:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji semula kedudukan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini sebelum memutuskan tindakan susulan.

Thailand buka siasatan baharu ke atas waris Red Bull

Posted: 04 Aug 2020 05:36 AM PDT

BANGKOK: Peguam Negara Thailand hari ini mengarahkan siasatan baharu ke atas waris Red Bull kerana disyaki terbabit kejadian langgar lari yang menyebabkan kematian, susulan kemarahan orang ramai apabila pertuduhan ke atasnya digugurkan bulan lalu.

Perintah berkurung Filipina akibatkan ramai terkandas

Posted: 04 Aug 2020 05:26 AM PDT

MANILA: Tiada wang dan tidak bekerja, Ruel Damaso dilihat tidur atas kadbod dan bertahan dengan makanan diberikan di Lapangan Terbang Manila yang menempatkan puluhan orang terkandas ekoran sebahagian perintah berkurung dikuatkuasakan semula, hari ini.

Smalling kembali sertai United

Posted: 04 Aug 2020 05:25 AM PDT

LONDON: Chris Smalling mengesahkan dia akan kembali ke pangkuan Manchester United daripada AS Roma dan tidak akan beraksi dalam baki perlawanan Liga Europa buat kelab Serie A itu.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template