BH Online - Terkini |
- JKN kesan kontak rapat anggota kesihatan positif COVID-19
- Pelantikan Ahli Majlis PBT perlu penuhi kriteria
- Model baharu bantu kelangsungan zoo terkesan pandemik COVID-19
- Bottas sambar petak pertama GP Ulang Tahun ke-70
- Roshadi gembira persefahaman pemain
- Zarco sambar petak utama MotoGP Republik Czech
- 'King Kazu' pemain bola sepak profesional paling tua
- Malaysia dijangka mampu basmi kemiskinan menjelang 2030 - Mustapa
- Hanya akan timbulkan lebih banyak perpecahan orang Melayu - Rais
- Lelaki disyaki pukul penghantar makanan direman 4 hari
- Isteri duta Belanda korban letupan Beirut
- Anak kucing atas pokok lebih 24 jam diselamatkan
- Kuala Sanglang dikenakan TEMCO mulai malam ini
- Permohonan rentas sempadan Malaysia-Singapura dibuka mulai 10 Ogos
- Pogba pemain terima gaji paling tinggi dalam seminit
- 5 ahli parlimen Lubnan letak jawatan
- COVID-19: India catat 61,537 kes baharu
- Masyarakat perlu bijak tapis maklumat
- Juventus pecat Sarri sebagai jurulatih
- Mauritius isytihar darurat, krisis tumpahan minyak semakin buruk
- Ketua BERSATU bahagian Klang letak jawatan
- Pelantikan Arul sebagai jurulatih baharu tepat
- Perak peruntuk RM500,000 bagi pembangunan e-sukan
- Petanda positif ekonomi pulih tahun hadapan - Tengku Zafrul
- Kluster Sivagangga hanya babit tiga negeri - Dr Adham
- Penyelamat dikejutkan dengan 'darah dan kematian'
- Naik taraf hospital berusia lebih 50 tahun
- Penunjuk perasaan Thailand tuntut perubahan drastik
- 300,000 rakyat Lubnan enggan tinggalkan rumah
- Permata tersembunyi Teluk Intan
| JKN kesan kontak rapat anggota kesihatan positif COVID-19 Posted: 08 Aug 2020 08:45 AM PDT IPOH: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak sedang menjalankan aktiviti pengesanan dan ujian saringan kontak rapat COVID-19 termasuk semua pesakit yang dirawat seorang anggota kesihatan di sebuah klinik kesihatan di sini. |
| Pelantikan Ahli Majlis PBT perlu penuhi kriteria Posted: 06 Aug 2020 12:23 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mendapati kurang 10 peratus daripada kira-kira 3,000 ahli majlis yang dilantik pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai kelayakan diperlukan. |
| Model baharu bantu kelangsungan zoo terkesan pandemik COVID-19 Posted: 08 Aug 2020 08:49 AM PDT TAIPING: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bakal mengemukakan satu model baharu untuk memastikan kelangsungan zoo serta pusat pameran tetap (PPT) terkesan dengan impak pandemik COVID-19. |
| Bottas sambar petak pertama GP Ulang Tahun ke-70 Posted: 08 Aug 2020 08:29 AM PDT SILVERSTONE, United Kingdom: Valtteri Bottas mengenepikan rakan sepasukan dari Mercedes, Lewis Hamilton untuk menyambar petak pertama perlumbaan Grand Prix (GP) Ulang Tahun ke-70 di Litar Silverstone, di sini, sebentar tadi. |
| Roshadi gembira persefahaman pemain Posted: 08 Aug 2020 08:28 AM PDT KUALA TERENGGANU: Pengendali Terengganu FC II (TFC II), Roshadi Wahab gembira apabila pemainnya berhasil membentuk persefahaman positif menjelang pertemuan dengan Negeri Sembilan pada aksi Liga Perdana di Paroi, 26 Ogos ini. |
| Zarco sambar petak utama MotoGP Republik Czech Posted: 08 Aug 2020 08:21 AM PDT BRNO, Republik Czech: Johann Zarco menyambar petak utama saingan MotoGP Czech di sini, esok selepas mencatatkan 0.300 saat lebih pantas berbanding pendahulu kejuaraan, Fabio Quartararo, sebentar tadi. |
| 'King Kazu' pemain bola sepak profesional paling tua Posted: 08 Aug 2020 07:51 AM PDT TOKYO: Kazuyoshi Miura menjadi pemain tertua yang pernah muncul dalam perlawanan piala profesional dengan usianya 53 tahun. |
| Malaysia dijangka mampu basmi kemiskinan menjelang 2030 - Mustapa Posted: 08 Aug 2020 07:54 AM PDT JELI: Malaysia dijangka mampu membasmi kemiskinan menjelang 2030, selaras dengan agenda Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membasmi kemiskinan dan kebuluran. |
| Hanya akan timbulkan lebih banyak perpecahan orang Melayu - Rais Posted: 08 Aug 2020 07:02 AM PDT KUANTAN: Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menubuhkan sebuah lagi parti politik disifatkan hanya akan menimbulkan lebih banyak perpecahan dalam kalangan orang Melayu di negara ini. |
| Lelaki disyaki pukul penghantar makanan direman 4 hari Posted: 08 Aug 2020 07:33 AM PDT BUKIT MERTAJAM: Lelaki disyaki memukul penghantar makanan di Alma, Khamis lalu, dalam pergaduhan yang turut tular melalui media sosial, direman empat hari bagi membantu siasatan kes itu. |
| Isteri duta Belanda korban letupan Beirut Posted: 08 Aug 2020 06:53 AM PDT THE HAGUE: Isteri duta Belanda ke Lubnan, Jan Waltmans meninggal dunia akibat luka yang dialami dalam letupan bom Beirut, kata kementerian luar Belanda hari inji. |
| Anak kucing atas pokok lebih 24 jam diselamatkan Posted: 08 Aug 2020 07:19 AM PDT KALABAKAN: Pasukan Bomba Sukarela Kalabakan (PBS) menyelamatkan seekor anak kucing yang terperangkap di atas pokok kelapa sawit setinggi lebih 10 meter di Kampung Rancangan Kalabakan dekat sini, pagi tadi. |
| Kuala Sanglang dikenakan TEMCO mulai malam ini Posted: 08 Aug 2020 05:49 AM PDT KANGAR: Perlis mengisytiharkan Kuala Sanglang di mukim Sanglang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) bermula malam ini hingga 9 September depan. |
| Permohonan rentas sempadan Malaysia-Singapura dibuka mulai 10 Ogos Posted: 08 Aug 2020 07:11 AM PDT PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen (Imigresen) hari ini memaklumkan permohonan kemudahan bagi rentas sempadan di antara Malaysia dan Singapura akan dibuka mulai Isnin ini. |
| Pogba pemain terima gaji paling tinggi dalam seminit Posted: 08 Aug 2020 07:06 AM PDT LONDON: Paul Pogba dan Alexis Sanchez tersenarai sebagai pemain bola sepak yang menerima gaji tertinggi di dunia bagi setiap minit mereka bermain. |
| 5 ahli parlimen Lubnan letak jawatan Posted: 08 Aug 2020 06:33 AM PDT BEIRUT: Tiga ahli parlimen Lubnan meletak jawatan dalam protes besar-besaran berlangsung hari ini sebagai bantahan kepada kerajaan yang didakwa cuai dan korup sehingga menyebabkan kejadian letupan dahsyat Selasa lalu. |
| COVID-19: India catat 61,537 kes baharu Posted: 08 Aug 2020 06:01 AM PDT NEW DELHI: India merekodkan 61,537 kes baharu dan 933 kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam. |
| Masyarakat perlu bijak tapis maklumat Posted: 08 Aug 2020 06:24 AM PDT Kuantan: Orang ramai diingatkan supaya bijak menapis maklumat yang diterima menerusi pelbagai medium media sosial bagi mengelak terjebak dengan perangkap maklumat tidak tepat, sekali gus mengelirukan masyarakat. |
| Juventus pecat Sarri sebagai jurulatih Posted: 08 Aug 2020 06:23 AM PDT TURIN, Itali: Juventus memecat Maurizio Sarri dengan Mauricio Pochettino disebut-sebut sebagai pengganti yang berpotensi sebagai pengendali baharu kelab itu. |
| Mauritius isytihar darurat, krisis tumpahan minyak semakin buruk Posted: 08 Aug 2020 06:12 AM PDT PORT LOUIS: Perdana Menteri Mauritius mengisytiharkan darurat alam sekitar dan meminta bantuan segera Perancis berikutan tumpahan minyak tanpa henti dari kapal kargo di perairan yang dilindungi di negara pulau itu. |
| Ketua BERSATU bahagian Klang letak jawatan Posted: 08 Aug 2020 04:49 AM PDT KLANG: Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bahagian Klang, Datuk Syed Abdillah Syed Abdul Aziz mengumumkan peletakan jawatan dan keluar daripada parti itu hari ini. |
| Pelantikan Arul sebagai jurulatih baharu tepat Posted: 08 Aug 2020 05:58 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemain pertahanan skuad hoki negara, Razie Rahim menyifatkan keputusan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) melantik Arul Selvaraj sebagai ketua jurulatih yang baharu adalah tepat. |
| Perak peruntuk RM500,000 bagi pembangunan e-sukan Posted: 08 Aug 2020 05:46 AM PDT KUALA KANGSAR: Kerajaan negeri Perak memperuntukkan sebanyak RM500,000 untuk pembangunan sukan elektronik (e-sukan) untuk tahun ini, kata EXCO Sukan negeri, Khairul Shahril Mohamed. |
| Petanda positif ekonomi pulih tahun hadapan - Tengku Zafrul Posted: 08 Aug 2020 05:40 AM PDT BATU KAWAN: Kerajaan optimis keadaan ekonomi negara mampu pulih dan meningkat pada tahun hadapan sekiranya pandemik COVID-19 dapat ditangani serta diuruskan dengan baik. |
| Kluster Sivagangga hanya babit tiga negeri - Dr Adham Posted: 08 Aug 2020 03:33 AM PDT MELAKA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan hanya tiga negeri setakat ini yang dikaitkan dengan penularan COVID-19 dari Kluster Sivagangga. |
| Penyelamat dikejutkan dengan 'darah dan kematian' Posted: 08 Aug 2020 04:55 AM PDT KOZHIKODE: Pihak berkuasa India sudah menjalani latihan bertahun-tahun untuk berdepan insiden pesawat tergelincir di landasan lapangan terbang Kozhikode, namun tidak bagi penduduk tempatan, Fazal Puthiyakath yang tidak bersedia menghadapi kejadian sebenar yang meragut nyawa itu. |
| Naik taraf hospital berusia lebih 50 tahun Posted: 08 Aug 2020 04:50 AM PDT MELAKA: Sebanyak 46 hospital kerajaan berusia lebih 50 tahun disenaraikan untuk dibaik pulih dan dinaik taraf, khususnya membabitkan sistem pendawaian. |
| Penunjuk perasaan Thailand tuntut perubahan drastik Posted: 08 Aug 2020 04:24 AM PDT BANGKOK: Penunjuk perasaan di Thailand terus memberi tekanan terhadap tuntutan mereka bagi pembubaran Parlimen, pilihan raya baharu dan mengubah perlembagaan. |
| 300,000 rakyat Lubnan enggan tinggalkan rumah Posted: 08 Aug 2020 04:17 AM PDT BEIRUT: Ibu kota Lubnan masih berkabung hari ini selepas letupan besar memusnahkan Pelabuhan Beirut awal minggu ini, yang membawa kemusnahan dianggarkan berjumlah antara AS$10 hingga AS$15 bilion (RM41.9 hingga RM62.8 bilion). |
| Permata tersembunyi Teluk Intan Posted: 08 Aug 2020 04:09 AM PDT SEBUT saja Teluk Intan, Perak pasti kita akan terus mengingati menara condong dan udang galah yang sememangnya cukup sinonim dengan bandar yang dahulunya dikenali dengan nama Teluk Anson itu. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment