Sunday, August 9, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Kerja keras 10 tahun Achey berbaloi

Posted: 09 Aug 2020 04:45 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerja keras selama 10 tahun dan tabungan sejak mula mengabdikan diri dalam bidang seni menghadiahkan ganjaran tidak ternilai kepada pelawak Achey yang memiliki kediaman impian di Sungai Buloh, Selangor.

Guru tuisyen curi 21 helai pakaian ditahan

Posted: 09 Aug 2020 08:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang guru tuisyen ditahan ketika cuba mencuri 21 helai pakaian dianggarkan bernilai RM4,310 di sebuah butik pakaian di sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu negara, semalam.

Pertarungan dua beregu lelaki kebangsaan dijangka hangat

Posted: 09 Aug 2020 08:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pertembungan dua beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dengan Goh V Shem-Tan Wee Kiong dijangka menghangatkan saingan badminton Divisyen 1 Kejohanan Jemputan BAM yang dijadual bermula Rabu ini.

Bukan diculik, tetapi didakwa disembunyikan makhluk halus

Posted: 09 Aug 2020 08:35 AM PDT

SIPITANG: Dakwaan kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di Kampung Kelangsat, di sini, semalam, bukan diculik sebaliknya didakwa disembunyikan makhluk halus.

Binder tawan MotoGP Republik Czech

Posted: 09 Aug 2020 08:24 AM PDT

BRNO, Republik Czech: Pelumba Red Bull KTM Factory Racing, Brad Binder merangkul kejuaraan MotoGP Republik Czech di Litar Brno, di sini, sebentar tadi.

Khairulnizam bakal dapat 'kawan' baharu

Posted: 09 Aug 2020 08:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: Atlet pelayaran negara, Khairulnizam Mohd Affendy bakal mendapat 'kawan' baharu dalam kelas laser standard sebagai persiapan menghadapi Sukan Olimpik Tokyo tahun depan.

Verstappen menang GP Ulang Tahun ke-70

Posted: 09 Aug 2020 08:21 AM PDT

SILVERSTONE, United Kingdom: Pemandu Red Bull, Max Verstappen menjuarai perlumbaan Grand Prix (GP) Ulang Tahun ke-70 di Litar Silverstone, di sini, sebentar tadi.

Ruhainies rai hari jadi lagi

Posted: 09 Aug 2020 08:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Helah konon perlu bertemu wakil sebuah syarikat pelancongan di hotel 'menjadi' apabila ulang tahun kelahiran ke-28, aktres, Ruhainies diraikan kelab peminat di ibu negara, buat kali kedua.

COVID-19: Jumlah kes AS lepasi 5 juta

Posted: 09 Aug 2020 06:00 AM PDT

NEW YORK: Amerika Syarikat (AS) kini melepasi lima juta kes jangkitan COVID-19 sejak ia mula dikesan dan pakar mengatakan jumlah itu mungkin lebih tinggi.

Hampir sejam terperangkap dalam lif

Posted: 09 Aug 2020 06:29 AM PDT

TUARAN: Dua remaja lelaki berdepan detik cemas apabila terperangkap hampir sejam dalam lif di tingkat 18 di bangunan Program Perumahan Rakyat (PPR) Gayang Ria I, di sini, petang tadi.

'Siapa lagi saya mahu harap, kalau bukan polis'

Posted: 09 Aug 2020 05:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas membuat pendedahan rakaman video tentang kewujudan kegiatan judi dan penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor, semalam, Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, mengharapkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, membanteras kegiatan berkenaan.

Penyelamat temui 43 mayat kejadian tanah runtuh

Posted: 09 Aug 2020 05:14 AM PDT

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 43 mayat dijumpai selepas tanah runtuh besar yang disebabkan oleh hujan monsun yang berlaku di ladang teh di barat daya India, kata polis pada hari Ahad.

Selamatkan negara, angkat kepemimpinan Melayu, Islam

Posted: 09 Aug 2020 12:37 AM PDT

Selepas sekian lama bercakaran, kumpulan 'songkok hitam' dan 'kopiah putih' akhirnya dapat mencari titik persamaan. Serang menyerang berganti kemesraan, kutuk mengutuk tidak lagi kedengaran. PAS dan UMNO menggerakkan kerjasama sehingga tertubuhnya Muafakat Nasional (MN) yang kemudian berjaya bertapak di Putrajaya. Walaupun teras kerajaan sekarang masih Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), kerjasama PAS dan UMNO itu dilihat strategi bijak untuk menambat hati kaum majoriti di negara ini. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkongsi sejarah dan perkembangan PAS dengan wartawan BH, Nazura Ngah dan Mohd Iskandar Ibrahim termasuk pakatan dengan pelbagai organisasi siasah lain seperti DAP dan PKR yang kini menjadi seteru serta siapa musuh politik parti itu sekarang.

30 maut, 12 hilang akibat banjir dan tanah runtuh di Korea Selatan

Posted: 09 Aug 2020 05:44 AM PDT

SEOUL: Tanah runtuh dan banjir yang berpunca dari hujan lebat di Korea Selatan menyebabkan sekurang-kurangnya 30 orang mati dan 12 hilang.

Menteri Informasi Lubnan letak jawatan

Posted: 09 Aug 2020 05:33 AM PDT

BEIRUT: Menteri Informasi Lubnan, Manal Abdel Samad, meletakkan jawatan hari ini, menteri pertama yang meletak jawatan sejak letupan di pelabuhan Beirut yang mengorbankan lebih 150 orang dan memusnahkan kawasan di ibu negara.

Panggil bomba bantu tanggalkan cincin

Posted: 09 Aug 2020 05:31 AM PDT

PORT DICKSON: Seorang lelaki terpaksa meminta bantuan anggota bomba selepas cincin di jari manis kanannya gagal ditanggalkan di sini, hari ini.

Slogan 'Sabah untuk Sabahan' tidak bantu Sabah

Posted: 09 Aug 2020 01:40 AM PDT

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) menyifatkan slogan 'Sabah untuk Sabahan' yang dilaungkan Parti Warisan Sabah (WARISAN) tidak menyumbang kepada penyelesaian masalah ekonomi dan pengangguran kronik di negeri ini.

Tiga kes positif COVID-19 di Pulau Pinang

Posted: 09 Aug 2020 04:57 AM PDT

PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menekankan mengenai kepentingan pengesanan kontak selepas tiga kes positif COVID-19 dilaporkan di negeri itu, hari ini.

PRK Slim medan cari titik persamaan parti

Posted: 09 Aug 2020 04:46 AM PDT

TANJUNG MALIM: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, akhir bulan ini perlu dijadikan sebagai medan untuk mencari titik persamaan dan kesepakatan antara Barisan Nasional (BN), PAS serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), kata Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Melaka dapat suntikan moral

Posted: 09 Aug 2020 03:46 AM PDT

MELAKA: Kemenangan 3-0 ke atas PDRM dalam aksi persahabatan di Stadium Hang Jebat, dekat sini, malam tadi memberi suntikan moral kepada pasukan Melaka menjelang aksi pembukaan Liga Super pada 26 Ogos ini.

Penyu agar temui terperangkap diselamatkan bomba

Posted: 09 Aug 2020 03:45 AM PDT

CHUKAI: Seekor penyu agar ditemui terperangkap di bawah timbunan pokok tumbang di kawasan Cakar Hutan, Kampung Labohan, Kemaman, pagi tadi.

Sultan Johor murka pemburuan haram berleluasa

Posted: 09 Aug 2020 03:38 AM PDT

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar murka dengan aktiviti pemburuan haram di beberapa kawasan hutan di sekitar negeri ini.

COVID-19: Singapura catat 175 kes baharu, keseluruhan lebih 55,000

Posted: 09 Aug 2020 03:36 AM PDT

SINGAPURA: Singapura mencatatkan 175 lagi kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu dengan tiga kes import.

Johnson ungguli pusingan ketiga Kejuaraan PGA

Posted: 09 Aug 2020 03:31 AM PDT

SAN FRANCISO: Pemain Amerika Syarikat (AS), Dustin Johnson membenam lapan birdie untuk mencatat lima bawah par 65 sekali gus mengungguli pusingan ketiga Kejuaraan PGA, di sini, hari ini, dengan kelebihan satu pukulan.

Kebebasan luas untuk media baharu

Posted: 09 Aug 2020 03:30 AM PDT

ISKANDAR PUTERI: Kebebasan seluasnya akan diberikan kepada pengamal dan aktivis industri kreatif media baharu negara bagi membolehkannya berkembang pesat.

Parti baharu tak ganggu UMNO

Posted: 09 Aug 2020 03:23 AM PDT

ISKANDAR PUTERI: Parti baharu yang akan ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mengganggu UMNO di Johor.

Nagasaki memperingati 75 tahun pengeboman atom

Posted: 09 Aug 2020 03:20 AM PDT

NAGASAKI: Bandar Nagasaki hari ini memperingati ulang tahun ke-75 kemusnahannya disebabkan oleh bom atom Amerika Syarikat (AS) dengan Datuk Bandar dan ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran terhadap perlumbaan senjata nuklear.

Perlawanan amal legenda Terengganu, Selangor 15 Ogos

Posted: 09 Aug 2020 03:18 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Bekas pemain kebangsaan dari negeri ini dan Selangor bakal berentap dalam aksi amal bagi mengumpul dana untuk disumbangkan kepada bekas legenda Terengganu, Mohd Fadali Jalil dan Rosli Ishak yang kini terlantar sakit.

Konsep kerja dari rumah boleh diperluaskan

Posted: 09 Aug 2020 03:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia boleh memperluaskan lagi konsep kerja dari rumah kerana tahap penyampaian tugasan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sangat positif, meskipun baru dipraktikkan oleh pekerja di negara ini susulan penularan COVID-19.

15 AJK BERSATU Bahagian Kota Raja keluar parti

Posted: 09 Aug 2020 03:08 AM PDT

SHAH ALAM: Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Kota Raja, Syed Abdul Rahman Syed Abu Bakar bersama 14 ahli jawatankuasanya mengumumkan keluar parti hari ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template