BH Online - Terkini |
- Penyanyi Sandra Dianne meninggal dunia
- PTTI lantik Mira Filzah jadi duta
- APHM, JA Assure tawar platform insurans Doctor Shield
- Banjir kilat: Penduduk panik air naik terlalu cepat
- KJ bertemu Veveonah dan mohon maaf bagi pihak kerajaan
- Banjir kilat: Kementerian Wilayah Persekutuan tunggu laporan JPS
- Banjir di ibu kota selepas hujan lebat 2 jam
- 51 dikompaun tidak jaga penjarakan fizikal
- MNCF dapat talian hayat
- Super Mokh sehebat Ali Daie, Ronaldo
- PDRM umum pertukaran empat pegawai kanan
- Sektor pelancongan Melaka tunjuk pemulihan
- COVID-19: 4 sekolah di Tawau tutup 14 hari
- Polis tahan warga India disyaki bunuh rakan senegara
- PRN Sabah: STAR akur pembahagian kerusi PN, tanding 8 kerusi
- PRN Sabah: PBS tanding 15 kerusi
- Aaron harap akhiri badi jumpa beregu Indonesia di Piala Thomas
- SuperKIP sudah sedia kembali
- Aktiviti keagamaan 97 masjid di Kota Setar ditangguhkan
- Terowong Lebuhraya SMART ditutup
- Parlimen EU keluarkan Suu Kyi dari senarai penerima hadiah
- 25 penggiat seni dapat PPR
- Jahid mohon tangguh PRN Sabah
- Untung bersih Bermaz Auto merosot
- Ambil peluang ke Langkawi sebelum terkandas
- Pelanggan BSN diminta mohon pakej susun semula pembiayaan
- Kes pertama demam babi Afrika ditemui di Jerman
- Ringgit kembali meningkat
- Pemuda UMNO sambut baik calon Pemuda BN PRN Sabah
- Kejuaraan B-19 AFC di Uzbekistan di tunda tahun depan
| Penyanyi Sandra Dianne meninggal dunia Posted: 10 Sep 2020 12:32 PM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi, Sandra Dianne yang tidak sedarkan diri selepas terbabit dalam kemalangan, Sabtu lalu, meninggal dunia di Hospital Putrajaya, awal pagi tadi. |
| PTTI lantik Mira Filzah jadi duta Posted: 10 Sep 2020 11:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Artis terkenal Mira Filzah atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, dilantik sebagai duta pusat tuisyen PTTI Group Sdn Bhd susulan pencapaiannya yang mana pernah menjadi pelajar cemerlang menerusi peperiksaan SPM pada tahun 2010. |
| APHM, JA Assure tawar platform insurans Doctor Shield Posted: 10 Sep 2020 10:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) bekerjasama dengan JA Assure, firma teknologi insurans (InsurTech) multinasional untuk menawarkan Doctor Shield, platform insurans ganti rugi profesional secara dalam talian bermula 1 September. |
| Banjir kilat: Penduduk panik air naik terlalu cepat Posted: 10 Sep 2020 08:48 AM PDT KUALA LUMPUR: "Tak sangka air banjir melimpah sampai masuk ke dalam rumah terlalu cepat sampai kami panik," kata Norhasliza Musa, seorang daripada penduduk Kampung Periuk di Kampung Baru yang terjejas akibat banjir kilat melanda ibu negara, petang tadi. |
| KJ bertemu Veveonah dan mohon maaf bagi pihak kerajaan Posted: 10 Sep 2020 08:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin Abu Bakar, hari ini berkesempatan mengadakan pertemuan bersama pelajar Veveonah Mosibin, yang tular pada Jun lalu kerana memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet di pedalaman Sabah. |
| Banjir kilat: Kementerian Wilayah Persekutuan tunggu laporan JPS Posted: 10 Sep 2020 08:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan menunggu laporan terperinci Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi mencari punca mengakibatkan kejadian banjir kilat yang menjejaskan beberapa lokasi di ibu negara, hari ini. |
| Banjir di ibu kota selepas hujan lebat 2 jam Posted: 10 Sep 2020 04:55 AM PDT KUALA LUMPUR: Hujan lebat lebih dua jam di ibu negara, petang tadi menyebabkan kawasan dan laluan di sekeliling Masjid Jamek, di sini dan kawasan sekitarnya ditenggelami air selepas air daripada Sungai Klang dan Sungai Gombak melimpah. |
| 51 dikompaun tidak jaga penjarakan fizikal Posted: 10 Sep 2020 07:59 AM PDT JOHOR BAHRU: Seramai 51 individu yang sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di sini, masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 kerana gagal menjaga penjarakan fizikal awal pagi tadi. |
| Posted: 10 Sep 2020 07:48 AM PDT KUALA LUMPUR: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) menarik nafas lega apabila menerima sumbangan penajaan RM50,000 untuk Kejohanan Lebuh Raya Kebangsaan Malaysia 2020 dari 18 hingga 20 September ini. |
| Super Mokh sehebat Ali Daie, Ronaldo Posted: 10 Sep 2020 07:46 AM PDT KUALA LUMPUR: Kejayaan bintang bola sepak dunia Cristiano Ronaldo yang berjaya memecahkan rekod 100 gol bagi perlawanan antarabangsa bersama skuad kebangsaan Portugal jelas mendapat perhatian banyak pihak. |
| PDRM umum pertukaran empat pegawai kanan Posted: 10 Sep 2020 07:26 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran membabitkan empat pegawai kanannya, berkuat kuasa 12 Oktober depan. |
| Sektor pelancongan Melaka tunjuk pemulihan Posted: 10 Sep 2020 03:07 AM PDT KUALA LUMPUR: Sektor pelancongan di Melaka mula menunjukkan pemulihan apabila lebih 43,000 bilik hotel ditempah antara Jun hingga Disember ini. |
| COVID-19: 4 sekolah di Tawau tutup 14 hari Posted: 10 Sep 2020 07:16 AM PDT TAWAU: Empat sekolah termasuk tiga sekolah rendah di sini diarah tutup selama 14 hari bermula esok sehingga 25 September depan. |
| Polis tahan warga India disyaki bunuh rakan senegara Posted: 10 Sep 2020 07:07 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki warga India yang disyaki membunuh rakan senegaranya dalam pergaduhan di sebuah pusat jagaan orang tua di Petaling Jaya, dekat sini awal pagi tadi. |
| PRN Sabah: STAR akur pembahagian kerusi PN, tanding 8 kerusi Posted: 10 Sep 2020 07:00 AM PDT KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) akur dengan pembahagian kerusi dalam Perikatan Nasional (PN) yang menyaksikan parti itu bertanding di lapan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 26 September ini. |
| PRN Sabah: PBS tanding 15 kerusi Posted: 10 Sep 2020 06:51 AM PDT KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) akan bertanding di 15 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 26 September ini. |
| Aaron harap akhiri badi jumpa beregu Indonesia di Piala Thomas Posted: 10 Sep 2020 06:48 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemain beregu lelaki negara, Aaron Chia berharap tuah beraksi dalam acara berpasukan dapat membantu dia dan gandingannya, Soh Wooi Yik menamatkan badi kekalahan di tangan pasangan nombor satu dunia dari Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo. |
| Posted: 10 Sep 2020 06:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Selepas kira-kira dua minggu menjalani pembedahan membuang jari kelingking kanan, kini Khairul Idham Pawi sudah bersedia kembali beraksi di Grand Prix (GP) San Marino hujung minggu ini, namun sedar dirinya perlu menyesuaikan semula tunggangan bersama jentera. |
| Aktiviti keagamaan 97 masjid di Kota Setar ditangguhkan Posted: 10 Sep 2020 06:37 AM PDT ALOR SETAR: Semua aktiviti di 97 masjid dan surau di daerah Kota Setar ditangguhkan selama dua minggu bermula tengah malam ini, susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan dan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran. |
| Terowong Lebuhraya SMART ditutup Posted: 10 Sep 2020 06:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Terowong Lebuhraya SMART ditutup kepada lalu lintas selepas menerima arahan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada jam 4 petang tadi berikutan hujan lebat. |
| Parlimen EU keluarkan Suu Kyi dari senarai penerima hadiah Posted: 10 Sep 2020 06:24 AM PDT BRUSSELS: Parlimen Eropah hari ini mengeluarkan pemimpin awam Myanmar, Aung San Suu Kyi, dari 'komuniti Hadiah Sakharov' kerana 'penerimaan' jenayah negara itu terhadap masyarakat Rohingya. |
| Posted: 10 Sep 2020 06:26 AM PDT PETALING JAYA: Dua puluh lima penggiat seni menerima surat tawaran menyewa unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah bawah Inisiatif Perumahan Komuniti Seni Prihatin yang diusahakan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. |
| Posted: 10 Sep 2020 05:52 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid @ Noordin Jahim mengemukakan permohonan untuk menggantung Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijadualkan pada 26 September ini. |
| Untung bersih Bermaz Auto merosot Posted: 10 Sep 2020 06:04 AM PDT KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Bermaz Auto Bhd merosot sebanyak 81.69 peratus kepada RM9.25 juta pada suku pertama berakhir 31 Julai 2020, berbanding RM50.52 juta pada tempoh yang sama tahun lalu. |
| Ambil peluang ke Langkawi sebelum terkandas Posted: 10 Sep 2020 05:53 AM PDT Alor Setar: Lebih 300 penumpang sempat menaiki feri terakhir ke Pulau Langkawi dari Terminal Feri Kuala Kedah, di sini, sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Pentadbiran di daerah Kota Setar bermula tengah malam tadi. |
| Pelanggan BSN diminta mohon pakej susun semula pembiayaan Posted: 10 Sep 2020 05:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Bank Simpanan Nasional (BSN) menyeru agar pelanggan yang terjejas oleh pandemik COVID-19 untuk menghubungi pihak bank bagi mendapatkan bantuan yang bersesuaian, berikutan tempoh moratorium yang akan tamat pada 30 September ini. |
| Kes pertama demam babi Afrika ditemui di Jerman Posted: 10 Sep 2020 05:51 AM PDT BERLIN: Jerman hari ini mengesahkan mengesan kes pertama demam babi Afrika, sekali gus bakal memberi kesan besar kepada penjualan daging babi, yang juga antara pasaran utama di negara itu. |
| Posted: 10 Sep 2020 05:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit kembali mengukuh dan ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan minat belian baharu, kata seorang peniaga. |
| Pemuda UMNO sambut baik calon Pemuda BN PRN Sabah Posted: 10 Sep 2020 05:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO menyambut baik keputusan kepemimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) yang meletakkan 40 peratus calon muda, termasuk wakil Pemuda UMNO Sabah, dalam Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN), 26 September ini. |
| Kejuaraan B-19 AFC di Uzbekistan di tunda tahun depan Posted: 10 Sep 2020 05:23 AM PDT KUALA LUMPUR: Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sah menunda kejuaraan bawah 19 (B-19) yang dijadualkan di Uzbekistan, Oktober ini ke tahun depan susulan pandemik COVID-19. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment