BH Online - Terkini |
- Tindakan persoalkan status pendaftaran PN perbuatan terdesak
- Saintis negara cipta kit ujian pantas COVID-19
- Aisha lambang cinta Fasha, Aidil
- Hamidin diminta kekal terajui MFL
- Chelsea 'tiru' Liverpool - Lampard
- Polis Sabah lulus 257 permit ceramah
- Bursa Malaysia ditutup tinggi
- Ringgit ditutup tinggi
- Dua pegawai, sembilan anggota tentera dirakam keterangan
- Singapura rampas 53,249 peket tembakau kunyah, tahan 5 pemandu Malaysia
- Malaysia alami keragaman iklim, terima hujan lebat
- Perancis, Sweden sahkan Navalny diracun Novichok
- COVID-19: Singapura catat 48 kes baharu, tiada penularan dalam komuniti
- Tarik balik lesen pusat hiburan degil - Ismail Sabri
- Kuarantin wajib balik dari Sabah tak perlu setakat ini
- COVID-19: Indonesia catat 3,141 kes positif baharu, 118 lagi kematian
- MOM harap BWF tunda Piala Thomas/Uber
- Kekurangan bekalan oksigen perubatan India semakin parah
- COVID-19: Lebih banyak korban pada Oktober, November - WHO Eropah
- Lembaga pengarah, pengurus kilang cemar Sungai Gong didakwa esok
- Indonesia usir kapal pengawal pantai China
- Banjir di Sumatera Utara meranapkan ratusan kediaman
- Kipre 'Van Persie Berkaki Kanan'
- PM sempat jamah asam pedas Melaka
- 282 pengunjung pusat hiburan dikompaun
- Safawi tak kesal robek gawang negeri kelahiran
- Kerajaan komited stabilkan harga getah
- Langkah mengekalkan pelabur di Malaysia
- Pendaftaran Perikatan Nasional sudah lulus 7 Ogos
- Angkara tunjuk kemaluan, pemandu lori maut ditetak
| Tindakan persoalkan status pendaftaran PN perbuatan terdesak Posted: 14 Sep 2020 08:49 AM PDT PUTRAJAYA: Perikatan Nasional (PN) menyifatkan tindakan pihak yang mempersoalkan status pendaftaran gabungan parti politik itu sebagai terdesak dan ketandusan isu terutama dalam menghadapi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. |
| Saintis negara cipta kit ujian pantas COVID-19 Posted: 14 Sep 2020 08:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Sekumpulan saintis tempatan berjaya menghasilkan kit ujian pantas atau 'rapid test kit' pertama di dunia yang mempunyai ketepatan bacaan sama dengan ujian dilakukan di makmal. |
| Aisha lambang cinta Fasha, Aidil Posted: 14 Sep 2020 03:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Singkatan 'Ai' merujuk kepada nama suami, Aidil Aziz dan 'Sha' suku kata pertama daripada nama sendiri, Fasha Sandha menjadi bukti kasih sayang antara pasangan selebriti yang menyambut kelahiran puteri comel diberi nama, Aisha Amaira, awal bulan lalu. |
| Hamidin diminta kekal terajui MFL Posted: 14 Sep 2020 06:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemegang taruh bola sepak tempatan terus memberikan kepercayaan kepada Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Hamidin Mohd Amin untuk terus kekal menerajui organisasi itu. |
| Chelsea 'tiru' Liverpool - Lampard Posted: 14 Sep 2020 07:02 AM PDT LONDON: Frank Lampard mengingatkan Jurgen Klopp bahawa Chelsea sekadar 'meniru' apa yang pernah dilakukan Liverpool apabila berbelanja besar untuk mendapatkan pemain. |
| Polis Sabah lulus 257 permit ceramah Posted: 14 Sep 2020 03:59 AM PDT KOTA KINABALU: Polis Sabah meluluskan 257 permit ceramah daripada parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16, sehingga hari ini. |
| Posted: 14 Sep 2020 06:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat pada Isnin sejajar dengan prestasi pasaran saham Asia dan Amerika Syarikat (AS), sebahagiannya disokong oleh sentimen risiko berikutan harapan baharu terhadap vaksin COVID-19 dan permintaan yang berterusan terhadap kaunter berkaitan sarung tangan. |
| Posted: 14 Sep 2020 06:34 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selaras dengan mata wang pasaran baharu muncul yang lain apabila dolar AS terus melemah akibat peningkatan COVID-19 termasuk peralihan politik di AS. |
| Dua pegawai, sembilan anggota tentera dirakam keterangan Posted: 14 Sep 2020 06:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis setakat ini merakam keterangan dua pegawai dan sembilan anggota tentera bagi membantu siasatan berhubung kes kematian Prebet Abdul Aziz Aznam. |
| Singapura rampas 53,249 peket tembakau kunyah, tahan 5 pemandu Malaysia Posted: 14 Sep 2020 06:19 AM PDT SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura merampas 53,249 peket tembakau kunyah yang cuba diseludup masuk ke negara itu dalam lima lori tangki bernombor pendaftaran Malaysia di Pusat Pemeriksaan Tuas, 7 September lalu. |
| Malaysia alami keragaman iklim, terima hujan lebat Posted: 14 Sep 2020 06:11 AM PDT KUALA LUMPUR: Fenomena keragaman iklim yang melanda Malaysia ketika ini mewujudkan fenomena taburan hujan tidak sekata di kawasan tertentu dalam negara. |
| Perancis, Sweden sahkan Navalny diracun Novichok Posted: 14 Sep 2020 05:56 AM PDT BERLIN: Kerajaan Jerman hari ini berkata, hasil ujian makmal di Perancis dan Sweden mengesahkan pemimpin pembangkang Russia, Alexei Navalny sememangnya diracun ejen saraf Novichok. |
| COVID-19: Singapura catat 48 kes baharu, tiada penularan dalam komuniti Posted: 14 Sep 2020 05:39 AM PDT SINGAPURA: Singapura dalam pengesahan awal memaklumkan terdapat 48 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu di republik itu dan tiada kes dalam komuniti dilaporkan. |
| Tarik balik lesen pusat hiburan degil - Ismail Sabri Posted: 14 Sep 2020 05:04 AM PDT KUALA LUMPUR: Lesen premis hiburan seperti kelab malam dan pub akan ditarik jika dikesan masih beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). |
| Kuarantin wajib balik dari Sabah tak perlu setakat ini Posted: 14 Sep 2020 05:20 AM PDT KUALA LUMPUR: Perintah kuarantin wajib ke atas individu yang pulang dari Sabah tidak perlu setakat ini. |
| COVID-19: Indonesia catat 3,141 kes positif baharu, 118 lagi kematian Posted: 14 Sep 2020 05:26 AM PDT JAKARTA: Indonesia mencatatkan 3,141 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes positif keseluruhan di republik itu kini 221,523 kes. |
| MOM harap BWF tunda Piala Thomas/Uber Posted: 14 Sep 2020 05:22 AM PDT KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berpendapat, menangguhkan Piala Thomas dan Uber yang dijadual di Aarhus, Denmark dari 3 hingga 11 Oktober ini, dilihat sebagai keputusan yang lebih tepat, dalam situasi pandemik COVID-19 sekarang. |
| Kekurangan bekalan oksigen perubatan India semakin parah Posted: 14 Sep 2020 05:14 AM PDT NEW DELHI: Beberapa negeri di India melaporkan kekurangan bekalan oksigen perubatan yang diperlukan untuk merawat pesakit COVID-19, berikutan permintaan mendadak ke atasnya. |
| COVID-19: Lebih banyak korban pada Oktober, November - WHO Eropah Posted: 14 Sep 2020 05:05 AM PDT COPENHAGEN: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan akan menyaksikan lebih banyak bilangan kematian akibat COVID-19 setiap hari menjelang Oktober dan November ini. |
| Lembaga pengarah, pengurus kilang cemar Sungai Gong didakwa esok Posted: 14 Sep 2020 04:45 AM PDT KUALA LUMPUR: Empat ahli lembaga pengarah bersama seorang pengurus kilang, yang terbabit dalam kejadian pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong dekat Rawang, didakwa di Mahkamah Seksyen Selayang, Gombak pada jam 8 pagi esok. |
| Indonesia usir kapal pengawal pantai China Posted: 14 Sep 2020 04:43 AM PDT JAKARTA: Agensi Penguatkuasa Maritim Indonesia (Bakamla) mengusir kapal pengawal pantai yang memasuki zon eksklusif ekonomi (EEZ) di perairan Natuna dekat Pulau Riau berikutan memasuki kawasan itu tanpa kebenaran. |
| Banjir di Sumatera Utara meranapkan ratusan kediaman Posted: 14 Sep 2020 04:31 AM PDT MEDAN: Hujan lebat selama dua hari mengakibatkan banjir di wilayah Sumatera Utara, Indonesia sekali gus menyebabkan kemusnahan harta benda awam dan ratusan penduduk kehilangan tempat tinggal. |
| Kipre 'Van Persie Berkaki Kanan' Posted: 14 Sep 2020 03:20 AM PDT KUALA LUMPUR: Jaringan penyerang Kedah, Tchetche Kipre ketika menentang FELDA United mencuri perhatian dan hangat diperkatakan penyokong bola sepak tempatan di laman media sosial. |
| PM sempat jamah asam pedas Melaka Posted: 14 Sep 2020 03:39 AM PDT MELAKA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat menjamu selera secara santai di sebuah restoran masakan asam pedas di Banda Hilir, di sini dalam lawatan seharinya ke negeri ini. |
| 282 pengunjung pusat hiburan dikompaun Posted: 12 Sep 2020 11:28 PM PDT KUALA LUMPUR: Seramai 282 pengunjung sebuah pusat hiburan di Tropicana Damansara, Petaling Jaya, ditahan dan dikenakan kompaun selepas didapati tidak melakukan penjarakan sosial semasa berada dalam premis berkenaan. |
| Safawi tak kesal robek gawang negeri kelahiran Posted: 14 Sep 2020 03:24 AM PDT KUALA TERENGGANU: "Saya perlu profesional!" |
| Kerajaan komited stabilkan harga getah Posted: 14 Sep 2020 03:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus komited untuk menstabilkan harga getah dan meningkatkan nilai tambah getah disebabkan penularan pandemik COVID-19 sejak awal tahun ini yang memberikan kesan kepada pasaran permintaan antarabangsa terutama China. |
| Langkah mengekalkan pelabur di Malaysia Posted: 14 Sep 2020 03:19 AM PDT MELAKA: Kerajaan akan terus mewujudkan persekitaran pelaburan yang sihat bagi menggalakkan pelabur kekal di negara ini selain menambah pelaburan mereka. |
| Pendaftaran Perikatan Nasional sudah lulus 7 Ogos Posted: 14 Sep 2020 03:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Parti Perikatan Nasional (PN) sudah didaftarkan dengan sijil pendaftaran bernombor PPM-019-14-07082020 yang dilulus dan ditandatangani Pendaftar Pertubuhan (ROS) berkuat kuasa pada 7 Ogos lalu. |
| Angkara tunjuk kemaluan, pemandu lori maut ditetak Posted: 14 Sep 2020 02:56 AM PDT ALOR GAJAH: Seorang lelaki mati ditetak dalam pergaduhan dengan beberapa lelaki di perkarangan sebuah rumah dekat Taman Pengkalan Indah di sini, malam tadi. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment