Friday, September 18, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


PM jujur bangunkan Sabah

Posted: 18 Sep 2020 08:45 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yasin membuktikan kejujurannya membangunkan Malaysia terutama Sabah, bagi melihat negeri itu menerima impak pembangunan yang sama seperti Semenanjung.

COVID-19: Thailand catat kematian pertama selepas 100 hari

Posted: 18 Sep 2020 08:00 AM PDT

BANGKOK: Selepas lebih 100 hari sifar kematian akibat COVID-19, Thailand merekodkan satu kes maut hari ini membabitkan seorang lelaki warga tempatan berusia 54 tahun yang kembali dari Arab Saudi, awal bulan ini.

MEF mahu subsidi upah dilanjut ke akhir tahun

Posted: 18 Sep 2020 07:37 AM PDT

SHAH ALAM: Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) berharap Program Subsidi Upah (PSU) yang dijadualkan berakhir bulan ini, dilanjutkan sehingga akhir tahun.

Takraw mungkin kembali disenaraikan ke Program Sukan Teras

Posted: 18 Sep 2020 06:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memberi jaminan akan memberi pertimbangan secara serius untuk sepak takraw kembali disenaraikan dalam Program Sukan Teras.

Lelaki ditahan rogol anak tiri berusia 16 tahun

Posted: 18 Sep 2020 07:16 AM PDT

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki berusia 41 tahun, kelmarin selepas disyaki merogol anak tirinya berusia 16 tahun di kediaman mereka di sini, sejak tahun lalu sehingga mangsa mengalami trauma dan kemurungan.

Musa akan bantu kempen GRS

Posted: 18 Sep 2020 07:07 AM PDT

TUARAN: Bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman akan menjelajah seluruh negeri bagi membantu kempen calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Pengundi kesal wakil rakyat lompat parti

Posted: 18 Sep 2020 06:59 AM PDT

TUARAN: Kekurangan dana membina infrastruktur, bantuan tidak mencukupi dan tindakan pemimpin melompat parti menimbulkan reaksi negatif terhadap penduduk luar bandar, khususnya di Kiulu.

Bale kembali ke Tottenham

Posted: 18 Sep 2020 06:52 AM PDT

LONDON: Gareth Bale tiba di padang latihan Tottenham di Enfield bagi menandatangani kontrak kepulangan ke kelab lamanya itu.

PRN Sabah: Beri potongan harga tiket penerbangan

Posted: 18 Sep 2020 06:50 AM PDT

KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencadangkan semua syarikat penerbangan di negara ini menawarkan potongan khas bagi tiket penerbangan ke Sabah sempena Pilihan Raya Negeri (PRN).

Program Podium kekal, ditambahbaik

Posted: 18 Sep 2020 06:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata tiada program baharu akan diwujudkan bagi menggantikan Program Podium.

Klopp minta peminat Liverpool bersedia

Posted: 18 Sep 2020 06:36 AM PDT

LONDON: Jurgen Klopp memberitahu peminat Liverpool untuk bersedia dengan pengumuman berkenaan Thiago Alcantara selepas pemain tengah Sepanyol itu mengakui akan meninggalkan juara Eropah Bayern Munich.

Lif terhempas, tiga cedera

Posted: 18 Sep 2020 06:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tiga penduduk cedera selepas lif di Blok 28, Rumah Pangsa Taman Batu Permai, Jinjang di sini yang dinaiki mereka, terhempas dipercayai akibat mengalami kerosakan, petang tadi.

Kompleks Parlimen dinyahkuman

Posted: 18 Sep 2020 06:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini melakukan proses nyahkuman di Kompleks Parlimen susulan seorang pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) yang pernah hadir ke Parlimen didapati positif COVID-19.

China larang import produk laut dari Indonesia

Posted: 18 Sep 2020 06:09 AM PDT

JAKARTA: Sebuah syarikat pengeksport makanan laut Indonesia disenarai sebagai rangkaian syarikat yang bakal dilarang China selepas pembungkusan produk diuji positif COVID-19.

Ferrari SF90 Stradale buat kemunculan sulung di Malaysia

Posted: 18 Sep 2020 03:47 AM PDT

PETALING JAYA: Naza Italia, pengimport dan pengedar rasmi jenama Ferrari melancarkan Ferrari SF90 Stradale, model kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) pertama kereta super itu ke pasaran Malaysia.

Tragedi kebocoran karbon monoksida: Doa yang terbaik untuk mangsa

Posted: 17 Sep 2020 11:30 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang mangsa keracunan karbon monoksida yang terselamat namun kritikal, kini menjalani rawatan di Unit Rawatan Hiperbarik, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) di Wangsa Maju, di sini menggunakan kaedah 'Hyperbaric Oxygen Therapy (HBOT)'.

Ringgit ditutup tinggi, cecah paras tertinggi tujuh bulan

Posted: 18 Sep 2020 05:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh tujuh bulan berikutan dolar Amerika Syarikat (AS) susut disebabkan data ekonomi AS yang membabitkan jualan runcit dan pasaran pekerjaan rendah.

Ribuan diuji positif bakteria akibat kebocoran kilang biofarmaseutikal

Posted: 18 Sep 2020 05:44 AM PDT

BEIJING: Ribuan penduduk di barat laut di China diuji positif penyakit bakteria selepas berlaku kebocoran dari kilang biofarmaseutikal milik negara itu yang menghasilkan vaksin haiwan tahun lalu.

Pencapaian Dharshini dalam Tasawwur Islam dapat perhatian Zulkifli

Posted: 18 Sep 2020 05:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pencapaian pelajar bukan Islam, M Dharshini yang memperoleh markah 89 peratus untuk subjek Tasawwur Islam dalam Ujian Diagnostik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ternyata menarik perhatian umum di media sosial.

Lebih baik daripada diam: Choong Han

Posted: 18 Sep 2020 05:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann tidak bimbang dengan situasi Lee Zii Jia yang mengakui hilang fokus selepas lama tidak beraksi dalam kejohanan sebenar.

UiTM FC tidak rela turun kelas

Posted: 18 Sep 2020 05:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengendali UiTM FC Frank Bernhardt enggan melihat pasukannya tercicir mata penting apabila melayan kunjungan Terengganu FC (TFC) di Stadium UiTM Shah Alam, malam esok.

Pegawai Pertahanan AS, Indonesia bincang isu Laut China Selatan

Posted: 18 Sep 2020 02:38 AM PDT

WASHINGTON: Pemangku Setiausaha Dasar Pertahanan Amerika Syarikat (AS), James Anderson semasa lawatannya ke Indonesia, antara lain membincangkan isu keselamatan termasuk mengenai tindakan China di Laut China Selatan, lapor agensi berita Sputnik.

Ibu, anak maut treler terbabas

Posted: 18 Sep 2020 05:18 AM PDT

IPOH: Seorang wanita dan anak lelakinya maut apabila treler yang dipandu suaminya hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan di Kilometer 20 Jalan Keramat Pulai menuju ke Cameron Highlands di sini, petang ini.

Agensi berita Australia terima bantuan kerajaan

Posted: 18 Sep 2020 05:25 AM PDT

SYDNEY: Firma berita nasional Australia yang sedang bergelut ketika ini dijanjikan wang jaminan dari kerajaan sebanyak AS$3.7 juta (RM15.2 juta) hari ini, hanya selepas beberapa hari melancarkan kempen pendanaan awam dalam usaha meneruskan kelangsungan operasi organisasi itu.

COVID-19: Jangkitan di Indonesia kini 236,519, lebih 100 ribu dalam pemantauan

Posted: 18 Sep 2020 05:14 AM PDT

JAKARTA: Indonesia mencatatkan 3,891 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 236,519.

COVID-19: Singapura lapor 11 kes baharu, satu dalam komuniti

Posted: 18 Sep 2020 04:59 AM PDT

SINGAPURA: Singapura dalam pengesahan awal hari ini melaporkan terdapat 11 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, dengan satu kes dalam komuniti.

Larangan berbasikal di lebuh raya demi keselamatan - Azisman

Posted: 18 Sep 2020 04:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: Larangan aktiviti berbasikal di lebuh raya serta jalan yang sibuk bertujuan mengelakkan penunggang terdedah kepada risiko yang membahayakan keselamatan diri serta pengguna lain.

Tonggak kurang cergas, Sazali resah

Posted: 18 Sep 2020 04:54 AM PDT

SEREMBAN: Negeri Sembilan berdepan tugas berat apabila turun menentang Perak II dalam saingan Liga Perdana di Stadium Manjung, malam esok.

COVID-19: Kes sporadik di Tawau, polis aktifkan 8 SJR.

Posted: 18 Sep 2020 04:51 AM PDT

TAWAU: Polis mengaktifkan lapan sekatan jalan raya (SJR) 24 jam di beberapa kawasan sekitar daerah ini dan Kalabakan berkuat kuasa hari ini.

Niena bakal timang anak perempuan

Posted: 18 Sep 2020 04:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jika tiada aral melintang, pelakon Datin Niena Baharun dijangka melahirkan cahaya mata perempuan, hujung bulan depan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template