BH Online - Terkini |
- Hawar berdarah: Terengganu larang pindah ternakan tanpa kebenaran JPV
- Kereta ditimpa besi menara kren terjatuh dari treler
- Keputusan aksi EPL
- 'Hanya mampu melihat air masuk ke dalam rumah'
- Perak II, Negeri Sembilan kongsi mata
- SUKMA Johor dianjak ke awal April 2021
- JDT kenduri gol 6-1 ke atas Selangor
- Rumah calon Bebas DUN Labuk musnah terbakar
- Wanita terselamat, kereta remuk dihempap batu konkrit
- Pahlawan negara, Awang Raweng meninggal dunia
- Keputusan aksi Liga Super
- Keputusan aksi Liga Perdana
- 20 lagi jemaah tabligh selamat pulang dari India
- 2 beranak dikhuatiri lemas di Sungai Muar
- Air Sungai Gong dikesan berwarna hitam - LUAS
- Tunjuk perasaan desak PM Thailand letak jawatan semakin memuncak
- Dinding parapet terjatuh: SUKE arah henti kerja serta-merta
- KBS mahu PABM, PBBABT segera selesai isu
- Azroy Hakeem cemerlang di Terengganu
- KWSP sedia pelbagai bantuan kecemasan sepanjang tempoh PKP
- Tuanku Muhriz cemar duli lancar kempen kebersihan
- KWSP raih pendapatan pelaburan kasar RM15.12 bilion
- Kematian akibat COVID-19 AS hampiri 200,000 orang
- 50,000 kematian COVID-19 seminggu masih terlalu tinggi - WHO
- Pengawal peribadi dipecat kerana tertinggal pistol dalam pesawat
- Seri Paduka sertai golf persahabatan Istana Negara, LHDN
- COVID-19: Malaysia akan sertai COVAX
- COVID-19: Singapura catat 15 kes baharu, 5 kes import
- Kerajaan PN akan lebih sensitif, responsif suara NGO Islam - PM
- Jangkitan COVID-19 di Indonesia semakin membimbangkan, kes baharu lebih 4,000
| Hawar berdarah: Terengganu larang pindah ternakan tanpa kebenaran JPV Posted: 19 Sep 2020 09:38 AM PDT KUALA TERENGGANU: Mana-mana pihak dilarang melakukan aktiviti pemindahan ternakan dari kawasan dilanda penyakit hawar berdarah (HS) di negeri ini tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu. |
| Kereta ditimpa besi menara kren terjatuh dari treler Posted: 19 Sep 2020 09:12 AM PDT PETALING JAYA: Sebuah kereta dipandu seorang wanita, ditimpa besi menara kren yang terjatuh dari sebuah treler di Jalan SS2/24, di sini, petang tadi. |
| Posted: 19 Sep 2020 09:05 AM PDT LONDON: Berikut rangkuman keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berakhir sebentar tadi. |
| 'Hanya mampu melihat air masuk ke dalam rumah' Posted: 19 Sep 2020 08:53 AM PDT KUALA SELANGOR: "Saya dan anak hanya mampu melihat air masuk ke dalam rumah sebelum bergegas keluar dan menuju ke jalan utama," kata penduduk Kampung Sungai Janggut, Jeram, Mohd Helmi Husin, 48. |
| Perak II, Negeri Sembilan kongsi mata Posted: 19 Sep 2020 08:48 AM PDT MANJUNG: Pasukan Perak II dan Negeri Sembilan berkongsi mata apabila terikat 0-0 dalam saingan Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Manjung di sini, sebentar tadi. |
| SUKMA Johor dianjak ke awal April 2021 Posted: 19 Sep 2020 03:08 AM PDT ISKANDAR PUTERI: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memutuskan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2020 yang ditangguhkan kepada awal Mac 2021 sebelum ini, dianjak kepada 2 hingga 10 April. |
| JDT kenduri gol 6-1 ke atas Selangor Posted: 19 Sep 2020 08:29 AM PDT ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) semakin hampir mempertahankan kejuaraan Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut selepas kenduri gol, 6-1 ke atas Selangor pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi. |
| Rumah calon Bebas DUN Labuk musnah terbakar Posted: 19 Sep 2020 08:29 AM PDT BELURAN: Kediaman calon Bebas untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Labuk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini, Abdul Rahman Kongkawang, musnah dalam kebakaran di Kampung Muanad Tiga, di sini, hari ini. |
| Wanita terselamat, kereta remuk dihempap batu konkrit Posted: 19 Sep 2020 05:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang wanita nyaris maut apabila keretanya ditimpa batu konkrit dari struktur pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang jatuh di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di sini petang tadi. |
| Pahlawan negara, Awang Raweng meninggal dunia Posted: 19 Sep 2020 08:17 AM PDT KUCHING: Pahlawan negara yang juga bekas anggota Iban Tracker ketika era kolonial British, Datuk Awang Raweng, meninggal dunia pada usia 104 tahun, semalam. |
| Posted: 19 Sep 2020 08:07 AM PDT KUALA LUMPUR: Berikut rangkuman keputusan perlawanan Liga Super yang berakhir sebentar tadi. |
| Posted: 19 Sep 2020 08:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Berikut rangkuman keputusan perlawanan Liga Perdana yang berakhir sebentar tadi. |
| 20 lagi jemaah tabligh selamat pulang dari India Posted: 19 Sep 2020 07:52 AM PDT PUTRAJAYA: Seramai 20 lagi jemaah tabligh rakyat Malaysia yang terkandas di India, selamat tiba dari New Delhi dan Mumbai, hari ini. |
| 2 beranak dikhuatiri lemas di Sungai Muar Posted: 19 Sep 2020 07:20 AM PDT MUAR: Dua beranak dikhuatiri lemas selepas dilaporkan turun ke Sungai Muar untuk mencari kepah, di sini, hari ini. |
| Air Sungai Gong dikesan berwarna hitam - LUAS Posted: 19 Sep 2020 06:57 AM PDT SHAH ALAM: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerima laporan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Gombak berhubung kejadian air Sungai Gong, Rawang, berwarna hitam pada tengah hari tadi. |
| Tunjuk perasaan desak PM Thailand letak jawatan semakin memuncak Posted: 19 Sep 2020 06:43 AM PDT BANGKOK: Ribuan penyokong prodemokrasi membanjiri jalan di Bangkok hari ini bagi mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri, Prayut Chan-O-Cha selain menuntut pembaharuan terhadap monarki. |
| Dinding parapet terjatuh: SUKE arah henti kerja serta-merta Posted: 19 Sep 2020 06:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd mengeluarkan arahan pemberhentian kerja di tapak projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), berkuat kuasa serta-merta. |
| KBS mahu PABM, PBBABT segera selesai isu Posted: 19 Sep 2020 06:06 AM PDT ISKANDAR PUTERI: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu pertelagahan antara Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) dan Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Negeri Terengganu (PBBABT) berhubung penyertaan atlet angkat berat negeri itu dalam SUKMA Johor 2020, diselesaikan segera. |
| Azroy Hakeem cemerlang di Terengganu Posted: 19 Sep 2020 05:54 AM PDT KUALA TERENGGANU: Pelumba pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing, Azroy Hakeem Anuar berjaya merealisasikan misinya apabila bergelar juara pada Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Litar Permotoran Terengganu, di sini, hari ini. |
| KWSP sedia pelbagai bantuan kecemasan sepanjang tempoh PKP Posted: 19 Sep 2020 05:51 AM PDT KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyediakan pelbagai bantuan kecemasan bagi membantu meringankan beban kewangan dihadapi ahli dan majikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). |
| Tuanku Muhriz cemar duli lancar kempen kebersihan Posted: 19 Sep 2020 12:16 AM PDT SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir hari ini berkenan mencemar duli melancarkan Hari Kebersihan Sedunia (World Cleanup Day) Peringkat Negeri Sembilan dan Kempen Negeri Sembilan Bersih 2020 di Taman Malaysia Seremban, di sini. |
| KWSP raih pendapatan pelaburan kasar RM15.12 bilion Posted: 19 Sep 2020 05:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meraih pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM15.12 bilion pada suku tahun kedua berakhir 30 Jun 2020. |
| Kematian akibat COVID-19 AS hampiri 200,000 orang Posted: 19 Sep 2020 05:13 AM PDT WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) bakal berdepan jumlah kematian mencecah 200,000 akibat COVID-19 beberapa hari akan datang, lapan bulan selepas wabak itu dikesan di negara itu. |
| 50,000 kematian COVID-19 seminggu masih terlalu tinggi - WHO Posted: 18 Sep 2020 06:47 PM PDT GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan jumlah kematian mingguan sekitar 50,000 mangsa akibat COVID-19 adalah terlalu tinggi, ketika bilangan pesakit yang maut di seluruh dunia hampir melepasi sejuta kes. |
| Pengawal peribadi dipecat kerana tertinggal pistol dalam pesawat Posted: 19 Sep 2020 04:59 AM PDT LONDON: Seorang pengawal peribadi kepada Setiausaha Luar Negara Britain, Dominic Raab 'dilucutkan dari tugas' selepas beliau dikesan meninggalkan senjata api di sebuah pesawat dari Amerika Syarikat (AS). |
| Seri Paduka sertai golf persahabatan Istana Negara, LHDN Posted: 19 Sep 2020 04:46 AM PDT KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke pertandingan golf persahabatan Istana Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Tropicana Golf & Country Resort, di sini, hari ini. |
| COVID-19: Malaysia akan sertai COVAX Posted: 19 Sep 2020 04:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia akan menyertai pelan peruntukan vaksin COVID-19 global, COVAX, bagi memperoleh sebahagian daripada bekalan vaksin yang diperlukan terhadap wabak itu. |
| COVID-19: Singapura catat 15 kes baharu, 5 kes import Posted: 19 Sep 2020 04:25 AM PDT SINGAPURA: Singapura yang kini di dalam fasa kedua pembukaan semula ekonomi dan aktiviti sosial, pada laporan awalnya mengesahkan 15 kes baru jangkitan COVID-19 untuk tempoh 24 jam lalu, dengan lima adalah kes import. |
| Kerajaan PN akan lebih sensitif, responsif suara NGO Islam - PM Posted: 19 Sep 2020 03:13 AM PDT PUTRAJAYA: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan lebih sensitif dan responsif terhadap suara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. |
| Jangkitan COVID-19 di Indonesia semakin membimbangkan, kes baharu lebih 4,000 Posted: 19 Sep 2020 04:10 AM PDT JAKARTA: Indonesia mencatatkan 4,168 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, jumlah harian tertinggi sejak virus pandemik itu dikesan di republik berkenaan pada 2 Mac lalu. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment