Thursday, September 3, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Menteri luar negara G20 bincang pembukaan sempadan

Posted: 03 Sep 2020 04:10 PM PDT

RIYADH: Menteri luar negara anggota Kumpulan 20 (G20) pada Khamis meminta kerjasama antarabangsa untuk mengurangkan sekatan perjalanan dan membuka semula sempadan, selepas beberapa bulan penutupan ekoran COVID-19 yang memberi tekanan kepada ekonomi global.

Mira, Emir sah suami isteri

Posted: 03 Sep 2020 06:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, Mira Filzah, 27, sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, di sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara di sini, malam tadi.

Thailand catat jangkitan pertama selepas 100 hari bebas COVID-19

Posted: 03 Sep 2020 07:15 AM PDT

BANGKOK : Seorang deejay yang dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun minggu lalu disahkan positif COVID-29, mengakhiri kejayaan 100 hari tanpa kes baharu di negara itu.

Diskaun 70 peratus bayaran saman dilanjutkan sebulan

Posted: 03 Sep 2020 08:04 AM PDT

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanjangkan tempoh pembayaran diskaun 70 peratus yang ditawarkan bagi bayaran saman yang dikeluarkan JPJ dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), hingga hujung bulan ini.

Cara Suarez ambil hati Chiellini

Posted: 03 Sep 2020 06:40 AM PDT

LONDON: Luis Suarez dilaporkan menghubungi Giorgio Chiellini untuk 'meredakan ketegangan' selepas penyerang Barcelona itu kian hampir menyertai Juventus.

Zahidi mohon maaf akui terima maklumat tidak tepat

Posted: 03 Sep 2020 07:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin hari ini memohon maaf dan mendakwa mendapat maklumat tidak tepat ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Negara mengenai pelajar Veveonah Mosibin yang terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet.

Norizam beli TRW RM6.8 juta

Posted: 03 Sep 2020 12:03 AM PDT

KOTA BHARU: Bola sepak jelas sukan yang merentasi sempadan apabila bukan anak jati, tetapi sebaliknya 'orang luar', Norizam Tukiman yang menjadi 'hero' untuk menyelamatkan masa depan dan bola sepak Kelantan.

Messi buat pusingan 'U'

Posted: 03 Sep 2020 07:01 AM PDT

LONDON: Lione Messi dijangka membut pusingan 'U' apabila mempertimbangkan untuk kekal setahun lagi bersama Barcelona, menurut bapanya.

Lepaskan satu das tembakan, lelaki kaut RM20,000

Posted: 03 Sep 2020 07:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bersenjatakan pistol melepaskan satu das tembakan sebelum melarikan wang tunai berjumlah RM20,000 di sebuah bank di Jalan SS 15/4G, Subang Jaya, hari ini.

Terlepas beli Kelantan, Amril belum putus asa

Posted: 03 Sep 2020 06:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sekalipun hasrat mendapatkan pasukan impian, Kelantan tidak kesampaian, ia tidak mematahkan semangat ahli perniagaan, Datuk Seri Amril Aiman Abd Aziz untuk memiliki pasukan Liga Malaysia (Liga M).

Malaysia, Singapura perlu bekerjasama tangani ancaman COVID-19

Posted: 03 Sep 2020 06:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Singapura perlu terus meningkatkan kerjasama dan berganding bahu untuk mencegah, membendung dan mengawal penyebaran COVID-19, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mira Filzah, Emir nikah malam ini

Posted: 02 Sep 2020 05:30 PM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama mengunci mulut, pelakon dan pengacara, Mira Filzah mengesahkan bakal melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan hati, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar di sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara, di sini, malam ini.

Bapa Daler meninggal akibat COVID-19

Posted: 03 Sep 2020 05:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas hampir sebulan kehilangan nenek tersayang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19, model dan pelakon, Daler Yusuf diuji sekali lagi apabila bapanya pula terkorban disebabkan wabak sama.

Kampung Budaya Terengganu tarikan pelancongan terbaru

Posted: 03 Sep 2020 06:28 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Kampung Budaya Terengganu (KBT) berkonsepkan muzium hidup di Muzium Negeri, di sini, bakal menjadi tarikan pelancongan terbaru di negeri ini.

Kumpulan akhir 400 banduan Taliban dibebaskan

Posted: 03 Sep 2020 06:18 AM PDT

KABUL: Kerajaan Afghanistan berkata mereka membebaskan baki 400 banduan Taliban seperti dipersetujui, kecuali beberapa individu berikutan bantahan negara asing, dengan rundingan damai dijangka bermula secepat mungkin.

Luluh hati 19 pemilik rumah lihat kediaman dirobohkan

Posted: 03 Sep 2020 01:26 AM PDT

SHAH ALAM: Luluh hati 19 pemilik buah rumah Desa Subang Perantau di sini, menyaksikan kediaman masing-masing dirobohkan pihak berkuasa hari ini, selepas kerajaan Selangor memutuskan lot tanah mereka terbabit dengan projek melencongkan Sungai Pelempas di situ.

Pengguna di 1,292 kawasan di Selangor terputus bekalan air

Posted: 03 Sep 2020 06:09 AM PDT

SHAH ALAM: Sebanyak 1,292 kawasan di Klang, Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang hari ini.

MSNS bimbang prestasi atlet

Posted: 03 Sep 2020 06:05 AM PDT

SHAH ALAM: Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) bimbang tahap prestasi serta kekuatan atlet negeri ini menjelang temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Johor dari 6 hingga 14 Mac depan.

Persidangan Parlimen mengenai COVID-19 sah

Posted: 03 Sep 2020 06:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memutuskan bahawa persidangan Parlimen selama sehari pada 18 Mei lalu adalah sah dan mengikut undang-undang walaupun ia bukan normal dan tidak pernah berlaku sebelumnya, demi mengelak penularan wabak COVID-19.

Denda RM300,000 premis sedia rawatan laser tanpa lesen

Posted: 03 Sep 2020 12:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Premis yang menyediakan rawatan laser tanpa pendaftaran atau lesen daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh didenda sehingga RM300,000 atau enam bulan penjara.

MCPF syor pelantikan KP SPRM ikut majoriti mudah

Posted: 03 Sep 2020 05:45 AM PDT

KUALA LUMPUR: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mengesyorkan lantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat berdasarkan majoriti mudah dan bukan melalui sokongan dua pertiga Dewan Rakyat.

Jabatan Keadilan AS dapat US$60 juta daripada Riza Aziz

Posted: 03 Sep 2020 05:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) berjaya mendapatkan semula lebih US$60 juta (RM248.55 juta) selepas mencapai penyelesaian kes pelucutan hak sivilnya terhadap aset milik penerbit Hollywood Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menggunakan dana yang didakwa digelapkan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

16 anggota separa tentera maut serangan udara Israel

Posted: 03 Sep 2020 05:40 AM PDT

BEIRUT: Serangan dipercayai dilancarkan tentera Israel mengorbankan 16 anggota pejuang separa tentera disokong Iran.

Zii Jia bimbang beraksi di Piala Thomas

Posted: 03 Sep 2020 05:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Lee Zii Jia mengakui timbul kebimbangan dalam dirinya untuk beraksi pada saingan Piala Thomas 2020 di Aarhus, Denmark, bulan depan ketika penularan pandemik COVID-19 masih belum reda di seluruh dunia.

Pelaburan meningkat, ekonomi Malaysia dalam landasan pulih

Posted: 03 Sep 2020 03:44 AM PDT

SEPANG: Ekonomi Malaysia berada dalam landasan pemulihan apabila pelaburan langsung asing dan domestik menunjukkan trend peningkatan, sekali gus dijangka mampu mencapai sasaran pelaburan keseluruhan untuk tahun ini.

Selangor, YAKEB bantu bekas atlet

Posted: 03 Sep 2020 04:31 AM PDT

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memperuntukkan RM195,350 untuk membantu meringankan beban bekas atlet Selangor termasuk atlet Orang Kurang Upaya (OKU) menerusi Program Ceria Atlet Selangor 2020.

Pakej istimewa Cuti-Cuti Malaysia kepada penjawat awam

Posted: 03 Sep 2020 05:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tourism Malaysia hari ini, melancarkan pakej istimewa sempena kempen Cuti-cuti Malaysia khas untuk penjawat awam sebagai penghargaan kepada mereka yang mencurah khidmat bakti khususnya ketika negara dibelenggu pandemik COVID-19.

Projek sekolah ditender semula

Posted: 03 Sep 2020 05:02 AM PDT

SHAH ALAM : Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) mengesahkan projek pembinaan Kompleks Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Bandar Saujana Putra di Kuala Langat, dihentikan berikutan penamatan khidmat kontraktor.

Ringgit ditutup tinggi

Posted: 03 Sep 2020 04:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan sentimen bertambah baik yang terus menyokong permintaan.

Jepun bakal hasilkan kereta terbang

Posted: 03 Sep 2020 04:46 AM PDT

TOKYO: Ketika banyak negara bersaing menghasilkan kereta terbang, Jepun dilihat mengorak langkah awal melakukan ujian prototaip kereta terbang dengan hasil memberangsangkan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template