Friday, September 4, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


JDT ratah Perak

Posted: 04 Sep 2020 08:13 AM PDT

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu Liga Super selepas membaham Perak 7-0 pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.

Rakyat Malaysia digalak sertai kempen UN75

Posted: 04 Sep 2020 08:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: Semua rakyat Malaysia berpeluang menjadi sebahagian daripada suara dalam Kempen UN75 yang menentukan hala tuju usaha dan tindakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi tempoh 25 tahun akan datang, atau sehingga ia mencapai usia 100 tahun, sempena sambutan ulang tahun ke-75 badan dunia itu.

Melaka atasi TFC

Posted: 04 Sep 2020 08:26 AM PDT

MELAKA: Skuad Melaka mencipta kejutan selepas mengatasi Terengganu FC (TFC) 1-0 di Stadium Hang Jebat Paya Rumput sebentar tad.

Lemas selepas lari daripada polis

Posted: 04 Sep 2020 07:56 AM PDT

TUMPAT: Tindakan seorang lelaki yang melarikan diri daripada pihak berkuasa menerima padah apabila dia ditemui lemas dalam Sungai Golok di Kampung Naga Ibu, di sini, petang tadi.

Keretapi bergesel, seorang penumpang cedera

Posted: 04 Sep 2020 07:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang penumpang tren tiga gerabak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) cedera, selepas kenderaan itu bergesel dengan Tren Elektrik (ETS) dekat Stesen Kuang, dekat sini hari ini.

Cadang undang-undang lindungi ahli akademik jadi bahan kecaman

Posted: 04 Sep 2020 05:02 AM PDT

PUTRAJAYA: Kerajaan disaran mewujudkan undang-undang khusus untuk melindungi ahli akademik daripada menjadi mangsa hentaman masyarakat, khususnya dalam kalangan warga maya, yang tidak bersetuju dengan pandangan ilmiah yang dikemukakan.

Tiada penyebaran meluas vaksin sebelum pertengahan 2021 - WHO

Posted: 04 Sep 2020 07:27 AM PDT

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini berkata, ia tidak menjangkakan imunisasi yang meluas terhadap COVID-19 sehingga pertengahan 2021, walaupun terdapat jangkaan semakin meningkat di Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara bahawa vaksin dapat dikeluarkan dalam beberapa minggu.

Guoying Group cadang bangunkan projek hartanah di Perak

Posted: 04 Sep 2020 07:16 AM PDT

Guoying Group Co Ltd (Guoying Group), syarikat berpangkalan di Macau sudah mengemukakan cadangan untuk membangunkan bidang tanah berkeluasan 320 hektar di selatan Perak.

Polis terima dua laporan isu pencemaran air

Posted: 04 Sep 2020 07:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis menerima dua laporan berhubung isu pencemaran air yang mengakibatkan hampir 1.2 juta akaun pengguna sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air.

COVID-19: Vaksin Russia lulus ujian awal

Posted: 04 Sep 2020 07:11 AM PDT

LONDON: Pesakit yang terbabit dalam ujian awal vaksin COVID-19 Russia membina antibodi dengan 'tidak ada kejadian buruk', menurut penyelidikan yang diterbitkan dalam The Lancet, hari ini.

Gerai dirempuh, warga emas meninggal dunia

Posted: 04 Sep 2020 07:10 AM PDT

PASIR MAS: Warga emas yang parah selepas gerai daging miliknya dirempuh kenderaan dipandu lelaki di bawah pengaruh dadah semalam, meninggal dunia jam 7.27 pagi tadi.

Bekalan air: Jangan sebar maklumat palsu

Posted: 04 Sep 2020 07:07 AM PDT

SHAH ALAM: Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) meminta pengguna mendapatkan maklumat rasmi mengenai situasi semasa gangguan bekalan air dikeluarkan oleh pihaknya.

4 LRA belum beroperasi, bacaan masih 1 TON

Posted: 04 Sep 2020 07:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang belum beroperasi semula, setakat jam 8.30 malam tadi, kerana ujian persampelan yang dijalankan di muka sauk masih mengesan pencemaran pada tahap 1 TON (ukuran kadar bau).

Jangan ugut penguat kuasa - polis

Posted: 04 Sep 2020 04:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Agensi penguatkuasaan termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) diingatkan tidak gentar dengan ancaman atau ugutan pihak yang melakukan pencemaran sumber air, termasuk mungkin menggunakan khidmat samseng atau kongsi gelap.

Havertz tinggalkan kem Jerman

Posted: 04 Sep 2020 06:45 AM PDT

BERLIN: Kai Havertz meninggalkan kem Jerman hari ini untuk terbang ke London bagi menyelesaikan perpindahan dari Bayer Leverkusen ke kelab Liga Perdana, Chelsea dengan yuran dilaporkan bernilai sekitar 100 juta euro (RM490 juta)

Warga emas, suri rumah rugi RM11,382 ditipu sindiket pinjaman

Posted: 04 Sep 2020 06:48 AM PDT

KEPALA BATAS: Seorang lelaki warga emas dan seorang suri rumah menjadi mangsa penipuan terbaharu di daerah ini apabila wang simpanan milik mereka hangus ditipu sindiket pinjaman dan pelaburan maya tidak wujud dengan kerugian keseluruhan RM11,382.

China bertegas tidak terima campur tangan luar

Posted: 04 Sep 2020 06:47 AM PDT

BEIJING: Presiden China, Xi Jinping menegaskan tiada apa yang akan berlaku di antara rakyat negara itu dengan Parti Komunis yang sudah memerintah mereka sejak lebih 70 tahun, sekaligus ia sebagai nada tegas terhadap Amerika Syarikat (AS).

4 kampung di Baling dilanda banjir

Posted: 04 Sep 2020 06:42 AM PDT

BALING: Hujan lebat selama tiga jam menyebabkan air Sungai Ketil melimpah sehingga satu meter ke penempatan penduduk di Mukim Siong, petang ini.

India dituduh salahguna konsep keselamatan negara

Posted: 04 Sep 2020 06:40 AM PDT

NEW DELHI: China menuduh India 'menyalahguna' konsep keselamatan negara dengan merosakkan hak pelabur China dan pengguna negara itu selepas kerajaan New Delhi melarang lebih seratus aplikasi dari China.

Iran kutuk provokasi siar semula kartun Nabi Muhammad

Posted: 04 Sep 2020 06:27 AM PDT

TEHRAN: Iran mengutuk 'provokasi' majalah Perancis Charlie Hebdo yang memaparkan semula kartun Nabi Muhammad, susulan permulaan perbicaraan serangan ke atas pejabat penerbitan itu oleh kumpulan militan Islam pada 2015.

Messi 'kekal setahun lagi' di Barcelona

Posted: 04 Sep 2020 06:09 AM PDT

BARCELONA: Lionel Messi dilaporkan sudah merekodkan kenyataan yang mengesahkan dia akan kekal di Barcelona semusim lagi.

LGM bayar RM368.8 juta tuntutan IPG

Posted: 04 Sep 2020 05:08 AM PDT

SERI ISKANDAR: Lembaga Getah Malaysia (LGM) membayar RM368.8 juta bagi tuntutan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) sejak diperkenalkan pada 2015 hingga 31 Ogos lalu.

Peminat di China 'berpeluh awal'

Posted: 04 Sep 2020 05:39 AM PDT

SHANGHAI: Peminat bola sepak China berpeluh hari ini selepas Liga Perdana membatalkan perjanjian penyiaran, hanya seminggu sebelum sepak mula musim baharu.

Geran SIM mampu lonjak perusahaan sosial

Posted: 04 Sep 2020 05:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Geran Padanan Impak Sosial (SIM), inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) mampu menjadi permulaan kepada gerakan besar perusahaan sosial (SE) di negara ini.

Ringgit ditutup lebih rendah

Posted: 04 Sep 2020 05:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung susulan kenaikan kukuh baru-baru ini.

PETRONAS rugi RM21 bilion suku kedua 2020

Posted: 04 Sep 2020 02:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: PETRONAS mencatatkan kerugian RM21.0 bilion pada suku kedua berakhir 30 Jun 2020 berbanding keuntungan RM14.7 bilion dalam tempoh sama 2019.

PETRONAS jamin tiada pembuangan pekerja

Posted: 04 Sep 2020 03:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: PETRONAS memberi jaminan tidak akan melaksanakan pembuangan pekerja meskipun berdepan dengan prestasi mencabar ketika ini.

COVID-19: Singapura catat 40 kes baharu, tiada kes dalam komuniti

Posted: 04 Sep 2020 04:43 AM PDT

SINGAPURA: Singapura dalam laporan awalnya mengesahkan tambahan 40 kes baru jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan virus itu di republik terbabit kepada 56,948.

Sanchez akui 'sesuatu tidak kena' di Man Utd

Posted: 04 Sep 2020 04:40 AM PDT

LONDON: Penyerang Inter Milan, Alexis Sanchez mendedahkan dia bertanya kepada ejennya sama ada dia boleh meninggalkan Manchester United selepas hanya satu sesi latihan di kelab Liga Perdana itu.

Isyarat parti lama untuk berubah dan bersaing - Khairy

Posted: 04 Sep 2020 04:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penubuhan parti politik baharu termasuk parti khusus untuk golongan muda seperti yang dihasratkan Ahli Parlimen Muar,

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template