BH Online - Terkini |
- Penyanyi Sandra Dianne tak sedar diri akibat kemalangan
- Perak II catat kemenangan pertama di Manjung
- Lang Merah teruskan rentak kemenangan
- Bekalan air: 281 kawasan pulih sehingga 9.30 malam
- Misi TFC II gagal
- UiTM kejutkan Pahang
- Anwar jumpa Shafie bincang agihan kerusi PRN Sabah, esok
- Hamilton sambar petak depan GP Itali
- Zulkifli Zain meninggal dunia
- 'Kelab sentiasa melebihi pemain'
- CAKE mahu bantu penduduk saman pemilik bengkel
- Lelaki gelang putih ditahan langgar PKPD
- Operasi tren KTMB kembali beroperasi ikut jadual
- Air Selangor sedia alternatif tangani gangguan bekalan air
- Khairuddin dakwa PH, DAP sabotaj dirinya
- Sathia gembira taktik 'lapuk' julang Selangor di Likas
- Taufan Haishen dijangka melanda Jepun
- Kadi Daerah Johor Bahru lemas ketika selam skuba
- Pemandu Volvo lawan arus direman 2 hari
- 16 terbunuh dalam letupan gas di masjid Bangladesh
- Arak tiruan bernilai RM1 juta dirampas
- AIPA41 akan berlangsung secara maya berikutan ancaman COVID-19
- Pemandu Volvo lawan arus positif dadah
- PAS tak terkesan dengan parti baharu
- Pakistan sasar penanaman 'hemp' untuk pasaran global
- Everton tandatangani Allan
- Insentif RM3 bilion untuk syarikat Singapura gaji pekerja tempatan
- Kertas siasatan kes pencemaran Sungai Gong, siap dalam masa terdekat
- Krisis air lebih buruk jika pencemaran berterusan
- WHO iktiraf sistem kesihatan Malaysia - Dr Noor Hisham
| Penyanyi Sandra Dianne tak sedar diri akibat kemalangan Posted: 05 Sep 2020 10:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Peserta program realiti Big Stage 2020, Sandra Dianne dilaporkan tidak sedarkan diri selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke Putrajaya, petang semalam. |
| Perak II catat kemenangan pertama di Manjung Posted: 05 Sep 2020 08:57 AM PDT MANJUNG: Perak II mencatat kemenangan pertama musim ini apabila menumpaskan Kuching FA 5-1 dalam saingan Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Seri Manjung, malam ini. |
| Lang Merah teruskan rentak kemenangan Posted: 05 Sep 2020 08:12 AM PDT ALOR SETAR: Kedah naik ke kedudukan ketiga Liga Super selepas menewaskan Petaling Jaya FC (PJ City) 2-1 dalam perlawanan di Stadium Darul Aman sebentar tadi. |
| Bekalan air: 281 kawasan pulih sehingga 9.30 malam Posted: 05 Sep 2020 08:41 AM PDT SHAH ALAM: Sebanyak 281 kawasan sudah menerima bekalan air dan pulih sepenuhnya sehingga 9.30 malam tadi manakala 1,011 kawasan masih dalam proses pemulihan. |
| Posted: 05 Sep 2020 08:33 AM PDT KUALA TERENGGANU: Misi Terengganu FC II (TFC II) untuk mengutip tiga mata di laman sendiri tidak kesampaian apabila tumpas 2-3 kepada Johor Darul Ta'zim II (JDT II) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sebentar tadi. |
| Posted: 05 Sep 2020 08:22 AM PDT SHAH ALAM: Belum reda isu kehilangan Mohamadou Sumareh, Pahang terus dirundum malang apabila tewas 0-1 di tangan UiTM dalam aksi Liga Super di Stadium UiTM Shah Alam, sebentar tadi. |
| Anwar jumpa Shafie bincang agihan kerusi PRN Sabah, esok Posted: 05 Sep 2020 07:57 AM PDT KOTA KINABALU: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka bertemu dengan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, esok untuk membincangkan pengagihan kerusi dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN). |
| Hamilton sambar petak depan GP Itali Posted: 05 Sep 2020 07:43 AM PDT MONZA, Itali: Lewis Hamilton meraih petak depan dengan rekod baharu sepusingan di Monza dalam saingan Grand Prix Itali, sebentar tadi . |
| Posted: 05 Sep 2020 07:25 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Datuk Zulkifli Zain, 76, meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit di kediamannya di Ukay Perdana, Hulu Klang, dekat sini, pada jam 7.30 malam tadi. |
| 'Kelab sentiasa melebihi pemain' Posted: 05 Sep 2020 07:33 AM PDT MADRID: Bekas jurulatih Lionel Messi di Barcelona, Luis Enrique yang kini bos pasukan kebangsaan Sepanyol berkata hari ini bahawa kelab berkenaan sepatutnya membenarkan penyerang Argentina itu berhijrah. |
| CAKE mahu bantu penduduk saman pemilik bengkel Posted: 05 Sep 2020 07:23 AM PDT ALOR SETAR: Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) bersedia membantu penduduk Lembah Klang memfailkan saman terhadap pengusaha bengkel menyebabkan pencemaran sumber bekalan air sehingga menjejaskan bekalan air bersih kepada pengguna. |
| Lelaki gelang putih ditahan langgar PKPD Posted: 05 Sep 2020 07:19 AM PDT SUNGAI PETANI: Lelaki berusia 45 tahun yang memakai gelang putih ditahan polis kerana melanggar syarat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Emco) di Ambangan Height, hari ini. |
| Operasi tren KTMB kembali beroperasi ikut jadual Posted: 05 Sep 2020 06:13 AM PDT KUALA LUMPUR: Operasi tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kembali beroperasi mengikut jadual hari ini, selepas kerja pengalihan tren tiga gerabak komuter KTMB dan Tren Elektrik (ETS) yang bergesel berhampiran Stesen Kuang, selesai. |
| Air Selangor sedia alternatif tangani gangguan bekalan air Posted: 05 Sep 2020 06:59 AM PDT bhnews@bh.com.my |
| Khairuddin dakwa PH, DAP sabotaj dirinya Posted: 05 Sep 2020 06:59 AM PDT KUALA NERUS: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menganggap beberapa isu yang membelenggu dirinya adalah sabotaj terancang daripada beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan DAP. |
| Sathia gembira taktik 'lapuk' julang Selangor di Likas Posted: 05 Sep 2020 06:56 AM PDT KUALA LUMPUR: Taktik 'lapuk' yang direncanakan ketua jurulatih Selangor, B Sathianathan tampak membuahkan hasil selepas The Red Giants berjaya membawa pulang tiga mata dari Stadium Likas, kelmarin. |
| Taufan Haishen dijangka melanda Jepun Posted: 05 Sep 2020 06:55 AM PDT KAGOSHIMA: Pihak berkuasa Jepun mengeluarkan amaran angin kuat, hujan lebat dan ombak tinggi kepada penduduk selain menasihatkan mereka berpindah susulan taufan ganas dijangka melanda barat negara itu. |
| Kadi Daerah Johor Bahru lemas ketika selam skuba Posted: 05 Sep 2020 05:59 AM PDT KUANTAN: Kadi Johor Bahru, Mohd Fahami Abd Samad meninggal dunia dipercayai akibat lemas semasa melakukan aktiviti selam skuba di perairan Kampung Air Batang, Pulau Tioman, Rompin kira-kira 150 kilometer dari sini, hari ini. |
| Pemandu Volvo lawan arus direman 2 hari Posted: 05 Sep 2020 06:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemandu kereta jenis Volvo yang dikesan melawan arus sebelum melanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi, di Jalan Klang Lama, di sini, direman selama dua hari bermula hari ini. |
| 16 terbunuh dalam letupan gas di masjid Bangladesh Posted: 05 Sep 2020 06:08 AM PDT DHAKA: Sekurang-kurangnya 16 terbunuh dan puluhan lagi parah dalam tragedi letupan gas di sebuah masjid di Bangladesh semalam. |
| Arak tiruan bernilai RM1 juta dirampas Posted: 05 Sep 2020 03:36 AM PDT KLUANG: Lebih 9,000 botol arak tiruan bernilai RM1 juta menggunakan label berjenama dirampas di sebuah gudang lama, kawasan Perindustrian Wawasan berhampiran Kampung Batu 6, dekat sini, jam 1.50 petang tadi. |
| AIPA41 akan berlangsung secara maya berikutan ancaman COVID-19 Posted: 05 Sep 2020 05:46 AM PDT HANOI: Perhimpunan Agung Parlimen ASEAN (AIPA) ke-41 akan berlangsung secara maya pada 8 hingga 10 September ini. |
| Pemandu Volvo lawan arus positif dadah Posted: 05 Sep 2020 05:33 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan pemandu kereta jenis Volvo yang melawan arus sehingga melanggar kereta Perodua Myvi di Jalan Klang Lama, di sini, petang semalam, tidak mabuk sebaliknya berada di bawah pengaruh dadah. |
| PAS tak terkesan dengan parti baharu Posted: 05 Sep 2020 05:37 AM PDT MARANG: PAS tidak terkesan dengan parti baharu yang bakal ditubuhkan bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. |
| Pakistan sasar penanaman 'hemp' untuk pasaran global Posted: 05 Sep 2020 05:27 AM PDT ISLAMABAD: Pakistan merancang untuk membenarkan penanaman 'hemp' (spesies ganja) secara komersial dan membantu golongan petani serta perniagaan memanfaatkan pulangan lumayan pasaran ganja peringkat global. |
| Posted: 05 Sep 2020 05:17 AM PDT LONDON: Everton mengesahkan seorang daripada tiga pemain tengah dijangka akan ditandatangani mereka dengan kehadiran pemain antarabangsa Brazil, Allan menerusi perjanjian tiga tahun dari Napoli dengan yuran dilaporkan bernilai £22 juta (RM121.32 juta). |
| Insentif RM3 bilion untuk syarikat Singapura gaji pekerja tempatan Posted: 05 Sep 2020 05:02 AM PDT SINGAPURA: Republik ini memperuntukkan tambahan S$1 bilion (RM3 bilion) bagi merangsang tenaga kerja domestik dalam usaha melindungi pekerja tempatan ketika tempoh pemulihan akibat pandemik COVID-19. |
| Kertas siasatan kes pencemaran Sungai Gong, siap dalam masa terdekat Posted: 05 Sep 2020 04:36 AM PDT PUTRAJAYA: Kertas siasatan kes pencemaran Sungai Gong, Rawang, yang menyebabkan gangguan bekalan air, sejak Khamis lalu kepada hampir lima juta pengguna di sebahagian kawasan di Selangor, dijangka siap dalam masa terdekat, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Wan Hassan Mohd Ramli. |
| Krisis air lebih buruk jika pencemaran berterusan Posted: 05 Sep 2020 04:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Pengguna dijangka berdepan krisis air yang lebih buruk pada masa depan sekiranya langkah penguatkuasaan serius tidak diambil bagi membendung aktiviti yang mencemarkan alam sekitar. |
| WHO iktiraf sistem kesihatan Malaysia - Dr Noor Hisham Posted: 05 Sep 2020 04:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai sistem kesihatan yang kuat dan liputan yang sejagat (UHC), kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment