Tuesday, September 8, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


COVID-19: 47 kes baharu di Singapura, sifar dalam komuniti

Posted: 08 Sep 2020 05:43 AM PDT

SINGAPURA: Singapura dalam pengesahan awal memaklumkan tambahan 47 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan pandemik di republik itu 57,091.

Sumareh tak boleh main tanpa sijil perpindahan

Posted: 08 Sep 2020 08:16 AM PDT

KUANTAN: Tanpa memiliki sijil perpindahan dikeluarkan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP), Mohamadou Sumareh tidak mungkin boleh beraksi dengan pasukan baharu walaupun kontrak bermain sudah ditandatangani.

Bekerja keras seperti esok PRU - PM

Posted: 08 Sep 2020 07:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: Semua pemimpin kerajaan dan parti politik yang mendukung Perikatan Nasional (PN) diminta bekerja keras umpama menghadapi pilihan raya umum (PRU) dalam masa terdekat, kata Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Penunggang motosikal maut digilis treler

Posted: 08 Sep 2020 08:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis dan diseret dalam kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Sungai Buloh berhampiran Kem Tentera Sungai Buloh dekat sini, hari ini.

JAKOA tiada kuasa luluskan aktiviti perlombongan

Posted: 08 Sep 2020 07:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menafikan sudah meluluskan permohonan pihak ketiga untuk menjalankan kajian bagi tujuan perlombongan di Pos Lanai, Kuala Lipis, Pahang.

BERSATU nafi 70 peratus ahli keluar sertai Pejuang

Posted: 08 Sep 2020 07:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menafikan 70 peratus ahlinya meninggalkan parti itu untuk mengikut perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tetamu akad nikah di Bukit Indera Muda diminta hubungi pejabat kesihatan

Posted: 08 Sep 2020 06:50 AM PDT

BUKIT MERTAJAM: Jabatan Kesihatan Pulau Pinang hari ini meminta tetamu yang menghadiri satu majlis akad nikah di Bukit Indera Muda, Bukit Mertajam pada 29 Ogos lalu supaya menghubungi Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Seberang Perai Tengah (SPT).

Izzuddin tak peduli 'mulut orang'

Posted: 08 Sep 2020 06:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain beregu lelaki, Nur Izzuddin Rumsani mahu memastikan kehadirannya bersama pasangan, Goh Sze Fei dalam skuad negara pada saingan Piala Thomas, bulan depan bukan sekadar melengkapkan kuota.

Djokovic minta peminat jangan kecam Clark

Posted: 08 Sep 2020 06:43 AM PDT

LONDON: Novak Djokovic meminta peminatnya berhenti menyalahkan barisan 'hakim' yang terbabit dalam penyingkirannya dari tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Pelarut organik punca pencemaran Sungai Gong?

Posted: 08 Sep 2020 06:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelarut organik kemungkinan menjadi punca pencemaran bau di Sungai Gong, Rawang sehingga menyebabkan empat Loji Rawatan Air (LRA) dihenti tugas.

Unit Jenayah Alam Sekitar perlu dilengkapi teknologi terkini

Posted: 08 Sep 2020 06:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Unit Jenayah Alam Sekitar yang akan ditubuhkan Kementerian Alam Sekitar dan Air perlu dilengkapi keupayaan saintifik dan teknologi terkini setanding digunakan pasukan pertahanan negara.

Pelabur tempatan terus sokong pasaran saham negara

Posted: 08 Sep 2020 06:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Peningkatan penyertaan kukuh pelabur tempatan dalam pasaran ekuiti negara akan terus menyokong prestasi pasaran ekuiti negara di tengah-tengah aliran keluar berterusan dana asing.

Kedutaan AS pilih 30 usahawan wanita tempatan

Posted: 08 Sep 2020 06:16 AM PDT

PUTRAJAYA: Seramai 30 usahawan wanita Malaysia dipilih menyertai Akademi Usahawan Wanita (AWE), sebuah program kerajaan Amerika Syarikat (AS) di bawah Inisiatif Pembangunan dan Kemakmuran Wanita Global.

Saksi dakwa tak dikelirukan oleh Rizal Mansor

Posted: 08 Sep 2020 06:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang perunding memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak dikelirukan oleh Datuk Rizal Mansor, ketika bekas pembantu Datin Rosmah Mansor itu meminta beliau menyediakan perjanjian perundingan bagi projek tenaga solar hibrid untuk sekolah luar bandar di Sarawak.

Mahkamah Rayuan tolak permohonan 33 bekas ADUN Sabah

Posted: 08 Sep 2020 02:06 AM PDT

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan difailkan 33 bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung keputusan Yang di-Pertua Negeri Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Julai.

Cuba 'seludup' 4 perempuan ke hotel

Posted: 08 Sep 2020 05:50 AM PDT

LONDON: Phil Foden dan Mason Greenwood didakwa cuba 'menyeludup' masuk empat perempuan ke hotel penginapan skuad England, menurut laporan terbaru terhadap kedua-dua pemain itu yang didapati melanggar peraturan COVID-19.

Banduan berjaya larikan diri untuk kali ketiga

Posted: 08 Sep 2020 05:42 AM PDT

ROM: Seorang pembunuh warga Itali yang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup, berjaya melarikan diri untuk sekurang-kurangnya kali ketiga, menurut sebuah kesatuan polis, semalam.

Persediaan Hari Malaysia di Sibu lancar

Posted: 08 Sep 2020 05:40 AM PDT

SIBU: Semua persediaan menyambut Hari Malaysia di Stadium Tertutup Sibu pada 16 September ini berjalan lancar.

COVID-19: Kes positif di Indonesia lepasi angka 200,000

Posted: 08 Sep 2020 05:35 AM PDT

JAKARTA: Indonesia mencatatkan 3,046 kes positif COVID-19 baharu dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes positif keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 200,035 kes.

India hantar pemadam api padam kebakaran kapal tangki

Posted: 08 Sep 2020 05:28 AM PDT

COLOMBO: India hari ini menghantar bekalan baharu bahan kimia pemadam api bagi membantu memadam kebakaran baharu yang tercetus pada kapal tangki dengan muatan kargo minyak mentah di pantai timur Sri Lanka.

CEO MSM diarah cuti, perjelas isu inventori

Posted: 08 Sep 2020 05:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) berkata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya (GCEO) Datuk Khairil Anuar Aziz telah diarah bercuti sehingga notis selanjutnya daripada Lembaga Pengarah serta perlu menjelaskan isu berkaitan inventori MSM Sugar Refinery (Johor) Sdn Bhd.

COVID-19: Kadar kebolehjangkitan makin meningkat

Posted: 08 Sep 2020 03:14 AM PDT

PUTRAJAYA: Nilai kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R naught (RO) ketika ini meningkat kepada 1.72, berbanding 0.72 berbanding dua minggu lalu.

Pembukaan semula Phuket ditunda akibat kes COVID-19

Posted: 08 Sep 2020 05:19 AM PDT

BANGKOK: Rancangan Thailand untuk membuka semula pulau tropikanya, Phuket kepada pelancong asing bulan depan tergendala selepas negara itu mengakhiri rekod 100 hari tanpa kes penularan COVID-19 dalam komuniti minggu lalu.

Kecacatan pembuatan pesawat Boeing 787 disiasat

Posted: 08 Sep 2020 05:17 AM PDT

SAN FRANCISCO: Pihak berkuasa penerbangan Amerika Syarikat (AS) melancarkan siasatan terhadap kecacatan pembuatan pesawat Boeing 787, selepas syarikat itu melaporkan beberapa bahagian kapal terbang tidak menepati standard pengeluarannya.

Luqman buat KV Kortrijk popular

Posted: 08 Sep 2020 05:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Walaupun belum menunjukkan impak sebenar di atas padang bersama KV Kortrijk, perpindahan Luqman Hakim Shamsudin tampak berjaya melonjak populariti kelab itu.

3 wilayah pulih sepenuhnya, 7 lebih 80 peratus

Posted: 08 Sep 2020 05:15 AM PDT

SHAH ALAM: Gangguan bekalan air tidak berjadual di wilayah Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor pulih sepenuhnya sehingga petang tadi.

COVID-19: Korea Selatan beri kelulusan ujian kit klinikal, influenza

Posted: 08 Sep 2020 05:07 AM PDT

SEOUL: Badan pengawas keselamatan ubat Korea Selatan hari ini berkata, pihaknya sudah meluluskan percubaan kit klinikal multi diagnostik yang berupaya mengesan COVID-19 dan influenza secara serentak, lapor agensi berita Yonhap.

AFC putuskan aksi B-19 Khamis ini

Posted: 08 Sep 2020 05:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada kejohanan bawah 19 (B-19) Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2020 dibatalkan atau tidak bakal diputuskan Khamis ini.

COVID-19: Pesalah langgar peraturan duduk dalam kenderaan jenazah

Posted: 08 Sep 2020 04:59 AM PDT

JAKARTA: Pasukan petugas COVID-19 di Probolinggo, Jawa Timur mengarahkan puluhan orang yang ditangkap tidak memakai pelitup muka memasuki sebuah kenderaan mengandungi keranda, yang digunakan untuk membawa mayat pesakit wabak berkenaan.

Kemasukan dari 23 negara diperketat

Posted: 08 Sep 2020 02:57 AM PDT

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk memperketatkan kemasukan Pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang dari 23 negara yang mencatatkan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template