Wednesday, September 9, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


ADUN dakwa polis arah tanggalkan logo negeri di kenderaannya

Posted: 09 Sep 2020 09:06 AM PDT

MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang, Alex Seah Shoo Chin mendakwa polis mengarahkannya menanggalkan papan berlogo jata negeri yang dipasang di kenderaannya ketika melalui satu sekatan jalan raya di Krubong, di sini baru-baru ini.

Mudah bawa pulang Jho Low jika…

Posted: 09 Sep 2020 08:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Usaha membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan Low Teak Jho atau Jho Low sepatutnya mudah jika Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat kerjasama baik daripada pihak berkuasa di negara tempatnya bersembunyi, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

AMM-53: Hishammuddin bangkitkan isu kepemimpinan ASEAN, Laut China Selatan, Rohingya dan Palestin

Posted: 09 Sep 2020 08:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-53 (AMM-53) hari ini, menekankan bahawa kepemimpinan ASEAN kian mencabar, ketika rantau ini menyasarkan untuk terus mengekalkan peranannya dengan matlamat utama memastikan keamanan dan kestabilan.

'PN mampu ambil alih Sabah menerusi kerjasama gabungan parti'

Posted: 09 Sep 2020 08:20 AM PDT

KOTA KINABALU: Perikatan Nasional (PN) yakin kerjasama bersama parti di Sabah membolehkan gabungan itu berupaya mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 26 September ini.

COVID-19: Indonesia tahan 3 individu tipu babit AS$4.2 juta

Posted: 09 Sep 2020 08:32 AM PDT

JAKARTA: Polis Indonesia menahan tiga anggota sindiket jenayah siber antarabangsa berhubung penipuan AS$4.2 juta (RM17.5 juta) membabitkan sebuah syarikat Itali berkaitan pembekalan peralatan perubatan, termasuk ventilator untuk pesakit COVID-19.

Kematian Adib: PDRM cadang kaji semula laporan patologi

Posted: 09 Sep 2020 08:24 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk mengkaji semula laporan patologi berhubung kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Kekurangan anggota JSJN ditahap genting - KPN

Posted: 09 Sep 2020 07:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon kerajaan memberi pertimbangan menambah jumlah perjawatan bagi mengatasi kekurangan anggota dihadapi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dalam usaha memerangi dadah yang menjadi musuh nombor satu negara.

Kementerian Kewangan lancar Malaysia Prihatin@MOF

Posted: 09 Sep 2020 06:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan hari ini melancarkan sambutan Malaysia Prihatin@MOF bagi memupuk semangat cintakan negara dan menyemarakkan lagi semangat patriotik di kalangan warga Perbendaharaan.

PRN Sabah: Pembahagian kerusi UMNO, BERSATU selesai, senarai calon diumum esok

Posted: 09 Sep 2020 06:44 AM PDT

PUTRAJAYA: Proses pembahagian kerusi antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah selesai dan ia akan diumumkan esok, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa.

Muhyiddin terima kunjungan hormat perpisahan Duta Besar Thailand

Posted: 09 Sep 2020 07:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Urusan membawa pulang baki rakyat Malaysia yang terkandas di wilayah selatan Thailand dan pembinaan dua jambatan persahabatan di Kelantan adalah antara topik perbincangan ketika kunjungan hormat perpisahan Duta Besar Thailand Narong Sasitorn ke atas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

'Bergurau tanpa fikir perasaan saya' - Zizan

Posted: 09 Sep 2020 03:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Tiada soalan mengenai Mira Filzah dan Jennie Blackpink," demikian pinta pelawak, Zizan Razak yang ditemui selepas majlis sidang media program The Masked Singer.

Kadar faedah pinjaman dijangka turun sekali lagi

Posted: 09 Sep 2020 07:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kadar dasar semalaman (OPR) dijangka turun lagi sebanyak 25 mata asas sebelum akhir tahun ini, selepas semakan semula dasar monetari Bank Negara Malaysia (BNM) akan datang, kata beberapa ahli ekonomi.

Trump dijangka umum penarikan pasukan AS dari Iraq, Afghanistan

Posted: 09 Sep 2020 07:12 AM PDT

BAGHGDAD: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijangka mengumumkan penarikan pasukan tenteranya di Afghanistan dan Iraq, hari ini.

Foden, Greenwood bayar orang dalam

Posted: 09 Sep 2020 07:04 AM PDT

LONDON: Phil Foden dan Mason Greenwood mengupah orang dalam untuk membantu mereka membawa masuk dua orang wanita Iceland ke bilik hotel ketika mewakili England.

AFC susun semula bajet

Posted: 09 Sep 2020 06:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menyusun semula bajet untuk musim 2021 berikutan impak pandemik COVID-19 yang menjejaskan jadual pertandingan.

Real sedia jual Bale lebih murah

Posted: 09 Sep 2020 06:54 AM PDT

MADRID: Real Madrid sedia melepaskan Gareth Bale pada harga 22 juta pound (RM119.2 juta) dalam usaha meringankan bebab kewangan kelab.

Penarik beca rayu sediakan laluan khas

Posted: 09 Sep 2020 06:18 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Penarik beca di sini, meminta kerajaan negeri menyediakan laluan khas di sekitar Pasar Kedai Payang (PKP2) dan pusat bandar raya bagi memberi kemudahan kepada mereka menawarkan perkhidmatan berkenaan.

1MDB: Pihak pembelaan bantah saksi ke-10

Posted: 07 Sep 2020 06:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Saksi ke-10 pihak pendakwaan yang dijadual memberi keterangan dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Seri Najib Razak, hari ini, tidak dapat berbuat demikian selepas pihak pembelaan membantah kenyataan saksi itu yang dianggap sebagai 'dengar cakap'.

Rosmah biayai RM100,000 sebulan pasukan cybertrooper

Posted: 09 Sep 2020 01:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Satu pasukan cybertrooper ditubuhkan pada 2012 atas arahan Datin Seri Rosmah Mansor bagi memantau kandungan media sosial kritikal atau memberikan persepsi negatif terhadapnya dengan dana pembiayaan RM100,000 sebulan diberikan isteri bekas perdana menteri itu sendiri.

CAREton kutip pek minuman terpakai hasilkan atap genting

Posted: 09 Sep 2020 05:59 AM PDT

KLANG: MILO® UHT menerusi Projek CAREton dengan kerjasama pasar raya 99 Speedmart mensasarkan kutipan 400,000 pek minuman terpakai untuk dikitar semula menjelang akhir 2020.

Separuh kes COVID-19 petugas kesihatan berjangkit sesama sendiri

Posted: 09 Sep 2020 03:59 AM PDT

PUTRAJAYA: Sebanyak 53 peratus daripada keseluruhan kes positif COVID-19 membabitkan petugas kesihatan, dikesan berpunca daripada penularan dalam kelompok mereka.

Belum ada perbincangan kenakan caj perkhidmatan pengguna e-dagang - KKMM

Posted: 09 Sep 2020 04:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini menjelaskan belum ada sebarang perbincangan untuk mengenakan caj 20 sen bagi pembelian dalam talian platform e-dagang.

Geng KTM dalangi lebih 100 kes curi motosikal tumpas

Posted: 09 Sep 2020 05:59 AM PDT

SERDANG: Polis menumpaskan kumpulan yang mendalangi kegiatan mencuri motosikal jenis KTM yang aktif sejak 2013 dengan tertangkapnya lapan suspek termasuk seorang wanita dalam serbuan berasingan di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, Jumaat lalu.

PRN Sabah: DAP guna logo WARISAN

Posted: 09 Sep 2020 05:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: DAP memutuskan untuk menggunakan logo Parti Warisan Sabah (WARISAN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hujung bulan ini.

FIFA 'selamatkan' Sumareh

Posted: 09 Sep 2020 04:05 AM PDT

PETALING JAYA: Pemain kontroversi, Mohamadou Sumareh kini boleh beraksi bersama kelab Thailand, Police Tero FC selepas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengeluarkan sijil perpindahan antarabangsa (ITC).

Tindakan pantas orang awam cekup 4 remaja ragut wanita

Posted: 09 Sep 2020 02:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Empat remaja termasuk seorang wanita ditahan sekumpulan penduduk di Kampung Malaysia Raya, Sungai Besi, di sini, selepas meragut seorang wanita.

Atlet lelaki lebih banyak hadapi gangguan seksual

Posted: 09 Sep 2020 05:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keganasan berasaskan jantina (GBV), termasuk isu gangguan seksual dalam arena sukan Malaysia semakin membimbangkan, dan perlu ditangani segera bagi membina ruang yang selamat dan terjamin kepada semua terlibat, menurut Persatuan Pergerakan Wanita (Awam).

PM zahir dukacita atas kematian Duta Senegal

Posted: 09 Sep 2020 05:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menzahirkan dukacita atas pemergian Duta Senegal ke Malaysia, Fatou-Danielle Diagne.

Eksport sarung tangan getah Malaysia meningkat

Posted: 09 Sep 2020 05:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengeksportan sarung tangan getah keluaran Malaysia telah meningkat kepada RM15.06 bilion bagi tempoh Januari sehingga Julai 2020 berbanding RM10.03 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun 2019.

43 ahli sindiket Macau Scam ditahan

Posted: 09 Sep 2020 05:25 AM PDT

JOHOR BAHRU: Seramai 43 individu termasuk 41 warga China disyaki terbabit dalam sindiket Macau Scam yang menjalankan skim pelaburan Forex tidak wujud ditahan dalam serbuan di sebuah hotel di Kluang, pagi tadi.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template