Saturday, November 28, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


COVID-19: 6 kluster baharu di Sabah, Selangor dan KL

Posted: 28 Nov 2020 02:59 AM PST

KUALA LUMPUR: Enam kluster baharu COVID-19 dilaporkan, hari ini, membabitkan Sabah, Selangor dan Kuala Lumpur.

COVID-19 ragut empat nyawa lagi

Posted: 28 Nov 2020 02:46 AM PST

KUALA LUMPUR: Empat lagi kematian akibat COVID-19 dilaporkan, hari ini, yang semuanya membabitkan pesakit di Sabah.

COVID-19: 1,315 kes baharu dilaporkan hari ini

Posted: 28 Nov 2020 02:37 AM PST

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,315 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan, hari ini, menjadikan jumlah kumulatifnya di negara ini mencecah 63,176 kes.

Amaran cuaca buruk di Sabah, Labuan - MetMalaysia

Posted: 28 Nov 2020 10:52 AM PST

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Cuaca Buruk (Jingga) untuk beberapa daerah di Sabah dan Labuan, hingga hari ini, berikutan keadaan hujan lebat yang berterusan.

Lima pusat hiburan, karaoke digempur

Posted: 28 Nov 2020 10:17 AM PST

KUALA LUMPUR: Seramai 180 pengunjung di lima pusat hiburan dan karaoke sekitar ibu negara, ditahan serta dikenakan kompaun kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), malam kelmarin.

1,356 mangsa banjir Kemaman dipindahkan ke PPS

Posted: 28 Nov 2020 09:17 AM PST

KEMAMAN: Jumlah mangsa banjir dipindahkan di daerah ini menurun kepada 1,356 orang daripada 334 keluarga, setakat jam 10 malam tadi, berbanding 1,380 (337 keluarga) sebelum itu.

Pemerolehan vaksin COVID-19 akan ikut panduan WHO - KP Kesihatan

Posted: 28 Nov 2020 08:43 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) akan memastikan vaksin COVID-19 yang lulus didaftar dan dipasarkan di Malaysia, adalah selamat, berkualiti serta mempunyai keberkesanan optimum mengikut keperluan ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

BERSATU mansuh jawatan Pengerusi, Majlis Presiden ditubuhkan sebelum ini

Posted: 28 Nov 2020 08:27 AM PST

KUALA LUMPUR: Jawatan Pengerusi dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dimansuhkan menerusi keputusan sebulat suara pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) parti itu, semalam.

Khemah saringan COVID-19, kecemasan Hospital Kulim dilanda banjir kilat

Posted: 28 Nov 2020 07:52 AM PST

ALOR SETAR: Beberapa khemah sementara yang dipasang untuk ujian saringan COVID-19 serta saringan kecemasan di bahagian hadapan Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Kulim, dilimpahi air pada petang tadi.

VAR kecewakan Liverpool

Posted: 28 Nov 2020 07:03 AM PST

BRIGHTON, United Kingdom: Liverpool dikecewakan VAR ketika penalti kontroversi Pascal Gross pada lewat permainan memberikan Brighton keputusan seri 1-1 di Stadium Amex sebentar tadi.

Dr Adham lawat mengejut PKD, Hospital Tangkak

Posted: 28 Nov 2020 07:03 AM PST

JOHOR BAHRU: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, melakukan lawatan mengejut ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tangkak dan Hospital Tangkak, hari ini.

MBI Selangor sumbang RM100,000 untuk dataran surau Mutiara Gombak

Posted: 28 Nov 2020 06:30 AM PST

GOMBAK: Kerajaan Selangor mengagihkan RM100,000 bagi menampung sebahagian kos pembinaan dataran serba guna di Surau Al-Mukmin Mutiara Gombak di sini.

'Kami tidak gentar'

Posted: 28 Nov 2020 06:24 AM PST

BUKIT KAYU HITAM: Insiden berbalas tembakan dengan kumpulan penyeludup yang mengorbankan seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di kawasan sempadan Malaysia-Thailand, Selasa lalu, tidak menggentarkan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Hockademy tak bertanding musim depan

Posted: 28 Nov 2020 06:13 AM PST

KUALA LUMPUR: Skuad lelaki dan wanita kelab Hockademy terlepas peluang untuk beraksi pada Liga Hoki Malaysia (LHM) tahun depan selepas melakukan penampilan sulung pada liga tersebut musim ini.

Noraseela cipta sejarah pimpin MOA

Posted: 28 Nov 2020 06:03 AM PST

KUALA LUMPUR: Bekas pelari berpagar Malaysia Noraseela Mohd Khalid melakar sejarah apabila menjadi wanita pertama yang dinobatkan sebagai Presiden Persatuan Olympian Malaysia (MOA).

Gopi Rizqi sedih tinggalkan Tok Gajah

Posted: 28 Nov 2020 05:38 AM PST

KUANTAN: Pemain tengah Pahang, Muhammad Gopi Rizqi Rama Chandra tidak menduga sama sekali khidmatnya tidak lagi diperlukan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Asal-usul virus COVID-19 'terlalu spekulatif'

Posted: 28 Nov 2020 02:24 AM PST

TAIPEI: Pengarah Eksekutif, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Michael Ryan, berkata kenyataan yang mengaitkan COVID-19 bukan berasal dari China 'terlalu spekulatif'.

Tahap keselamatan diperketatkan bagi pilihan raya pertama Kashmir

Posted: 28 Nov 2020 05:27 AM PST

INDIA: Pengundi di Kashmir yang ditadbir oleh kerajaan India melaksanakan tanggungjawab membuang undi hari ini dalam situasi tahap keselamatan diperketatkan.

87 suspek dadah ditahan di Singapura

Posted: 28 Nov 2020 04:48 AM PST

SINGAPURA: Biro Narkotik Pusat (CNB) hari ini berkata, pihaknya telah menahan 87 orang yang disyaki pesalah dadah semasa operasi di seluruh negara pulau itu yang dilakukan antara 23 dan 27 November.

Banjir: 1,535 mangsa banjir dipindahkan di Terengganu

Posted: 28 Nov 2020 05:08 AM PST

CHUKAI: Seramai 1,535 mangsa banjir ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) seluruh Terengganu, dengan Kemaman muncul daerah paling terkesan, setakat jam 6 petang tadi.

Rabu penentu Kejuaraan Cub Prix

Posted: 28 Nov 2020 04:59 AM PST

KUALA LUMPUR: Sama ada baki empat pusingan Kejuaraan Cub Prix Malaysia musim ini diteruskan atau dibatalkan akan diketahui Rabu ini.

Khamenei gesa hukum pembunuh saintis terkemuka Iran

Posted: 28 Nov 2020 04:58 AM PST

TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei hari ini menggesa hukuman dikenakan ke atas pihak yang membunuh seorang saintis terkemuka negara itu dan mahu hasil kerjanya dalam bidang saintifik dan teknikal diteruskan.

Militan Daesh bunuh 4 penganut Kristian di Indonesia: polis

Posted: 28 Nov 2020 04:24 AM PST

PALU: Ekstremis yang berkaitan dengan Daesh membunuh empat orang dalam komuniti Kristian terpencil di pulau Sulawesi Indonesia, kata pihak berkuasa hari ini, dengan satu mangsa dipenggal dan seorang lagi dibakar hingga mati.

Amaran cuaca waspada peringkat kuning di beberapa negeri

Posted: 28 Nov 2020 04:20 AM PST

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning di beberapa negeri seluruh negara.

Kerajaan India pelawa petani tunjuk perasaan berunding

Posted: 28 Nov 2020 03:48 AM PST

NEW DELHI: Kerajaan India mengajak kumpulan pemimpin mewakili petani di negara itu untuk berunding susulan ribuan individu melakukan tunjuk perasaan di sini hari ini, membantah undang-undang pertanian yang didakwa boleh dieksploitasi oleh sektor swasta untuk membeli tanaman dengan harga yang murah.

Penunjuk perasaan Thailand buat latihan 'cegah rampasan kuasa'

Posted: 28 Nov 2020 04:00 AM PST

BANGKOK: Ribuan aktivis demokrasi menyekat jalan utama di Bangkok selama beberapa jam semalam sebagai strategi dan persiapan bagi 'mengelakkan rampasan kuasa' dalam bantahan antikerajaan terbaru di Thailand.

Mesyuarat khas perkukuh keselamatan sempadan negara

Posted: 28 Nov 2020 03:57 AM PST

MELAKA: Mesyuarat khas bagi membincangkan strategi memperkukuh keselamatan sempadan negara, akan diadakan dalam masa terdekat.

Fosil paus berusia hingga 5,000 tahun ditemui di Thailand

Posted: 28 Nov 2020 03:15 AM PST

BANGKOK: Fosil ikan paus yang lengkap dan masih terpelihara dianggarkan berusia antara 3,000 hingga 5,000 tahun ditemui di Thailand, awal bulan ini.

7 terbunuh serangan berani mati di Somalia

Posted: 28 Nov 2020 03:05 AM PST

GAROWE: Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh dan beberapa lagi cedera di sebuah restoran di Somalia akibat serangan pengebom berani mati semalam, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan seorang pegawai polis.

Perjanjian dengan Pfizer terbatal jika gagal daftar FDA, NPRA

Posted: 28 Nov 2020 02:28 AM PST

KUALA LUMPUR: Perjanjian bagi pembelian 12.8 juta dos vaksin COVID-19 daripada syarikat farmaseutikal, Pfizer Inc akan terbatal jika vaksin itu gagal didaftarkan dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template