BH Online - Terkini |
- Tiga inisiatif bendung COVID-19 di Selangor
- SUHAKAM kecewa Dewan Rakyat tidak bahas laporan tahunannya
- Majlis Tertinggi PN bincang persiapan PRU-15
- Aubameyang bantu kanak-kanak hidap penyakit 'anak patung'
- Permohonan lanjutan masa penggabungan UEM Sunrise, EcoWorld diterima
- Penasihat virus Trump meletak jawatan
- BioNTech/Pfizer mohon kelulusan EU
- Johan CEO Selangor FC
- Yayasan RHB terus taja pelajar keluarga B40
- Pasangan polis positif COVID-19 di Kelantan
- Hong Kong, Singapura tangguh 'gelembung perjalanan'
- Penganggur ditahan cuba samun guna pistol tiruan
- Penghakiman dua bekas hakim kanan dilindungi 'doktrin de facto'
- Sri Lanka bebas banduan selepas berlaku rusuhan akibat pandemik
- MRM tawar bantuan mula perniagaan
- 20 pegawai Imigresen positif COVID-19
- 'Nak tengok Nur Fatima, tunggu dulu...'
- Penebangan hutan di Amazon cecah 11,000 km persegi
- Kelab polis Hong Kong dibaling bom petrol
- Lebih banyak gunung berapi meletus, ribuan larikan diri
- MAIPk lancar Kad Prabayar Visa GoPayz-MAIPk
- Ubat 'korbankan' Maradona
- Siti Zubaidah dilantik sebagai CEO baharu PKNS
- Jumaat ketahui keputusan penjara Datuk Sanjeevan
- Bursa Malaysia melonjak semula 39.55 mata
- UMNO perlu dominan - Shahril Hamdan
- Pendakwah selebriti ditahan rogol guru
- Sports Johor, MSNJ jalin kerjasama dengan Universiti Loughborough
- 11,270 individu masih jalani kuarantin wajib
- Ringgit ditutup rendah hari kedua berturut-turut
| Tiga inisiatif bendung COVID-19 di Selangor Posted: 01 Dec 2020 08:07 AM PST SHAH ALAM: Kerajaan Selangor melaksanakan tiga inisiatif bagi membendung penularan COVID-19 termasuk program isolasi pekerja Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). |
| SUHAKAM kecewa Dewan Rakyat tidak bahas laporan tahunannya Posted: 01 Dec 2020 06:58 AM PST KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) kecewa apabila Laporan Tahunan 2019 tidak dapat dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat, tahun ini. |
| Majlis Tertinggi PN bincang persiapan PRU-15 Posted: 01 Dec 2020 07:45 AM PST KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang antara lain menyentuh beberapa perkara penting termasuk persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). |
| Aubameyang bantu kanak-kanak hidap penyakit 'anak patung' Posted: 01 Dec 2020 06:42 AM PST LONDON: Kapten Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang membantu seorang kanak-kanak perempuan mendapatkan rawatan untuk penyakit 'anak patung' yang dialaminya. |
| Permohonan lanjutan masa penggabungan UEM Sunrise, EcoWorld diterima Posted: 01 Dec 2020 06:14 AM PST KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) meluluskan permohonan lanjutan masa (EOT) oleh UEM Sunrise Bhd untuk mengumumkan sebarang hasrat bagi membuat tawaran pengambilalihan berhubung cadangan penggabungan dengan Eco World Development Group Bhd (EcoWorld). |
| Penasihat virus Trump meletak jawatan Posted: 01 Dec 2020 03:24 AM PST WASHINGTON: Penasihat COVID-19 Presiden Donald Trump meletak jawatan semalam, tatkala harapan untuk gelombang pertama vaksinasi sebelum akhir tahun 2020 mendapat dorongan lebih lanjut dengan pengumuman dari firma Amerika Syarikat (AS), Moderna. |
| BioNTech/Pfizer mohon kelulusan EU Posted: 01 Dec 2020 06:08 AM PST FRANKFURT: BioNTech Jerman dan rakan kongsinya di Amerika Syarikat (AS), Pfizer memaklumkan, mereka sudah memohon kelulusan pengawalseliaan Kesatuan Eropah (EU) bagi vaksin COVID-19, meningkatkan lagi harapan untuk suntikan pertama vaksin itu dapat dilakukan pada Disember. |
| Posted: 01 Dec 2020 06:08 AM PST KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Dr Johan Kamal Hamidon dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kelab bola Sepak Selangor (Selangor FC) susulan penswastaan pasukan Liga Super negeri berkenaan hari ini. |
| Yayasan RHB terus taja pelajar keluarga B40 Posted: 01 Dec 2020 06:05 AM PST KUALA LUMPUR: RHB Banking Group (RHB) menerusi Yayasan RHB akan meneruskan komitmen menaja pelajar keluarga B40 melalui Program Biasiswa RHB X-Cel Star, meskipun persekitaran ekonomi serba mencabar akibat COVID-19. |
| Pasangan polis positif COVID-19 di Kelantan Posted: 01 Dec 2020 02:55 AM PST KOTA BHARU: Polis Kelantan mengesahkan dua kakitangannya yang juga pasangan suami isteri disahkan positif COVID-19 hari ini. |
| Hong Kong, Singapura tangguh 'gelembung perjalanan' Posted: 01 Dec 2020 05:58 AM PST SINGAPURA: Hong Kong dan Singapura hari ini menangguhkan 'gelembung perjalanan' selama-lamanya yang menjadi tamparan baru kepada industri pelancongan dan penerbangan mereka yang teruk ketika bandar China itu memerangi lonjakan COVID-19. |
| Penganggur ditahan cuba samun guna pistol tiruan Posted: 01 Dec 2020 05:51 AM PST KUALA LUMPUR: Seorang penganggur ditahan kerana disyaki melakukan cubaan samun menggunakan pistol tiruan di kawasan parkir sebuah restoran di Kuchai Lama, di sini, semalam. |
| Penghakiman dua bekas hakim kanan dilindungi 'doktrin de facto' Posted: 01 Dec 2020 05:49 AM PST PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memutuskan penghakiman dua bekas hakim kanan, yang pelantikan mereka sebagai hakim tambahan dicabar kerana didakwa melanggar Perlembagaan, dilindungi 'doktin de facto.' |
| Sri Lanka bebas banduan selepas berlaku rusuhan akibat pandemik Posted: 01 Dec 2020 05:30 AM PST COLOMBO: Sri Lanka membebaskan ratusan banduan dan akan membebaskan ribuan lagi selepas satu rusuhan akibat kemarahan tercetus, berikutan kes COVID-19 di satu daripada penjaranya yang padat, menyebabkan sembilan banduan maut dan 113 cedera. |
| MRM tawar bantuan mula perniagaan Posted: 01 Dec 2020 05:04 AM PST KUALA LUMPUR: Multiracial Reverted Muslims (MRM) memperuntukkan RM500,000 bagi membantu individu terjejas punca pendapatan ketika pandemik COVID-19, memulakan perniagaan. |
| 20 pegawai Imigresen positif COVID-19 Posted: 01 Dec 2020 05:15 AM PST PUTRAJAYA: Hampir 3,500 pegawai Jabatan Imigresen menjalani ujian saringan COVID-19 sehingga 25 November lalu dengan 3,000 daripadanya dikuarantin dan 20 lagi dirawat kerana didapati positif wabak itu. |
| 'Nak tengok Nur Fatima, tunggu dulu...' Posted: 01 Dec 2020 05:12 AM PST KUALA LUMPUR: Fattah Amin dan isteri, Nur Fazura sedia mendedahkan wajah puteri tersayang, Nur Fatima Aisya apabila sampai waktunya. |
| Penebangan hutan di Amazon cecah 11,000 km persegi Posted: 01 Dec 2020 05:12 AM PST SAO PAULO: Berikutan pelonggaran undang-undang alam sekitar di bawah Presiden Brazil Jair Bolsonaro, penebangan di hutan hujan Amazon kini sudah melebihi 11,000 kilometer (km) persegi, lapor Agensi Anadolu. |
| Kelab polis Hong Kong dibaling bom petrol Posted: 01 Dec 2020 01:43 AM PST HONG KONG: Sebuah kelab rekreasi polis di sini dibaling dengan bom petrol awal pagi tadi, satu serangan yang jarang-jarang berlaku ke atas fasiliti polis sejak Beijing menguatkuasakan undang-undang keselamatan nasional yang meluas. |
| Lebih banyak gunung berapi meletus, ribuan larikan diri Posted: 01 Dec 2020 02:52 AM PST JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia memantau rapi beberapa gunung berapi selepas alat pengesan mendapati berlaku peningkatan aktiviti dalam beberapa minggu lalu, menyebabkan ribuan penduduk berpindah. |
| MAIPk lancar Kad Prabayar Visa GoPayz-MAIPk Posted: 01 Dec 2020 04:52 AM PST IPOH: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) melancarkan Kad Prabayar Visa GoPayz-MAIPk (Ta'awun) sebagai inisiatif memudahkan masyarakat Islam berbelanja secara patuh syariah. |
| Posted: 01 Dec 2020 04:43 AM PST BUENOS AIRES: Diego Maradona diberikan koktel dadah termasuk antidepresi dan antipsikotik yang digunakan untuk merawat penyakit bipolar. |
| Siti Zubaidah dilantik sebagai CEO baharu PKNS Posted: 01 Dec 2020 04:42 AM PST KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengumumkan pelantikan Siti Zubaidah Abd Jabar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharunya, berkuat kuasa 2 Disember 2020. |
| Jumaat ketahui keputusan penjara Datuk Sanjeevan Posted: 01 Dec 2020 04:38 AM PST TEMERLOH: Mahkamah Tinggi di sini, menetapkan Jumaat ini untuk membuat keputusan terhadap permohonan Pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (MyWatch), Datuk R Sri Sanjeevan bagi menangguhkan hukuman penjara ke atasnya sementara menunggu rayuan kes beliau didengar di Mahkamah Rayuan. |
| Bursa Malaysia melonjak semula 39.55 mata Posted: 01 Dec 2020 04:17 AM PST KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia ditutup kukuh pada Selasa seiring pasaran serantau yang positif berikutan sentimen itu didorong oleh data China yang memberangsangkan dan harapan yang berterusan terhadap vaksin COVID-19. |
| UMNO perlu dominan - Shahril Hamdan Posted: 01 Dec 2020 04:17 AM PST KUALA LUMPUR: UMNO perlu menjadi parti yang dominan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), meskipun ada kalangan pemimpin parti itu berpendirian sebaliknya. |
| Pendakwah selebriti ditahan rogol guru Posted: 01 Dec 2020 04:05 AM PST KUALA LUMPUR: Bermula dengan keluar makan malam untuk menyambut hari lahir, seorang guru wanita akhirnya menjadi mangsa rogol seorang lelaki yang juga dikenali sebagai pendakwah selebriti. |
| Sports Johor, MSNJ jalin kerjasama dengan Universiti Loughborough Posted: 01 Dec 2020 04:04 AM PST KUALA LUMPUR: Sports Johor Sdn Bhd dan Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) dalam usaha untuk memuktamadkan kerjasama bersama universiti terbaik di dunia dalam bidang sains sukan, Universiti Loughborough, United Kingdom. |
| 11,270 individu masih jalani kuarantin wajib Posted: 01 Dec 2020 04:04 AM PST KUALA LUMPUR: Seramai 11,270 individu yang pulang dari luar negara masih menjalani kuarantin wajib, manakala 502 individu dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. |
| Ringgit ditutup rendah hari kedua berturut-turut Posted: 01 Dec 2020 04:00 AM PST KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari kedua berturut-turut hari ini berikutan kekurangan pembelian akibat lonjakan semula kes COVID-19. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment