BH Online - Terkini |
- Cliff juara GV7
- Kesilapan Lloris kecewakan Tottenham
- Dasar RISDA disaran untuk dikaji semula
- AIM tawar moratorium bersasar mulai Januari
- Verstappen ungguli perlumbaan penutup musim
- Perigi Tujuh Serendah akan diangkat Tapak Warisan Kebangsaan
- Sokong Anwar: Mohamad Alamin pertimbang tindakan undang-undang
- Southampton potong Chelsea
- Kerajaan selamatkan FELDA supaya tanah peneroka tak tergadai - PM
- Feri Pulau Pinang: Tingkatkan kualiti, bukan hentikan perkhidmatan
- AMANAH sambut baik pembentukan gabungan besar pembangkang
- 6 kawasan di Klang, Shah Alam alami gangguan air malam ini
- Gesa pembangkang tukar ketua, bayangan hasrat Shafie ke pentas Nasional
- Penjenayah warga asing akan diisytihar persona non grata
- Polis tidak terima maklumat serangan pengganas di India
- 10 hari tempoh kuarantin pengembara pulang ke Malaysia
- Ahmad Maslan nafi tandatangan SD sokong Anwar
- Zolkples gesa KBS 'ukur baju di badan sendiri'
- EU, Britain lanjutkan rundingan pasca Brexit
- Gempa 5.1 skala Richter gegarkan selatan Jawa
- COVID-19: 6 kluster baharu dikesan
- COVID-19: 4 kes kematian di Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan
- COVID-19: 1,229 kes positif, 1,309 sembuh
- Pekerja merusuh tidak dibayar gaji, dipaksa kerja lebih masa
- Altimet letak jawatan, gagal selesai isu royalti
- PKPD Zon A Taman Klebang Jaya, Pinji Mewah tamat esok
- 51 militan Taliban maut insiden serangan di kubu pemberontak
- 2 PKPD di Sabah tamat hari ini
- New Zealand lancar kempen televisyen bagi mencegah COVID-19
- Abdul Hadi sah permohonan menghadap Sultan Perak diperkenan
| Posted: 13 Dec 2020 08:30 AM PST PUTRAJAYA: Persembahan mantap Cliff Umar pada pentas akhir serta konsisten sepanjang minggu melayakkannya dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7) di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya, di sini, malam tadi. |
| Kesilapan Lloris kecewakan Tottenham Posted: 13 Dec 2020 08:24 AM PST LONDON: Jeffrey Schlupp meledak gol penyamaan lewat permainan susulan kesilapan penjaga gol, Hugo Lloris untuk membantu Crystal Palace terikat 1-1 bersama pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Tottennham Hotspur sebentar tadi. |
| Dasar RISDA disaran untuk dikaji semula Posted: 12 Dec 2020 11:29 PM PST MERSING: Kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyarankan dasar Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dikaji semula bagi membolehkan peranannya diperluas seiring perubahan ekonomi dan teknologi semasa negara. |
| AIM tawar moratorium bersasar mulai Januari Posted: 13 Dec 2020 07:39 AM PST TANJUNG MALIM: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menawarkan penangguhan bayaran balik pinjaman secara bersasar kepada peminjamnya, atau dirujuk sebagai 'Sahabat', yang terjejas mata pencarian akibat penularan pandemik COVID-19, mulai tahun hadapan. |
| Verstappen ungguli perlumbaan penutup musim Posted: 13 Dec 2020 07:17 AM PST ABU DHABI: Max Verstappen memperagakan pecutan tanpa belas kasihan untuk memenangi perlumbaan akhir musim, Grand Prix (GP) Abu Dhabi yang menjadi kemenangan keduanya dan Red Bull bagi kempen 2020. |
| Perigi Tujuh Serendah akan diangkat Tapak Warisan Kebangsaan Posted: 13 Dec 2020 06:53 AM PST KUALA LUMPUR: Perigi Tujuh Serendah di Hulu Selangor diletakkan dalam senarai inventori Jabatan Warisan Negara untuk diangkat statusnya sebagai Tapak Warisan Kebangsaan. |
| Sokong Anwar: Mohamad Alamin pertimbang tindakan undang-undang Posted: 13 Dec 2020 06:33 AM PST KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengaitkan kononnya beliau menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kesembilan. |
| Posted: 13 Dec 2020 06:16 AM PST LONDON: Southampton menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan teratas apabila menundukkan pasukan tercorot liga, Sheffield United menerusi keputusan 3-0. |
| Kerajaan selamatkan FELDA supaya tanah peneroka tak tergadai - PM Posted: 13 Dec 2020 02:09 AM PST MUAR: Kerajaan bersetuju untuk menyelamatkan FELDA supaya tanah milik peneroka tidak tergadai kepada orang asing, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. |
| Feri Pulau Pinang: Tingkatkan kualiti, bukan hentikan perkhidmatan Posted: 13 Dec 2020 04:26 AM PST GEORGETOWN: Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbang semula cadangan bagi menggantikan perkhidmatan feri Pulau Pinang dengan bot katamaran. |
| AMANAH sambut baik pembentukan gabungan besar pembangkang Posted: 13 Dec 2020 06:02 AM PST KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) menyambut baik syor membentuk gabungan besar parti pembangkang yang dilihat sebagai teras penting sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). |
| 6 kawasan di Klang, Shah Alam alami gangguan air malam ini Posted: 13 Dec 2020 04:49 AM PST SHAH ALAM: Enam kawasan di wilayah Klang/Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air bermula jam 10.30 malam ini. |
| Gesa pembangkang tukar ketua, bayangan hasrat Shafie ke pentas Nasional Posted: 13 Dec 2020 05:56 AM PST KUALA LUMPUR: Gesaan supaya pembangkang berani menukar kepemimpinan, memberi bayangan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, sudah bersedia kembali sebagai pemimpin di peringkat Persekutuan. |
| Penjenayah warga asing akan diisytihar persona non grata Posted: 13 Dec 2020 05:17 AM PST KUALA LUMPUR: Warga asing yang didapati terbabit dan disabitkan dengan kesalahan jenayah di negara ini akan diisytiharkan sebagai 'persona non grata'. |
| Polis tidak terima maklumat serangan pengganas di India Posted: 13 Dec 2020 05:02 AM PST KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung kes penceramah kontroversi Dr Zakir Naik, yang dikatakan terbabit dalam rancangan serangan pengganas di India. |
| 10 hari tempoh kuarantin pengembara pulang ke Malaysia Posted: 13 Dec 2020 03:59 AM PST PUTRAJAYA: Tempoh kuarantin pengembara yang pulang dari luar negara dan pengurusan kontak rapat di negara ini dikurangkan tempohnya daripada 14 ke 10 hari berkuat kuasa esok. |
| Ahmad Maslan nafi tandatangan SD sokong Anwar Posted: 13 Dec 2020 04:49 AM PST KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan menafikan pembabitannya sebagai antara 10 Ahli Parlimen parti itu yang bertindak menandatangani akaun bersumpah (SD) menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. |
| Zolkples gesa KBS 'ukur baju di badan sendiri' Posted: 13 Dec 2020 04:30 AM PST KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu memperhalusi cadangan untuk memperluaskan skim pencen kepada atlet yang layak ke Sukan Olimpik sebelum membentangkannya dalam mesyuarat Jemaah Menteri. |
| EU, Britain lanjutkan rundingan pasca Brexit Posted: 13 Dec 2020 04:25 AM PST BRUSSELS: Presiden Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU), Ursula von der Leyen dan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson hari ini bersetuju untuk meneruskan rundingan perdagangan pasca Brexit untuk mencari kesepakatan yang ideal. |
| Gempa 5.1 skala Richter gegarkan selatan Jawa Posted: 13 Dec 2020 04:06 AM PST JAWA: Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter menggegarkan selatan Jawa, Indonesia jam 4.39 petang tadi. |
| COVID-19: 6 kluster baharu dikesan Posted: 13 Dec 2020 03:47 AM PST PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesan enam kluster baharu hari ini iaitu dua di Lembah Klang manakala satu kluster masing-masing di Labuan, Sabah, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang. |
| COVID-19: 4 kes kematian di Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan Posted: 13 Dec 2020 03:36 AM PST PUTRAJAYA: Empat kes kematian disebabkan COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di negara ini sebanyak 415 kes bersamaan 0.50 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. |
| COVID-19: 1,229 kes positif, 1,309 sembuh Posted: 13 Dec 2020 03:22 AM PST PUTRAJAYA: Sebanyak 1,229 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dan Selangor kekal mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 435 kes atau 35.4 peratus daripada keseluruhan kes. |
| Pekerja merusuh tidak dibayar gaji, dipaksa kerja lebih masa Posted: 13 Dec 2020 03:28 AM PST BANGALORE: Pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap pekerja kilang iPhone milik Taiwan dekat selatan India yang mengamuk kerana mendakwa gaji mereka tidak dibayar dan mendakwa terdapat isu eksploitasi. |
| Altimet letak jawatan, gagal selesai isu royalti Posted: 13 Dec 2020 03:26 AM PST KUALA LUMPUR: Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) terkejut dengan tindakan Ahli Lembaga Pengarah Recording Performers Malaysia (RPM), Altimet meletak jawatan, Jumaat lalu berikutan kemelut isu royalti yang membelenggu badan kutipan royalti itu. |
| PKPD Zon A Taman Klebang Jaya, Pinji Mewah tamat esok Posted: 13 Dec 2020 03:20 AM PST KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Zon A Taman Klebang Jaya dan Taman Pinji Mewah di Ipoh, Perak selama 14 hari akan ditamatkan esok seperti dijadualkan. |
| 51 militan Taliban maut insiden serangan di kubu pemberontak Posted: 13 Dec 2020 03:07 AM PST KANDAHAR: Puluhan pejuang Taliban dilaporkan maut dalam pertempuran sengit dengan pasukan tentera Afghanistan semalam, lapor pegawai kerajaan hari ini. |
| 2 PKPD di Sabah tamat hari ini Posted: 13 Dec 2020 02:56 AM PST KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Numbak dan Penempatan Telipok dekat Kota Kinabalu, Sabah, hari ini. |
| New Zealand lancar kempen televisyen bagi mencegah COVID-19 Posted: 13 Dec 2020 02:53 AM PST WELLINGTON: New Zealand melancarkan kempen melalui televisyen di seluruh negara hari ini untuk mengawal penularan COVID-19, sekali gus menggesa orang awam untuk terus berwaspada dan menjaga kebersihan ketika cuti musim panas. |
| Abdul Hadi sah permohonan menghadap Sultan Perak diperkenan Posted: 13 Dec 2020 02:44 AM PST KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengesahkan permohonannya untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sudah mendapat perkenan istana. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment