BH Online - Terkini |
- Kerajaan sedia buka aktiviti pelancongan tertentu
- Tak salah tak pakai pelitup muka jika berseorangan di tempat awam
- COVID-19: 1,772 kes baharu, Kuala Lumpur catat jangkitan tertinggi
- Pemimpin Republikan ucap tahniah kepada Biden
- Tunku Azizah ziarah jenazah Ungku Aziz
- Jenazah Ungku Aziz selamat disemadi
- Ungku Aziz tokoh memperkasa pendidikan, ekonomi Melayu
- Tiga lagu Hael mara ke AJL35
- Ungku Aziz gigih pejuang isu kemiskinan Melayu - Syed Husin
- Sultan, Tengku Permaisuri Selangor ucap takziah
- Tiada rancangan perkenal semula GST - Tengku Zafrul
- Liga Super China bukan lagi 'syurga' pemain
- Pemimpin ucap takziah kepada keluarga Ungku Aziz
- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
- Bursa ditutup tinggi selepas Belanjawan diluluskan
- Pemergian Ungku Aziz kehilangan besar buat negara - Agong
- Cadangan kurang kapasiti banduan dipersetujui - Rais
- Yusri tak layak jadi ketua jurulatih - Khalid
- Kanak-kanak Afghanistan disyaki dirogol di kem pelarian
- Ungku Aziz antara pencorak pembangunan negara
- Penduduk Sabah tak perlu kuarantin balik dari Brunei
- Peluang Misbun nilai prestasi anak buah
- Tarik lesen niaga kelab malam, pub ingkar PKPP
- Ungku Aziz meninggal dunia
- Warga Malaysia boleh pulang tanpa ujian calitan COVID-19
- Sokongan Belanjawan 2021 bukti PN utamakan kebajikan rakyat - PM
- Kaji tindakan majikan enggan kerjasama saring pekerja
- Rayuan KJ diterima, kes kembali ke Mahkamah Rayuan
- COVID-19: Tiga kematian dilaporkan hari ini
- Mohon Sarawak singkat tempoh kuarantin 14 hari
| Kerajaan sedia buka aktiviti pelancongan tertentu Posted: 15 Dec 2020 02:34 AM PST KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membuka beberapa aktiviti pelancongan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam usaha merangsang semula industri itu. |
| Tak salah tak pakai pelitup muka jika berseorangan di tempat awam Posted: 15 Dec 2020 02:16 AM PST KUALA LUMPUR: Individu yang tidak memakai pelitup muka ketika bersendirian di tempat awam, tidak melanggari prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19. |
| COVID-19: 1,772 kes baharu, Kuala Lumpur catat jangkitan tertinggi Posted: 15 Dec 2020 02:32 AM PST PUTRAJAYA: Sejumlah 1,772 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini, menjadikan kumulatif 86,618 kes COVID-19 direkodkan negara setakat ini. |
| Pemimpin Republikan ucap tahniah kepada Biden Posted: 15 Dec 2020 08:22 AM PST WASHINGTON: Ketua Ahli Senat Republikan, Mitch McConnell mengucapkan tahniah kepada Joe Biden atas kemenangannya sebagai Presiden. |
| Tunku Azizah ziarah jenazah Ungku Aziz Posted: 15 Dec 2020 04:41 AM PST PETALING JAYA: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini. |
| Jenazah Ungku Aziz selamat disemadi Posted: 15 Dec 2020 06:41 AM PST KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini, malam ini. |
| Ungku Aziz tokoh memperkasa pendidikan, ekonomi Melayu Posted: 15 Dec 2020 07:54 AM PST KUALA LUMPUR: Kerajaan menzahirkan penghargaan yang tinggi atas sumbangan besar Allahyarham Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid dalam pelbagai bidang. |
| Posted: 15 Dec 2020 07:47 AM PST SHAH ALAM: Tiga lagu ciptaan bersama penyanyi dan komposer, Hael Husaini mara ke Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 dengan sembilan karya lain, seperti diumumkan pada Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-35 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini, malam tadi. |
| Ungku Aziz gigih pejuang isu kemiskinan Melayu - Syed Husin Posted: 15 Dec 2020 07:43 AM PST KUALA LUMPUR: Pemergian Allahyarham Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid yang meninggal dunia petang tadi, disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada negara. |
| Sultan, Tengku Permaisuri Selangor ucap takziah Posted: 15 Dec 2020 07:42 AM PST SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga tokoh akademik, Allahyarham Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid. |
| Tiada rancangan perkenal semula GST - Tengku Zafrul Posted: 15 Dec 2020 07:02 AM PST KUALA LUMPUR: Kerajaan tiada sebarang keputusan yang akan diambil berkenaan kemungkinan pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam keadaan pandemik COVID-19 dan sehingga keadaan ekonomi pulih. |
| Liga Super China bukan lagi 'syurga' pemain Posted: 15 Dec 2020 06:52 AM PST LONDON: Liga Super China (CSL) mungkin terkeluar daripada sasaran pemain yang memiliki nama besar selepas had gaji siling dipersetujui oleh persatuan bola sepak negara itu. |
| Pemimpin ucap takziah kepada keluarga Ungku Aziz Posted: 15 Dec 2020 05:59 AM PST KUALA LUMPUR: Pemimpin parti, pentadbiran kerajaan dan pimpinan pembangkang yang merasakan kehilangan tokoh pendidikan, Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid, mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. |
| Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS Posted: 15 Dec 2020 05:53 AM PST KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan pelabur kekal tidak memasuki pasaran bagi menunggu perkembangan berkaitan program pembelian aset oleh Rizab Persekutuan AS (Fed). |
| Bursa ditutup tinggi selepas Belanjawan diluluskan Posted: 15 Dec 2020 05:48 AM PST KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mencatatkan prestasi berbeza berbanding aliran serantau apabila ditutup tinggi hari ini setelah Belanjawan 2021 diluluskan di Dewan Rakyat menerusi undi belah bahagian selepas bacaan kali ketiga. |
| Pemergian Ungku Aziz kehilangan besar buat negara - Agong Posted: 15 Dec 2020 05:42 AM PST KUALA LUMPUR: Pemergian Allahyarham Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid yang meninggal dunia akibat sakit tua petang tadi, disifatkan kehilangan besar kepada negara. |
| Cadangan kurang kapasiti banduan dipersetujui - Rais Posted: 15 Dec 2020 05:37 AM PST KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Bersama Kesejahteraan Rakyat bersetuju dengan cadangan mengurangkan jumlah kapasiti banduan bagi mengawal penularan wabak COVID-19 di dalam penjara. |
| Yusri tak layak jadi ketua jurulatih - Khalid Posted: 15 Dec 2020 05:28 AM PST KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak negara, Khalid Ali mempersoal keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) membangunkan bakat muda menerusi pembentukan Skuad Projek FAM-MSN yang dianggap tidak mengikut lunas pembangunan kumpulan pemain itu. |
| Kanak-kanak Afghanistan disyaki dirogol di kem pelarian Posted: 15 Dec 2020 05:19 AM PST KEPULAUAN LESBOS: Pihak berkuasa di Kepulauan Lesbos, Greece melancarkan siasatan berhubung kes rogol seorang kanak-kanak perempuan Afghanistan berusia tiga tahun, kata sumber kementerian hari ini. |
| Ungku Aziz antara pencorak pembangunan negara Posted: 15 Dec 2020 05:17 AM PST KUALA LUMPUR: Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid adalah tokoh cendekiawan ulung yang idea, jasa dan sumbangan akademiknya boleh dikatakan mencorakkan sebahagian besar bidang pendidikan, agama dan ekonomi negara. |
| Penduduk Sabah tak perlu kuarantin balik dari Brunei Posted: 15 Dec 2020 04:50 AM PST KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersetuju memberi kelonggaran kepada rakyat Sabah di Brunei Darussalam untuk masuk ke negeri ini tanpa perlu menjalani kuarantin wajib. |
| Peluang Misbun nilai prestasi anak buah Posted: 15 Dec 2020 04:49 AM PST KUALA LUMPUR: Selepas kejayaan penganjuran Kejohanan Berpasukan Campuran dari 23 hingga 25 November lalu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sekali lagi menganjurkan pertandingan sama, kali ini membabitkan skuad remaja kebangsaan. |
| Tarik lesen niaga kelab malam, pub ingkar PKPP Posted: 15 Dec 2020 02:14 AM PST KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil ke atas pemilik kelab malam dan pub yang terus berdegil meneruskan operasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). |
| Posted: 15 Dec 2020 02:52 AM PST KUALA LUMPUR: Tokoh ekonomi dan pendidikan negara, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Prince Court di sini, hari ini. |
| Warga Malaysia boleh pulang tanpa ujian calitan COVID-19 Posted: 15 Dec 2020 02:53 AM PST KUALA LUMPUR: Warga Malaysia di luar negara yang ingin pulang, boleh terus berbuat demikian tanpa menjalani ujian calitan COVID-19 sekiranya tidak mampu membayarnya atau ia tidak disediakan di negara berkenaan. |
| Sokongan Belanjawan 2021 bukti PN utamakan kebajikan rakyat - PM Posted: 15 Dec 2020 04:39 AM PST KUALA LUMPUR: Sokongan padu kepada Belanjawan 2021 yang diluluskan hari ini membuktikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sentiasa mengambil kira kebajikan, keselamatan nyawa, kesejahteraan hidup rakyat serta pemulihan ekonomi negara dalam apa sahaja tindakan yang diambil. |
| Kaji tindakan majikan enggan kerjasama saring pekerja Posted: 15 Dec 2020 02:39 AM PST KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara diminta melihat aspek perundangan yang boleh diambil terhadap majikan yang enggan bekerjasama menjalankan ujian saringan COVID-19 terhadap pekerja mereka. |
| Rayuan KJ diterima, kes kembali ke Mahkamah Rayuan Posted: 15 Dec 2020 04:24 AM PST PUTRAJAYA: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin memperoleh peluang kedua untuk mencabar saman fitnah difailkan terhadapnya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, 12 tahun lalu. |
| COVID-19: Tiga kematian dilaporkan hari ini Posted: 15 Dec 2020 02:52 AM PST PUTRAJAYA: Tiga kes kematian disebabkan oleh COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 422 kes bersamaan 0.49 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. |
| Mohon Sarawak singkat tempoh kuarantin 14 hari Posted: 15 Dec 2020 02:58 AM PST KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan memohon Sarawak untuk melonggarkan syarat kuarantin 14 hari yang dilaksanakan ketika ini untuk sambutan Krismas. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment