BH Online - Terkini |
- Semua parti dalam kerajaan PN setuju tubuh Majlis Presiden
- Perubahan politik tak jejas dagangan Malaysia - MITI
- Widad perjelas pelan jual vaksin COVID-19
- Bank Pembangunan, KMP, MTDC jalin kerjasama galak penggunaan teknologi
- Anggun Kirana perkenal Himaya, pelitup muka wanita bertudung
- Naim, kakak cemas kenderaan terbabas
- Pertemuan pertama Majlis Presiden Kerajaan PN awal tahun depan
- Jenazah tiga beradik dikebumi dalam satu liang
- Upacara wangkang, pantun diiktiraf dalam Senarai Wakil UNESCO
- PM ziarah Tun Rahah
- Kemaman banjir, tiga PPS diaktifkan
- Cucu datang dalam mimpi
- Megat mohon pinda tarikh rayuan hukuman KHM
- Aina menakutkan, Wany pakai lampin?
- 50 petugas Hospital Klang dijangkiti COVID-19
- Agong zahir takziah kepada keluarga Allahyarham Namat Abdullah
- COVID-19: Pelbagai bantuan, latihan disediakan kepada usahawan terjejas perniagaan
- PBNP pasrah tunggu jawapan FIFA
- Kerajaan Sabah akan bantu Bobby Chua
- Seri Paduka zahir ucapan takziah kepada keluarga arwah Namat
- Paderi warga Korea cabul 5 lelaki OKU
- Junior Terminators terus unggul remaja berpasukan BAM
- Safawi kembali ke JDT musim depan
- Kelantan kembali dilanda banjir
- 10 syarikat produksi terima insentif RM269,265.82
- PAC akan panggil Zahid Hamidi isu perbekalan kapal tempur
- Bung Moktar mahu struktur semula SAFA
- Skuad Prihatin YAKEB bantu ahli di Johor
- Karamjit Singh dapat tajaan kewangan
- Untung bersih EcoWorld susut 34 peratus kepada RM135.17 juta
| Semua parti dalam kerajaan PN setuju tubuh Majlis Presiden Posted: 17 Dec 2020 06:56 AM PST KUALA LUMPUR: Semua parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersetuju sebulat suara menubuhkan Majlis Presiden yang akan dianggotai oleh ketua parti masing-masing sebagai platform membincangkan dasar kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti. |
| Perubahan politik tak jejas dagangan Malaysia - MITI Posted: 17 Dec 2020 09:26 AM PST KUALA LUMPUR: Perubahan politik di Malaysia tidak memberi impak terhadap perdagangan dua hala berikutan negara ini mempunyai dasar konsisten yang mesra perniagaan dan pelaburan. |
| Widad perjelas pelan jual vaksin COVID-19 Posted: 17 Dec 2020 09:20 AM PST KUALA LUMPUR: Widad Group Bhd menegaskan bahawa matlamat di sebalik memorandum kerjasamanya dengan Rinani Dynamic Sdn Bhd yang ditandatangani pada 15 Disember ialah untuk mengedar, memasarkan dan menjual vaksin COVID-19 yang dikenali sebagai VXA-Cov2-1 di Malaysia. |
| Bank Pembangunan, KMP, MTDC jalin kerjasama galak penggunaan teknologi Posted: 17 Dec 2020 09:12 AM PST KUALA LUMPUR: Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) telah mengumumkan kerjasama strategik dengan Kumpulan Modal Perdana (KMP) dan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi dengan menggalakkan penggunaan teknologi serta automasi bagi menyelesaikan jurang sektor. |
| Anggun Kirana perkenal Himaya, pelitup muka wanita bertudung Posted: 17 Dec 2020 08:58 AM PST KUALA LUMPUR: Menyedari kesukaran yang dialami oleh golongan bertudung di negara ini untuk mendapat pelitup muka yang sesuai dengan penampilan mereka, Anggun Kirana Sdn Bhd mengambil peluang untuk meneroka segmen berkenaan dengan melancarkan jenama pelitup muka premium khas untuk wanita bertudung, dikenali sebagai Himaya. |
| Naim, kakak cemas kenderaan terbabas Posted: 17 Dec 2020 08:43 AM PST KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel berdepan detik cemas apabila kenderaan dipandu kakak hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan dalam kemalangan di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), pagi semalam. |
| Pertemuan pertama Majlis Presiden Kerajaan PN awal tahun depan Posted: 17 Dec 2020 08:34 AM PST KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan pertemuan lebih kerap, dengan mesyuarat pertamanya pada awal tahun depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. |
| Jenazah tiga beradik dikebumi dalam satu liang Posted: 17 Dec 2020 08:00 AM PST MELAKA: Jenazah tiga beradik yang maut dalam kemalangan di Kilometer 272.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Taman Rekrasi Gunung Lang, dekat Ipoh, Perak, semalam, selamat dikebumikan, malam ini. |
| Upacara wangkang, pantun diiktiraf dalam Senarai Wakil UNESCO Posted: 17 Dec 2020 07:49 AM PST KUALA LUMPUR: Dua warisan kebudayaan tidak ketara negara, upacara wangkang dan pantun, berjaya dimasukkan dalam kategori Senarai Wakil Pertubuhan Pendidikan, Santifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan, secara pencalonan multinasional. |
| Posted: 17 Dec 2020 04:35 AM PST KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluangkan masa menziarahi Tun Rahah Mohamed Noah yang sedang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Prince Court di sini. |
| Kemaman banjir, tiga PPS diaktifkan Posted: 17 Dec 2020 07:37 AM PST CHUKAI: Hujan lebat berterusan sejak petang semalam hingga kini menyebabkan penduduk di beberapa kampung di daerah ini terpaksa dipindahkan apabila kawasan kediaman ditenggelami air sehingga 0.8 meter. |
| Posted: 17 Dec 2020 07:27 AM PST MELAKA: "Saya bermimpi bertemu ketiga-tiga cucu, mereka datang kepada saya, senyum, peluk saya dan akhirnya melambai kepada saya sebelum tersedar," kata Mohamad Ahad, 67, datuk kepada tiga kanak-kanak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 272.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Taman Rekrasi Gunung Lang, dekat Ipoh, Perak, semalam. |
| Megat mohon pinda tarikh rayuan hukuman KHM Posted: 17 Dec 2020 06:59 AM PST MELAKA: Presiden Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin memohon Jawatankuasa Rayuan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) meminda tarikh sesi pendengaran rayuan berhubung hukuman penggantungan selama 18 bulan terhadapnya, kepada Januari tahun hadapan. |
| Aina menakutkan, Wany pakai lampin? Posted: 16 Dec 2020 11:00 PM PST SHAH ALAM: Bukan luar biasa apabila nama penyanyi Aina Abdul dan Wany Hasrita sekali lagi menjadi bualan hangat mengenai fesyen pelik dalam laman sosial. |
| 50 petugas Hospital Klang dijangkiti COVID-19 Posted: 17 Dec 2020 02:50 AM PST SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengesahkan jangkitan COVID-19 dalam kalangan pesakit dan petugas kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. |
| Agong zahir takziah kepada keluarga Allahyarham Namat Abdullah Posted: 17 Dec 2020 05:51 AM PST KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda bola sepak dan Olimpian negara, Datuk Namat Abdullah, yang meninggal dunia petang tadi. |
| COVID-19: Pelbagai bantuan, latihan disediakan kepada usahawan terjejas perniagaan Posted: 17 Dec 2020 05:04 AM PST KUALA LUMPUR: Usahawan yang ingin memulihkan dan mengembangkan perniagaan berpeluang memohon pelbagai bantuan dan latihan yang disediakan oleh pelbagai agensi, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar. |
| PBNP pasrah tunggu jawapan FIFA Posted: 17 Dec 2020 06:39 AM PST KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) masih menunggu jawapan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung kes Mohamadou Sumareh. |
| Kerajaan Sabah akan bantu Bobby Chua Posted: 17 Dec 2020 06:27 AM PST KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memberi pertimbangan untuk membantu bekas pemain bola sepak Sabah dan Sarawak, Bobby Chua yang sebelum ini dilaporkan menghidap penyakit amyotrophic lateral sclerosis atau ALS. |
| Seri Paduka zahir ucapan takziah kepada keluarga arwah Namat Posted: 17 Dec 2020 06:26 AM PST KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga legenda bola sepak negara, Datuk Namat Abdullah yang kembali ke rahmatullah, petang tadi selepas sekian lama bertarung melawan barah usus. |
| Paderi warga Korea cabul 5 lelaki OKU Posted: 17 Dec 2020 06:18 AM PST KUALA LUMPUR: Seorang paderi warga Korea dari gereja Persatuan Orang Pekak, ditahan pada 23 November lalu, kerana disyaki mencabul kehormatan lima lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) warga tempatan. |
| Junior Terminators terus unggul remaja berpasukan BAM Posted: 17 Dec 2020 06:09 AM PST KUALA LUMPUR: Saingan kejohanan badminton Remaja Berpasukan Campuran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini menyaksikan pasukan Junior Terminators melakar kemenangan kedua berturut-turut apabila mengatasi Junior Transformers 8-4. |
| Safawi kembali ke JDT musim depan Posted: 17 Dec 2020 05:58 AM PST KUALA LUMPUR: Bintang muda skuad Harimau Malaya, Safawi Rasid akan kembali ke pangkuan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan. |
| Kelantan kembali dilanda banjir Posted: 17 Dec 2020 05:43 AM PST KOTA BHARU: Hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Tanah Merah malam ini. |
| 10 syarikat produksi terima insentif RM269,265.82 Posted: 17 Dec 2020 05:21 AM PST KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menyerahkan Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) kepada 10 syarikat produksi membabitkan kos berjumlah RM269,265.82, petang ini. |
| PAC akan panggil Zahid Hamidi isu perbekalan kapal tempur Posted: 16 Dec 2020 08:31 PM PST KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi awal bulan depan, bagi melengkapkan prosiding berhubung kegagalan pembekalan enam Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS). |
| Bung Moktar mahu struktur semula SAFA Posted: 17 Dec 2020 05:26 AM PST KOTA KINABALU: Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) akan distruktur semula sejajar perubahan kepemimpinan badan induk berkenaan, kata pemangku presidennya, Datuk Seri Bung Moktar Radin. |
| Skuad Prihatin YAKEB bantu ahli di Johor Posted: 17 Dec 2020 05:09 AM PST KUALA LUMPUR: Skuad Prihatin Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) meneruskan eksplorasi jelajah yayasan ke selatan tanah air hari ini, merangkumi Johor Bahru dan Muar untuk aktiviti 'visit & treat' ahlinya. |
| Karamjit Singh dapat tajaan kewangan Posted: 17 Dec 2020 04:57 AM PST KUALA LUMPUR: Legenda sukan rali negara, Karamjit Singh menerima motivasi dan sokongan kewangan daripada DGJ Capital Sdn Bhd untuk menyertai sebuah kejohanan rali di peringkat domestik pada tahun depan. |
| Untung bersih EcoWorld susut 34 peratus kepada RM135.17 juta Posted: 17 Dec 2020 04:50 AM PST KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Eco World Development Group Bhd (EcoWorld Malaysia) susut sebanyak 34 peratus kepada RM135.17 juta bagi tahun kewangan 2020 berbanding RM203.42 juta yang direkodkan semasa tahun lalu. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment