Sunday, December 20, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Insiden bot karam: PM ucap terima kasih

Posted: 20 Dec 2020 02:20 PM PST

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penduduk Kampung Bantal, Jerantut, Pahang yang berjaya menyelamatkan tiga petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kejadian bot karam di Sungai Tembeling tengah hari semalam.

COVID-19: 1,340 kes baharu, empat kematian dilaporkan

Posted: 20 Dec 2020 03:17 AM PST

PUTRAJAYA: Sebanyak 1,340 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan, hari ini, termasuk tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Usahawan pelajar IPT disaran rebut peluang daftar SSM secara percuma

Posted: 20 Dec 2020 08:38 AM PST

KUALA TERENGGANU: Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) berminat menjadi usahawan atau sudah memiliki perniagaan, disarankan merebut peluang pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secara percuma membabitkan geran bernilai RM10 juta.

Ejen Ali The Movie menang Filem Meletop

Posted: 20 Dec 2020 08:28 AM PST

PUTRAJAYA: Filem animasi terbitan Primeworks Studios dan Wau Animation, Ejen Ali The Movie meraih trofi Filem Meletop pada Anugerah Meletop Era (AME) 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam tadi.

COVID-19: 168 pesakit di PKRC Sukpa sembuh, dibenarkan pulang

Posted: 20 Dec 2020 08:13 AM PST

KUANTAN: Seramai 168 pesakit COVID-19 yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (Sukpa), di sini, dibenarkan pulang pada petang tadi.

Kamal lamar Uqasha dalam program 'live'

Posted: 20 Dec 2020 07:39 AM PST

PUTRAJAYA: Pelakon Kamal Adli membuat kejutan apabila melamar kekasihnya, Uqasha Senrose di pentas ketika siaran langsung Anugerah Meletop Era (AME) 2020 di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam tadi.

MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Krovanh

Posted: 20 Dec 2020 07:41 AM PST

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai ribut tropika Krovanh yang menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Sabah.

Raja Permaisuri Agong berangkat ke Majlis Tahlil Allahyarhamah Tun Rahah

Posted: 20 Dec 2020 07:29 AM PST

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Tahlil Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, di sini, hari ini.

Banjir keliling rumah, resahkan OKU bersama ibu uzur

Posted: 20 Dec 2020 06:33 AM PST

TUMPAT: Paras banjir menenggelamkan sekitar rumahnya yang semakin meningkat, membimbangkan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) dari Kampung Ana, di sini.

3 kakitangan Klinik Kesihatan nyaris maut bot terbalik

Posted: 20 Dec 2020 06:42 AM PST

JERANTUT: Tiga kakitangan Klinik Kesihatan Kampung Bantal, di sini, nyaris maut apabila bot dinaiki mereka terbalik dan dihanyutkan arus deras di Sungai Tembeling, hari ini.

Keputusan aksi Brighton-Sheffield

Posted: 20 Dec 2020 06:11 AM PST

LONDON: Berikut keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) antara

Imbas anak mata kesan dadah guna IVDD 2.0

Posted: 19 Dec 2020 10:30 PM PST

KUALA LUMPUR: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menerima tajaan dua unit alat Pengesan Dadah Visual Segera 2.0 (IVDD 2.0) bernilai RM136,000, hari ini.

12 kawasan Klang/Shah Alam alami gangguan bekalan air tidak berjadual

Posted: 20 Dec 2020 05:48 AM PST

KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 kawasan di wilayah Klang/Shah Alam, Selangor, mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kejadian paip pecah di Jalan Seruling 59, Taman Andalas, Klang, hari ini.

Sulaiman kekal presiden MUSA

Posted: 20 Dec 2020 05:31 AM PST

MELAKA: Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali kekal sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) bagi satu penggal lagi, disebalik ada ura-ura Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron bakal kembali.

Polis tahan pemilik bengkel disyaki curi pagar tahan karat

Posted: 20 Dec 2020 05:34 AM PST

JERTIH: Polis menahan seorang pemilik bengkel disyaki terbabit kegiatan mencuri pintu pagar jenis tahan karat di sekitar Besut sejak Julai lalu.

Illi Najwa akan dipanggil berhubung status agama

Posted: 19 Dec 2020 07:50 PM PST

KOTA BHARU: Kerajaan akan memanggil Illi Najwa Saddique yang berkahwin dengan Kapten Hoki India, Manpreet Singh Pawar, bagi mendapatkan penjelasan berhubung status agama mereka.

KPM usaha selenggara sekolah daif secepat mungkin

Posted: 20 Dec 2020 04:48 AM PST

KUBANG PASU: Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa memantau secara dekat sekolah yang memiliki bangunan daif, sekali gus berusaha menyelenggara struktur terbabit dengan secepat mungkin.

Misbun puas hati prestasi pemain muda negara

Posted: 20 Dec 2020 04:52 AM PST

KUALA LUMPUR: Pengarah Pembangunan Remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Misbun Sidek secara keseluruhannya berpuas hati dengan tahap prestasi semasa pemain muda negara biarpun 10 bulan tanpa sebarang kejohanan antarabangsa.

Hakim Danish juarai Kejohanan Permotoran SIC MiniGP

Posted: 20 Dec 2020 04:48 AM PST

KUALA LUMPUR: Pelumba cilik dari Terengganu, Muhammad Hakim Danish Ramli, layak beraksi di Kejohanan Idemitsu Asia Talent Cup 2021 selepas menjuarai Kejohanan Permotoran SIC MiniGP di Litar Kart Antarabangsa Sepang hari ini.

SAFA umum pelantikan baharu jawatankuasa

Posted: 20 Dec 2020 04:46 AM PST

KOTA KINABALU: Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) hari ini mengumumkan pelantikan beberapa lagi muka baharu termasuk bekas pemain skuad Tambadau bagi memperkukuhkan barisan kepemimpinan badan induk berkenaan.

Penduduk sedia pindah jika diarahkan

Posted: 20 Dec 2020 03:28 AM PST

TUMPAT: Kira-kira 15,000 penduduk di lebih 10 kampung di Pengkalan Kubor di sini bersiap sedia untuk berpindah sekiranya diarahkan.

Puluhan kanak-kanak dibebaskan selepas penculikan terbaru di Nigeria

Posted: 20 Dec 2020 04:28 AM PST

KANO: Penduduk tempatan menyelamatkan puluhan kanak-kanak yang diculik perompak di Katsina, Nigeria, selepas satu kejadian berbalas tembakan, kata polis hari ini.

10,000 hadir meriahkan majlis perkahwinan "pandu lalu" anak Tengku Adnan

Posted: 20 Dec 2020 03:20 AM PST

PUTRAJAYA: Kira-kira 10,000 jemputan hadir memeriahkan majlis perkahwinan anak lelaki Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang diadakan dengan konsep pandu lalu di Dataran Putrajaya, Presint 3 hari ini.

49 pasukan petugas Pejabat Kesihatan Daerah digerakkan ke PPS

Posted: 20 Dec 2020 04:02 AM PST

PUTRAJAYA: Sebanyak 49 pasukan petugas daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), telah digerakkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) untuk memberi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan rawatan.

8 maut akibat banjir di Filipina, ribuan tinggalkan kediaman

Posted: 20 Dec 2020 03:56 AM PST

MANILA: Hampir 10,000 penduduk di timur laut Filipina dipindahkan susulan ribut dan hujan lebat di seluruh negara itu menyebabkan sekurang-kurangnya lapan individu maut, kata pihak berkuasa hari ini.

Kerajaan jamin keadilan buat keluarga Muhammad Adib - Takiyuddin

Posted: 20 Dec 2020 12:59 AM PST

BALING: Kerajaan memberi jaminan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk memberi keadilan kepada keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia semasa bertugas ketika rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, dua tahun lalu.

26 motosikal musnah terbakar

Posted: 19 Dec 2020 05:28 PM PST

KUALA LUMPUR: Sebanyak 26 buah motosikal yang diletakkan di ruang parkir motosikal di Blok 2, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak di sini, musnah dalam kebakaran, tengah malam tadi.

Perbicaraan merit jenayah MH17 Jun depan

Posted: 18 Dec 2020 11:20 PM PST

KUALA LUMPUR: Perbicaraan fasa pertama kes pesawat MH17 milik Malaysia Airlines (MAS) yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada tahun 2014 dijangka berlangsung pada 7 Jun tahun depan.

PM UK umum sekatan COVID-19 lebih ketat

Posted: 20 Dec 2020 03:45 AM PST

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, semalam mengumumkan sekatan COVID-19 Tahap Empat di London dan sebahagian England, bagi memerangi lonjakan wabak dikaitkan dengan varian atau jenis baharu virus berkenaan.

BN hargai sumbangan rakan, bina keyakinan rakyat dan parti - Annuar

Posted: 20 Dec 2020 03:43 AM PST

SLIM RIVER: Barisan Nasional (BN) menghargai sumbangan rakan gabungan itu dalam proses membina semula keyakinan rakyat dan kekuatan parti berasaskan prinsip kebersamaan dan maufakat demi kepentingan rakyat.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template