Monday, December 21, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Samsung siri Galaxy A telefon pintar anak muda

Posted: 21 Dec 2020 10:23 AM PST

KUALA LUMPUR: Telefon pintar Samsung siri Galaxy A merupakan peranti yang unggul sebagai telefon pintar pertama untuk anak muda.

TH mulakan strategi pelaburan 3R, tumpu aset baharu

Posted: 21 Dec 2020 10:17 AM PST

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) kini memulakan strategi pelaburan 3R – 'Reshape, Restructure, Reenergise' atau pembentukan semula, penstrukturan semula serta penjanaan semula dengan menumpukan peruntukan aset baharu bagi membolehkannya meraih pendapatan stabil dan berterusan.

Untung bersih Aeon Credit Service suku ketiga susut 40 peratus

Posted: 21 Dec 2020 10:05 AM PST

KUALA LUMPUR: Aeon Credit Service (M) Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM42.15 juta pada suku ketiga berakhir 30 November 2020, berbanding RM69.93 juta pada suku yang sama tahun lalu.

Supermax tubuh anak syarikat di AS

Posted: 21 Dec 2020 09:56 AM PST

KUALA LUMPUR: Supermax Corporation Bhd memperbadankan anak syarikat milik penuhnya di Amerika Syarikat (AS) yang dikenali sebagai Maxter Healthcare Incorporated pada 18 Disember 2020.

Maxis diberi akreditasi sebagai rakan perunding AWS

Posted: 21 Dec 2020 09:49 AM PST

KUALA LUMPUR: Maxis Bhd (Maxis) menjadi syarikat telekomunikasi pertama (telco) yang diakreditasikan sebagai Rakan Perunding Lanjutan Perkhidmatan Web Amazon (AWS) dan menyertai Program Penyedia Penyelesaian AWS.

Tawar khidmat trak tunda curi barang dalam kereta

Posted: 21 Dec 2020 07:38 AM PST

KUALA LUMPUR: Polis mengesan modus operandi sekumpulan individu yang kononnya menawarkan khidmat trak tunda kepada pemandu kereta terbabit kemalangan sebelum mencuri barang dalam kenderaan itu.

2,018 kes COVID-19, rekod ketiga tertinggi hari ini

Posted: 21 Dec 2020 02:39 AM PST

PUTRAJAYA: Sebanyak 2,018 kes baharu direkodkan hari ini, sekali gus menjadikannya jumlah kes harian ketiga tertinggi pernah dilaporkan sejak penularan COVID-19 di negara ini.

Kartel daging import, SPRM siasat pegawai agensi penguat kuasa

Posted: 20 Dec 2020 09:30 PM PST

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung isu penyeludupan daging import yang didakwa dikuasai kartel.

Aliff jumpa Bella, anak, tidak lama lagi

Posted: 20 Dec 2020 11:01 PM PST

KUALA LUMPUR: Sembilan bulan terpisah akibat penularan COVID-19, artis kelahiran Singapura, Aliff Aziz dijangka pulang ke pangkuan isteri, Bella Astillah dan dua cahaya mata mereka, tidak lama lagi.

Hakim kecewa kes Bung Moktar, isteri tangguh lagi

Posted: 20 Dec 2020 11:56 PM PST

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Sesyen yang mendengar kes rasuah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Ezette A Samad, kecewa kerana terpaksa melapangkan perbicaraan kes yang sepatutnya bersambung minggu ini, berikutan Ahli Parlimen Kinabatangan itu perlu menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Isu halal, haram akan diambil tindakan

Posted: 21 Dec 2020 12:49 AM PST

PETALING JAYA: Mana-mana pihak yang mengesan sebarang manipulasi tanda halal didalangi kartel daging diminta menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.

Ku Nan dipenjara 12 bulan, denda RM2 juta

Posted: 20 Dec 2020 09:12 PM PST

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dihukum penjara 12 bulan dan denda RM2 juta oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, selepas didapati bersalah menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan.

EMA lulus keputusan EU guna vaksin COVID-19

Posted: 20 Dec 2020 07:09 PM PST

THE HAGUE: Badan kawal selia ubat Kesatuan Eropah (EU) sebentar tadi meluluskan keputusan penggunaan vaksin COVID-19 yang dibekalkan syarikat farmaseutikal, Pfizer-BioNTech.

Hamilton pun bimbang nasib Arsenal

Posted: 21 Dec 2020 07:22 AM PST

KUALA LUMPUR: Juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton berharap kelab bola sepak kegemarannya, Arsenal akan bangkit kembali selepas menerima banyak kritikan daripada peminat selain menjadi bahan ejekan di media sosial kerana prestasi buruk pada musim ini.

ABK20: Wan Amirul, Somerville harap cipta kejutan

Posted: 21 Dec 2020 07:18 AM PST

KUALA LUMPUR: Dua calon bukan pilihan, Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman dan Samuel Somerville mengharapkan kejutan berlaku pada Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2020 (ABK 20) Virtual pada 30 Disember ini.

Wajid Khan juara Kejohanan Golf Melaka

Posted: 21 Dec 2020 07:16 AM PST

AYER KEROH: Lapan birdie merangkumi empat di Kelab Golf Ayer Keroh & Resort dan selebihnya di Tiara Golf and Country Club membolehkan Wajid Khan dinobatkan sebagai juara Kejohanan Golf Melaka 2020, di sini, semalam.

Lebih ramai mangsa banjir di Terengganu dibenarkan pulang

Posted: 21 Dec 2020 07:10 AM PST

KUALA TERENGGANU: Banjir di Terengganu beransur pulih apabila lebih ramai mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing secara berperingkat.

Kerajaan mungkin terpaksa meminjam jika COVID-19 masuk gelombang keempat

Posted: 21 Dec 2020 05:10 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan kemungkinan besar terpaksa melaksanakan suntikan dana melalui pinjaman sekiranya pandemik COVID-19 terus menular sehingga memasuki gelombang keempat.

Bomba Selangor pasang alat menyelamat di air

Posted: 21 Dec 2020 06:46 AM PST

HULU SELANGOR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor akan menempatkan peralatan menyelamat di air yang dihasilkan sendiri daripada bahan kitar semula di lokasi berisiko tinggi kejadian lemas termasuk di kawasan rekreasi.

Plat kenderaan ganti pelekat OKU

Posted: 21 Dec 2020 06:02 AM PST

PUTRAJAYA: Plat kenderaan akan digunakan bagi menggantikan penggunaan pelekat kenderaan Orang Kurang Upaya (OKU) OKU.

Suami isteri maut kemalangan, cucu cedera

Posted: 21 Dec 2020 06:03 AM PST

KULIM: Suami isteri maut, manakala cucu lelaki mereka yang berusia empat tahun cedera selepas Perodua Myvi dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Kulim-Serdang, berhampiran Kampung Badlishah, di sini hari ini.

Sultan Ibrahim mahu status agama Illi Najwa disahkan

Posted: 20 Dec 2020 09:01 PM PST

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menitahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Jabatan Mufti Johor menyiasat status terkini agama wanita dari negeri itu yang dilaporkan berkahwin dengan pemain hoki warga India, minggu lalu.

Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Maybank

Posted: 21 Dec 2020 05:45 AM PST

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Berhad (Maybank) hari ini, gagal mendapatkan kebenaran untuk menyemak keputusan Mahkamah Tinggi berhubung notis taksiran kurangan bagi Tahun Taksiran 2014 dan notis taksiran tambahan bagi Tahun Taksiran 2015 hingga 2017.

Kanak-kanak 2 tahun maut akibat lemas

Posted: 21 Dec 2020 05:34 AM PST

Lahad Datu: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut selepas terjatuh ke Sungai Bangingod, Tungku, di sini dan dihanyutkan arus sejauh lebih 100 meter, semalam.

Pelbagai 'kemudahan' bagi petani menyertai tunjuk perasaan di India

Posted: 21 Dec 2020 05:24 AM PST

NEW DELHI: Tunjuk perasan ribuan petani di India yang menyekat jalan masuk ke ibu negara sejak November lalu dilihat terus mendapat sokongan dengan kawasan berkenaan kini bagaikan penempatan sementara.

Silibus keusahawanan untuk mahasiswa sudah lapuk

Posted: 21 Dec 2020 05:06 AM PST

KUALA LUMPUR: Kursus keusahawanan diterapkan kepada mahasiswa di universiti ketika ini masih pada takuk lama, lantas memerlukan penambahbaikan segera.

Generasi muda akan dilengkapkan kemahiran digital, luaskan prospek kerjaya

Posted: 21 Dec 2020 02:07 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memastikan generasi muda dilengkapi dengan kemahiran bentuk baharu terutama dalam bidang digital kerana ia berupaya menjamin prospek kerjaya lebih luas.

Jerman bawa pulang 3 wanita, 12 kanak-kanak dari Syria

Posted: 21 Dec 2020 04:56 AM PST

BERLIN: Jerman membawa pulang tiga wanita dan 12 kanak-kanak yang tidak didedahkan identitinya dari kem pelarian di timur laut Syria Sabtu lalu, yang dikaitkan dengan kumpulan militan Daesh.

Banjir termenung bakal berakhir

Posted: 21 Dec 2020 04:00 AM PST

TUMPAT: Masalah banjir termenung yang dihadapi kira-kira 15,000 penduduk membabitkan lebih 10 kampung di Pengkalan Kubor, di sini bakal berakhir dengan pembinaan tebatan banjir bernilai RM180 juta dijangka siap menjelang 2025.

Ura-ura isytihar undang-undang tentera di AS cetus kemarahan

Posted: 21 Dec 2020 04:52 AM PST

WASHINGTON: Ketaksuban Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, untuk terus berkuasa ketika hanya tinggal sebulan bagi Joe Biden mengangkat sumpah, mendorong penasihatnya mengesyorkan pengisytiharan undang-undang tentera.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template