Monday, December 28, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Jangan disebabkan saya menteri, baru nak ambil berat - KJ

Posted: 28 Dec 2020 08:39 AM PST

KUALA LUMPUR: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menjelaskan tujuan beliau memuat naik insiden beliau terjatuh ketika berbasikal menerusi Twitter adalah untuk memberi peringatan kepada pengguna jalan lain.

Unit khas jaga pelajar luar kampus ditubuh

Posted: 28 Dec 2020 08:08 AM PST

SHAH ALAM: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan memastikan portfolio khas yang menguruskan hal ehwal pelajar luar kampus ditubuhkan di semua universiti awam (UA).

COVID-19 tahap 1 dan 2 dipertimbang kuarantin di rumah

Posted: 28 Dec 2020 04:35 AM PST

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mempertimbangkan untuk membenarkan pesakit yang disahkan positif COVID-19 tahap satu dan dua, melakukan kuarantin sendiri di rumah.

Pasukan Malaysia layak bertarung rebut RM8.10 juta

Posted: 28 Dec 2020 07:15 AM PST

KUALA LUMPUR: Pasukan Team Secret dari Malaysia layak ke pertandingan akhir Kejohanan Player Unknown's Battlegrounds (PUBG) Mobile Global yang akan diadakan dari 21 hingga 24 Januari ini di Dubai, Emiriah Arab Saudi (UAE).

VIEPGOC cadang anjur 11 jenis sukan

Posted: 28 Dec 2020 07:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Penganjur Sukan Para ASEAN Vietnam (VIEPGOC) mencadangkan 11 sukan untuk dipertandingkan di edisi ke-11 sukan dwitahunan yang bakal berlangsung dari 17 hingga 23 Disember 2021 di Hanoi, Vietnam.

New Hong Fatt tutup sementara kilang, 94 pekerja positif COVID-19

Posted: 28 Dec 2020 06:42 AM PST

KUALA LUMPUR: New Hoong Fatt Holdings Bhd menutup sementara kilang pengeluaran logam anak syarikat milik penuhnya, Auto Global Parts Industries Sdn Bhd (AGP) bermula 25 Disember lalu sehingga notis selanjutnya bagi membendung jangkitan COVID-19.

Indonesia sekat warga asing masuk mulai 1 hingga 14 Januari ini

Posted: 28 Dec 2020 06:36 AM PST

JAKARTA: Bermula 1 hingga 14 Januari ini, Indonesia kembali menyekat kemasukan warga negara asing ke republik itu bagi mengekang penularan COVID-19, kata Menteri Luarnya Retno Marsud.

Tambah baik urusan import, sembelih daging halal

Posted: 28 Dec 2020 06:27 AM PST

JOHOR BAHRU: Urusan mengimport daging halal termasuk memastikan penyembelihan haiwan mengikut syarak antara aspek yang perlu diberi perhatian bagi mengelak kegiatan pemalsuan daging serta status halal tidak berulang.

TFC ikat bekas pertahanan Filipina

Posted: 28 Dec 2020 06:25 AM PST

KUALA TERENGGANU: Selang beberapa jam mengumumkan penyertaan pemain kelahiran Namibia, Petrus Shitembi, Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd memperkenalkan pemain import kedua pasukan Terengganu FC (TFC), Carli De Murga dalam laman sosial kelab itu hari ini.

3 sekeluarga maut kemalangan 8 kenderaan

Posted: 28 Dec 2020 05:08 AM PST

KLUANG: Tiga sekeluarga termasuk suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan berhampiran Plaza Tol Machap, dekat sini petang tadi.

Cabrera 'wira tak didendang' JDT

Posted: 28 Dec 2020 05:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Gonzalo Cabrera sememangnya layak memegang 'takhta' sebagai pemain termahal dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) berdasarkan kepada kualiti dan persembahan yang ditunjukkan penyerang itu.

Tutup sempadan negeri, daerah jika abai SOP

Posted: 28 Dec 2020 03:36 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk memperketat semula prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) jika orang ramai gagal mematuhi SOP ditetapkan.

Dua bot nelayan tempatan, 9 PATI ditahan

Posted: 28 Dec 2020 05:20 AM PST

LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan dua bot nelayan tempatan kelas C selepas melanggar syarat sah lesen di dua lokasi berasingan sekitar perairan Pulau Jarak di sini, kelmarin.

PKPB di Johor Bahru, Batu Pahat disambung hingga 14 Januari

Posted: 28 Dec 2020 03:27 AM PST

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Johor Bahru dan Batu Pahat yang dijadualkan berakhir Khamis ini, dilanjutkan sehingga 14 Januari depan.

COVID-19: Lima lagi kluster baharu dikesan di WP, Johor, Kelantan

Posted: 28 Dec 2020 03:42 AM PST

PUTRAJAYA: Lima kluster baharu COVID-19 dikesan hari ini di Wilayah Persekutuan, Johor dan Kelantan.

Tidak boleh sekat rakyat pulang

Posted: 28 Dec 2020 03:48 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak boleh menyekat rakyat Malaysia di luar negara untuk pulang ke tanah air, walaupun mereka tinggal di negara mempunyai kes COVID-19 yang tinggi.

KKM miliki kemampuan urus pesakit COVID-19

Posted: 28 Dec 2020 04:44 AM PST

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan mereka mempunyai sumber daya mencukupi termasuk kapasiti melakukan ujian COVID-19 dan katil di hospital untuk menempatkan individu disahkan positif.

Harga emas kembali meningkat, tertinggi dalam enam minggu

Posted: 28 Dec 2020 05:00 AM PST

LONDON: Emas kini menuju ke penutupan tertinggi dalam enam minggu selepas Donald Trump menandatangani pakej rangsangan COVID-19 bernilai AS$900 bilion (RM3.65 trilion).

Pasukan keselamatan Duterte diberi vaksin COVID-19 belum diluluskan

Posted: 28 Dec 2020 04:48 AM PST

MANILA: Beberapa anggota pasukan keselamatan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, sudah diberikan vaksin COVID-19 buatan China, kata pihak berkuasa hari ini.

Dasar 'sifar jalan berlubang' perlu diwujudkan - Lam Thye

Posted: 28 Dec 2020 04:32 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu melaksana dasar 'sifar jalan berlubang' bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Tuchel pengurus baharu Chelsea?

Posted: 28 Dec 2020 04:22 AM PST

LONDON: Thomas Tuchel tidak perlu berehat lama selepas dipecat Paris Saint-Germain (PSG) apabila dia kini dikaitkan untuk menjadi pengurus baharu Chelsea.

Saham sarung tangan curi tumpuan

Posted: 28 Dec 2020 04:19 AM PST

KUALA LUMPUR: Pasaran saham tempatan menyaksikan sesi dagangan turun naik sepanjang tahun berikutan penularan COVID-19 yang menjejaskan pertumbuhan ekonomi dunia dan domestik.

Arab Saudi lanjut larangan penerbangan antarabangsa

Posted: 28 Dec 2020 04:14 AM PST

RIYADH: Arab Saudi hari ini mengumumkan tempoh larangan penerbangan komersial antarabangsa dilanjutkan seminggu lagi.

JAKIM akan kemas kini SOP pembangunan sijil halal

Posted: 27 Dec 2020 10:23 PM PST

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengakui wujud kelemahan prosedur operasi standard (SOP) dalam pembanguan pensijilan halal hingga menyebabkan daging import diragui status halal.

Kerjaya Prospek dapat kontrak RM61.87 juta di Pulau Pinang

Posted: 28 Dec 2020 04:11 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerjaya Prospek Group Bhd meraih kontrak bernilai RM61.87 juta untuk membangunkan projek kediaman yang terletak berhampiran Lebuhraya Bandar Cassia, Batu Kawan di Pulau Pinang.

Sekurang-kurangnya 7 maut dalam serangan pisau di China

Posted: 28 Dec 2020 04:04 AM PST

BEIJING: Sekurang-kurangnya tujuh mangsa dilaporkan terbunuh manakala tujuh lagi cedera dalam serangan menggunakan pisau di luar sebuah pusat sauna di timur laut China.

Ringgit terus meningkat

Posted: 28 Dec 2020 04:04 AM PST

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan yang bertambah baik terhadap unit tempatan disokong oleh kenaikan harga minyak mentah, kata seorang penganalisis.

Pasaran saham tempatan ditutup tinggi

Posted: 28 Dec 2020 03:57 AM PST

KUALA LUMPUR: Indeks utama Bursa Malaysia kekal dalam jajaran positif, disokong oleh saham perbankan yang diterajui Maybank dan CIMB.

Pfizer tangguh hantar vaksin ke 8 negara EU

Posted: 28 Dec 2020 03:47 AM PST

MADRID: Pfizer menangguhkan penghantaran baharu vaksin COVID-19 ke lapan negara Eropah termasuk Sepanyol, kata Kementerian Kesihatan Sepanyol hari ini, sehari selepas Kesatuan Eropah (EU) memulakan kempen imunisasi.

Maritim Malaysia rampas ganja mampat

Posted: 27 Dec 2020 10:02 PM PST

KANGAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas 280 ketulan mampat dipercayai ganja seberat 300 kilogram (kg) bernilai RM1.5 juta.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template