BH Online - Terkini |
- Kemenangan tipis ubati luka Arsenal
- Keputusan Liga Perdana Ingggeris
- MUIS siasat jika penyelewengan import daging halal babitkan pasaran Singapura
- Kerja baiki paip selesai, bekalan air mula disalur
- Man United tak akan dapat tiket final percuma
- Kejuaraan B-19 AFC mungkin dibatal
- Kematian Zulfarhan Osman bukan 100 peratus akibat kebakaran - Pakar
- Suspek kes langgar lari Lebuhraya Grand Saga ditahan
- MISC dapat lanjutan kontrak Shell Brasil
- Zii Jia 'berjaya' elak Momota
- Pasar Awam Banting diarah tutup 10 hari
- Pierre Cardin meninggal dunia pada usia 98 tahun
- Duopharma dapat lanjutan bekal insulin
- Ringgit ditutup rendah
- MAHB, UiTM lancar buku manual kecergasan anggota bomba lapangan terbang
- 1,160 petugas lebuh raya bantu pengguna ke Pantai Timur
- AirAsia jual kepentingan operasi di India
- Slovenia tutup loji nuklear selepas gempa di Croatia
- Shukur mahu gantung but
- Saham sarung tangan heret turun Bursa Malaysia
- JAKIM komited pastikan produk daging import patuhi standard halal
- Khabib iktiraf McGregor
- JAKIM keluarkan 6 pelan tindakan tangani isu halal daging import
- Sarawak mohon maaf kepada Dayang Nurfaizah
- Jepun-Malaysia terus kerjasama jamin keselamatan maritim
- Drama Hadiah Dari Tuhan bawa realiti kehidupan COVID-19
- PPZ-MAIWP jangka kutipan zakat cecah RM700 juta
- Bintang filem Tamil, Rajinikanth, batal hasrat sertai politik
- Selepas lima hari, PSG sahkan Tuchel dipecat
- COVID-19: 1,925 kes baharu, 2 kematian
| Kemenangan tipis ubati luka Arsenal Posted: 29 Dec 2020 02:40 PM PST LONDON: Arsenal mengurangkan tekanan terhadap pengurus, Mikel Arteta menerusi kemenangan 1-0 di Brighton sebentar tadi ketika saingan Liga Perdana mencetuskan keraguan selepas merekodkan 18 kes positif COVID-19 dalam kalangan pemain dan kakitangan. |
| Keputusan Liga Perdana Ingggeris Posted: 29 Dec 2020 02:14 PM PST LONDON: Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris sebentar tadi: |
| MUIS siasat jika penyelewengan import daging halal babitkan pasaran Singapura Posted: 29 Dec 2020 08:16 AM PST SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura sedang meneliti tuduhan ditimbulkan masyarakat di sini, yang antara lain mendakwa kejadian penyelewengan proses mengimport dan pembungkusan daging halal di Malaysia juga mungkin berlaku di republik itu. |
| Kerja baiki paip selesai, bekalan air mula disalur Posted: 29 Dec 2020 07:27 AM PST SHAH ALAM: Kerja pembaikan paip utama di bulatan Persiaran Tengku Ampuan di Seksyen 15, di sini, yang pecah selesai sepenuhnya jam 9 malam tadi. |
| Man United tak akan dapat tiket final percuma Posted: 29 Dec 2020 06:44 AM PST MANCHESTER: Manchester City tidak akan 'ditendang keluar' daripada saingan Piala Liga meskipun krisis COVID-19 menyekat penyandang juara itu daripada bertemu Manchester United pada aksi separuh akhir, minggu depan. |
| Kejuaraan B-19 AFC mungkin dibatal Posted: 29 Dec 2020 07:20 AM PST KUALA LUMPUR: Selepas pembatalan kejohanan Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) 2021, situasi sama mungkin terjadi kepada penganjuran Kejuaraan Bawah 19 Tahun (B-19) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2021 yang dijadual berlangsung di Uzbekistan, Mac tahun hadapan. |
| Kematian Zulfarhan Osman bukan 100 peratus akibat kebakaran - Pakar Posted: 29 Dec 2020 12:07 AM PST KUALA LUMPUR: Seorang pakar perunding forensik merumuskan bahawa punca kematian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain, adalah disebabkan jangkitan kuman di dada dan luka lecur utama 'sequela'. |
| Suspek kes langgar lari Lebuhraya Grand Saga ditahan Posted: 29 Dec 2020 06:37 AM PST KAJANG: Polis hari ini menahan suspek yang terbabit kes langgar lari di Lebuhraya Grand Saga, di sini, yang menyebabkan seorang maut pada 23 Disember lalu. |
| MISC dapat lanjutan kontrak Shell Brasil Posted: 29 Dec 2020 06:48 AM PST KUALA LUMPUR: Syarikat usaha sama (JV) MISC Bhd mendapat lanjutan lima tahun kontrak daripada Shell Brasil untuk penyediaan fasiliti pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan terapung (FPSO) Espirito Santo, yang terletak di luar pesisir Brazil. |
| Posted: 29 Dec 2020 06:25 AM PST KUALA LUMPUR: Laluan berbeza menanti pemain perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia apabila turun beraksi dalam dua kejohanan Siri Asia Jelajah Dunia BWF - Yonex Terbuka Thailand dan Toyota Terbuka Thailand di Bangkok bulan depan. |
| Pasar Awam Banting diarah tutup 10 hari Posted: 29 Dec 2020 06:15 AM PST SHAH ALAM: Pasar Awam Banting, dekat Kuala Langat, di sini, diarah tutup selama 10 hari bermula hari ini bagi tujuan sanitasi dan pelaksanaan saringan COVID-19. |
| Pierre Cardin meninggal dunia pada usia 98 tahun Posted: 29 Dec 2020 06:10 AM PST PARIS: Pereka fesyen Perancis, Pierre Cardin, yang diangkat kerana visi rekaannya menghasilkan pakaian bergaya, meninggal dunia pada usia 98 tahun hari ini, kata keluarganya kepada AFP. |
| Duopharma dapat lanjutan bekal insulin Posted: 29 Dec 2020 06:06 AM PST KUALA LUMPUR: Duopharma Biotech Bhd berkata kerajaan melanjutkan perjanjian pembekalan dan penghantaran produk-produk insulin manusia selama setahun lagi bermula 2 Disember lalu dengan nilai kontrak tambahan sebanyak RM19.625 juta. |
| Posted: 29 Dec 2020 05:52 AM PST KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini selepas mengukuh semalam berikutan kekurangan pemangkin baharu serta perkembangan membabitkan penularan COVID-19, kata seorang peniaga. |
| MAHB, UiTM lancar buku manual kecergasan anggota bomba lapangan terbang Posted: 29 Dec 2020 04:48 AM PST SEPANG: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bekerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam menerbitkan buku manual kecergasan bagi perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) seluruh Malaysia. |
| 1,160 petugas lebuh raya bantu pengguna ke Pantai Timur Posted: 29 Dec 2020 05:46 AM PST KUANTAN: ANIH Berhad dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 Sdn Bhd, menempatkan 1,160 petugas bagi membantu pengguna rangkaian lebuh raya di bawah kendaliannya, sempena cuti akhir tahun ini. |
| AirAsia jual kepentingan operasi di India Posted: 29 Dec 2020 05:35 AM PST KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh AirAsia Group Bhd, AirAsia Investment Ltd (AAIL), melupuskan 32.67 peratus kepentingan dalam AirAsia India Ltd (AAI) kepada Tata Sons Private Ltd (TSL) pada harga AS$37.66 juta (RM152.58 juta). |
| Slovenia tutup loji nuklear selepas gempa di Croatia Posted: 29 Dec 2020 04:51 AM PST LJUBLJANA: Loji tenaga nuklear Krsko di Slovenia terpaksa ditutup sebagai langkah berjaga-jaga susulan gempa bumi berskala 6.4 pada skala Richter di negara jiran, Croatia, kata jurucakap loji terbabit, Ida Novak Jerele, hari ini. |
| Posted: 29 Dec 2020 05:20 AM PST KUALA TERENGGANU: Selepas tidak lagi menjadi ahli keluarga pasukan Terengganu FC (TFC) musim depan, bekas tonggak tengah kebangsaan, Shukur Jusoh tidak menolak kemungkinan akan gantung but biarpun masih mengidam beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M). |
| Saham sarung tangan heret turun Bursa Malaysia Posted: 29 Dec 2020 05:19 AM PST KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan indeks utama terjejas oleh kaunter pembuat sarung tangan berkaitan indeks dalam persekitaran pengedaran vaksin COVID-19. |
| JAKIM komited pastikan produk daging import patuhi standard halal Posted: 29 Dec 2020 05:06 AM PST PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memastikan usaha dan penambahbaikan terus dipergiat supaya produk daging yang diimport mematuhi standard Badan Pensijilan Halal Luar negara. |
| Posted: 29 Dec 2020 04:31 AM PST LONDON: Khabib Nurmagomedov menamakan seterunya, Conor McGregor antara petarung lightweight terbaik dalam UFC. |
| JAKIM keluarkan 6 pelan tindakan tangani isu halal daging import Posted: 29 Dec 2020 03:47 AM PST KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) semalam mengeluarkan pelan tindakan bagi menangani isu keraguan status halal daging import, seterusnya menambah baik kelemahan yang ada dan merangka prosedur operasi standard (SOP) baharu pengurusan halal. |
| Sarawak mohon maaf kepada Dayang Nurfaizah Posted: 29 Dec 2020 04:35 AM PST KUCHING: Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, memohon maaf kepada penyanyi anak negeri itu, Dayang Nurfaizah berhubung salah faham mengenai SOP COVID-19 ketika memasuki Sarawak. |
| Jepun-Malaysia terus kerjasama jamin keselamatan maritim Posted: 29 Dec 2020 04:31 AM PST KUALA LUMPUR: Angkatan Pertahanan Maritim Jepun (JMSDF), angkatan tentera laut keempat terbesar dunia, melakukan rondaan di perairan Somalia dan Teluk Aden di Afrika sejak 10 tahun lalu. |
| Drama Hadiah Dari Tuhan bawa realiti kehidupan COVID-19 Posted: 29 Dec 2020 04:11 AM PST BUAT pengikut setia drama di TV3, anda akan disajikan dengan drama berjudul 'Hadiah Dari Tuhan' yang akan ditayangkan ada setiap, Rabu sehingga Sabtu, jam 9 malam bermula esok. |
| PPZ-MAIWP jangka kutipan zakat cecah RM700 juta Posted: 29 Dec 2020 04:15 AM PST KUALA LUMPUR: Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menjangkakan jumlah kutipan zakat tahun ini mencecah RM700 juta. |
| Bintang filem Tamil, Rajinikanth, batal hasrat sertai politik Posted: 29 Dec 2020 03:31 AM PST CHENNAI: Bintang filem India, Rajinikanth, hari ini membatalkan perancangannya untuk menyertai politik berikutan masalah kesihatan, yang disifatkan sebagai 'amaran daripada tuhan'. |
| Selepas lima hari, PSG sahkan Tuchel dipecat Posted: 29 Dec 2020 03:30 AM PST PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) akhirnya mengesahkan pemecatan Thomas Tuchel, hampir seminggu selepas pengendali dari Jerman itu didedahkan akan meninggalkan kelab. |
| COVID-19: 1,925 kes baharu, 2 kematian Posted: 29 Dec 2020 02:53 AM PST KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,925 kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini dengan dua lagi kematian. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment