Thursday, December 3, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Peruntukan belanjawan 11 kementerian lulus

Posted: 03 Dec 2020 03:33 PM PST

KUALA LUMPUR: Selepas Belanjawan 2021 lulus di peringkat dasar, peruntukan bagi 11 kementerian diluluskan di peringkat jawatankuasa pada minggu kelima persidangan Dewan Rakyat setelah selesai dibahas, digulung dan melalui proses pengundian baik secara suara majoriti atau belah bahagian.

Penyokong kembali ke stadium, Arsenal menang

Posted: 03 Dec 2020 03:10 PM PST

LONDON: Buat pertama kali dalam 270 hari, penyokong kembali ke gelanggang Liga Perdana ketika Arsenal menyambut kehadiran 2,000 penyokong di Emirates seterusnya menang 4-1 dalam saingan Liga Europa mengatasi Rapid Vienna.

Barca sepatutnya sudah jual Messi

Posted: 03 Dec 2020 03:18 PM PST

BARCELONA: Pemangku Presiden Barcelona, Carles Tusquets berkata hari ini dia sepatutnya sudah menjual bintang Argentine, Lionel Messi pada musim panas ini.

Keputusan Liga Europa

Posted: 03 Dec 2020 02:47 PM PST

PARIS: Berikut keputusan Liga Europa sebentar tadi:

Bomba pindah ibu bersama bayi 10 hari

Posted: 03 Dec 2020 12:35 AM PST

KUALA NERUS: Anggota bomba dan penyelamat Terengganu menggunakan pengusung untuk membawa ibu sedang berpantang selepas melahirkan bayi sulung 10 hari lalu.

Levi pelbagai peringkat ditangguh Julai 2021

Posted: 03 Dec 2020 04:21 AM PST

PUTRAJAYA: Pelaksanaan levi pelbagai peringkat yang sepatutnya dimulakan 1 Januari tahun depan, ditangguhkan sehingga 1 Julai.

888,000 pekerja asing kawasan berisiko tinggi perlu saringan COVID-19

Posted: 02 Dec 2020 10:44 PM PST

KUALA LUMPUR: Seramai 888,000 pekerja warga asing dalam enam kawasan berisiko tinggi, perlu menjalani saringan COVID-19 yang dimulakan sejak kelmarin.

Banjir Terengganu makin buruk

Posted: 03 Dec 2020 07:49 AM PST

KUALA TERENGGANU: Banjir di Terengganu bertambah buruk apabila lebih banyak pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di seluruh negeri.

3 PPS dibuka di Kelantan

Posted: 03 Dec 2020 04:31 AM PST

KOTA BHARU: Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di buka di Kelantan petang tadi membabitkan pemindahan 53 mangsa banjir, susulan hujan lebat sejak pagi tadi.

KPDNHEP KL rampas cermin mata, topi tiruan bernilai RM1.5 juta

Posted: 03 Dec 2020 07:40 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur merampas 36,722 unit cermin mata dan topi tiruan pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM1.5 juta dalam serbuan di dua premis di sekitar Chow Kit hari ini.

Singapura nafikan laporan lebih 100 pekerja Malaysia merempat

Posted: 03 Dec 2020 07:26 AM PST

SINGAPURA: Kementerian Tenaga Kerja Singapura (MOM) hari ini menafikan dakwaan yang terdapat lebih 100 rakyat Malaysia yang merupakan pemegang pas kerja di Singapura, kini merempat kerana tidak mampu untuk menyewa bilik mahupun katil.

Perompak samun pula keluarga jurutera, selepas bunuh Dr Wan Hassan

Posted: 29 Nov 2020 06:07 AM PST

KUALA LUMPUR: Dua lelaki yang menyamun Dr Wan Hassan Wan Embong, 71, sebelum menetak mangsa hingga mati, dikesan turut mendalangi satu lagi rompakan terhadap sebuah rumah di Taman Tiara Titiwangsa di sini, awal pagi tadi.

Mangsa banjir di PPS Kelantan terus meningkat

Posted: 03 Dec 2020 07:02 AM PST

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 184 orang malam ini, berbanding 53 mangsa petang tadi.

Jabatan Perhutanan Negeri perlu pantau aktiviti perlombongan NR-REE

Posted: 03 Dec 2020 06:58 AM PST

KUALA LUMPUR: Jabatan Perhutanan Negeri perlu berperanan bagi memastikan tiada perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) dijalankan tanpa kelulusan teknikal dan dilakukan di kawasan hutan simpan kekal.

Zoo Negara diminta laksana audit bebas

Posted: 03 Dec 2020 06:39 AM PST

KUALA LUMPUR: Badan pengurusan Zoo Negara, Malaysia Zoological Society (MZS) diminta melaksanakan audit bebas bagi meningkatkan ketelusan dan keyakinan semua pihak terhadap entiti itu.

Saleha lakar sejarah peringkat antarabangsa

Posted: 03 Dec 2020 06:37 AM PST

KUALA LUMPUR: Aktres, Siti Saleha, 30, melakar sejarah peribadi apabila julung kali mendapat pengiktirafan dalam peringkat antarabangsa.

Amin harap beraksi penuh musim baharu di Jerman

Posted: 03 Dec 2020 06:35 AM PST

KUALA LUMPUR: Pemain ragbi kebangsaan, Amin Jamaluddin berharap dirinya dapat bermain secara penuh dan tanpa sebarang gangguan pada musim penyertaannya di Jerman tahun depan.

120 peserta bakal sertai Kejohanan Golf Melaka 2020

Posted: 03 Dec 2020 06:26 AM PST

AYER KEROH: Seramai 120 peserta bakal mengambil bahagian pada Kejohanan Golf Melaka 2020 di Tiara Melaka Golf & Country Club (Tiara) dan Ayer Keroh Country Club (AKCC) dekat sini, pada 18 dan 19 Disember ini.

Lilian Tan beri bayangan keluar persaraan

Posted: 03 Dec 2020 06:16 AM PST

KUALA LUMPUR: Lilian Tan memberi bayangan untuk keluar daripada persaraan untuk memberi peluang kepada dirinya menyertai acara bina badan yang dipertandingkan pada Sukan SEA Vietnam, tahun depan.

KWSP akan pertimbang setiap permohonan i-Sinar di bawah kategori kedua

Posted: 03 Dec 2020 06:13 AM PST

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mempertimbangkan setiap permohonan kemudahan i-Sinar di bawah kategori kedua, kata Ketua Pegawainya Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias.

Bubar DUN Sabah: Ketua Menteri, 32 individu fail notis penarikan permohonan merayu

Posted: 03 Dec 2020 05:57 AM PST

PUTRAJAYA: Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor dan 32 individu lain menarik balik permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar persetujuan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), Julai lalu.

Syor siasat kartel daging tipu label halal

Posted: 03 Dec 2020 05:56 AM PST

JOHOR BAHRU: Kerajaan diminta menyiasat pendedahan kartel terbabit dalam penipuan label halal, pemalsuan cap serta pembungkusan semula daging sejuk beku import untuk pasaran tempatan.

Sime Darby Property terbit sukuk Sukuk Musharakah RM800 juta

Posted: 03 Dec 2020 05:44 AM PST

KUALA LUMPUR: Sime Darby Property Bhd buat kali pertamanya menerbitkan Sukuk Musharakah di bawah Program Sukuk Musharakah yang bernilai RM4.5 bilion dengan saiz terbitan berjumlah RM800 juta.

Hero filem India, Rajinikanth sertai politik

Posted: 03 Dec 2020 05:25 AM PST

CHENNAI: Bintang filem terkemuka India, Rajinikanth hari ini menjadi yang terbaru dalam kalangan ramai pelakon terkenal memasuki politik, bersumpah akan membawa kerajaan ke arah 'bebas rasuah' ke negeri asalnya.

Taikun media Hong Kong kena tahan

Posted: 03 Dec 2020 05:39 AM PST

HONG KONG: Hartawan media Hong Kong, Jimmy Lai, ditahan hari ini selepas dituduh melakukan penipuan, yang terbaru dalam rangkaian pendakwaan yang dilakukan terhadap pengkritik dan pejuang demokrasi Beijing yang berprofil tinggi.

Gas komponen penting Dasar Tenaga Negara

Posted: 03 Dec 2020 05:37 AM PST

KUALA LUMPUR: Gas akan menjadi komponen penting dalam Dasar Tenaga Negara (NEP) sejajar dengan sasaran kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan arang batu dalam campuran penggunaan tenaga di negara ini.

Khabib letak harga RM407 juta untuk kembali

Posted: 03 Dec 2020 05:34 AM PST

LONDON: Khabib Nurmagomedov meletakkan harganya untuk kembali ke UFC, namun tidak berminat untuk bertarung semula menentang Conor McGregor.

Untung bersih suku ketiga Astro merosot

Posted: 03 Dec 2020 05:29 AM PST

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Astro Malaysia Holdings Bhd bagi suku ketiga yang berakhir 30 September 2020, turun kepada RM164.53 juta daripada RM170.85 juta dalam suku yang sama tahun lalu.

Alena Murang raih anugerah Festival Video Muzik Bueno Aires 2020

Posted: 03 Dec 2020 05:21 AM PST

KUCHING: Penyanyi dan bintang sape kelahiran Sarawak, Alena Murang mengharumkan nama negara apabila meraih Anugerah Penggayaan Terbaik pada Festival Video Muzik Bueno Aires 2020 (BAMVFEST20) di Argentina yang berakhir 29 November lalu.

Vaksin penawar pulih industri penerbangan

Posted: 03 Dec 2020 05:20 AM PST

SEPANG: Pengkomersialan vaksin COVID-19 dilihat sebagai pemangkin yang penting pemulihan keseluruhan industri penerbangan dan sektor berkaitannya di seluruh dunia.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template