Wednesday, December 30, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Thailand larang perhimpunan awam di kawasan COVID-19

Posted: 30 Dec 2020 02:22 PM PST

BANGKOK: Thailand melarang semua perhimpunan awam termasuk penganjuran sambutan dan konsert tahun baharu di kawasan yang dilanda COVID-19, berkuat kuasa serta-merta dalam usaha menghentikan penularan pandemik itu.

Janda, duda dihukum penjara dan denda kerana berkhalwat

Posted: 30 Dec 2020 10:16 AM PST

CHUKAI: Sepasang kekasih berstatus janda dan duda dihukum penjara sebulan serta denda RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Kemaman, semalam, kerana berkhalwat.

Pekerja binaan maut ditimbus tanah runtuh

Posted: 30 Dec 2020 09:30 AM PST

KOTA KINABALU: Seorang pekerja binaan warga asing maut apabila tertimbus bawah runtuhan tanah di Jalan Lama Tuaran, Bandar Sierra, di sini, petang tadi.

Lelaki dilarikan, disamun individu dakwa anggota polis

Posted: 30 Dec 2020 08:49 AM PST

PARIT: Seorang lelaki dilaporkan berdepan detik cemas apabila dilarikan, disamun dan dipukul sekumpulan lelaki tidak dikenali yang mendakwa sebagai anggota polis, di Teluk Perang, di sini, malam kelmarin.

Neelofa jawab soalan di Twitter

Posted: 30 Dec 2020 01:28 AM PST

KUALA LUMPUR: Empat hari selepas memberi penjelasan berhubung kontroversi hubungan dengan pendakwah bebas, Haris Ismail, 25, atau PU Riz, Neelofa, 31, memberi peluang kepada pengikut untuk bertanya apa sahaja soalan melalui Twitter, tengah hari tadi.

Syed Saddiq tunai nazar botakkan kepala

Posted: 30 Dec 2020 08:22 AM PST

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menunaikan nazar membotakkan kepala selepas berjaya mencapai sasaran mengumpulkan sumbangan sebanyak RM200,000 bagi membeli komputer riba kepada pelajar di kawasan parlimennya.

Liridon makin hampir wakili Harimau Malaya

Posted: 30 Dec 2020 08:09 AM PST

KUALA LUMPUR: Pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Liridon Krasniqi yang juga pemain naturalisasi kedua negara semakin hampir menyarung jersi Malaysia menjelang aksi pertama skuad Harimau Malaya dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang tertangguh hampir setahun.

FIFA 'bebaskan' Kelantan FC

Posted: 30 Dec 2020 08:02 AM PST

KUALA LUMPUR: Kelab Bolasepak Kelantan (Kelantan FC) boleh menarik nafas lega selepas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) 'membebaskan' mereka daripada sekatan perpindahan pemain.

Sultan Johor terima taklimat perkembangan projek RTS

Posted: 30 Dec 2020 07:56 AM PST

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berkenan menerima menghadap Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, dan Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Datuk Mohd Zarif Mohd Hashim, di Istana Flintstones, Mersing, hari ini.

Polis temui 37 set skrip, tahan 22 suspek penipuan panggilan

Posted: 30 Dec 2020 07:18 AM PST

IPOH: Komisyen RM3,000 hingga RM4,000 sebulan yang ditawarkan, berjaya mempengaruhi sesetengah individu untuk bekerja dengan sindiket Macau Scam yang dikesan beroperasi di sebuah kawasan di Menglembu di sini.

Hanya satu perempat perwakilan UMNO perlu hadir mesyuarat

Posted: 30 Dec 2020 07:50 AM PST

KUALA LUMPUR: Minimum korum kehadiran Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri di seluruh negara, yang dijadualkan 1 hingga 3 Januari ini adalah satu perempat daripada jumlah wakil yang berhak hadir.

Dakwaan Azmin Ali tidak diwakili adalah dusta - Peguam

Posted: 30 Dec 2020 07:37 AM PST

KUALA LUMPUR: Kenyataan seorang peguam bahawa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak diwakili ketika pengurusan kes saman yang difailkan 10 pengundi Gombak terhadap beliau atas dakwaan menipu dan melanggar kewajipan fidusiari, adalah tidak benar serta mengelirukan.

Kerja baiki paip air di Damansara Utama berjalan lancar

Posted: 30 Dec 2020 07:25 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerja membaiki paip air yang terputus akibat tanah runtuh di Damansara Utama, Petaling Jaya, berjalan lancar mengikut jadual.

Polis Kelantan rampas dua bangkai harimau, 10 gading gajah

Posted: 30 Dec 2020 07:06 AM PST

KOTA BHARU: Polis Kelantan merampas bangkai dua ekor harimau belang dan kumbang serta 10 gading gajah, dianggarkan bernilai RM500,000 yang cuba dijual dalam pasaran gelap.

KUFC sambar legenda bola sepak Jepun

Posted: 29 Dec 2020 11:16 PM PST

KOTA BHARU: Legenda bola sepak Jepun, Masashi Motoyama sah menjadi milik Kelantan United Football Club (KUFC) apabila bersetuju menyertai pasukan itu, hari ini.

KPN impi semua anak buah miliki disiplin tinggi

Posted: 30 Dec 2020 06:39 AM PST

KUALA LUMPUR: Kunci utama untuk setiap pegawai serta anggota polis sentiasa disegani dan disanjung tinggi ialah disiplin, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

10 terbunuh dalam letupan lapangan terbang Yaman

Posted: 30 Dec 2020 06:23 AM PST

ADEN: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam satu letupan yang menggegarkan Lapangan Terbang Yaman di Aden hari ini, sejurus selepas ketibaan Kabinet kerajaan baharu.

Shahrel Fikri halang JDT bolot ABK20

Posted: 30 Dec 2020 06:10 AM PST

KUALA LUMPUR: Juara Liga Super tujuh kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) mendominasi Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2020 (ABK20) selepas memenangi lima anugerah dalam majlis yang diadakan, malam ini.

KKR komited tampal jalan berlubang dalam tempoh 24 jam

Posted: 30 Dec 2020 05:56 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) mengulangi komitmennya untuk memastikan setiap jalan raya yang berlubang, akan ditampal dalam tempoh 24 jam.

Tanah runtuh di PNG, sekurang-kurangnya 15 maut

Posted: 30 Dec 2020 05:40 AM PST

PORT MORESBY: Sekurang-kurangnya 15 orang termasuk tiga kanak-kanak dikhuatiri maut selepas terperangkap dalam tanah runtuh di sebuah tapak lombong emas di tengah Papua New Guinea (PNG) selepas hujan lebat.

KPDNHEP agensi utama siasat isu kartel daging - KPN

Posted: 30 Dec 2020 05:16 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menjadi agensi utama menyiasat isu kartel daging yang diragui status halal, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

7 maut akibat gempa di Croatia, gegaran masih terasa

Posted: 29 Dec 2020 03:04 PM PST

ZAGREB: Gegaran susulan dilaporkan terus berlaku di Croatia selepas gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter semalam mengorbankan tujuh nyawa dan merosakkan bangunan serta memusnahkan harta benda.

United boleh kalahkan sesiapa di mana sahaja - Solskjaer

Posted: 30 Dec 2020 04:57 AM PST

LONDON: Ole Gunnar Solskjaer berkata Manchester United sentiasa percaya mereka mampu menewaskan sesiapa dan di mana sahaja selepas melonjak ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris hasil kemenangan ke atas Wolves, awal pagi tadi.

KPN dianugerahkan Bintang Bhayangkara Utama daripada Presiden Indonesia

Posted: 30 Dec 2020 04:48 AM PST

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, menerima anugerah Bintang Bhayangkara Utama daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), hari ini.

Bursa Malaysia ditutup tinggi hari kedua terakhir 2020

Posted: 30 Dec 2020 04:27 AM PST

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan momentum belian yang berterusan dan sejajar dengan prestasi kebanyakan pasaran serantau lain.

COVID-19: Sri Ternak tutup cawangan Seri Kembangan

Posted: 30 Dec 2020 03:57 AM PST

KUALA LUMPUR: Pengusaha pasar raya tempatan, Sri Ternak Mart (SK) Sdn Bhd, mengumumkan penutupan cawangannya di Seri Kembangan, Selangor bermula hari ini bagi tujuan pembersihan menyeluruh.

Indonesia haramkan Front Pembela Islam

Posted: 30 Dec 2020 04:21 AM PST

JAKARTA: Indonesia mengharamkan pertubuhan politik radikal terpalit kontroversi, Front Pembela Islam (FPI), berkuat kuasa serta merta hari ini.

PDRM bakal lancar operasi fokus motosikal ubah suai

Posted: 30 Dec 2020 04:11 AM PST

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal melancarkan operasi besar-besaran ke atas penunggang motosikal melakukan kesalahan lalu lintas, dalam tempoh terdekat.

Ringgit ditutup kukuh, RM4.0350 berbanding dolar AS

Posted: 30 Dec 2020 04:04 AM PST

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, meningkat daripada penurunan semalam, didorong permintaan baharu dan sejajar dengan harga minyak mentah yang kukuh, kata penganalisis.

Pak Nil jejaki bintang legenda

Posted: 29 Dec 2020 11:00 PM PST

KUALA LUMPUR: Selepas lebih tiga dekad mengabdikan diri dalam dunia seni, peluang pengacara disegani, Datuk Aznil Nawawi mendekati dan menelusuri perjalanan bintang legenda dianggap momen paling berharga.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template