Tuesday, December 8, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


MOSTI lancar dua inisiatif nasional perkasa sains, teknologi dan inovasi

Posted: 08 Dec 2020 07:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, teknologi dan Alam Sekitar (MOSTI) hari ini melancarkan dua inisiatif nasional sebagai usaha memperkasa peranan sains, teknologi dan inovasi (STI) negara.

Mahkamah kekalkan hukuman gantung ke atas Azilah Hadri

Posted: 07 Dec 2020 08:49 PM PST

PUTRAJAYA: Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Azilah Hadri, akan tetap ke tali gantung selepas panel lima hakim hari ini, menolak permohonannya mengenepikan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari 2015 yang menjatuhkan hukuman mati terhadapnya.

2 beradik dakwa mangsa cabul pengamal perubatan tradisional

Posted: 08 Dec 2020 04:21 AM PST

KUALA BERANG: Seorang jurujual bersama adik perempuannya hari ini mendakwa menjadi mangsa kes cabul seorang pengamal perubatan alternatif yang kini ditahan polis.

MYDF sambut baik 'breakdancing' dipertandingkan di Paris

Posted: 08 Dec 2020 07:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Persekutuan Dance Sport Malaysia (MYDF) menyambut baik acara 'breaking', satu bentuk tarian 'breakdancing' yang kompetitif, dipertandingkan pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 seperti yang diumumkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) semalam.

Mutiara dalam hidup Tya

Posted: 08 Dec 2020 07:20 AM PST

KUALA LUMPUR: Perjalanan hidup sejak lima tahun lalu diceritakan Tya Arifin dalam single Bagaikan Mutiara yang turut mendapat sentuhan suami, Asyraf Khalid yang mencipta lirik bersama Ahmad Jeffny.

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN tidak tumpu kemelut politik Perak

Posted: 08 Dec 2020 07:02 AM PST

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam ini tidak membuat sebarang keputusan berhubung krisis politik di Perak walaupun kemelut itu ada dibincangkan.

Bekalan air pulih di 430 kawasan pulih - Air Selangor

Posted: 08 Dec 2020 07:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Bekalan air di 430 daripada 861 kawasan di sekitar Lembah Klang yang mengalami gangguan sejak awal pagi ini, dipulihkan setakat jam 6 petang ini.

Razip ganti tempat Kim Swee

Posted: 08 Dec 2020 06:55 AM PST

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan pelantikan baharu tiga ketua unit di bawah Jabatan Teknikal dan Pembangunan badan induk bola sepak negara itu.

News Sabah Times rancang henti operasi akhir bulan ini

Posted: 08 Dec 2020 06:38 AM PST

KOTA KINABALU: New Sabah Times, antara penerbit surat khabar tempatan tertua di negeri ini sejak 1949, dijangka menghentikan operasinya akhir bulan ini.

Petani India sekat jalan, laluan kereta api bantah undang-undang baharu

Posted: 08 Dec 2020 06:31 AM PST

NEW DELHI: Laluan kereta api dan lebuh raya disekat di seluruh India apabila petani melancarkan tunjuk perasaan nasional hari ini bagi membantah pembaharuan peraturan sektor pertanian, selepas 10 hari 'mengepung' ibu negara.

Punca 3 jurulatih 'dibuang'

Posted: 08 Dec 2020 06:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Ketiadaan keputusan cemerlang antara faktor yang menyaksikan kontrak tiga jurulatih badminton kebangsaan, Rosman Razak, Chin Eei Hui dan Wong Pei Tty tidak disambung.

Thailand bakal buka pintu kepada pelancong

Posted: 08 Dec 2020 06:17 AM PST

BANGKOK: Thailand bakal membuka pintunya kepada lebih ramai pelawat asing dalam usaha merangsang sektor pelancongannya yang terjejas teruk akibat penularan pandemik COVID-19.

Zahid jumpa menteri BN

Posted: 08 Dec 2020 05:47 AM PST

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, petang tadi mengadakan pertemuan dengan barisan menteri daripada parti itu di Menara Dato Onn, di sini.

BN dijangka bincang krisis politik Perak malam ini

Posted: 08 Dec 2020 04:40 AM PST

KUALA LUMPUR: Krisis politik di Perak dijangka menjadi inti pati utama dalam pertemuan pemimpin Barisan Nasional (BN) di Menara Dato Onn, di sini, malam ini.

Elaun atlet, gaji jurulatih tak dipotong

Posted: 08 Dec 2020 05:40 AM PST

KUALA LUMPUR: Elaun atlet dan gaji jurulatih negara tetap dibayar seperti biasa biarpun negara ketika ini sedang dilanda pandemik COVID-19.

FELDA kemuka tawaran jadikan FGV syarikat persendirian

Posted: 08 Dec 2020 05:34 AM PST

KUALA LUMPUR: FELDA, yang memiliki 21.24 peratus saham dalam FGV Holdings Bhd, menambah kepentingannya dalam syarikat itu kepada 35.12 peratus dan mengemukakan tawaran pengambilalihan mandatori untuk menjadikannya sebuah syarikat persendirian pada harga RM1.30 sesaham.

Pengamal undang-undang mahu buli siber diklasifikasikan jenayah

Posted: 08 Dec 2020 05:34 AM PST

PUTRAJAYA: Soal selidik berkaitan buli siber dijalankan Universiti Multimedia (MMU) sejak Julai lalu mendapati 89 peratus pengamal undang-undang mahu buli siber dikategorikan sebagai kesalahan jenayah.

Sidang DUN Perak esok, berlangsung untuk usul penangguhan?

Posted: 08 Dec 2020 05:21 AM PST

IPOH: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang ditangguhkan Jumaat lalu, susulan kegagalan usul undi percaya terhadap kepemimpinan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, dijadualkan disambung semula jam 2.30 petang esok.

Parti politik perlu lebih matang, ambil sikap terbuka

Posted: 08 Dec 2020 05:18 AM PST

KUALA LUMPUR: Semua ahli politik perlu mengutamakan perpaduan demi kesejahteraan rakyat dalam usaha menyelesaikan krisis politik yang melanda Perak ketika ini.

Ketinggian Gunung Everest meningkat

Posted: 08 Dec 2020 05:09 AM PST

KATHMANDU: Ketinggian puncak tertinggi di dunia, Gunung Everest, meningkat sedikit hari ini apabila China dan Nepal akhirnya mencapai kata putus selepas berdebat selama beberapa dekad mengenainya.

Kos seminit Hazard bersamaan RM352,647

Posted: 08 Dec 2020 05:01 AM PST

LONDON: Eden Hazard dilaporkan mengakibatkan Real Madrid terpaksa menanggung kos sebanyak 65,000 pound (RM352,647) seminit sejak perpindahannya yang menelan belanja 143 juta pound (RM776 juta) daripada Chelsea pada 2019.

AirAsia lancar muzium maya sempena ulang tahun ke-19

Posted: 08 Dec 2020 04:56 AM PST

SEPANG: Airasia melancarkan Muzium Airasia, sebuah arkib dalam talian yang mengumpulkan gambar, dokumen dan penerbitan yang berkaitan dengan sejarah kumpulan sejak 2001 hingga 2020, sempena ulang tahun ke-19 tahun ini.

Kerajaan tarik balik keputusan jual aset TH Plantations

Posted: 08 Dec 2020 04:41 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan menarik balik keputusan menjual anak syarikat TH Plantations Bhd, Bumi Suria Ventures Sdn Bhd (BSV) dan Maju Warisanmas Sdn Bhd (MWM) kepada Tamaco Plantation Sdn Bhd (Tamaco).

TIMSS 2019: Malaysia catat skor Aras Tertinggi dalam Matematik

Posted: 08 Dec 2020 04:10 AM PST

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat kejayaan dalam laporan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2019 apabila pelajar Tingkatan Dua julung kalinya memperoleh skor melebihi 700 dalam subjek Matematik.

Individu pertama terima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer di UK

Posted: 08 Dec 2020 04:05 AM PST

LONDON: Margaret Keenan, 90, yang menjadi wanita pertama menerima suntikan vaksin COVID-19 di England menganggapnya sebagai hadiah hari jadi terbaik ketika program vaksinasi besar-besaran dilancarkan di United Kingdom (UK).

Rozaimi menangis lihat kemalangan Syafiq

Posted: 08 Dec 2020 03:54 AM PST

KUALA LUMPUR: Bekas penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Rozaimi Abdul Rahman menitipkan kata-kata semangat kepada Syafiq Ahmad susulan kemalangan ngeri yang dialami penyerang kebangsaan itu, kelmarin.

Duti eksais peranti e-rokok, vape ditetap 10 peratus

Posted: 08 Dec 2020 02:33 AM PST

PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) hari ini mengumumkan duti eksais untuk peranti rokok elektrik dan bukan elektronik, selain cecair atau gel untuk peranti berkenaan yang akan mula dikuatkuasakan 1 Januari depan.

Kolam ternakan keli punca pencemaran Sungai Selangor

Posted: 08 Dec 2020 01:27 AM PST

Hulu Selangor: Pelepasan air tercemar dari kolam ternakan ikan keli ke Sungai Selangor dipercayai menjadi punca pencemaran bau seakan bangkai ikan yang menyebabkan empat Loji Rawatan Air (LRA) terpaksa dihenti tugas, semalam.

COVID-19: 1,012 kes baharu dilaporkan hari ini

Posted: 08 Dec 2020 02:48 AM PST

PUTRAJAYA: Sebanyak 1,012 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 75,306 kes.

Makin suntuk bagi Trump cabar keputusan pilihan raya presiden AS

Posted: 08 Dec 2020 03:42 AM PST

WASHINGTON: Masa makin suntuk bagi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, untuk membatalkan keputusan pilihan raya presiden 3 November lalu, yang setakat ini lebih memihak kepada pencabarnya, Joe Biden.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template