BH Online - Terkini |
- Saarani angkat sumpah MB Perak esok
- KKM cari alternatif jika kebolehjangkitan COVID-19 meningkat
- Dakwaan vaksin China tak selamat tidak berasas
- COVID-19: 959 kes baharu hari ini
- Liverpool seri berdepan Midtjylland
- Berapa gol Selangor mahu?
- Keputusan Liga Juara-Juara UEFA
- Ambil iktibar kemelut di Perak perkukuh hubungan PAS, UMNO dan BERSATU
- Pemandu lori maut kemalangan 3 kenderaan
- Dakwaan Ku Li mengenai isu vaksin COVID-19 tidat benar - Khairy
- Rumah 'kongsi' pekerja asing kotor, sempit
- Pendakwah selebriti didakwa esok
- Hamidin menghadap Agong beri taklimat isu bola sepak
- KPDHNEP rampas barang tiruan RM1.8 juta
- 10 wanita asing terbabit pelacuran ditahan
- Neville dakwa ada konspirasi singkir Solskjaer
- 7 daripada 10 kematian global sebelum COVID-19 disebabkan NCD
- Kira-kira 1,000 ahli RPM dapat royalti
- Public Bank nafi terbabit usaha sama tubuh bank baharu di Kemboja
- China saring 250,000 penduduk selepas muncul kluster baharu COVID-19
- Semua kilang Top Glove beroperasi semula dua minggu lagi
- Lima ditahan, larikan sampan dan bot pancing
- Tesco muktamad jual operasi Malaysia, Thailand minggu depan
- TFC sambar Nik Akif
- Tiga pengadil negara bertugas di Liga Juara-Juara Asia
- Pekerja ladang maut ditetak
- 3,100 pelajar IPTA, IPTS terima Bantuan Awal Pengajian
- COVID-19: Jangkitan melebihi 15.5 juta di AS, hampir 10 juta di India
- Pimpinan BERSATU, PAS Perak sokong keputusan pusat
- 2 anggota polis cedera kereta peronda kemalangan
| Saarani angkat sumpah MB Perak esok Posted: 09 Dec 2020 02:12 AM PST IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad dijadual mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baharu esok. |
| KKM cari alternatif jika kebolehjangkitan COVID-19 meningkat Posted: 09 Dec 2020 03:56 AM PST PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mencari serta melaksanakan strategi lain jika kadar kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini meningkat dalam tempoh dua minggu ini. |
| Dakwaan vaksin China tak selamat tidak berasas Posted: 09 Dec 2020 04:12 AM PST PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan dibuat sebuah akhbar mengenai vaksin yang dikeluarkan China sebagai tidak selamat. |
| COVID-19: 959 kes baharu hari ini Posted: 09 Dec 2020 02:33 AM PST PUTRAJAYA: Sebanyak 959 kes baharu dilaporkan hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 kepada 76,265 kes dengan 10,748 kes aktif. |
| Liverpool seri berdepan Midtjylland Posted: 09 Dec 2020 02:41 PM PST HERNING, Denmark: Liverpool yang banyak berubah menafikan Midtjylland kemenangan pertama dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara apabila skuad Reds terselamat dengan keputusan seri seri 1-1 di Denmark sebentar tadi. |
| Posted: 09 Dec 2020 07:30 AM PST KUALA LUMPUR: Kemasukan bekas penyerang Perak, Shahrel Fikri Md Fauzi, Selangor kini boleh dianggap antara pasukan dengan jentera serangan paling 'menyengat' dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan. |
| Keputusan Liga Juara-Juara UEFA Posted: 09 Dec 2020 02:19 PM PST PARIS: Berikut keputusan Liga Juara-Juara sebentar tadi: |
| Ambil iktibar kemelut di Perak perkukuh hubungan PAS, UMNO dan BERSATU Posted: 09 Dec 2020 08:00 AM PST KUALA LUMPUR: Kemelut politik yang berlaku dalam kerajaan negeri di Perak perlu dijadikan sebagai pengajaran untuk mendewasakan hubungan politik antara UMNO, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). |
| Pemandu lori maut kemalangan 3 kenderaan Posted: 09 Dec 2020 07:45 AM PST KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas lori dipandunya terbabit kemalangan dengan dua kereta lain di Lebuhraya Bukit Jalil, dekat sini, hari ini. |
| Dakwaan Ku Li mengenai isu vaksin COVID-19 tidat benar - Khairy Posted: 09 Dec 2020 06:35 AM PST KUALA LUMPUR: Dakwaan mengatakan peruntukan RM3 bilion bagi tujuan pembekalan vaksin COVID-19 hanya mampu menampung 20 peratus daripada populasi penduduk negara ini, tidak benar. |
| Rumah 'kongsi' pekerja asing kotor, sempit Posted: 08 Dec 2020 02:50 AM PST BANGI: Dua tempat penginapan pekerja binaan di sini, yang diperiksa penguat kuasa Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) hari ini, didapati dalam keadaan kotor, tidak teratur dan sempit. |
| Pendakwah selebriti didakwa esok Posted: 09 Dec 2020 06:59 AM PST KUALA LUMPUR: Seorang pendakwah selebriti dijangka didakwa di Mahkamah Petaling Jaya dan Shah Alam esok berhubung siasatan kes rogol, cabul dan seks luar tabii. |
| Hamidin menghadap Agong beri taklimat isu bola sepak Posted: 09 Dec 2020 06:55 AM PST KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin hari ini, bagi menyembah maklum perkembangan terkini bola sepak tempatan. |
| KPDHNEP rampas barang tiruan RM1.8 juta Posted: 09 Dec 2020 06:03 AM PST KUALA LUMPUR: Lebih 40,000 unit barangan tiruan dengan nilai melebihi RM1.8 juta dirampas dalam serbuan di beberapa premis jualan dan stor pakaian di Jalan Kenanga di sini, hari ini. |
| 10 wanita asing terbabit pelacuran ditahan Posted: 09 Dec 2020 06:03 AM PST KUALA LUMPUR: Polis menahan 10 wanita warga asing selepas dipercayai terbabit aktiviti pelacuran di sebuah rumah di Bandar Damansara Perdana, dekat Petaling Jaya, semalam. |
| Neville dakwa ada konspirasi singkir Solskjaer Posted: 09 Dec 2020 06:00 AM PST LONDON: Phil Neville tampil mempertahankan pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer selepas kelab itu tersingkir daripada saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara. |
| 7 daripada 10 kematian global sebelum COVID-19 disebabkan NCD Posted: 09 Dec 2020 05:57 AM PST GENEVA: Statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan tujuh daripada 10 kematian global sebelum pandemik COVID-19 adalah kerana penyakit tidak berjangkit (NCD). |
| Kira-kira 1,000 ahli RPM dapat royalti Posted: 09 Dec 2020 05:50 AM PST KUALA LUMPUR: Isu agihan royalti di bawah badan pelesenan, Recording Performers Malaysia (RPM) yang hangat diperkatakan sejak beberapa minggu lalu, berakhir apabila kira-kira 1,000 ahli bakal menerima RM500 sebagai bayaran pendahuluan, mulai awal bulan depan. |
| Public Bank nafi terbabit usaha sama tubuh bank baharu di Kemboja Posted: 09 Dec 2020 05:45 AM PST KUALA LUMPUR: Kumpulan Public Bank menjelaskan bahawa ia tidak terbabit dalam perjanjian usaha sama antara Datuk Phan Ying Tong dan beberapa pihak untuk menubuhkan sebuah bank baharu di Kemboja, seperti yang dilaporkan dalam satu laporan berita baru-baru ini. |
| China saring 250,000 penduduk selepas muncul kluster baharu COVID-19 Posted: 09 Dec 2020 05:42 AM PST BEIJING: China sudah menguji lebih satu perempat daripada sejuta di Chengdu selepas sejumlah kes baharu COVID-19 dikesan di bandar itu. |
| Semua kilang Top Glove beroperasi semula dua minggu lagi Posted: 09 Dec 2020 05:29 AM PST KUALA LUMPUR: Top Glove Corporation Bhd dijangka membuka semula kesemua 28 kilang pengeluarannya di Meru, Klang dalam tempoh dua hingga tiga minggu akan datang, menurut Pengerusinya, Tan Sri Dr Lim Wee Chai. |
| Lima ditahan, larikan sampan dan bot pancing Posted: 09 Dec 2020 05:23 AM PST BAGAN DATUK: Polis menahan lima lelaki yang dipercayai menyamun sebuah sampan di perairan Bagan Datuk di sini, semalam. |
| Tesco muktamad jual operasi Malaysia, Thailand minggu depan Posted: 09 Dec 2020 05:15 AM PST KUALA LUMPUR: Tesco Plc menjangkakan penjualan perniagaannya di Thailand dan Malaysia kepada CP Retail Development Company Ltd (CPRD) dimuktamadkan pada minggu depan. |
| Posted: 09 Dec 2020 05:11 AM PST KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) tidak menunggu lama apabila merantai pemain baharu ketiganya musim ini, Nik Akif Syahiran Nik Mat bagi memantapkan lagi posisi tengah skuad Penyu itu bagi mengharungi cabaran Liga Malaysia (Liga M) dan Piala AFC musim depan. |
| Tiga pengadil negara bertugas di Liga Juara-Juara Asia Posted: 09 Dec 2020 05:04 AM PST KUALA LUMPUR: Kewibawaan pegawai perlawanan dari Malaysia terus mendapat pengiktirafan di pentas antarabangsa apabila tiga pengadil kebangsaan telah dipilih bertugas sepanjang saingan Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Zon Timur yang berlangsung di Doha, Qatar sejak 19 November lalu. |
| Posted: 09 Dec 2020 04:42 AM PST BELURAN: Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tetakan pada kepala, belakang bahu dan putus lengan kanan di Ladang Sabah, hari ini. |
| 3,100 pelajar IPTA, IPTS terima Bantuan Awal Pengajian Posted: 09 Dec 2020 04:00 AM PST KUALA LUMPUR: Yayasan Bank Rakyat (YBR) hari ini menyalurkan RM3.1 juta Bantuan Awal Pengajian (BAP) disasarkan kepada pelajar dalam kalangan keluarga B40 untuk menyambung pengajian di peringkat diploma dan ijazah. |
| COVID-19: Jangkitan melebihi 15.5 juta di AS, hampir 10 juta di India Posted: 09 Dec 2020 04:42 AM PST NEW YORK: Jumlah jangkitan COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) melepasi 15.5 juta kes setakat ini termasuk lebih 293,000 kematian. |
| Pimpinan BERSATU, PAS Perak sokong keputusan pusat Posted: 09 Dec 2020 04:35 AM PST IPOH : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS mengambil pendirian bersama dan menyokong ketetapan yang diputuskan kepemimpinan tertinggi parti. |
| 2 anggota polis cedera kereta peronda kemalangan Posted: 09 Dec 2020 04:29 AM PST JOHOR BAHRU: Dua anggota polis cedera selepas kereta peronda dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Mutiara Emas 7, Mount Austin di sini, pagi tadi. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment