BH Online - Terkini |
- Biden terima suntikan kedua vaksin COVID-19
- Kerajaan komited bekerjasama dengan pelabur asing, tempatan
- COVID-19: 8 lagi kluster baharu dikesan
- PKP: Sistem penyampaian perkhidmatan awam kekal aktif melalui konsep BDR - CUEPACS
- Tempoh PKP 14 hari tidak mencukupi - Pakar
- Beroperasi dengan kehadiran 30 peratus kumpulan pengurusan - KSN
- 'Nampaknya saya difitnah kerana pemikiran saya'
- Banci Malaysia 2020: Tarikh temu ramah bersemuka disusun semula
- 666 mangsa banjir dipindahkan di Kota Marudu
- KCFC bakal saji aksi samba musim ini
- Latihan pusat atlet negara secara pendekatan kuarantin diteruskan
- Allianz mulakan kerjasama bersama pergerakan Olimpik, Paralimpik
- Isu kartel daging: SPRM tahan ejen penghantaran disyaki terbabit rasuah
- Hodak tekad ubah nasib KL United
- Kru Sriwijaya Air tak laporkan kecemasan
- Kedudukan Nicol semakin selesa
- MHC disaran tangguh saingan LHM
- COVID-19: Malaysia kesan kes pertama mutasi baharu dari UK
- Polis bertindak lebih tegas ketika PKP - KPN
- Batal lawan Villa, Tottenham jumpa Fulham
- PKP: Hanya pelajar duduki peperiksaan utama ke sekolah
- Penerbangan pertama Qatar ke Arab Saudi hari ini
- Thailand harap gelombang kedua COVID-19 perlahan
- PKP: Kedai makan, gerai penjaja hanya dibenarkan perkhidmatan bawa pulang
- Lebih setengah juta penduduk Beijing kena perintah berkurung
- Shima Anuar positif COVID-19
- PKP: Pelajar, calon SPM boleh hadir sekolah
- PKP: Hanya lima orang di masjid, rumah ibadat
- COVID-19: 2,232 kes baharu, Selangor terus sumbang angka harian tertinggi
- FINAS umum SOP 'shooting' esok
| Biden terima suntikan kedua vaksin COVID-19 Posted: 11 Jan 2021 02:51 PM PST NEWARK: Presiden Amerika Syarikat (AS) dipilih, Joe Biden menerima suntikan kedua vaksin COVID-19 semalam, sambil memberitahu pemberian vaksin akan menjadi 'keutamaan nombor satu' pentadbirannya. |
| Kerajaan komited bekerjasama dengan pelabur asing, tempatan Posted: 11 Jan 2021 10:54 AM PST KUALA LUMPUR: Kerajaan kekal komited untuk bekerjasama dengan pelabur asing dan tempatan bagi memacu transformasi Malaysia sebagai negara maju dengan pertumbuhan dan pembangunan inklusif menerusi penyediaan persekitaran yang kondusif dan baik bagi menarik perniagaan. |
| COVID-19: 8 lagi kluster baharu dikesan Posted: 11 Jan 2021 03:57 AM PST PUTRAJAYA: Lapan lagi kluster baharu COVID-19 dikesan di Johor, Selangor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kuala Lumpur dan Terengganu. |
| PKP: Sistem penyampaian perkhidmatan awam kekal aktif melalui konsep BDR - CUEPACS Posted: 11 Jan 2021 09:19 AM PST KUALA LUMPUR: CUEPACS memberi jaminan bahawa sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat akan terus berjalan seperti biasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, susulan pengumuman terbaru berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). |
| Tempoh PKP 14 hari tidak mencukupi - Pakar Posted: 11 Jan 2021 06:51 AM PST KUALA LUMPUR: Tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari di enam negeri, dilihat tidak mencukupi untuk mengurangkan kadar jangkitan COVID-19 yang kini mencecah hampir 3,000 kes setiap hari. |
| Beroperasi dengan kehadiran 30 peratus kumpulan pengurusan - KSN Posted: 11 Jan 2021 08:50 AM PST PUTRAJAYA: Semua perkhidmatan kerajaan akan beroperasi dengan kehadiran 30 peratus kumpulan pengurusan, manakala kumpulan sokongan ditentukan oleh ketua jabatan masing-masing, sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPB) dari 13 hingga 26 Januari ini. |
| 'Nampaknya saya difitnah kerana pemikiran saya' Posted: 11 Jan 2021 08:31 AM PST KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Barat hanya tahu menamakan orang lain sebagai ekstremis, namun tidak bersedia untuk mengenal pasti dalam kalangan mereka yang menepati kriteria itu. |
| Banci Malaysia 2020: Tarikh temu ramah bersemuka disusun semula Posted: 11 Jan 2021 08:15 AM PST KUALA LUMPUR: Jabatan Perangkaan Malaysia akan menyusun semula tarikh Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci Malaysia 2020) fasa kedua membabitkan temu ramah secara bersemuka. |
| 666 mangsa banjir dipindahkan di Kota Marudu Posted: 11 Jan 2021 08:00 AM PST KOTA MARUDU: Seramai 666 mangsa banjir daripada 170 keluarga, ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS), di sini, setakat jam 8.30 malam tadi. |
| KCFC bakal saji aksi samba musim ini Posted: 11 Jan 2021 07:17 AM PST KUALA TERENGGANU: Peminat pasukan Kuching City FC (KCFC), bakal disajikan gaya permainan bola sepak samba apabila skuad itu mengikat tiga pemain import kelahiran Brazil bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.Pengendalinya, Irfan Bakti Abu Salim berkata, tiga import itu termasuk bekas pertahanan pasukan Kelantan, Aylton Alemao selain dua pemain musim lalu yang dikekalkan iaitu Hudson Dias dan Leonardo Alves. |
| Latihan pusat atlet negara secara pendekatan kuarantin diteruskan Posted: 11 Jan 2021 07:50 AM PST KUALA LUMPUR: Latihan pusat sepenuh masa atlet negara yang ketika ini dijalankan secara pendekatan kuarantin akan diteruskan, biarpun kerajaan kembali melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu di enam negeri bermula Rabu ini. |
| Allianz mulakan kerjasama bersama pergerakan Olimpik, Paralimpik Posted: 11 Jan 2021 07:39 AM PST MUNICH: Allianz secara rasmi memulakan kerjasama selama tahun di seluruh dunia menerusi Pergerakan Olimpik dan Paralimpik bermula 1 Januari. |
| Isu kartel daging: SPRM tahan ejen penghantaran disyaki terbabit rasuah Posted: 11 Jan 2021 07:39 AM PST JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang lelaki berusia 55 tahun, hari ini, kerana disyaki terbabit kegiatan rasuah berhubung isu kartel daging. |
| Hodak tekad ubah nasib KL United Posted: 11 Jan 2021 07:06 AM PST KUALA LUMPUR: Jurulatih berpengalaman dari Croatia, Bojan Hodak mahu mengubah nasib Kuala Lumpur (KL) United bagi memastikan pasukan itu mampu terus kekal dalam saingan Liga Super untuk jangka masa panjang. |
| Kru Sriwijaya Air tak laporkan kecemasan Posted: 11 Jan 2021 07:04 AM PST JAKARTA: Kru pesawat Sriwijaya Air membawa 62 orang yang terhempas di perairan Kepulauan Seribu dekat sini kelmarin, tidak membuat pengumuman kecemasan atau melaporkan masalah teknikal sebelum menjunam ke laut. |
| Kedudukan Nicol semakin selesa Posted: 11 Jan 2021 06:57 AM PST KUALA LUMPUR: Bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol David semakin selesa mendahului undian bagi meraih Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia. |
| MHC disaran tangguh saingan LHM Posted: 11 Jan 2021 06:56 AM PST KUALA LUMPUR: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) disaran menangguhkan saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) yang dijadual bermula Khamis ini susulan peningkatan kes COVID-19 di negara ketika ini. |
| COVID-19: Malaysia kesan kes pertama mutasi baharu dari UK Posted: 11 Jan 2021 06:13 AM PST KUALA LUMPUR: Malaysia mengesan kes pertama COVID-19 membabitkan mutasi baharu dari United Kingdom (UK) dikenali sebagai varian B.1.1.7 atau 202012/01, hari ini. |
| Polis bertindak lebih tegas ketika PKP - KPN Posted: 11 Jan 2021 06:23 AM PST KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertindak lebih tegas terhadap individu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua bermula tengah malam esok. |
| Batal lawan Villa, Tottenham jumpa Fulham Posted: 11 Jan 2021 06:20 AM PST LONDON: Pertemuan antara Tottenham Hotspur menentang pasukan diancam COVID-19, Aston Villa ditangguhkan dengan skuad Jose Mourinho sebaliknya akan berdepan Fulham dalam jadual yang diubah untuk Rabu ini. |
| PKP: Hanya pelajar duduki peperiksaan utama ke sekolah Posted: 11 Jan 2021 06:18 AM PST KUALA LUMPUR: Sesi persekolahan secara bersemuka di enam negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Johor dan Sabah hanya membabitkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama. |
| Penerbangan pertama Qatar ke Arab Saudi hari ini Posted: 11 Jan 2021 06:13 AM PST DOHA: Penerbangan dari Qatar ke Arab Saudi beroperasi semula hari ini selepas negara teluk itu menandatangani perjanjian damai, sekali gus menamatkan pertelingkahan selama tiga tahun. |
| Thailand harap gelombang kedua COVID-19 perlahan Posted: 11 Jan 2021 06:03 AM PST BANGKOK: Thailand berharap gelombang kedua COVID-19 yang tercetus sejak pertengahan Disember lalu akan perlahan dalam tempoh dua minggu lagi. |
| PKP: Kedai makan, gerai penjaja hanya dibenarkan perkhidmatan bawa pulang Posted: 11 Jan 2021 02:24 AM PST KUALA LUMPUR: Semua kedai makan dan gerai penjaja di enam negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hanya dibenarkan beroperasi untuk perkhidmatan bawa pulang. |
| Lebih setengah juta penduduk Beijing kena perintah berkurung Posted: 11 Jan 2021 05:48 AM PST BEIJING: Lebih setengah juta penduduk bandar ini menjalani perintah berkurung, berkuat kuasa hari ini selepas kerajaan memperketatkan langkah keselamatan bagi membendung penularan COVID-19. |
| Posted: 11 Jan 2021 05:47 AM PST KUALA LUMPUR: Pelakon Shima Anuar yang mengadu sesak nafas dan sakit kepala sejak Jumaat lalu, disahkan positif COVID-19. |
| PKP: Pelajar, calon SPM boleh hadir sekolah Posted: 11 Jan 2021 02:22 AM PST KUALA LUMPUR: Pelajar dan calon peperiksaan utama termasuk bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi sesi 2020 dan 2021 dibenarkan hadir ke sekolah, namun dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. |
| PKP: Hanya lima orang di masjid, rumah ibadat Posted: 11 Jan 2021 02:23 AM PST KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hanya ahli jawatankuasa masjid atau rumah ibadat dibenarkan hadir di negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan jumlah maksimum lima orang. |
| COVID-19: 2,232 kes baharu, Selangor terus sumbang angka harian tertinggi Posted: 11 Jan 2021 03:15 AM PST PUTRAJAYA: Sebanyak 2,232 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan, hari ini, dengan Selangor terus menjadi penyumbang angka harian tertinggi. |
| FINAS umum SOP 'shooting' esok Posted: 11 Jan 2021 05:19 AM PST KUALA LUMPUR: Perincian berhubung aktiviti penggambaran di negeri yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijangka diumumkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), esok. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment