BH Online - Terkini |
- COVID-19: Pesakit kuarantin di rumah perlu ada sistem sokongan - Pakar
- PKP: Polis Selangor adakan SJR di lokasi strategik
- Tunjuk surat pengesahan majikan, pas kerja di SJR
- Lebih 300 sekatan jalan raya beroperasi bermula tengah malam ini
- 'Untung beribu ringgit, apalah sangat dengan RM1,000'
- Tiada penggambaran di enam negeri PKP
- MMA sokong pelaksanaan PKP, pengisytiharan darurat
- SKMM sahkan akaun Twitter rasmi diceroboh
- Tiada lagi amaran, terus kompaun jika degil
- Kenduri, tunang, sambut hari jadi dilarang di negeri kena PKPB
- 6 lemas, 19 lagi hilang tongkang karam di Sungai Congo
- PKP: Solat Jumaat maksimum 30 jemaah di Wilayah Persekutuan - JAWI
- Demi keluarga, Nur Aiman kembali perkuat pasukan TSG
- Khairul sasar kembali temui sentuhan bersama UiTM FC
- PKP: Pusingan akhir perlumbaan MSBK ditunda
- 11 pekerja i-Stone positif COVID-19
- Eurofresh sasar bekal daging segar tempatan
- Pekerja positif COVID-19, kilang Spring Art ditutup
- PKP: Sektor perkhidmatan perlu yang berdaftar dibenarkan beroperasi
- PKP: Hanya 2 wakil isi rumah dibenar keluar dapatkan bekalan keperluan
- Zii Jia miliki kelebihan di Terbuka Thailand
- "Bukan rampasan kuasa, tiada perintah berkurung" - Perdana Menteri
- Kapasiti dalam kelas mengikut penjarakan fizikal - Radzi
- Guru kelas akan hubungi ibu bapa murid Tahun Satu
- PKP: Pusat tuisyen tidak dibenarkan beroperasi
- PKP: Guru diarahkan kembali ke stesen tempat bertugas sebelum 20 Januari
- PKP: MSN sedia kendali latihan ikut SOP ketat
- PKP: Hanya pelajar duduki peperiksaan utama 2020, 2021 ikuti pembelajaran bersemuka
- TRW lancar jersi, pengenalan pemain di Villa Abadi Langkawi
- PKP: Semua majlis sosial, keramaian tidak dibenarkan
| COVID-19: Pesakit kuarantin di rumah perlu ada sistem sokongan - Pakar Posted: 12 Jan 2021 10:03 AM PST KUALA LUMPUR: Pesakit COVID-19 yang menjalani kuarantin di rumah, perlu ada sistem sokongan terutama daripada keluarga, untuk memberi maklum balas kepada hospital atau Pejabat Kesihatan jika gejala semakin teruk. |
| PKP: Polis Selangor adakan SJR di lokasi strategik Posted: 12 Jan 2021 09:23 AM PST KUALA LUMPUR: Polis mengadakan sekatan jalan raya (SJR) di beberapa lokasi strategik sekitar Selangor susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bermula tengah malam tadi. |
| Tunjuk surat pengesahan majikan, pas kerja di SJR Posted: 12 Jan 2021 08:33 AM PST KUALA LUMPUR: Kakitangan dalam sektor dibenarkan beroperasi, termasuk petugas media yang perlu merentas negeri setiap hari atas urusan kerja, hanya perlu menunjukkan surat pengesahan majikan dan pas kerja ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) dijalankan polis. |
| Lebih 300 sekatan jalan raya beroperasi bermula tengah malam ini Posted: 12 Jan 2021 04:55 AM PST KUALA LUMPUR: Lebih 300 sekatan jalan raya (SJR) akan mula didirikan di seluruh negara bermula tengah malam ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri bermula esok. |
| 'Untung beribu ringgit, apalah sangat dengan RM1,000' Posted: 12 Jan 2021 06:06 AM PST KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersetuju dengan syor menaikkan kadar kompaun RM1,000 terhadap kesalahan mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), khususnya membabitkan premis hiburan. |
| Tiada penggambaran di enam negeri PKP Posted: 12 Jan 2021 01:32 AM PST KUALA LUMPUR: Aktiviti penggambaran di enam negeri yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai tengah malam ini hingga 26 Januari depan, tidak dibenarkan. |
| MMA sokong pelaksanaan PKP, pengisytiharan darurat Posted: 12 Jan 2021 08:09 AM PST KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyokong pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri dan pengisytiharan darurat bagi mengekang penularan COVID-19. |
| SKMM sahkan akaun Twitter rasmi diceroboh Posted: 12 Jan 2021 06:21 AM PST KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan bahawa akaun Twitter rasmi suruhanjaya itu, @SKMM_MCMC, diceroboh pihak tidak bertanggungjawab. |
| Tiada lagi amaran, terus kompaun jika degil Posted: 11 Jan 2021 09:48 PM PST KUALA LUMPUR: Tiada lagi amaran, sebaliknya tindakan kompaun akan terus dikenakan terhadap mana-mana individu yang masih berdegil dan melanggar larangan rentas negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua, yang akan berkuat kuasa esok. |
| Kenduri, tunang, sambut hari jadi dilarang di negeri kena PKPB Posted: 12 Jan 2021 04:31 AM PST KUALA LUMPUR: Prosedur operasi standard (SOP) di negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditambah dengan larangan pergerakan merentas negeri. |
| 6 lemas, 19 lagi hilang tongkang karam di Sungai Congo Posted: 12 Jan 2021 07:51 AM PST KISANGANI: Sekurang-kurangnya 25 orang dikhuatiri lemas apabila sebuah tongkang karam di Sungai Congo di sini. |
| PKP: Solat Jumaat maksimum 30 jemaah di Wilayah Persekutuan - JAWI Posted: 12 Jan 2021 07:25 AM PST KUALA LUMPUR: Solat Jumaat di masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan, dibenarkan dengan maksimum 30 jemaah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). |
| Demi keluarga, Nur Aiman kembali perkuat pasukan TSG Posted: 12 Jan 2021 06:53 AM PST KUALA TERENGGANU: Demi sayang dan kasih pada keluarga, Raja Bukit Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020, Nur Aiman Mohd Zariff memilih untuk menolak tawaran kekal bersama Team Sapura Cycling (TSC) pada musim ini. |
| Khairul sasar kembali temui sentuhan bersama UiTM FC Posted: 12 Jan 2021 06:36 AM PST KUALA LUMPUR: Penyerang baharu UiTM FC, Khairul Izuan Rosli bertekad membantu pasukan baharunya mencipta kejayaan dalam saingan Liga Malaysia 2021 yang bakal bermula 26 Februari ini. |
| PKP: Pusingan akhir perlumbaan MSBK ditunda Posted: 12 Jan 2021 06:35 AM PST KUALA LUMPUR: Perlumbaan pusingan kedua dan akhir Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) 2020 yang dijadual berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 20 hingga 22 Januari ini ditangguh hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. |
| 11 pekerja i-Stone positif COVID-19 Posted: 12 Jan 2021 06:30 AM PST KUALA LUMPUR: Sebelas pekerja anak syarikat i-Stone Group Bhd diuji positif COVID-19. |
| Eurofresh sasar bekal daging segar tempatan Posted: 12 Jan 2021 06:18 AM PST KUALA LUMPUR: Pengimport daging dan makanan laut sejuk beku, Eurofresh Sdn Bhd menyasarkan untuk membekalkan daging segar tempatan khususnya keluaran penternak dari Perak dalam tempoh setahun dari sekarang. |
| Pekerja positif COVID-19, kilang Spring Art ditutup Posted: 12 Jan 2021 06:06 AM PST KUALA LUMPUR: Syarikat perabot yang berpangkalan di Johor, Spring Art Holdings Bhd (Spring Art) mengesahkan bahawa beberapa pekerjanya diuji positif COVID-19 sehingga mengakibatkan pemberhentian sementara operasi di dua kilang. |
| PKP: Sektor perkhidmatan perlu yang berdaftar dibenarkan beroperasi Posted: 12 Jan 2021 05:10 AM PST KUALA LUMPUR: Semua sektor dalam senarai perkhidmatan perlu yang berdaftar dengan kementerian dan agensi berkaitan, boleh beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). |
| PKP: Hanya 2 wakil isi rumah dibenar keluar dapatkan bekalan keperluan Posted: 12 Jan 2021 04:58 AM PST KUALA LUMPUR: Hanya dua wakil isi rumah dibenarkan keluar bagi mendapatkan bekalan seperti makanan, penokok diet, ubat dan barangan keperluan asas lain, di negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). |
| Zii Jia miliki kelebihan di Terbuka Thailand Posted: 12 Jan 2021 04:56 AM PST KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan menganggap anak didiknya, Lee Zii Jia mempunyai kelebihan apabila beraksi dalam saingan Terbuka Thailand Yonex di Bangkok, sekiranya cepat menyesuaikan diri dengan kebiasaan baharu. |
| "Bukan rampasan kuasa, tiada perintah berkurung" - Perdana Menteri Posted: 11 Jan 2021 07:26 PM PST KUALA LUMPUR: Pengisytiharan darurat di negara ini tidak akan membabitkan sebarang bentuk rampasan kuasa tentera atau pelaksanaan perintah berkurung, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. |
| Kapasiti dalam kelas mengikut penjarakan fizikal - Radzi Posted: 12 Jan 2021 03:00 AM PST KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan tiada menetapkan bilangan khusus untuk pelajar berada dalam setiap bilik darjah di sekolah, sebaliknya ia bergantung pada kapasiti maksimum mengikut penjarakan fizikal. |
| Guru kelas akan hubungi ibu bapa murid Tahun Satu Posted: 12 Jan 2021 02:26 AM PST KUALA LUMPUR: Ibu bapa murid Tahun Satu sesi 2021 akan dihubungi guru kelas masing-masing apabila sesi persekolahan bermula. |
| PKP: Pusat tuisyen tidak dibenarkan beroperasi Posted: 12 Jan 2021 02:22 AM PST KUALA LUMPUR: Pusat tuisyen tidak dibenarkan beroperasi di negeri atau kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). |
| PKP: Guru diarahkan kembali ke stesen tempat bertugas sebelum 20 Januari Posted: 12 Jan 2021 02:07 AM PST KUALA LUMPUR: Semua guru di kawasan terbabit pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), diarahkan untuk kembali ke stesen tempat bertugas masing-masing sebelum 20 Januari ini. |
| PKP: MSN sedia kendali latihan ikut SOP ketat Posted: 12 Jan 2021 04:46 AM PST KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) bersedia mengendalikan latihan secara kuarantin, mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat termasuk penjadualan semua masa latihan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di enam negeri bermula esok. |
| PKP: Hanya pelajar duduki peperiksaan utama 2020, 2021 ikuti pembelajaran bersemuka Posted: 12 Jan 2021 01:38 AM PST KUALA LUMPUR: Hanya pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama bagi 2020 dan 2021 dibenarkan mengikuti pembelajaran secara bersemuka, di sekolah dalam kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). |
| TRW lancar jersi, pengenalan pemain di Villa Abadi Langkawi Posted: 12 Jan 2021 04:41 AM PST KOTA BHARU: Kelab Bola Sepak Kelantan (Kelantan FC) buat julung kalinya akan membuat kelainan pada majlis pelancaran jersi dan pengenalan barisan pemain serta jurulatih bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini dengan menganjurkannya di luar Kelantan. |
| PKP: Semua majlis sosial, keramaian tidak dibenarkan Posted: 12 Jan 2021 04:42 AM PST KUALA LUMPUR: Semua aktiviti majlis sosial dan keramaian, termasuk majlis perkahwinan, pertunangan serta resepsi, tidak dibenarkan di negeri terbabit Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment