Friday, January 15, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Kerajaan Belanda terbubar

Posted: 15 Jan 2021 08:12 AM PST

THE HAGUE: Kerajaan Belanda diterajui Perdana Menteri, Mark Rutte hari ini, meletak jawatan susulan skandal kebajikan kanak-kanak yang membawa ancaman kepada ketidakstabilan politik, ketika negara itu berdepan wabak COVID-19.

Tanah runtuh: Dua daerah di Sarawak bergelap

Posted: 15 Jan 2021 07:55 AM PST

BAU: Dua daerah di bahagian selatan Sarawak berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia bergelap, selepas dua kejadian tanah runtuh mengakibatkan bekalan elektrik terputus.

Rooney gantung but

Posted: 15 Jan 2021 07:40 AM PST

LONDON: Wayne Rooney secara rasmi bersara sebagai pemain bola sepak untuk memegang jawatan sepenuh masa selaku pengurus Derby County.

Haqiem buat ujian calitan

Posted: 15 Jan 2021 07:34 AM PST

KUALA LUMPUR: Mengambil langkah berjaga-jaga, Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-33 (ABPBH 33), Haqiem Rusli, 23, membuat ujian saringan COVID-19 selepas dipercayai menjadi kontak rapat kepada seorang individu yang disahkan dijangkiti virus berkenaan.

PKP kurang kesan buruk ekonomi - Prof Noor Azlan

Posted: 15 Jan 2021 07:22 AM PST

KUALA LUMPUR: Ekonomi negara tidak terlalu terjejas walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan semula di beberapa negeri, sejak Rabu lalu.

Operasi institusi pendidikan di Kelantan, Sibu tertakluk SOP PKP

Posted: 15 Jan 2021 06:22 AM PST

KUALA LUMPUR: Pelajar Tingkatan Satu hingga Empat di Kelantan dan Sibu, Sarawak akan mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), bermula 20 Januari ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Liverpool perlu buktikan mereka adalah juara - Carragher

Posted: 15 Jan 2021 06:03 AM PST

LONDON: Legenda Liverpool, Jamie Carragher menegaskan Manchester United boleh mencipta kejutan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sekiranya berjaya menewaskan penyandang juara itu, Isnin ini.

Malaysia mulakan tindakan undang-undang terhadap EU

Posted: 15 Jan 2021 05:49 AM PST

KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini memulakan tindakan undang-undang ke atas Kesatuan Eropah (EU) berikutan kempen anti minyak sawit, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Samsung perkenal Galaxy S21 Ultra

Posted: 15 Jan 2021 05:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Samsung Electronics Co Ltd memperkenalkan telefon pintar terbaharunya, Galaxy S21 Ultra, yang dilengkapi dengan sistem kamera 'pro-grade' paling maju.

Penghantaran vaksin Pfizer ke Norway, Eropah dikurangkan

Posted: 15 Jan 2021 05:30 AM PST

OSLO: Kumpulan farmasi Amerika Syarikat (AS) Pfizer memberi amaran hari ini bahawa penghantaran vaksin COVID-19 ke Norway dan Eropah akan dikurangkan "mulai minggu depan" kerana syarikat itu meningkatkan kapasiti pengeluarannya, kata pihak berkuasa kesihatan Norway.

V Shem-Wee Kiong mara ke separuh akhir

Posted: 15 Jan 2021 05:24 AM PST

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki profesional negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong bertekad mengekalkan prestasi cemerlang pada Kejohanan Badminton Yonex Terbuka Thailand di Impact Arena, Bangkok, Thailand.

COVID-19: Kes di Eropah lepasi 30 juta

Posted: 15 Jan 2021 05:19 AM PST

PARIS: Lebih 30 juta kes jangkitan COVID-19 dilaporkan secara rasmi di Eropah, menurut laporan AFP berdasarkan statistik kesihatan rasmi sehingga jam 8 pagi tadi.

Ringgit ditutup tinggi

Posted: 15 Jan 2021 05:17 AM PST

KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed), Jerome Powell menyampaikan mesej yang cenderung terhadap kadar faedah rendah kepada pasaran pada Khamis.

Bekas atlet terharu, berterima kasih

Posted: 15 Jan 2021 05:14 AM PST

KUALA LUMPUR: Bekas atlet yang terpilih menerima inisiatif Program Home Make Over@Ceria Atlet Selangor yang dijalankan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) bersama kerajaan negeri Selangor berterima kasih atas bantuan diberikan.

Bursa Malaysia berakhir lesu minggu ini

Posted: 15 Jan 2021 05:13 AM PST

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini dalam wilayah negatif apabila minat terhadap risiko dijejaskan oleh ketegangan perdagangan terbaharu Amerika Syarikat (AS)-China ketika pelabur meneliti pakej bantuan COVID-19 yang diumumkan oleh bakal Presiden, Joe Biden.

MySejahtera maklumkan pengguna jika positif COVID-19

Posted: 15 Jan 2021 05:07 AM PST

PUTRAJAYA: Pengguna MySejahtera yang disahkan positif COVID-19 akan menerima pemakluman berkenaan kes itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan 'Push Notification' yang terdapat dalam aplikasi berkenaan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

KPPK sumbang tilam kepada mangsa banjir di Temerloh

Posted: 15 Jan 2021 04:54 AM PST

PUTRAJAYA: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menyumbang 230 unit tilam kepada mangsa banjir di kawasan terjejas teruk di Temerloh, Pahang.

Pejabat Peguam Negara umumkan perincian Ordinan Darurat

Posted: 14 Jan 2021 09:42 PM PST

KUALA LUMPUR: Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang diwartakan pada Isnin lalu antara lain memperuntukkan perlindungan ke atas kerajaan daripada tindakan guaman dan prosiding undang-undang.

Kesatuan wartawan gesa sidang media bersemuka ditangguh

Posted: 15 Jan 2021 04:34 AM PST

KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) menggesa supaya sidang media secara bersemuka dianjurkan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta, ditangguhkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

India rancang bekalkan 20 juta dos vaksin COVID-19 kepada jiran

Posted: 15 Jan 2021 04:33 AM PST

NEW DELHI: India, antara pengeluar vaksin terbesar di dunia, merancang menawarkan 20 juta dos vaksin COVID-19 kepada negara jiran berikutan terdapat dasar untuk membekalkan botol vaksin ke seluruh dunia, menurut sumber.

COVID-19: 3,211 jangkitan baharu, lapan mati hari ini

Posted: 15 Jan 2021 03:01 AM PST

PUTRAJAYA: Negara terus mencatatkan jangkitan baharu COVID-19 empat angka iaitu 3,211 kes menjadikan jumlah kumulatif 151,066 kes.

Pesawat PIA ditahan pihak berkuasa Malaysia berhubung kes mahkamah

Posted: 15 Jan 2021 04:29 AM PST

ISLAMABAD: Sebuah pesawat Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Malaysia berhubung pertikaian undang-undang antara syarikat penerbangan itu dan pihak lain, menurut syarikat penerbangan itu hari ini.

Saya sudah hubungi Stuart - Zamsaham

Posted: 15 Jan 2021 04:27 AM PST

KUALA LUMPUR: Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman mendedahkan dia sudah menghubungi Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam susulan kenyataan pemotongan mata yang bakal dikenakan ke atas pasukan itu.

PN Johor umum struktur kepemimpinan, tetapkan hala tuju

Posted: 15 Jan 2021 03:37 AM PST

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) Johor memuktamadkan pembentukan struktur kepemimpinan dan menetapkan beberapa hala tuju.

PKP di Sibu, Kelantan bermula esok

Posted: 15 Jan 2021 02:10 AM PST

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikuatkuasakan di Sibu, Sarawak dan Kelantan, berkuat kuasa esok hingga 29 Januari depan.

PKP di 6 negeri bermula Rabu - PM

Posted: 11 Jan 2021 02:15 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari di enam negeri berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam Rabu ini hingga 26 Januari depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tak boleh rentas negeri mulai lusa

Posted: 11 Jan 2021 02:12 AM PST

KUALA LUMPUR: Pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan di seluruh negara selama 14 hari, bermula Rabu ini.

PKP: Hanya lima orang di masjid, rumah ibadat

Posted: 11 Jan 2021 02:23 AM PST

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hanya ahli jawatankuasa masjid atau rumah ibadat dibenarkan hadir di negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan jumlah maksimum lima orang.

Tindakan tegas berkaitan rentas negeri

Posted: 15 Jan 2021 02:01 AM PST

KUALA LUMPUR: Mulai esok, penguat kuasa akan mengambil tindakan tegas ke atas individu yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), terutama berkaitan rentas negeri.

Polis boleh guna kaedah yang sesuai

Posted: 15 Jan 2021 03:21 AM PST

KUALA LUMPUR: Polis bebas menggunakan kaedah yang sesuai bagi memastikan kelancaran operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), termasuk memanfaatkan teknologi dron.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template