Sunday, January 17, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Jalan putus, banjir berterusan di Sabah

Posted: 17 Jan 2021 12:31 AM PST

KOTA KINABALU: Jalan Penampang-Tambunan yang menghubungkan Kota Kinabalu, Tambunan dan Keningau ditutup kepada semua lalu lintas selepas laluan di Kilometer (KM) 45.7 runtuh, hari ini.

25,000 anggota Pengawal Kebangsaan kawal Washington

Posted: 16 Jan 2021 07:31 PM PST

WASHINGTON: Pentagon mengerahkan seramai 25,000 anggota Pengawal Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) ke pusat pentadbiran kerajaan sebagai langkah keselamatan dan mengawal majlis pelantikan Joe Biden sebagai Presiden ke-46.

Hanya Cameron Highlands daerah Zon Hijau di Semenanjung

Posted: 17 Jan 2021 08:09 AM PST

KUALA LUMPUR: Data terkini Kementerian Kesihatan (KKM) sejak 4 Januari lalu hingga semalam, menunjukkan hanya daerah Cameron Highlands di Semenanjung, bertahan sebagai Zon Hijau iaitu tiada kes positif wabak COVID-19.

COVID-19: Hospital swasta bantu kurang tekanan hospital kerajaan

Posted: 17 Jan 2021 08:06 AM PST

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin menegaskan kerajaan amat menghargai sokongan diberikan hospital swasta dalam membantu menangani penularan pandemik COVID-19 ketika ini.

Lompang PdP boleh wujudkan 'generasi ketinggalan'

Posted: 17 Jan 2021 12:50 AM PST

KUALA LUMPUR: Anak golongan kurang berkemampuan berdepan risiko menjadi 'generasi ketinggalan' atau 'lost generation' jika kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka tidak dapat dilaksanakan.

Jangkitan COVID-19 di Filipina, Thailand meningkat ketara

Posted: 17 Jan 2021 06:08 AM PST

MANILA: Jabatan Kesihatan (DOH) Filipina melaporkan 1,895 kes baharu COVID-19 hari ini, meningkatkan jumlah keseluruhan jangkitan di negara itu kepada 500,577 kes.

Kerajaan terbuka dengar, teliti pandangan pakar tangani COVID-19

Posted: 17 Jan 2021 07:03 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membentuk satu kumpulan penasihat kesihatan dan saintifik COVID-19 untuk memberi nasihat berkaitan hal pengurusan pandemik berkenaan.

Shima bebas COVID-19

Posted: 17 Jan 2021 06:57 AM PST

KUALA LUMPUR: Pelakon filem Highland Tower dan Jangan Pandang Belakang Boleh, Shima Anuar akhirnya bebas jangkitan pandemik COVID-19 selepas seminggu menjalani kuarantin di rumah.

Lelaki ditahan kali kedua simpan burung murai batu

Posted: 17 Jan 2021 06:53 AM PST

JOHOR BAHRU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) menahan seorang lelaki serta merampas 97 ekor burung murai batu termasuk 35 yang sudah mati dalam satu operasi di Felda Bukit Waha, dekat Kota Tinggi, semalam.

Darurat tidak jejas keyakinan pelabur

Posted: 17 Jan 2021 06:51 AM PST

KOTA TINGGI: Pelaksanaan darurat yang pernah dilaksanakan sebelum ini seperti di Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah, terbukti tidak menjejaskan keyakinan pelabur untuk melabur di Malaysia.

Hospital Sungai Buloh tambah baik komunikasi, kebajikan petugas kesihatan

Posted: 17 Jan 2021 06:34 AM PST

KUALA LUMPUR: Pengurusan Hospital Sungai Buloh akan menambah baik komunikasi dalaman dan berusaha mencari alternatif bersesuaian untuk menjamin kebajikan lebih baik semua petugas kesihatannya.

COVID-19: Hari keluarga cetus kluster baharu di Sabah

Posted: 17 Jan 2021 06:30 AM PST

KOTA KINABALU: Hari keluarga di Taman Ikan Jinak, Tuaran mencetuskan kluster baharu COVID-19 di daerah Tuaran dan Kota Belud dilaporkan di Sabah hari ini.

UK gesa China benarkan penyiasat PBB lawat Xinjiang

Posted: 17 Jan 2021 06:25 AM PST

LONDON: Kerajaan Britain hari ini menggesa China membenarkan penyiasat hak asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melawat Xinjiang selepas wujud dakwaan baharu mengenai pelanggaran hak asasi etnik minoriti Uighur.

Kerajaan Perak arah siasatan kemusnahan Air Terjun Tanjung Batu

Posted: 17 Jan 2021 04:31 AM PST

MANJUNG: Kerajaan Perak sudah mengarahkan Jabatan Perhutanan dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri itu, mengemukakan laporan berhubung dakwaan aktiviti kuari memusnahkan Air Terjun Tanjung Batu dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Segari Melintang dekat Pantai Remis di sini.

MPK tangguh pembukaan pasar pagi dan pasar tani

Posted: 17 Jan 2021 06:16 AM PST

SHAH ALAM: Pembukaan pasar pagi dan pasar tani di daerah Klang yang dijadualkan beroperasi mulai esok ditunda sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan.

Maut rempuh tiang telefon

Posted: 17 Jan 2021 05:35 AM PST

KOTA BHARU: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh tiang telefon di Kampung Sabak, di sini, petang tadi.

Pasukan perlu bijak rangka strategi hadapi PKP

Posted: 17 Jan 2021 05:51 AM PST

MELAKA: Pasukan yang bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M) perlu bijak merangka strategi menghadapi situasi luar jangka susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat peningkatan kes COVID-19, kata bekas pemain Olimpik 1980, Ramli Junit.

Wanita dakwa positif COVID-19 akibat kekhilafan KKM

Posted: 17 Jan 2021 05:44 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang wanita mendakwa kekhilafan Kementerian Kesihatan (KKM) menyebabkan dia dan anaknya dijangkiti COVID-19 daripadanya suaminya.

COVID-19: Belum reda, 3,339 kes baharu dicatat

Posted: 17 Jan 2021 04:32 AM PST

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mencatat 3,339 kes positif COVID-19 baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini kepada 158,434 kes.

Banjir: 2,853 mangsa banjir di Pahang di 31 PPS

Posted: 17 Jan 2021 04:20 AM PST

KUANTAN: Seramai 2,853 mangsa banjir daripada 795 keluarga masih berlindung di 31 pusat pemindahan sementara (PPS) dekat Kuantan, Pekan dan Maran setakat jam 4 petang ini.

KKM sahkan vaksin dibangunkan China halal

Posted: 16 Jan 2021 04:47 AM PST

KUALA LUMPUR: Vaksin yang dibangunkan Institut Biologi Perubatan, Akademi Sains Perubatan Cina (IMBCAMS) di China memperoleh sijil halal.

Keputusan badminton Terbuka Thailand

Posted: 17 Jan 2021 05:25 AM PST

KUALA LUMPUR: Berikut rangkuman keputusan penuh saingan badminton Terbuka Thailand Yonex di Bangkok yang berakhir sebentar tadi.

Helikopter tentera udara Filipina terhempas, 7 maut

Posted: 17 Jan 2021 05:24 AM PST

CAGAYAN DE ORO: Sebuah helikopter tentera udara Filipina yang membawa bekalan untuk pasukan menentang pemberontakan terhempas di selatan negara itu semalam.

Pengurusan darurat fokus enam kluster utama

Posted: 17 Jan 2021 05:23 AM PST

PUTRAJAYA: Kluster Kesihatan dan Kluster Ekonomi adalah antara enam kluster utama diberi fokus oleh kerajaan susulan penubuhan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat, semalam.

Polis buru suspek dua kes ragut di Kajang

Posted: 17 Jan 2021 05:09 AM PST

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu seorang lelaki dipercayai mendalangi dua kes ragut di kawasan tempat letak kenderaan sebuah pasar raya di Batu 11, Balakong, Kajang, pada 11 Januari lalu.

Capaian internet, kurang gajet boleh sukarkan PdPR

Posted: 16 Jan 2021 11:17 PM PST

KUALA LUMPUR: Faktor capaian internet dan pemilikan gajet dilihat menjadi antara faktor utama menyebabkan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kurang berkesan.

TSG harap dibenarkan 'berkayuh' di Turki

Posted: 17 Jan 2021 05:11 AM PST

KUALA TERENGGANU: Pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) masih lagi menunggu 'lampu hijau' daripada Jabatan Imigresen untuk membolehkan mereka berlumba di Antalya, Turki pada bulan depan.

KSSB tubuh pasukan khas siasat kejadian tanah mendap

Posted: 16 Jan 2021 10:43 PM PST

KUALA SELANGOR: Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat punca tanah mendap di Jalan PKPS, Kampung Bestari Jaya, pada 15 Januari lalu.

COVID-19: 'Kesan pandemik diramal surut menjelang akhir tahun'

Posted: 16 Jan 2021 10:37 PM PST

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan COVID-19 dijangka mula merekodkan penyusutan tiga bulan selepas program pemvaksinan dilakukan, meliputi 80 peratus daripada keseluruhan penduduk di Malaysia.

Darurat perlu untuk kawal situasi semasa negara

Posted: 17 Jan 2021 04:22 AM PST

KUALA LUMPUR: Proklamasi darurat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, dilihat bukan sahaja menyentuh aspek kesihatan untuk menangani COVID-19, malah berperanan sebagai medan 'gencatan senjata' membabitkan semua pihak bertelingkah bagi mengawal keadaan supaya lebih tenteram menghadapi krisis semasa.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template