BH Online - Terkini |
- MB Selangor lawat wanita kesusahan senyap-senyap
- Ujian saringan pelajar jika ada kes positif di komuniti
- Koordinasi KKM, hospital swasta bermula minggu depan
- Gajah ceroboh akibat pagar elektrik rosak
- Sekatan AS: Pelanggan utama Sime Darby Plantations kekal
- Thailand lulus penggunaan vaksin COVID-19
- Kerajaan boleh nilai semula, tambah baik pelaksanaan GST
- Tiga beradik daki bukit demi ikuti PdPR
- Empat beradik 'bawa balik' mayat bapa dari hospital ditahan polis
- Mampukah Daren ketepikan Axelsen?
- Najib kena jujur
- Ibu bapa, waris kutip tugasan anak dari pondok jaga sekolah untuk PdPR
- COVID-19: Ibu mentua Ako meninggal dunia
- Danish buru tempat skuad utama Bos Gaurus
- Pelajar dengan suhu lebih 37.5 darjah dilarang masuk kelas
- 'Tiada krisis dalaman di MDEC'
- AirAsia cadang kumpul dana RM454.51 juta
- KETENGAH beri pengecualian sewa enam bulan
- Umat Islam Perancis tidak menyenangi piagam anti ekstremis Macron
- Hanya 20 individu dibenar hadiri pengebumian
- PKP bukan halangan beli-belah secara dalam talian
- Pengekalan OPR perkukuh ringgit
- TMJ akui gemar Mourinho, Cantona
- COVID-19: 401 kes baharu di Sabah hari ini
- Gempa bumi kuat di Kepulauan Talaud, Indonesia
- Kerajaan Perak nafi wujud 'politik dalaman' PAFA
- Tugas berat menanti Hendrawan baiki prestasi Zii Jia
- Kilang vaksin terbesar dunia di India terbakar, 5 maut
- Azwan Ali dipanggil ke Bukit Aman kes perlekeh proklamasi darurat
- Calon SPM bergejala perlu jalani ujian swab
| MB Selangor lawat wanita kesusahan senyap-senyap Posted: 21 Jan 2021 08:05 AM PST PETALING JAYA: Terkesan dengan tindakan Polis Daerah Petaling Jaya memberi bantuan kepada seorang ibu tiga anak yang ditahan selepas dilaporkan mencuri di sebuah pasar raya, semalam, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, muncul secara mengejut di kediaman wanita berkenaan di Lembah Subang, malam ini. |
| Ujian saringan pelajar jika ada kes positif di komuniti Posted: 21 Jan 2021 04:35 AM PST PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) hanya akan menjalankan ujian saringan COVID-19 termasuk terhadap murid sekolah jika ada kes positif baharu dikesan dalam komuniti atau terdedah kepada kes positif. |
| Koordinasi KKM, hospital swasta bermula minggu depan Posted: 21 Jan 2021 05:08 AM PST PUTRAJAYA: Koordinasi antara Kementerian Kesihatan (KKM) dengan pusat perubatan swasta melalui Pusat Penilaian COVID-19 (PPC) bagi mengendalikan pesakit pandemik itu dijangka bermula minggu depan. |
| Gajah ceroboh akibat pagar elektrik rosak Posted: 21 Jan 2021 08:19 AM PST GERIK: Kerosakan pagar elektrik yang dipasang di sekeliling Sekolah Kebangsaan (SK) Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar dekat sini menyebabkan kumpulan gajah liar sering menceroboh ke kawasan sekolah itu sejak lebih sebulan lalu. |
| Sekatan AS: Pelanggan utama Sime Darby Plantations kekal Posted: 21 Jan 2021 08:13 AM PST KUALA LUMPUR: Pelanggan terbesar Sime Darby Plantation Bhd (SDP) tidak mengambil keputusan menyeluruh menyekat pembelian minyak sawit dan produk minyak sawit daripada syarikat itu susulan sekatan Amerika Syarikat berhubung dakwaan penggunaan buruh paksa dalam proses pengeluarannya. |
| Thailand lulus penggunaan vaksin COVID-19 Posted: 21 Jan 2021 08:06 AM PST BANGKOK: Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Thailand meluluskan penggunaan kecemasan vaksin COVID-19 yang dibangunkan AstraZeneca Plc dan Universiti Oxford dengan bekalan pertama 50,000 dos dijangka diterima bulan depan. |
| Kerajaan boleh nilai semula, tambah baik pelaksanaan GST Posted: 21 Jan 2021 07:41 AM PST KUALA LUMPUR: Kerajaan boleh menilai semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan mengkaji untuk cukai penggunaan itu dapat dilaksanakan dengan lebih baik. |
| Tiga beradik daki bukit demi ikuti PdPR Posted: 21 Jan 2021 02:24 AM PST PAPAR: Demi mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PdPR), tiga beradik daripada Kampung Gana dekat sini, sanggup mendaki bukit setiap hari. |
| Empat beradik 'bawa balik' mayat bapa dari hospital ditahan polis Posted: 21 Jan 2021 07:26 AM PST LAHAD DATU: Empat beradik ditahan polis selepas bertindak melarikan jenazah bapa dari Hospital Lahad Datu, semalam. |
| Mampukah Daren ketepikan Axelsen? Posted: 21 Jan 2021 07:01 AM PST KUALA LUMPUR: Mampukah pemain profesional, Liew Daren mengulangi skrip final Terbuka Perancis 2012 yang menyaksikan dia menang ke atas Viktor Axelsen apabila mereka bertemu pada aksi suku akhir Terbuka Thailand Toyota di Bangkok, esok? |
| Posted: 21 Jan 2021 06:43 AM PST KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta jujur apabila membangkitkan isu pelaksanaan darurat dan mempertikai Parlimen digantung. |
| Ibu bapa, waris kutip tugasan anak dari pondok jaga sekolah untuk PdPR Posted: 21 Jan 2021 03:26 AM PST KUALA TERENGGANU: Ibu bapa atau penjaga datang mengambil tugasan diberikan guru kepada anak masing-masing di pondok pengawal keselamatan sekolah, sebelum disiapkan di rumah. |
| COVID-19: Ibu mentua Ako meninggal dunia Posted: 21 Jan 2021 06:32 AM PST KUALA LUMPUR: Ibu mentua pelakon Ako Mustapha yang dikenali sebagai Hajah Santanina menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur akibat COVID-19, petang tadi. |
| Danish buru tempat skuad utama Bos Gaurus Posted: 21 Jan 2021 06:32 AM PST KUALA LUMPUR: Bekas pemain skuad Bawah 23 (B-23) tahun kebangsaan, Muhammad Danish Haziq Saipul Hisyam bertekad memberikan aksi terbaik bersama Perak selepas sah menyertai pasukan berkenaan pada musim ini menerusi kontrak selama satu tahun. |
| Pelajar dengan suhu lebih 37.5 darjah dilarang masuk kelas Posted: 21 Jan 2021 06:20 AM PST KUALA TERENGGANU: Pelajar Tingkatan Lima dan Enam yang hadir untuk mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka di sekolah masing-masing, tidak dibenarkan masuk ke kelas, jika suhu badan dikesan melebihi 37.5 darjah celsius. |
| 'Tiada krisis dalaman di MDEC' Posted: 21 Jan 2021 03:12 AM PST KUALA LUMPUR: Tiada sebarang krisis dalaman yang wujud dalam Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sehingga mencetuskan peletakan jawatan lapan kakitangan penting agensi itu baru-baru ini. |
| AirAsia cadang kumpul dana RM454.51 juta Posted: 21 Jan 2021 06:09 AM PST KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd bercadang untuk melaksanakan tawaran saham persendirian sehingga 20 peratus daripada 3.34 bilion saham sedia ada bagi mengumpul sekitar RM454.51 juta. |
| KETENGAH beri pengecualian sewa enam bulan Posted: 21 Jan 2021 06:08 AM PST Oleh Baharom Bakar |
| Umat Islam Perancis tidak menyenangi piagam anti ekstremis Macron Posted: 21 Jan 2021 06:03 AM PST PARIS: Ketua pertubuhan Islam utama di Perancis hari ini membidas tindakan tiga kumpulan Islam yang enggan menandatangani piagam anti ekstremis yang pelopori Presiden Perancis, Emmanuel Macron. |
| Hanya 20 individu dibenar hadiri pengebumian Posted: 21 Jan 2021 05:23 AM PST PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan hanya 20 ahli keluarga dan rakan rapat boleh menghadiri majlis pengebumian bagi mengelakkan penularan COVID-19 dan mencetuskan kluster baharu. |
| PKP bukan halangan beli-belah secara dalam talian Posted: 21 Jan 2021 06:01 AM PST KUALA LUMPUR: Beribu-ribu pekedai runcit bersiap sedia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) dengan lebih 10,000 barangan runcit dan pelbagai barangan keperluan penting disediakan secara teratur menerusi laman khusus 'Keep Calm and Shop from Home' di platform Lazada. |
| Pengekalan OPR perkukuh ringgit Posted: 21 Jan 2021 05:54 AM PST KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih tinggi untuk hari ketiga berturut-turut, didagangkan pada kedudukan yang lebih baik selepas Bank Negara Malaysia terus mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada minggu ini. |
| TMJ akui gemar Mourinho, Cantona Posted: 21 Jan 2021 05:51 AM PST KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memilih pengendali Tottenham Hotspur, Jose Mourinho sebagai pengurus yang paling digemarinya. |
| COVID-19: 401 kes baharu di Sabah hari ini Posted: 21 Jan 2021 05:45 AM PST KOTA KINABALU: Situasi penularan COVID-19 di Sabah yang menyaksikan hampir semua daerah dalam zon merah, selain tiada lagi zon hijau antara sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan hingga 4 Februari. |
| Gempa bumi kuat di Kepulauan Talaud, Indonesia Posted: 21 Jan 2021 05:43 AM PST KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 pada skala Richter dilaporkan menggegar Kepulauan Talaud, Indonesia pada jam 8.23 malam waktu Malaysia, hari ini. |
| Kerajaan Perak nafi wujud 'politik dalaman' PAFA Posted: 21 Jan 2021 05:31 AM PST IPOH: Kerajaan Perak menafikan dakwaan wujud isu `politik dalaman' Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) hingga menyebabkan presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersama timbalannya, Datuk Adly Shah Ahmad Tah meletak jawatan hari ini. |
| Tugas berat menanti Hendrawan baiki prestasi Zii Jia Posted: 21 Jan 2021 05:25 AM PST KUALA LUMPUR: Tugas berat menanti ketua jurulatih perseorangan lelaki, Hendrawan selepas anak buahnya, Lee Zii Jia dilihat masih bergelut dengan prestasi tidak menentu. |
| Kilang vaksin terbesar dunia di India terbakar, 5 maut Posted: 21 Jan 2021 04:24 AM PST MUMBAI: Kilang pembuat vaksin terbesar dunia, Institut Serum India, terbakar hari ini tetapi ia tidak menjejaskan penghasilan vaksin COVID-19 di premis berkenaan. |
| Azwan Ali dipanggil ke Bukit Aman kes perlekeh proklamasi darurat Posted: 21 Jan 2021 04:56 AM PST KUALA LUMPUR: Polis memanggil selebriti Azwan Ali hadir ke Bukit Aman, hari ini untuk direkod keterangan berhubung kenyataan didakwa memperlekeh proklamasi darurat diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. |
| Calon SPM bergejala perlu jalani ujian swab Posted: 21 Jan 2021 02:37 AM PST KUALA LUMPUR: Kerajaan masih dengan keputusan hanya pelajar mempunyai gejala jangkitan COVID-19 perlu menjalani ujian saringan sebelum pulang ke asrama atau menduduki peperiksaan di sekolah. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment