BH Online - Terkini |
- Thailand perketat kawalan sempadan Thailand-Malaysia
- Pengkalan Kubor yang sepi
- Lelaki maut ketika buat aksi TikTok di landasan kereta api
- Tujuh peluru dalam otak gajah Pygmy Borneo, penjenayah diburu
- GPMS syor kerajaan beri peranti kepada pelajar B40
- Bekalan darah berkurangan
- COVID-19 catat 4,275 kes hari ini
- Arsenal 'menangis' di St Mary's
- Thailand perketat kawalan keselamatan di sempadan dengan Malaysia
- Pengacara ikonik temubual TV dan radio, Larry King meninggal dunia
- Praktik jadual waktu PdP anjal dalam talian
- Lebih 20 cedera letupan di Gaza
- AHF tangguh dua kejohanan utama
- Bantuan peranti untuk murid tidak mampu
- Menteri Kesihatan Sri Lanka positif COVID-19 selepas sahkan ubatan sihir
- Setiu, Kuala Nerus kini zon merah
- Kluster Bukit Biah di Terengganu berkaitan aktiviti agama
- TSG dapat kelulusan 'terbang' ke Turki
- 18 PATI ditahan dalam tiga serbuan di Teluk Ramunia
- Anwar dakwa 114 hingga 115 Ahli Parlimen setuju sidang Parlimen segera
- Perumahan Taman Sri Molek Perdana siap selepas lapan tahun terbengkalai
- Pentadbiran Biden kaji semula perjanjian AS-Taliban
- Kesan 28,477 pekerja asing positif COVID-19
- Tidak perlu takut derma darah, SOP ketat
- Trudeau pemimpin asing pertama terima panggilan Presiden Biden
- Russia tahan puluhan penunjuk perasaan anti-Putin
- Shopee padam jualan buku digital Kementerian Pendidikan di gerbangnya
- MOM yakin Sukan Olimpik ikut jadual
- Polis tahan 504 individu ingkar PKP
- Terlalu awal untuk membuat tentukan punca COVID-19 - WHO
| Thailand perketat kawalan sempadan Thailand-Malaysia Posted: 23 Jan 2021 02:36 PM PST BANGKOK: Thailand memperketatkan kawalannya di sempadan Thailand-Malaysia untuk mencegah penyeludupan pendatang asing dan mengekang penularan pandemik COVID-19. |
| Posted: 23 Jan 2021 12:28 AM PST TUMPAT: Sudah seminggu kawasan bebas cukai Pengkalan Kubor di sini, langsung tiada kelibat pengunjung disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). |
| Lelaki maut ketika buat aksi TikTok di landasan kereta api Posted: 23 Jan 2021 05:27 AM PST ISLAMADAB: Seorang lelaki dilanggar kereta api ketika beliau merakamkan aksi berjalan di sepanjang trek untuk aplikasi TikTok, semalam. |
| Tujuh peluru dalam otak gajah Pygmy Borneo, penjenayah diburu Posted: 23 Jan 2021 03:09 AM PST KINABANATANGAN: Punca kematian gajah Pygmy Borneo yang bangkainya ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Imbak, Tongod, di sini, Rabu lalu disahkan akibat tujuh tembakan yang menembusi otaknya. |
| GPMS syor kerajaan beri peranti kepada pelajar B40 Posted: 22 Jan 2021 07:07 PM PST KUALA LUMPUR: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) berharap kerajaan mempertimbangkan pemberian peranti elektronik kepada keluarga dan pelajar dari golongan B40 bagi meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan keperluan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). |
| Posted: 22 Jan 2021 11:16 PM PST KUALA LUMPUR: Stok bekalan darah di Pusat Darah Negara (PDN) dan tabung darah di seluruh negara berkurangan biarpun permintaan terhadapnya semakin meningkat. |
| COVID-19 catat 4,275 kes hari ini Posted: 23 Jan 2021 02:40 AM PST PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan kes positif baharu jangkitan COVID-19 tertinggi hari ini iaitu sebanyak 4,275. |
| Arsenal 'menangis' di St Mary's Posted: 23 Jan 2021 06:33 AM PST SOUTHAMPTON: Penyandang juara, Arsenal tersingkir di pusingan keempat Piala FA selepas tewas 1-0, gara-gara gol sendiri ketika menentang Southampton pada pusingan keempat, sebentar tadi. |
| Thailand perketat kawalan keselamatan di sempadan dengan Malaysia Posted: 23 Jan 2021 06:15 AM PST BANGKOK: Thailand memperketatkan kawalannya di sempadan Thailand-Malaysia untuk mencegah penyeludupan migran dan mengekang penularan pandemik COVID-19. |
| Pengacara ikonik temubual TV dan radio, Larry King meninggal dunia Posted: 23 Jan 2021 06:00 AM PST LOS ANGELES: Penyiar TV dan radio ikonik, Larry King, yang mewawancara sesiapa sahaja yang layak ditemuramah sepanjang kariernya selama enam dekad, meninggal dunia hari ini pada usia 87 tahun. |
| Praktik jadual waktu PdP anjal dalam talian Posted: 23 Jan 2021 05:53 AM PST KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mencadangkan jadual waktu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam talian dipraktikkan secara anjal mengikut tahap murid. |
| Lebih 20 cedera letupan di Gaza Posted: 23 Jan 2021 05:40 AM PST GAZA: Lebih 20 orang cedera dan beberapa kediaman musnah akibat letupan besar di kawasan perumahan di Gaza yang ditadbir kerajaan Hamas. |
| AHF tangguh dua kejohanan utama Posted: 23 Jan 2021 05:27 AM PST KUALA LUMPUR: Pasukan hoki lelaki dan wanita kebangsaan perlu menunggu lebih lama sebelum dapat kembali menyertai pertandingan antarabangsa berikutan penangguhan dua kejohanan utama Asia. |
| Bantuan peranti untuk murid tidak mampu Posted: 23 Jan 2021 05:15 AM PST SEREMBAN: Kerajaan akan meneliti bantuan yang sesuai untuk disalurkan kepada murid dari keluarga kurang berkemampuan bagi membantu mengatasi masalah mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). |
| Menteri Kesihatan Sri Lanka positif COVID-19 selepas sahkan ubatan sihir Posted: 23 Jan 2021 05:05 AM PST COLOMBO: Menteri kesihatan Sri Lanka, yang secara terbuka mengesahkan ramuan sihir untuk menghentikan peningkatan jangkitan COVID-19 di pulau itu, diuji positif terhadap virus itu dan akan menjalani kuarantin kendiri, kata pegawai hari ini. |
| Setiu, Kuala Nerus kini zon merah Posted: 23 Jan 2021 04:40 AM PST KUALA TERENGGANU: Daerah Setiu dan Kuala Nerus adalah daerah terbaharu dikategorikan sebagai zon merah COVID-19, hari ini. |
| Kluster Bukit Biah di Terengganu berkaitan aktiviti agama Posted: 23 Jan 2021 03:39 AM PST PUTRAJAYA: Satu kluster jangkitan COVID-19 dikesan di Terengganu, membabitkan aktiviti keagamaan. |
| TSG dapat kelulusan 'terbang' ke Turki Posted: 23 Jan 2021 04:28 AM PST KUALA TERENGGANU: Berita gembira buat pelumba pasukan berbasikal bertaraf benua Asia, Terengganu Cycling Team (TSG) apabila sudah mendapat 'lampu hijau' daripada Jabatan Imigresen Malaysia untuk 'terbang' ke Turki menyertai kejohanan di negara itu. |
| 18 PATI ditahan dalam tiga serbuan di Teluk Ramunia Posted: 23 Jan 2021 01:31 AM PST KUALA LUMPUR: Seramai 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba menceroboh sempadan negara ditangkap di Teluk Ramunia, Pengerang, Johor hasil pengesanan bot asing oleh Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA), awal pagi tadi. |
| Anwar dakwa 114 hingga 115 Ahli Parlimen setuju sidang Parlimen segera Posted: 23 Jan 2021 03:24 AM PST KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini, mendakwa seramai 114 hingga 115 Ahli Parlimen bersetuju sidang Parlimen diadakan segera dengan tumpuan menyelesaikan masalah COVID-19 dan ekonomi. |
| Perumahan Taman Sri Molek Perdana siap selepas lapan tahun terbengkalai Posted: 22 Jan 2021 10:18 PM PST JOHOR BAHRU: Selepas lapan tahun terbengkalai, seramai 160 pembeli Blok F, Perumahan Taman Sri Molek Perdana di sini, akan menerima kunci kediaman masing-masing dalam tempoh terdekat selepas Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) diterima pada pertengahan bulan lalu. |
| Pentadbiran Biden kaji semula perjanjian AS-Taliban Posted: 23 Jan 2021 03:55 AM PST WASHINGTON: Pentadbiran Biden hari ini mahu mengkaji semula perjanjian penting Amerika Syarikat (AS ) dengan Taliban, menumpukan usaha mengurangkan serangan di Afghanistan seperti dicapai dalam perjanjian sebelum ini. |
| Kesan 28,477 pekerja asing positif COVID-19 Posted: 23 Jan 2021 03:54 AM PST PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 28,477 atau 25.4 peratus kes positif daripada sejumlah 112,225 pekerja asing yang disaring dari 1 Disember hingga semalam, melalui ujian saringan secara bersasar terhadap komuniti itu di negara ini. |
| Tidak perlu takut derma darah, SOP ketat Posted: 23 Jan 2021 03:24 AM PST KUALA LUMPUR: Orang awam yang berniat untuk menderma darah tetapi takut ataupun was-was, mereka tidak perlu risau kerana kerana prosedur operasi standard (SOP) bagi tujuan itu dijalankan dengan teliti dan penuh etika bagi mengelak sebarang kemungkinan risiko. |
| Trudeau pemimpin asing pertama terima panggilan Presiden Biden Posted: 23 Jan 2021 03:39 AM PST OTTAWA: Presiden AS, Joe Biden bercakap dengan rakan sejawatnya dari Kanada, Justin Trudeau hari ini mengenai beberapa topik dan membuat rancangan untuk meneruskan perbualan bulan depan, kata Ottawa dan Washington dalam satu kenyataan berasingan. |
| Russia tahan puluhan penunjuk perasaan anti-Putin Posted: 23 Jan 2021 03:31 AM PST MOSCOW: Polis Russia menahan puluhan penunjuk perasaan yang menyokong Ketua Pembangkang yang kini dipenjarakan, Alexei Navalny ketika mereka turun di jalanan memprotes pentadbiran Presiden Vladimir Putin. |
| Shopee padam jualan buku digital Kementerian Pendidikan di gerbangnya Posted: 23 Jan 2021 03:30 AM PST KUALA LUMPUR: Shopee memadam semua senarai penjualan produk buku teks digital dalam platform e-dagangnya dan menyenaraihitam semua penjual yang terbabit kerana menjual bahan yang diperolehi percuma di portal perniagaan itu. |
| MOM yakin Sukan Olimpik ikut jadual Posted: 23 Jan 2021 03:26 AM PST KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) optimis temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan tetap berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos depan. |
| Polis tahan 504 individu ingkar PKP Posted: 23 Jan 2021 02:52 AM PST KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangkap 504 individu semalam, kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). |
| Terlalu awal untuk membuat tentukan punca COVID-19 - WHO Posted: 23 Jan 2021 03:06 AM PST GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai misinya ke Wuhan bagi mengetahui punca sama ada pandemik COVID-19 itu bermula dari China atau sebaliknya. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment