BH Online - Terkini |
- Keputusan Liga Perdana Inggeris
- Semua orang buat salah - Shuk Sahar
- Agong, Raja Permaisuri ucap Selamat Menyambut Thaipusam
- PM ucap Selamat Menyambut Thaipusam
- 20 individu termasuk warga asing ditahan disyaki terbabit kegiatan judi dalam talian
- COVID-19: Lelaki Malaysia antara 3 kes import baharu bergejala di Singapura
- Risiko ancaman penggodam siber masih terkawal - MyCERT
- Rogol anak tiri 105 kali, bapa dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan
- YouTube gantung Donald Trump seumur hidup
- Kepadatan penduduk antara faktor kes COVID-19 harian tinggi di Selangor
- 53 orang terbunuh: Bas, van bertembung
- Zamsaham buru 4 pemain Harimau Malaya
- PBB perlu AS$100 juta bantu pelarian di Afrika
- Gunung Merapi mula meletus
- Siti Artis Lokal Paling Popular
- Pendirian Pemuda UMNO pastikan parti tidak berpecah - Asyraf Wajdi
- COVID-19: 3,680 kes positif baharu
- Aset ATM berada di tahap memuaskan - Affendi
- Rakyat Malaysia 'Uncle Hashim' dianugerah Pingat Order of Australia
- BPN RM2.38 bilion diagih dalam masa 9 hari
- MUIP bantu 3,767 golongan rentan
- Zii Jia tumbang lagi
- Polis rampas rokok, arak seludup di Pulau Pinang
- Sabah mahu PdPR guna nota bertulis untuk murid tiada peranti disegerakan
- Kes campak bayi: Remaja dibebas dengan jaminan RM90,000
- Ringgit kembali meningkat
- Remaja Singapura mahu serang masjid pada ulang tahun tragedi Christchurch
- Konate kembali ke Terengganu
- China sokong Korea Selatan jadikan Semenanjung Korea bebas nuklear
- Malaysia, Australia tingkat hubungan dua hala
| Keputusan Liga Perdana Inggeris Posted: 27 Jan 2021 02:42 PM PST LONDON: Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris: |
| Semua orang buat salah - Shuk Sahar Posted: 27 Jan 2021 09:18 AM PST KUALA LUMPUR: Pelawak Shuk Sahar mengaku kesilapan sendiri jadi punca dirinya didakwa curang terhadap isteri yang hangat diperkatakan netizen, sejak minggu lalu. |
| Agong, Raja Permaisuri ucap Selamat Menyambut Thaipusam Posted: 27 Jan 2021 07:55 AM PST KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengucapkan selamat Hari Thaipusam kepada semua penganut Hindu yang menyambut perayaan itu esok. |
| PM ucap Selamat Menyambut Thaipusam Posted: 27 Jan 2021 07:41 AM PST KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengucapkan selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada semua penganut agama Hindu di negara in yang akan meraikan perayaan itu esok. |
| 20 individu termasuk warga asing ditahan disyaki terbabit kegiatan judi dalam talian Posted: 27 Jan 2021 08:13 AM PST KUALA LUMPUR: Dua puluh individu termasuk sembilan warga asing ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan judi dalam talian di enam premis di Taman Perindustrian Puchong Utama, Bukit Puchong, hari ini. |
| COVID-19: Lelaki Malaysia antara 3 kes import baharu bergejala di Singapura Posted: 27 Jan 2021 08:00 AM PST SINGAPURA: Seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 26 tahun adalah antara tiga kes import baharu bergejala yang dilaporkan di Singapura hari ini, menurut Kementerian Kesihatan republik itu. |
| Risiko ancaman penggodam siber masih terkawal - MyCERT Posted: 27 Jan 2021 07:16 AM PST KUALA LUMPUR: Tahap risiko ancaman penggodam siber di negara ini masih terkawal kerana kebanyakan organisasi awam dan swasta sudah mengambil langkah mengukuhkan keselamatan sistem masing-masing selain sentiasa siap siaga. |
| Rogol anak tiri 105 kali, bapa dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan Posted: 27 Jan 2021 07:09 AM PST KLANG: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 1,050 tahun dan sebatan maksimum 24 kali ke atas seorang lelaki. |
| YouTube gantung Donald Trump seumur hidup Posted: 27 Jan 2021 06:33 AM PST SAN FRANCISCO: Youtube menggantung Donald Trump daripada platform itu seumur hidup. |
| Kepadatan penduduk antara faktor kes COVID-19 harian tinggi di Selangor Posted: 27 Jan 2021 06:32 AM PST SHAH ALAM: Kes positif COVID-19 harian yang tinggi di Selangor sejak kebelakangan ini disebabkan beberapa faktor antaranya kepadatan penduduk terutamanya di kawasan bandar, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari. |
| 53 orang terbunuh: Bas, van bertembung Posted: 27 Jan 2021 05:44 AM PST YAOUNDÉ (Cameroon): Seramai 53 orang terbunuh, selepas sebuah bas bertembung dengan van sarat muatan bahan bakar yang mengakibatkan kedua-dua kenderaan itu hangus. |
| Zamsaham buru 4 pemain Harimau Malaya Posted: 27 Jan 2021 06:18 AM PST KOTA BHARU: Kelab Bola Sepak Kelantan (Kelantan FC) berhasrat mendapatkan khidmat empat pemain kebangsaan yang mempunyai nama besar bagi memperkuat pasukan dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini. |
| PBB perlu AS$100 juta bantu pelarian di Afrika Posted: 27 Jan 2021 06:18 AM PST GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merayu dana berjumlah AS$100 juta (RM404 juta), bagi membantu pelarian akibat konflik dan krisis yang semakin memuncak di Afrika. |
| Posted: 27 Jan 2021 06:07 AM PST JAKARTA: Gunung Merapi memuntahkan asap panas, disusuli letupan kecil menghasilkan awan besar dan debu, bergumpal-gumpal pada sisi kawah gunung berkenaan. |
| Siti Artis Lokal Paling Popular Posted: 27 Jan 2021 06:04 AM PST KUALA LUMPUR: Keampuhan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai penyanyi tersohor negara terserlah apabila muncul pemenang utama pada JOOX Malaysia Top Music Awards 2020. |
| Pendirian Pemuda UMNO pastikan parti tidak berpecah - Asyraf Wajdi Posted: 27 Jan 2021 05:52 AM PST KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO berpendirian tidak akan menyebelahi mana-mana pihak di dalam UMNO yang didakwa terbahagi kepada dua kem, sebaliknya akan memastikan parti politik utama di Malaysia itu tidak berpecah, kata ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. |
| COVID-19: 3,680 kes positif baharu Posted: 27 Jan 2021 02:37 AM PST PUTRAJAYA: Sebanyak 3,680 kes baharu COVID-19 dicatatkan hari ini, menjadikan 194,114 kes keseluruhan dilaporkan di Malaysia. |
| Aset ATM berada di tahap memuaskan - Affendi Posted: 27 Jan 2021 05:38 AM PST KUALA LUMPUR: Aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika ini berada di tahap kesiagaan yang memuaskan, kata Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang. |
| Rakyat Malaysia 'Uncle Hashim' dianugerah Pingat Order of Australia Posted: 27 Jan 2021 05:31 AM PST KUALA LUMPUR: Nama 'Uncle Hashim' mungkin tidak begitu dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia di sini namun beliau bukan seperti bapa saudara atau pak cik anda di rumah. |
| BPN RM2.38 bilion diagih dalam masa 9 hari Posted: 26 Jan 2021 10:38 PM PST PUTRAJAYA: Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) Fasa Kedua yang keseluruhannya bernilai RM2.38 bilion memerlukan masa sekurang-kurangnya seminggu untuk dikreditkan kepada semua akaun penerima. |
| MUIP bantu 3,767 golongan rentan Posted: 27 Jan 2021 05:22 AM PST KUANTAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyediakan bantuan khas COVID-19 2021 sebanyak RM1.13 juta kepada 3,767 golongan asnaf dan miskin di negeri ini. |
| Posted: 27 Jan 2021 05:12 AM PST KUALA LUMPUR: Hajat jaguh perseorangan lelaki badminton negara, Lee Zii Jia untuk menebus kekecewaannya tewas kepada Chou Tien Chen di suku akhir Yonex Terbuka Thailand, dua minggu lalu tidak kesampaian. |
| Polis rampas rokok, arak seludup di Pulau Pinang Posted: 27 Jan 2021 05:08 AM PST KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket pengedaran rokok dan arak seludup selepas merampas 184,800 batang rokok kretek dan 1,632 tin arak tidak bercukai masing-masing bernilai RM151,536 dan RM10,883.48 di Pulau Pinang, semalam. |
| Sabah mahu PdPR guna nota bertulis untuk murid tiada peranti disegerakan Posted: 27 Jan 2021 05:06 AM PST KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah hari ini menasihatkan Jabatan Pendidikan negeri supaya segera melaksanakan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) menggunakan modul bercetak untuk murid dan pelajar yang tiada peranti serta liputan internet. |
| Kes campak bayi: Remaja dibebas dengan jaminan RM90,000 Posted: 27 Jan 2021 04:56 AM PST GEORGETOWN: Remaja yang berdepan dengan pertuduhan membunuh bayi perempuan baru dilahirkannya dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM90,000 hari ini. |
| Posted: 27 Jan 2021 04:56 AM PST KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri penurunan selama tiga hari berturut-turut untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan peningkatan sentimen pasaran yang mendorong selera risiko terhadap mata wang pesat membangun, kata peniaga. |
| Remaja Singapura mahu serang masjid pada ulang tahun tragedi Christchurch Posted: 27 Jan 2021 04:56 AM PST SINGAPURA: Seorang remaja Singapura merancang menyerang dua masjid di bandar raya ini sempena ulang tahun tragedi pembunuhan umat Islam di New Zealand dua tahun lalu. |
| Posted: 27 Jan 2021 04:42 AM PST KUALA TERENGGANU: Kuota pemain import Terengganu FC (TFC) lengkap apabila skuad itu sah mengikat pemain kelahiran Mali, Makan Konate. |
| China sokong Korea Selatan jadikan Semenanjung Korea bebas nuklear Posted: 27 Jan 2021 04:28 AM PST SEOUL: Presiden China, Xi Jinping menyokong penuh inisiatif Seoul menjadikan Semenanjung Korea bebas nuklear dan menyifatkan usaha itu sejajar dengan hasrat kedua-dua negara. |
| Malaysia, Australia tingkat hubungan dua hala Posted: 27 Jan 2021 04:22 AM PST KUALA LUMPUR: Malaysia dan Australia meningkatkan hubungan diplomatik dua halanya menerusi Rakan Kerjasama Komprehensif-Strategik (CSP) yang dirasmikan hari ini. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment