Thursday, January 28, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Premis runcit, farmasi, dobi dibenar operasi hingga 10 malam

Posted: 28 Jan 2021 02:20 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan, memberi kelonggaran premis perniagaan seperti kedai runcit, serbaneka, keperluan harian dan farmasi untuk beroperasi sehingga jam 10 malam, bermula esok.

COVID-19: Kilang ingkar SOP akan ditutup

Posted: 28 Jan 2021 02:50 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menutup kilang yang dikesan gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19, susulan peningkatan kluster kes tempat kerja.

Pengurusan kondominium boleh arah penyewa jalani saringan COVID-19

Posted: 28 Jan 2021 03:25 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi kebenaran kepada pengurusan kondominium, pangsapuri dan kawasan perumahan untuk membuat peraturan mewajibkan penyewa, terutama warga asing menjalani saringan ujian COVID-19, sebelum dibenarkan masuk ke premis kediaman.

PDRM diharap guna budi bicara benar rentas negeri

Posted: 28 Jan 2021 03:23 AM PST

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) diharap menggunakan budi bicara terhadap penduduk terpaksa merentas negeri untuk mendapatkan barangan keperluan harian berikutan lokasi dituju adalah yang terdekat dengan kediaman mereka, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

COVID-19: Azizan Osman cerita pengalaman hampir maut

Posted: 28 Jan 2021 08:02 AM PST

KUALA LUMPUR: Pakar motivasi terkenal, Datuk Azizan Osman menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebooknya, menceritakan pengalaman beliau yang hampir menemui ajal akibat dijangkiti COVID-19.

Belia Malaysia Mogesh tersenarai finalis Anugerah Belia Komanwel 2021

Posted: 28 Jan 2021 07:47 AM PST

KUALA LUMPUR: Anak muda Malaysia, Mogesh Sababathy bakal mengharumkan nama negara apabila diumumkan sebagai finalis, Anugerah Belia Komanwel tahun ini.

Pemandu maut, penumpang parah kereta bertembung lori

Posted: 28 Jan 2021 07:42 AM PST

BATU PAHAT: Seorang pemandu maut, manakala penumpangnya parah apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 4, Jalan Yong Peng-Muar dekat Parit Yaani, di sini, hari ini.

Perlis benar ahli jemaah maksimum solat fardu di masjid

Posted: 28 Jan 2021 07:08 AM PST

KANGAR: Bermula esok, Perlis membenarkan kehadiran jemaah solat fardu di masjid mengikut kapasiti maksimum masjid berkenaan sepanjang tempoh pelaksanaan perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ronaldo didakwa langgar sekatan perjalanan bersama kekasih

Posted: 28 Jan 2021 06:49 AM PST

ROM: Cristiano Ronaldo melanggar sekatan perjalanan COVID-19 dengan berkunjung ke sebuah resort pergunungan, menurut laporan media pada hari ini.

COVID-19: KKM terus cari strategi urus peningkatan kes

Posted: 28 Jan 2021 06:43 AM PST

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus mencari strategi bagi menangani peningkatan jumlah kes COVID-19, kata Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba.

Pemain Wolves sertai JDT

Posted: 28 Jan 2021 06:27 AM PST

KUALA LUMPUR: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya mendapat persetujuan mengikat pemain kacukan Malaysia, Nathaniel Shio Hong Wan.

Wanita warga emas direman kes sogok polis

Posted: 28 Jan 2021 06:02 AM PST

GEORGETOWN: Seorang wanita berusia 63 tahun direman dua hari bagi membantu siasatan kes penawaran wang tunai berjumlah RM28,150 sebagai sogokan kepada anggota polis untuk melepaskan individu yang ditahan.

Semua pekerja asing di Muar, dilarang keluar dari asrama, kilang

Posted: 28 Jan 2021 05:55 AM PST

MUAR: Majlis Perbandaran Muar (MPM) mengeluarkan notis, mengarahkan semua pekerja asing dalam kawasan pentadbiran perbandaran ini, tidak dibenarkan keluar dari lingkungan asrama dan kilang masing-masing serta-merta mulai hari ini hingga diberitahu kelak.

Saksi diminta tampil bantu siasatan kes kereta lawan arus

Posted: 28 Jan 2021 05:50 AM PST

BUTTERWORTH: Polis meminta kerjasama saksi awam insiden sebuah kereta dipandu melawan arus dipercayai untuk mengelakkan sekatan jalan raya di Kilometer (KM) 2.5 Lebuh Raya Lingkaran Luar (LLB) dekat Perai, di sini, supaya tampil membantu siasatan.

Keputusan tunda sepak mula Liga M tepat

Posted: 28 Jan 2021 05:45 AM PST

KUALA TERENGGANU: Presiden Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu (PETEH), Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris menyifatkan langkah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menunda tarikh sepak mula Liga Malaysia (Liga M) musim ini susulan penularan COVID-19 sebagai tepat.

Polis tahan lelaki rempuh 2 sekatan jalan raya

Posted: 28 Jan 2021 05:38 AM PST

SIPITANG: Polis menahan seorang lelaki yang cuba melarikan diri selepas kereta dipandunya merempuh dua sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Melamam, semalam.

COVID-19: Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang jadi PKRC baharu

Posted: 28 Jan 2021 05:32 AM PST

JOHOR BAHRU: Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dijangka dijadikan sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di negeri ini.

PKP: Individu dikesan rentas negeri hanya untuk bersiar-siar

Posted: 28 Jan 2021 05:30 AM PST

BUTTERWORTH: Segelintir individu dikesan mengambil kesempatan merentas negeri dengan memberi alasan untuk memberi barangan keperluan, semata-mata kerana mahu bersiar-siar.

Baddrol tekad julang KDA FC dalam Piala AFC

Posted: 28 Jan 2021 05:17 AM PST

ALOR SETAR: Kapten Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Baddrol Bakhtiar tekad membantu skuad Hijau Kuning melangkah lebih jauh dalam saingan Piala AFC 2021 yang dijadual diadakan secara karnival pada awal Jun ini.

Perjuangan Zii Jia di Bangkok berakhir

Posted: 28 Jan 2021 05:15 AM PST

KUALA LUMPUR: Perjuangan Lee Zii Jia selama empat minggu di Thailand secara tidak rasminya berakhir selepas dia mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam aksi Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF yang berlangsung di Bangkok, sebentar tadi.

Babitkan klinik swasta bagi program vaksinasi - MMA

Posted: 28 Jan 2021 03:44 AM PST

KUALA LUMPUR: Program vaksinasi dapat berjalan lebih cepat jika kerajaan memaksimumkan akses pengagihan menerusi penyertaan lebih banyak klinik swasta.

COVID-19: Kluster baharu pusat pendidikan di Labuan

Posted: 28 Jan 2021 03:50 AM PST

KUALA LUMPUR: Sembilan kluster baharu dikenal pasti Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini, dengan satu kluster membabitkan sebuah pusat pendidikan di Labuan.

PSM masih tunggu keputusan KBS berhubung sukan teras

Posted: 28 Jan 2021 04:51 AM PST

KUALA LUMPUR: Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) masih menunggu keputusan berhubung jaminan diberikan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk sukan sepak takraw kembali disenarai sebagai antara sukan teras di negara ini, kata presidennya, Datuk Seri Ahmad Ismail.

Penolong jurulatih import turut perkasa Sri Pahang

Posted: 28 Jan 2021 04:49 AM PST

KUANTAN: Selepas Thomas Dooley diumumkan sebagai ketua jurulatih Sri Pahang FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini, pasukan itu dijangka memperkenalkan penolong jurulatih import baharu pula.

Pasangan gay lakukan hubungan seks dihukum sebat di Aceh

Posted: 28 Jan 2021 04:45 AM PST

BANDA ACEH: Pasangan gay dikenakan hukuman sebat di khalayak ramai di wilayah konservatif Aceh, Indonesia hari ini kerana melakukan hubungan seks sejenis.

Pasukan pakar WHO mula siasatan COVID-19 di Wuhan

Posted: 28 Jan 2021 04:31 AM PST

WUHAN: Pasukan pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini memulakan penyiasatan berhubung asal-usul pandemik COVID-19 di Wuhan, China selepas menamatkan tempoh kuarantin 14 hari.

Penarafan Moody's bukti kemantapan disiplin fiskal kerajaan

Posted: 28 Jan 2021 02:56 AM PST

PUTRAJAYA: Keputusan Moody's mengekalkan penarafan hutang Malaysia pada A3 dengan tinjauan stabil adalah bukti disiplin fiskal kukuh kerajaan dan prospek pertumbuhan jangka sederhana yang mantap, di tengah-tengah langkah membedung COVID-19.

Khairulnizam tetap kekal fokus hadapi Olimpik Tokyo

Posted: 28 Jan 2021 04:13 AM PST

KUALA LUMPUR: Di sebalik ketidaktentuan yang melanda ketika ini akibat pandemik COVID-19, atlet pelayaran negara, Khairulnizam Mohd Afendy tetap kekal fokus melakukan persiapan bagi menghadapi Sukan Olimpik Tokyo, pada Julai ini.

Acara ujian pertama Olimpik pada Mac ditunda

Posted: 28 Jan 2021 04:12 AM PST

TOKYO: Acara ujian pertama Sukan Olimpik Tokyo terpaksa ditunda disebabkan sekatan perjalanan yang dikenakan Jepun selepas negara itu mengisytiharkan darurat susulan gelombang baharu pandemik COVID-19, kata penganjur hari ini.

COVID-19: Dua pemuda tiada latar belakang penyakit meninggal

Posted: 28 Jan 2021 03:35 AM PST

KUALA LUMPUR: Dua pemuda yang tidak mempunyai latar belakang penyakit dilaporkan meninggal dunia di Selangor dan ibu negara, hari ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template