Sunday, January 3, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Mangsa banjir di Pahang, Terengganu meningkat

Posted: 03 Jan 2021 08:36 AM PST

KUALA LUMPUR: Banjir di pantai timur membabitkan Pahang dan Terengganu semakin buruk malam ini dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat, manakala mangsa di Johor berkurangan berbanding petang tadi.

Khareez, Nadeera juara LCK2

Posted: 03 Jan 2021 08:28 AM PST

SHAH ALAM: Persembahan mantap dan keserasian yang dicipta memberi kelebihan kepada pasangan Khareez dan Nadeera untuk dinobatkan sebagai juara program realiti, Lagu Cinta Kita musim kedua (LCK2) pada malam kemuncak yang dipancarkan secara langsung dari Studio Glenmarie, di sini, malam ini.

Selesaikan segera isu jalan berlubang

Posted: 03 Jan 2021 08:14 AM PST

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menegaskan, kemalangan yang berlaku disebabkan jalan berlubang memerlukan penyelesaian segera.

Mayat mangsa bot karam ditemui

Posted: 03 Jan 2021 07:57 AM PST

PASIR PUTEH: Mayat mangsa bot karam Khamis lalu, Asaari Leh, 46, ditemui 5.30 petang tadi.

Hatrik Martinez lonjak Inter ke puncak Serie A

Posted: 03 Jan 2021 07:26 AM PST

MILAN: Lautaro Martinez meledak hatrik dalam kemenangan 6-2 Inter Milan ke atas Crotone, sekali gus melonjak kelab itu ke tangga teratas Serie A.

Momota positif COVID-19

Posted: 03 Jan 2021 07:19 AM PST

TOKYO: Pemain badminton nombor satu dunia, Kento Momota disahkan positif COVID-19 pada Ahad lalu, sekali gus menyaksikan semua pemain Jepun menarik diri daripada menyertai Terbuka Thailand pada bulan ini, menurut Persatuan Badminton Jepun.

Md Rajihan masih belum ditemui

Posted: 03 Jan 2021 07:15 AM PST

KLUANG: Pasukan mencari dan menyelamat tidak menemui Md Rajihan Junaidi, 28, yang dilaporkan hanyut bersama-sama kereta, walaupun kenderaannya dinaikkan dari kawasan banjir petang tadi.

Tanah runtuh: Jalan Gua Musang - Lojing ditutup

Posted: 03 Jan 2021 06:21 AM PST

GUA MUSANG: Jalan Gua Musang-Lojing ditutup kepada semua kenderaan berikutan tanah runtuh di Kilometer 92, dekat Lojing, di sini.

Ziela hidup bermadu

Posted: 03 Jan 2021 05:57 AM PST

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Ziela Jalil tidak berniat merahsiakan perkahwinan dan menyembunyikan status sebagai isteri kedua seperti tular dalam media sosial, ketika ini.

Syahrul Azwari sarung jersi KUFC

Posted: 03 Jan 2021 06:48 AM PST

KOTA BHARU: Hasrat bekas pemain kebangsaan, Syahrul Azwari Ibrahim kembali berbakti di negeri asal tercapai selepas mengikat kontrak selama setahun bersama Kelantan United Football Club (KUFC).

Banjir: TNB tutup 91 pencawang akibat banjir di Pahang, Johor

Posted: 03 Jan 2021 05:40 AM PST

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup sementara bekalan ke 91 pencawang elektrik di Pahang dan Johor berikutan banjir, akibat hujan lebat yang berterusan.

Joo Ven juara Top Glove Purple League Pro Am

Posted: 03 Jan 2021 05:05 AM PST

PUTRAJAYA: Pemain badminton perseorangan profesional, Soong Joo Ven menepati ramalan apabila mengesahkan kejuaraan perseorangan lelaki Top Glove Purple League Pro Am 2020 di sini, hari ini selepas menewaskan Iskandar Zulkarnain di pentas final.

Irfan minta pandangan, kongsi pengalaman sembuh COVID-19

Posted: 03 Jan 2021 04:51 AM PST

KUALA LUMPUR: Jaguh lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin yang positif COVID-19 baru-baru ini, tetap menjalani latihan kendiri seperti biasa di rumah meskipun masih merasai simptom pandemik seperti penat dan pening.

11 pelombong maut ditembak di Pakistan ketika Subuh

Posted: 03 Jan 2021 04:46 AM PST

QUETTA: Sekurang-kurangnya 11 pekerja lombong arang batu di wilayah terpencil, Baluchistan di barat daya Pakistan mati ditembak.

SIC Racing Team persiap pelumba saingan ATC

Posted: 03 Jan 2021 04:43 AM PST

KUALA LUMPUR: Pengurusan SIC Racing Team mempunyai perancangan spesifik bagi mempersiapkan fizikal dan kecergasan ketiga-tiga pelumba muda mereka menjelang Kejuaraan Asia Talent Cup (ATC) yang dijadual membuka tirainya di Litar Losail, Qatar penghujung Mac ini.

MKT UMNO akan bincang usul tolak kerjasama dengan BERSATU

Posted: 03 Jan 2021 03:37 AM PST

BAGAN DATUK: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan membincangkan isu penolakan kerjasama politik di antara parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada mesyuaratnya, Rabu ini.

Kanak-kanak maut, tiga lain cedera kemalangan di MRR2

Posted: 03 Jan 2021 01:50 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas kenderaan dinaiki empat sekeluarga terbabas di Kilometer 14.5 Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), pagi tadi.

COVID-19: 1,704 kes baharu hari ini

Posted: 03 Jan 2021 03:02 AM PST

PUTRAJAYA: Sebanyak 1,704 kes positif baharu COVID-19, direkodkan setakat hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 119,077 kes.

Rumah pemimpin Demokrat, Republikan jadi sasaran vandalisme

Posted: 03 Jan 2021 04:05 AM PST

Washington: Rumah pemimpin parti Republikan, Mitch McConnell dan Speker Demkorat, Nancy Pelosi, menjadi sasaran vandalisme dengan contengan grafiti, simbahan darah palsu serta dibaling kepala babi.

UMNO minta PRU-15 disegerakan

Posted: 03 Jan 2021 01:46 AM PST

BAGAN DATUK: UMNO mahu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) disegerakan bagi mengembalikan mandat rakyat.

COVID-19: Ada sembilan kluster baharu

Posted: 03 Jan 2021 03:19 AM PST

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesan sembilan lagi kluster baharu COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kluster direkodkan sebanyak 532 kluster, sejak Januari lalu.

Banjir: PPS patuh SOP

Posted: 03 Jan 2021 02:31 AM PST

Johor Bahru: Mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) didapati mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Hampir seluruh bandar Kota Tinggi dinaiki air

Posted: 03 Jan 2021 01:54 AM PST

Kota Tinggi: Banjir di daerah ini semakin buruk apabila air sungai Kota Tinggi melimpah ke kawasan bandar sejak pagi tadi.

UMNO Johor kekal beri laluan Muhyiddin pertahan kerusi Parlimen Pagoh

Posted: 03 Jan 2021 03:04 AM PST

PONTIAN: UMNO Johor kekal dengan pendirian untuk memberi laluan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Yayasan Bank Rakyat peruntuk RM2 juta bantu 10,000 pelajar sekolah

Posted: 03 Jan 2021 02:44 AM PST

ALOR GAJAH: Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyalurkan bantuan persekolahan kepada kira-kira 10,000 pelajar sekolah di 145 lokasi di seluruh negara, dengan peruntukan sebanyak RM2 juta.

Tiga projek infrastruktur bakal lonjak ekonomi Kelantan - Mustapa

Posted: 02 Jan 2021 11:53 PM PST

TUMPAT: Tiga projek infrastruktur yang dibangunkan di Kelantan akan mengubah landskap ekonomi negeri ini sekali gus meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan penduduk.

Pertembungan parti Melayu, Islam hanya undang kegagalan

Posted: 03 Jan 2021 02:02 AM PST

BERA: Parti politik mewakili Melayu perlu mengelak daripada bertanding satu sama lain dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Choong Hann positif COVID-19

Posted: 03 Jan 2021 02:34 AM PST

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann positif COVID-19.

PKPD DTI Langkap, kuarters kakitangan tamat hari ini

Posted: 03 Jan 2021 02:34 AM PST

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Langkap dan kuarters kakitangannya di Hilir Perak, ditamatkan hari ini, lebih awal daripada dijadualkan.

PKPB di Peringat dan Kota, daerah Kota Bharu

Posted: 03 Jan 2021 02:33 AM PST

KUALA LUMPUR: Mukim Peringat dan Mukim Kota di Kota Bharu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama 14 hari, bermula esok.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template