Monday, January 4, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Liverpool tersungkur di Southampton

Posted: 04 Jan 2021 02:35 PM PST

SOUTHAMPTON, United Kingdom: Liverpool gagal mencipta kemenangan buat kali ketiga berturut-turut dalam Liga Perdana apabila gol minit kedua Danny Ings memberikan Southampton kemenangan 1-0 di St. Mary sebentar tadi.

Nafi pengunjung Cameron Highlands kena buat ujian swab COVID-19

Posted: 04 Jan 2021 08:22 AM PST

KUANTAN: Jabatan Kesihatan Pahang menafikan pihaknya mengeluarkan arahan supaya pengunjung Cameron Highlands menjalani ujian pengesanan COVID-19, seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

HSR: kos bayaran pampasan lebih rendah kepada Singapura

Posted: 04 Jan 2021 08:06 AM PST

KUALA LUMPUR: Malaysia yakin kos pampasan yang perlu dibayar berhubung pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah yang dinyatakan Menteri Pengangkutan Singapura, Ong Ye Kung.

Pertemuan khas ketua bahagian UMNO esok

Posted: 04 Jan 2021 07:50 AM PST

KUALA LUMPUR: UMNO akan mengadakan pertemuan khas bersama ketua bahagian parti itu, pagi esok bagi membincangkan usul menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Tengku Hassanal berkenan santuni mangsa banjir di Raub

Posted: 04 Jan 2021 07:39 AM PST

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli menyantuni mangsa banjir di daerah Raub, kira-kira 200 kilometer dari sini.

22,347 mangsa banjir, 286 PPS di 6 negeri

Posted: 04 Jan 2021 07:06 AM PST

KUALA LUMPUR: Banjir di Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu terus mencatatkan peningkatan jumlah mangsa setakat ini, manakala di Johor berkurangan sedikit dan di Kelantan pula kekal, sehingga jam 9 malam tadi.

Solskjaer minta bantuan Keane, Giggs

Posted: 04 Jan 2021 06:29 AM PST

MANCHESTER: Perubahan drastik prestasi Manchester United di atas padang dikatakan berpunca daripada usaha pengendalinya Ole Gunnar Solskjaer mendapatkan bantuan legenda kelab, Roy Keane dan Ryan Giggs.

NADMA salur RM50,000 kepada setiap negeri hadapi banjir

Posted: 04 Jan 2021 06:26 AM PST

KOTA TINGGI: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA ) memperuntukkan bantuan kewangan sebanyak RM50,000 kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) seluruh negara, bagi menghadapi musim banjir ketika ini.

Tajuddin tolak dakwaan ada kepentingan peribadi dalam Latitud 8

Posted: 04 Jan 2021 06:22 AM PST

KUALA LUMPUR: Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menolak dakwaan beliau mempunyai kepentingan peribadi dalam projek hartanah di tanah milik Prasarana di Dang Wangi, dikenali Latitud 8.

Abu Bakar Bashir akan dibebaskan Jumaat ini

Posted: 04 Jan 2021 06:06 AM PST

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia hari ini memaklumkan, pemimpin spiritual kumpulan pengganas Asia Tenggara, Jemaah Islamiah (JI), Abu Bakar Bashir, akan dibebaskan dari penjara Jumaat ini.

Jeffrey Kitingan positif COVID-19

Posted: 04 Jan 2021 05:59 AM PST

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan, semalam.

COVID-19: 14 kluster akibat rentas sempadan, aktiviti sosial sejak 7 Disember

Posted: 04 Jan 2021 04:01 AM PST

PUTRAJAYA: Perjalanan rentas sempadan daerah dan negeri serta terbabit dengan aktiviti sosial dilihat menyumbang kepada sekurang-kurangnya 14 kluster jangkitan COVID-19 sejak 7 Disember lalu hingga kini.

Kelulusan bersyarat untuk vaksin Pfizer, BioNTech dijangka akhir Februari

Posted: 04 Jan 2021 04:23 AM PST

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menjangka kelulusan bersyarat terhadap vaksin COVID-19 keluaran Pfizer dan BioNTech boleh diberikan menjelang akhir Februari ini.

Kes aktif makin hampiri kapasiti PKRC

Posted: 04 Jan 2021 04:17 AM PST

PUTRAJAYA: Jumlah kes aktif yang dicatatkan di Malaysia sudah menghampiri kapasiti di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) dan hospital yang diwartakan bagi merawat pesakit COVID-19.

COVID-19: 5 kluster baharu dikesan

Posted: 04 Jan 2021 03:28 AM PST

PUTRAJAYA: Lima kluster baharu jangkitan COVID-19 direkodkan hari ini, termasuk empat dikesan di Lembah Klang dan satu di Melaka.

Sejumlah 40 peratus kerja kontrak LRT3 dilaksanakan kontraktor Bumiputera - MRCBGK

Posted: 04 Jan 2021 05:43 AM PST

KUALA LUMPUR: MRCB George Kent Sdn Bhd (MRCBGK) menjelaskan pengagihan kontrak projek Laluan Transit Ringan 3 (LRT3) kepada kontraktor Bumiputera berjumlah 39.7 peratus, angka yang melebihi kuota minimum 30 peratus yang ditetapkan.

Langkah berhemat aliran tunai punca Prasarana tak buat bayaran 'segera' - Tajuddin

Posted: 04 Jan 2021 05:40 AM PST

KUALA LUMPUR: Langkah berhemah menguruskan aliran tunai susulan impak COVID-19 terhadap pendapatan antara punca Prasarana Malaysia Bhd tidak dapat membuat pembayaran secara segera kepada kontraktor siap bina atau 'turnkey' bagi projek Laluan Transit Ringan 3 (LRT3), MRCB-George Kent Sdn Bhd (MRCBGK).

Vaksinasi COVID-19 selebriti cetuskan kemarahan di Poland

Posted: 04 Jan 2021 05:33 AM PST

WARSAW: Sebuah hospital di Warsaw diselar kerana memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada selebriti dan ahli politik, sekali gus mencetuskan kemarahan orang ramai yang menuntut kerajaan melakukan siasatan.

City jumpa United tanpa enam tonggak

Posted: 04 Jan 2021 05:29 AM PST

MANCHESTER: Manchester City akan kehilangan enam bintangnya menjelang pertembungan separuh akhir Piala Liga menentang Manchester United minggu ini.

Iran tahan kapal tangki Korea Selatan

Posted: 04 Jan 2021 05:13 AM PST

DUBAI: Pasukan Pengawal Revolusi Iran semalam menahan sebuah kapal tangki yang didaftarkan di Korea Selatan kerana didakwa mencemari kawasan perairan teluk dengan bahan kimia.

Ronaldo pecah rekod Pele

Posted: 04 Jan 2021 05:08 AM PST

MILAN: Cristiano Ronaldo mengatasi rekod Pele untuk menjadi penjaring kedua terbanyak selepas meledak dua gol untuk Juventus ketika menentang Udinese.

Bukan serbu, cuma dapatkan maklumat - Prasarana

Posted: 04 Jan 2021 02:44 AM PST

KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) menafikan dakwaan kononnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu ibu pejabat syarikat itu.

BERSATU tubuh pasukan petugas bantu mangsa banjir

Posted: 04 Jan 2021 04:41 AM PST

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menubuhkan Task Force sukarelawan untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di seluruh negara.

Beijing laksana suntikan vaksin COVID-19 kepada ribuan orang

Posted: 04 Jan 2021 04:34 AM PST

BEIJING: Ribuan orang berbaris di Beijing hari ini bagi menerima vaksin COVID-19 ketika China berlumba menyelesaikan inokulasi jutaan orang sebelum sebahagian besar daripada mereka pulang ke kampung halaman sempena Tahun Baharu Cina.

Bryan teringin kasut emas Liga Perdana musim ini

Posted: 04 Jan 2021 04:26 AM PST

KUALA LUMPUR: Penyerang import Kuching City FC, Bryan Jones Anicezio jelas bernafsu besar apabila sudah bercita-cita untuk merangkul gelaran penjaring terbanyak Liga Perdana musim depan.

Kota Tinggi lumpuh, wakil rakyat minta penduduk tak jadikan banjir pesta air

Posted: 04 Jan 2021 04:25 AM PST

KOTA TINGGI: Pusat bandar Kota Tinggi lumpuh ditenggelami banjir hingga hampir dua meter, sejak Sabtu lalu, dengan hampir semua jalan masuk ke bandar ini ditutup.

Lapan atlet, pegawai lapor diri positif COVID-19

Posted: 04 Jan 2021 04:24 AM PST

KUALA LUMPUR: Selepas diberi tempoh seminggu bagi menyambut Krismas dan Tahun Baharu, seramai 466 daripada 735 atlet podium dan pelapis kebangsaan serta jurulatih kembali melaporkan diri bagi mengikuti latihan pusat sepenuh masa.

Mahkamah UK tolak ekstradisi Assange ke AS

Posted: 03 Jan 2021 08:49 PM PST

LONDON: Mahkamah Britain hari ini menolak permohonan untuk mengekstradisi pengasas WikiLeaks, Julian Assange, ke Amerika Syarikat (AS).

UMNO makin tenggelam jika masih bersama BERSATU

Posted: 04 Jan 2021 03:58 AM PST

KUALA LUMPUR: Peringkat akar umbi UMNO berpendapat peranan parti itu dilihat semakin mengecil dan akan terus tenggelam jika masih bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Waspada ancaman tanah runtuh

Posted: 04 Jan 2021 03:56 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli menasihatkan orang ramai supaya berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca buruk dan hujan lebat berterusan di kebanyakan negeri sekarang mampu mencetuskan bencana tanah runtuh.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template