Thursday, January 7, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Hujan berterusan menyebabkan Hentian Royal Belum, Gerik dinaiki air

Posted: 07 Jan 2021 08:33 AM PST

IPOH: Kawasan Hentian Royal Belum, di Gerik dinaiki air akibat limpahan dari Tasik Banding yang terletak bersebelahan selepas hujan berterusan.

Amaran cuaca buruk dengan hujan lebat di Mersing, Kota Tinggi

Posted: 07 Jan 2021 07:56 AM PST

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) malam ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di daerah Mersing dan Kota Tinggi, Johor sehingga esok.

Hanya 0.5 peratus tuntutan pemberhentian belum selesai - PERKESO

Posted: 07 Jan 2021 07:46 AM PST

KUALA LUMPUR: Hanya 0.5 peratus atau 593 kes bayaran insentif dan bantuan kewangan untuk pekerja yang diberhentikan kerja pada 2020 masih belum selesai, menurut Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Banjir di Kemaman, lebih ramai penduduk dijangka berpindah

Posted: 07 Jan 2021 07:36 AM PST

CHUKAI: Lebih ramai penduduk di sekitar bandar Chukai dijangka berpindah susulan pertembungan air sungai dari hulu dan fenomena air pasang besar.

Permintaan minyak sawit dijangka meningkat bulan depan di Pakistan

Posted: 07 Jan 2021 07:11 AM PST

KUALA LUMPUR: Permintaan minyak sawit Malaysia di Pakistan dijangka meningkat bulan depan menjelang Ramadan yang akan datang, kata seorang pakar industri.

Lebih 28,000 keluarga terjejas banjir di selatan Thailand

Posted: 07 Jan 2021 06:55 AM PST

BANGKOK: Lebih 28,000 keluarga dari 625 kampung di empat wilayah di selatan Thailand - Narathiwat, Yala, Pattani dan Songkhla - terjejas oleh banjir serta kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat berterusan sejak 4 Januari lalu.

SIC dibuka untuk acara basikal, larian

Posted: 07 Jan 2021 06:52 AM PST

KUALA LUMPUR: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan melihat kepada bidang yang belum dimanfaatkan untuk mempelbagaikan pendapatannya agar terus bertahan semasa pandemik COVID-19, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Azhan Shafriman Hanif.

"Abaikan kami, terima akibatnya" - amaran petani kepada kerajaan India

Posted: 07 Jan 2021 06:33 AM PST

KUNDLI: Ribuan petani terus membanjiri lebuh raya utama menuju ke ibu negara India sambil melaungkan slogan anti-kerajaan hari ini.

United perlu belajar lagi - Pogba

Posted: 07 Jan 2021 06:29 AM PST

LONDON: Paul Pogba menyifatkan Manchester United berada di landasan yang tepat, namun perlu belajar daripada beberapa siri kekalahan mengecewakan di separuh akhir jika mahu kembali menjulang trofi.

Bekas pegawai kanan bank dipenjara seumur hidup kerana rasuah

Posted: 07 Jan 2021 05:22 AM PST

BEIJING: Mahkamah China hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur terhadap bekas pegawai kanan bank kerana menerima rasuah berjumlah AS$13.2 juta (RM53.2 juta).

Operasi banjir: Lebih 12,000 anggota PGA siap sedia digerakkan

Posted: 07 Jan 2021 05:16 AM PST

KUANTAN: Lebih 12,000 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di setiap kontinjen negeri bersiap sedia untuk digerakkan bagi membantu operasi banjir di negeri-negeri yang terjejas teruk.

NGO disaran elak beli barangan bantuan di kawasan banjir

Posted: 07 Jan 2021 05:12 AM PST

KAJANG: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir, disaran membeli barangan berkenaan di luar kawasan terjejas bagi mengelakkan berlaku kekurangan bekalan makanan dan produk keperluan harian di lokasi terbabit.

Aura Shalin luar biasa

Posted: 07 Jan 2021 05:10 AM PST

KUALA LUMPUR: Keputusan ratu tenpin boling negara negara Shalin Zulkifli untuk bersara dari sukan berkenaan jelas memberi kesan mendalam kepada rakan sepasukan yang menyifatkan pemain senior berkenaan seorang atlet luar biasa.

21 daerah di Sabah zon merah

Posted: 07 Jan 2021 04:48 AM PST

KOTA KINABALU: Situasi COVID-19 di Sabah semakin membimbangkan apabila 21 daerah kini berada dalam zon merah berbanding dua zon jingga dan empat zon kuning.

Rusuhan jejas imej AS sebagai tunjang demokrasi

Posted: 07 Jan 2021 04:47 AM PST

SYDNEY: Tindakan perusuh menyerbu memasuki Kongres Amerika Syarikat (AS) hari ini, menyebabkan imej negara itu yang dilihat sebagai simbol demokrasi teruk terjejas.

Polis tahan lelaki disyaki ugut bunuh wartawan

Posted: 07 Jan 2021 04:35 AM PST

KUALA LUMPUR: Polis kelmarin menahan seorang lelaki disyaki melakukan ugutan bunuh terhadap seorang wartawan akhbar tempatan.

Pakar kesihatan China pertahan kelewatan keluar amaran COVID-19

Posted: 07 Jan 2021 04:32 AM PST

BEIJING: Seorang saintis kanan China mempertahankan kelewatan negara itu mengeluarkan amaran global ketika awal penularan COVID-19.

Ringgit susut, alami pembetulan teknikal

Posted: 07 Jan 2021 04:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Ringgit susut berbanding kenaikan semalam dan ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan pembetulan teknikal, dan mata wang AS itu tinggi susulan belian selamat selepas Demokrat berjaya menguasai Senat AS.

Lima pegawai MSN positif COVID-19

Posted: 07 Jan 2021 04:22 AM PST

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) mengesahkan lima pegawai mereka positif ujian COVID-19 yang diperoleh, hari ini.

Dua lokasi untuk HSO di Tanah Merah

Posted: 07 Jan 2021 04:25 AM PST

TANAH MERAH: Dua lokasi di daerah ini dijadikan pusat kuarantin untuk kontak rapat pesakit COVID-19 yang menjalani Perintah Pengawasan dan Pemantauan di Rumah (HSO).

MISC terima kapal Seri Erlang

Posted: 07 Jan 2021 04:25 AM PST

KUALA LUMPUR: MISC Bhd (MISC) menerima Seri Erlang, kapal pengangkut etana berskala besar (VLEC) kedua di limbungan kapal Samsung Heavy Industries (SHI), Geoje, Korea Selatan.

Kes harian COVID-19 boleh cecah 8,000 kes sehari

Posted: 07 Jan 2021 02:46 AM PST

KUALA LUMPUR: Statistik kes baharu COVID-19 berkemungkinan meruncing dengan unjuran 8,000 kes sehari seawal minggu ketiga Mac depan, sekiranya nilai kebolehjangkitan (RO) melepasi kadar 1.2.

Banjir bukan sebab penerokaan hutan semata-mata - MB Kelantan

Posted: 07 Jan 2021 04:13 AM PST

TANAH MERAH: Penerokaan hutan tidak terkawal bukan punca utama menyebabkan berlaku gelombang ketiga banjir besar di negeri ini.

'Tidak wajar adakan PRU-15 ketika negara berdepan ancaman COVID-19'

Posted: 07 Jan 2021 04:04 AM PST

KUALA LUMPUR: Seramai 46 pakar kesihatan kanan, persatuan perubatan dan bekas Ketua Pengarah Kesihatan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ketika negara masih diancam pandemik COVID-19.

Tabung Bencana NSTP-Media Prima sumbang baucar kepada mangsa banjir

Posted: 07 Jan 2021 03:57 AM PST

KUANTAN: Seramai 70 keluarga yang terjejas akibat banjir di kawasan Parlimen Indera Mahkota menerima sumbangan daripada Tabung Bencana NSTP-Media Prima, hari ini.

Media Prima serah kit kebersihan kepada JKM negeri

Posted: 06 Jan 2021 06:17 PM PST

KUALA TERENGGANU: Media Prima Berhad (Media Prima) menyerahkan sebanyak 700 kit kebersihan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu, semalam.

COVID-19: 9 kluster baharu

Posted: 07 Jan 2021 03:13 AM PST

KUALA LUMPUR: Sembilan kluster baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan keseluruhan 570 kluster di seluruh negara dicatatkan setakat ini.

HSR bukan projek penting - Dr Mahathir

Posted: 07 Jan 2021 03:46 AM PST

PUTRAJAYA: Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura bukan projek penting kerana kos dikeluarkan melebihi penjimatan masa, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dunia kritik penahanan tokoh pembangkang Hong Kong

Posted: 07 Jan 2021 03:41 AM PST

HONG KONG: Pihak berkuasa Hong Kong berdepan kritikan antarabangsa hari ini, susulan tangkapan tokoh pembangkang prodemokrasi di bawah undang-undang keselamatan baharu dilaksanakan China di hab kewangan itu.

Sudan meterai perjanjian jalin hubungan diplomatik dengan Israel

Posted: 07 Jan 2021 03:35 AM PST

KHARTOUM: Sudan semalam menandatangani 'Perjanjian Abraham' bagi membolehkannya menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template