Friday, January 8, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


HSR: Malaysia dijangka terima pampasan akhir Januari

Posted: 08 Jan 2021 08:19 AM PST

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka menerima tuntutan pampasan penamatan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dari Singapura dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Hampir 120,000 pekerja asing selesai ujian COVID-19

Posted: 08 Jan 2021 04:21 AM PST

KUALA LUMPUR: Seramai 119,940 pekerja warga asing selesai menjalani ujian saringan COVID-19 sejak 1 Januari lalu, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,

Elak guna kelengkapan elektrik terendam air - ST

Posted: 08 Jan 2021 07:40 AM PST

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Tenaga (ST) menasihati orang ramai tidak menggunakan kelengkapan elektrik yang terendam air selain memastikan barang itu diperiksa dan kering sebelum menggunakannya.

Kerajaan lulus pendaftaran bersyarat vaksin COVID-19 Pfizer

Posted: 08 Jan 2021 07:28 AM PST

KUALA LUMPUR: Pendaftaran secara bersyarat bagi vaksin COVID-19 keluaran syarikat Pfizer, "Comirnaty Concentrate for Dispersion", diluluskan untuk kegunaan di Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Tiada sambutan Thaipusam di Selangor

Posted: 08 Jan 2021 06:59 AM PST

SHAH ALAM: Tiada acara sambutan tahunan perayaan Thaipusam di Selangor pada 28 Januari ini bagi membendung penularan pandemik COVID-19, kata Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas Hal Ehwal Selain Islam (HESI) negeri, V Ganabatirau.

Sekatan pergerakan boleh tumbangkan ekonomi - EuroCham Malaysia

Posted: 08 Jan 2021 06:48 AM PST

KUALA LUMPUR: Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (EuroCham Malaysia) memberi amaran sekatan pergerakan kedua yang sama seperti dilaksanakan pada Mac dan April tahun lalu mungkin menyebabkan ekonomi Malaysia tumbang kerana banyak perniagaan akan ditutup.

Ratusan ribu itik dihapuskan di Perancis akibat selesema burung

Posted: 08 Jan 2021 06:32 AM PST

BORDEAUX: Menteri pertanian Perancis, Julien Denormandie, hari ini memberi amaran bahawa ratusan ribu itik lagi akan dihapuskan bagi mengekang penularan penyakit selesema burung dalam kalangan haiwan itu di barat daya Perancis.

Aston Villa turunkan 'pasukan budak' layan Liverpool

Posted: 08 Jan 2021 06:11 AM PST

LONDON: Pertembungan pusingan ketiga Piala FA antara Aston Villa dan Liverpool, awal pagi ini akan diteruskan seperti dirancang, dengan Villa terpaksa menampilkan pasukan muda.

Penguat kuasa bina pos terapung di Pulau Ketam

Posted: 08 Jan 2021 06:05 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membina pos terapung di Pulau Ketam bagi memperkukuh kawalan sempadan negara, berdekatan pantai Selangor.

Dua maut, tiga parah dua kereta bertembung di Gua Musang

Posted: 08 Jan 2021 05:59 AM PST

Oleh Ramli Ibrahim

Wanita Singapura dipenjara akibat tipu pengesan kontak rapat

Posted: 08 Jan 2021 05:50 AM PST

SINGAPURA: Seorang wanita Singapura hari ini dihukum penjara lima bulan kerana menyembunyikan pertemuannya dengan seorang rakan lelaki daripada pengesan kontak coronavirus,

Dua helikopter TUDM bantu hantar bantuan ke Temerloh

Posted: 08 Jan 2021 05:46 AM PST

KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengatur gerak dua Helikopter EC725 AP dari 10 Skuadron bagi menghantar bekalan makanan dan keperluan asas kepada mangsa banjir di sekitar daerah Temerloh, Pahang, hari ini.

Kerajaan perhalusi tindakan segera kurang penularan

Posted: 08 Jan 2021 01:34 AM PST

KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara sedang memperhalusi dan menilai tindakan perlu diambil segera untuk mengawal penularan jangkitan COVID-19.

TNB sumbang RM250,000 kepada Pahang

Posted: 08 Jan 2021 05:34 AM PST

KUANTAN: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyumbang sebanyak RM250,000 kepada kerajaan Pahang bagi membantu meringankan beban mangsa banjir yang kini melanda negeri ini.

TUDM guna helikopter hantar keperluan banjir

Posted: 08 Jan 2021 12:10 AM PST

TEMERLOH: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sentiasa bersiap mengatur untuk menggerakkan segala aset dan anggotanya termasuk penggunaan helikopter untuk membantu menghantar barang keperluan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Temerloh berikutan ada kawasan terputus hubungan melalui laluan darat.

Ayatollah larang Iran import vaksin COVID-19 AS, Britain

Posted: 08 Jan 2021 05:13 AM PST

DUBAI: Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei, hari ini melarang kerajaan Iran mengimport vaksin COVID-19 dari Amerika Syarikat (AS) dan Britain.

PM Pakistan tuduh puak Syiah cuba peras ugut

Posted: 08 Jan 2021 05:04 AM PST

ISLAMABAD: Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, hari ini menuduh puak Syiah Hazara di negara itu cuba memeras ugut beliau dengan terus enggan mengebumikan 10 jenazah pelombong yang dibunuh militan Daesh.

Jawatankuasa Pengurusan Pandemik nilai keperluan PRU-15

Posted: 08 Jan 2021 05:04 AM PST

PUTRAJAYA: Kesesuaian mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ketika penularan COVID-19 akan dinilai Jawatankuasa Pengurusan Pandemik, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh.

Pinda tarikh buka sekolah - MIC

Posted: 08 Jan 2021 04:56 AM PST

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan perlu mempertimbang semula tarikh pembukaan sekolah yang dijadual bermula 20 Januari ini, susulan peningkatan kes baharu COVID-19 sejak beberapa hari lalu.

Reezal tabik Shalin

Posted: 08 Jan 2021 04:54 AM PST

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menzahirkan ucapan terima kasih atas sumbangan besar Shalin Zulkifli selepas ratu tenpin boling itu sah bersara daripada mewakili negara.

121 kawasan di KL, Petaling dan Hulu Langat alami gangguan bekalan air

Posted: 08 Jan 2021 04:48 AM PST

KUALA LUMPUR: Sebanyak 121 kawasan di Lembah Klang khasnya di Cheras, Petaling dan Hulu Langat mengalami gangguan bekalan air susulan paip pecah di Cheras hari ini.

Enam lelaki ditahan kes curi kabel TNB

Posted: 08 Jan 2021 04:36 AM PST

JOHOR BAHRU: Polis menahan enam lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes samun dan curi kabel di kawasan pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB) dekat Bukit Pelali, Kota Tinggi semalam.

CIMB Group tawar bantuan kewangan kepada mangsa banjir

Posted: 08 Jan 2021 04:34 AM PST

KUALA LUMPUR: CIMB Group Holdings Bhd (CIMB) akan menyalurkan bantuan kewangan dan menawarkan obligasi pembayaran untuk menyokong komuniti, pelanggan dan kaki tangan yang terjejas dengan banjir di seluruh negara.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Posted: 08 Jan 2021 04:29 AM PST

KUALA LUMPUR: Ringgit mengatasi penyusutan awalnya apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini walaupun unit negara maju itu mencatat prestasi baik.

Bursa Malaysia ditutup tinggi

Posted: 08 Jan 2021 04:23 AM PST

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia pulih daripada penurunan sesi pagi untuk ditutup tinggi hari ini dengan indeks utama meraih semula momentumnya untuk kekal di atas paras 1,600 mata disokong oleh kenaikan kukuh dalam kaunter sarung tangan getah dan aktiviti membeli saham berharga rendah dalam saham wajaran tinggi terpilih.

Pejabat KWSP Miri dilempar bom petrol

Posted: 08 Jan 2021 03:58 AM PST

MIRI: Kira-kira 30 pelanggan sedang beratur di luar bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Melayu di sini gempar selepas bangunan itu dilempar bom petrol (molotov cocktail) oleh individu tidak dikenali pada jam 3 petang tadi.

MSN, Kompleks Sukan Negara tak ditutup

Posted: 08 Jan 2021 04:11 AM PST

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail menganggap bukan satu pilihan yang baik untuk menutup MSN dan Kompleks Sukan Negara selepas berlaku jangkitan COVID-19 dalam kalangan atlet dan pegawai sukan.

4 maut dalam serangan militan di Afghanistan

Posted: 08 Jan 2021 04:11 AM PST

HERAT: Serangan militan di daerah Ghorian di wilayah barat Herat Afghanistan meragut empat nyawa termasuk seorang ketua polis daerah hari ini, kata seorang pegawai polis di wilayah itu, Atiqullah Wasiq, seperti dilaporkan Agensi Berita Xinhua.

COVID-19: PM buat pengumuman khas Isnin ini - Ismail Sabri

Posted: 08 Jan 2021 02:16 AM PST

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman khas pada Isnin mengenai tindakan yang akan dilaksanakan kerajaan berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 yang menunjukkan trend peningkatan sejak kebelakangan ini.

COVID-19: Selangor rekod jangkitan tertinggi 1,086 kes

Posted: 08 Jan 2021 02:56 AM PST

PUTRAJAYA: Sebanyak 2,643 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dan daripada jumlah berkenaan, 1,086 kes atau 41.1 peratus direkodkan di Selangor.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template