BH Online - Terkini |
- Darjah Datuk diterima Farid Kamil, Boy Iman ditarik balik
- COVID-19: 3,288 kes baharu, 14 kematian hari ini
- KWSP perlu segera umum kaedah pengeluaran untuk insurans hayat
- Kriteria, syarat pengeluaran i-Sinar akan ditambah baik
- RM35 juta tuntutan COVID-19 MySalam diluluskan
- Rita bosan kena intip, ganggu?
- Jual kotak TV Android, pengarah syarikat IT didakwa
- Kerajaan turunkan harga siling baharu RON95, diesel
- Polis bongkar aktiviti judi dalam talian di pusat snuker
- 10,000 kotak pelitup muka untuk orang kurang kemampuan
- NPRA luluskan vaksin COVID-19 yang selamat
- TLDM usir 7 bot nelayan Indonesia ceroboh perairan negara
- Seri Paduka zahir ucapan takziah pemergian veteran perang
- Dua gempa bumi kuat di Asia Tenggara dikesan malam ini
- Kesan minyak diesel ditemui di Sungai Serting
- Rangkuman keputusan pusingan kedua tenis Terbuka Australia
- Pemberontak Houthi serang, bakar pesawat penumpang
- Sapura dapat kontrak berjumlah RM1.85 bilion
- Ebit Lew bina rumah baharu untuk tiga beradik malang
- Polis kompaun 9 pengunjung pusat hiburan, 4 individu ditahan ingkar PKP
- Murali belum hantar permohonan jadi ahli
- 152 CAC pantau 60,000 pesakit COVID-19
- Sorok rokok seludup bersama sayur, buah
- Keputusan Rosmah bebas atau bela diri 18 Februari
- Sumareh dicabar bersihkan nama Selangor FC
- 20 anggota pengaman PBB cedera diserang di Mali
- Aksi Chelsea-Atletico dipindahkan ke Bucharest
- Farid hormat gelaran Datuk ditarik balik
- Pengecualian cukai untuk hotel sokong sektor pelancongan
- COVID-19: Perlis sifar kes baharu dua hari berturut-turut
| Darjah Datuk diterima Farid Kamil, Boy Iman ditarik balik Posted: 10 Feb 2021 02:02 AM PST KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang mengumumkan gelaran Datuk dikurniakan kepada pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari serta penerbit, 'Boy Iman' atau Noruliman A Rahman ditarik balik dan dibatalkan. |
| COVID-19: 3,288 kes baharu, 14 kematian hari ini Posted: 10 Feb 2021 02:36 AM PST KUALA LUMPUR: Kes baharu COVID-19 hari ini kembali mencatat peningkatan apabila sebanyak 3,288 dicatatkan, berbanding 2,764 semalam. |
| KWSP perlu segera umum kaedah pengeluaran untuk insurans hayat Posted: 10 Feb 2021 06:44 AM PST JELEBU: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diminta segera mengumumkan kaedah dan prosedur pengeluaran Akaun Dua bagi pembiayaan insurans dan takaful hayat serta penyakit kritikal ahli dan keluarga. |
| Kriteria, syarat pengeluaran i-Sinar akan ditambah baik Posted: 10 Feb 2021 05:04 AM PST KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menambah baik kriteria dan syarat pengeluaran kemudahan i-Sinar di bawah Kategori Dua. |
| RM35 juta tuntutan COVID-19 MySalam diluluskan Posted: 09 Feb 2021 11:09 PM PST PUTRAJAYA: Sebanyak 67,000 tuntutan berkaitan COVID-19 di bawah inisiatif PRIHATIN MySalam dengan jumlah keseluruhan RM35 juta diluluskan sehingga akhir Januari 2021, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. |
| Rita bosan kena intip, ganggu? Posted: 09 Feb 2021 11:00 PM PST KUALA LUMPUR: Bukan tidak 'move on' dengan titik hitam kegagalan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Razak, sejak lapan tahun lalu. |
| Jual kotak TV Android, pengarah syarikat IT didakwa Posted: 09 Feb 2021 10:56 PM PST PUTRAJAYA: Sebuah syarikat menjual peralatan teknologi maklumat (IT) di Shah Alam menjadi syarikat pertama didakwa di mahkamah atas kesalahan mempromosikan kotak TV Android bagi mendapatkan siaran televisyen secara haram. |
| Kerajaan turunkan harga siling baharu RON95, diesel Posted: 10 Feb 2021 03:39 AM PST KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menurunkan had harga siling baharu bagi produk petrol, RON95 pada RM2.05, manakala diesel pada RM2.15 seliter. |
| Polis bongkar aktiviti judi dalam talian di pusat snuker Posted: 10 Feb 2021 08:08 AM PST KUALA LUMPUR: Polis membongkar kegiatan judi dalam talian yang beroperasi di sebalik pusat snuker di Taman Cahaya, Ampang Jaya dekat sini dan menahan empat individu termasuk dua penjaga premis, semalam. |
| 10,000 kotak pelitup muka untuk orang kurang kemampuan Posted: 10 Feb 2021 08:00 AM PST PUTRAJAYA: Pengarah Urusan Maystar Beauty Sdn Bhd dan pemilik jenama Neutrovis, Zayn Puah dan Pengarah Urusan Anggun Kirana Sdn Bhd serta pemilik jenama Himaya, Datuk KK Chua mengunjungi Putrajaya, bersama dengan duta jenama Neutrovis, Izzue Islam, untuk merasmikan sumbangan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). |
| NPRA luluskan vaksin COVID-19 yang selamat Posted: 10 Feb 2021 07:54 AM PST KUALA LUMPUR: Menganalisis data untuk memilih vaksin COVID-19 yang terbaik dan tepat untuk rakyat Malaysia sangat penting untuk memastikan rakyat yakin terhadap keselamatan dan keberkesanan vaksin. |
| TLDM usir 7 bot nelayan Indonesia ceroboh perairan negara Posted: 10 Feb 2021 07:19 AM PST KUALA LUMPUR: Sebanyak tujuh bot nelayan dari Indonesia yang dikesan menjalankan aktiviti penangkapan ikan dalam perairan negara, kira-kira 36 batu nautika di barat daya Pulau Perak, Kedah diusir keluar, semalam. |
| Seri Paduka zahir ucapan takziah pemergian veteran perang Posted: 10 Feb 2021 02:31 AM PST PORT DICKSON: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan takziah kepada waris veteran Perang Dunia Kedua, Prebet Ujang Mormin, yang meninggal dunia semalam. |
| Dua gempa bumi kuat di Asia Tenggara dikesan malam ini Posted: 10 Feb 2021 07:02 AM PST KUALA LUMPUR: Dua gempa bumi kuat melanda Asia Tenggara dalam tempoh 30 minit malam ini masing-masing di Sumatera dan Kepulauan Loyalty. |
| Kesan minyak diesel ditemui di Sungai Serting Posted: 10 Feb 2021 06:29 AM PST JEMPOL: Sungai Serting di sini dipercayai tercemar susulan bendalir disyaki minyak diesel dikesan pada alirannya, dipercayai dibuang pihak tidak bertanggungjawab menyebabkan airnya berubah menjadi hitam. |
| Rangkuman keputusan pusingan kedua tenis Terbuka Australia Posted: 10 Feb 2021 06:22 AM PST MELBOURNE: Berikut rangkuman keputusan pusingan kedua tenis Terbuka Australia di Melbourne Park, di sini, yang berakhir sebentar tadi. |
| Pemberontak Houthi serang, bakar pesawat penumpang Posted: 10 Feb 2021 06:18 AM PST RIYADH: Sebuah pesawat penumpang terbakar dalam serangan pemberontak Houthi di sebuah lapangan terbang di selatan Arab Saudi hari ini. |
| Sapura dapat kontrak berjumlah RM1.85 bilion Posted: 10 Feb 2021 06:09 AM PST KUALA LUMPUR: Sapura Energy Bhd berjaya mendapat kontrak melalui bahagian penggerudian serta kejuruteraan dan pembinaan (E&C) dengan nilai gabungan kira-kira RM1.85 bilion. |
| Ebit Lew bina rumah baharu untuk tiga beradik malang Posted: 10 Feb 2021 05:56 AM PST KOTA BHARU: Nasib pemuda orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan serta dua abangnya yang tinggal sehelai sepinggang selepas rumah pusaka didiami mereka dekat Kampung Pengkalan Nangka di sini hangus terbakar pagi semalam, mendapat perhatian pendakwa terkenal, Ustaz Ebit Lew |
| Polis kompaun 9 pengunjung pusat hiburan, 4 individu ditahan ingkar PKP Posted: 10 Feb 2021 05:51 AM PST KUALA LUMPUR: Polis menahan empat individu dan mengkompaun sembilan yang lain dalam serbuan di pusat hiburan dekat Dataran Mentari, Petaling Jaya menerusi operasi khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), malam tadi. |
| Murali belum hantar permohonan jadi ahli Posted: 09 Feb 2021 09:00 PM PST KUALA LUMPUR: Dakwaan Murali keahlian dalam FDAM digantung selepas mempersoalkan kehilangan dana bernilai RM250,000 daripada MIDA, tidak ada kena mengena dengan kepemimpinan baharu organisasi itu yang diterajui Presiden, Ahmad Ibrahim sejak 2019. |
| 152 CAC pantau 60,000 pesakit COVID-19 Posted: 10 Feb 2021 05:44 AM PST KUALA LUMPUR: Sebanyak 152 Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) sudah beroperasi di seluruh negara bagi memantau dan mengendalikan 60,052 pesakit. |
| Sorok rokok seludup bersama sayur, buah Posted: 09 Feb 2021 10:31 PM PST KOTA BHARU: Peniaga rokok seludup kini dikesan menggunakan taktik licik dengan menyorok rokok bersama timbunan sayur, buah dan ikan sebelum disimpan dalam stor penyimpanan barang di sebuah gerai. |
| Keputusan Rosmah bebas atau bela diri 18 Februari Posted: 09 Feb 2021 09:32 PM PST KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada Datin Seri Rosmah Mansor akan dilepaskan atau dipanggil membela diri atas tuduhan rasuah berhubung projek tenaga solar di sekolah luar bandar Sarawak, akan diketahui 18 Februari ini. |
| Sumareh dicabar bersihkan nama Selangor FC Posted: 10 Feb 2021 05:38 AM PST KUALA LUMPUR: Bintang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Mohamadou Sumareh digesa tampil membersihkan nama Selangor FC di sebalik pembocoran tawaran kontrak diberikan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) kepada beliau musim lalu. |
| 20 anggota pengaman PBB cedera diserang di Mali Posted: 10 Feb 2021 05:37 AM PST BAMAKO: Kira-kira 20 anggota pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) cedera dalam serangan di markas mereka di tengah Mali. |
| Aksi Chelsea-Atletico dipindahkan ke Bucharest Posted: 10 Feb 2021 05:36 AM PST LONDON: Aksi peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara antara Atletico Madrid menentang Chelsea dipindahkan dari Sepanyol ke Bucharest susulan sekatan perjalanan akibat pandemik COVID-19, UEFA mengesahkan sebentar tadi. |
| Farid hormat gelaran Datuk ditarik balik Posted: 10 Feb 2021 05:32 AM PST KUALA LUMPUR: Aktor dan pengarah, Farid Kamil berlapang dada menerima keputusan Istana Pahang menarik balik gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepadanya. |
| Pengecualian cukai untuk hotel sokong sektor pelancongan Posted: 09 Feb 2021 11:52 PM PST PUTRAJAYA: Pengecualian cukai perkhidmatan bagi hotel sehingga 30 Jun 2021 dilaksanakan untuk menyokong sektor pelancongan, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. |
| COVID-19: Perlis sifar kes baharu dua hari berturut-turut Posted: 10 Feb 2021 02:59 AM PST KUALA LUMPUR: Perlis kekal sebagai negeri tunggal tanpa jangkitan dua hari berturut-turut, apabila mencatatkan sifar kes baharu COVID-19 semalam dan kelmarin. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment