Sunday, February 14, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


West Bromwich ikat United

Posted: 14 Feb 2021 08:17 AM PST

LONDON: Manchester United melepaskan peluang keemasan untuk merapatkan jurang mata dengan pendahulu, Manchester City apabila terikat 1-1 berdepan pasukan kedua terbawah liga, West Bromwich Albion di Stadium The Hawthorns, sebentar tadi.

RUU gangguan seksual siap Mac ini - Rina

Posted: 14 Feb 2021 07:51 AM PST

KUALA LUMPUR: Rang undang-undang (RUU) berkaitan gangguan seksual dijangka siap Mac ini dan dijangka akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

'Pakcik' Radzi nasihat calon tenang jawab soalan SPM

Posted: 14 Feb 2021 07:37 AM PST

KUALA LUMPUR: Datuk Dr Radzi Jidin berharap calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) supaya sentiasa tenang dan terus berusaha untuk menjawab yang terbaik dalam setiap subjek diambil.

Hubungan UMNO, PAS baik - Ahmad Zahid

Posted: 14 Feb 2021 07:06 AM PST

KUALA LUMPU: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan hubungan UMNO dan PAS dalam keadaan baik di sebalik tanggapan kedua-dua parti berdepan masalah.

Wolves bangkit atasi Southampton

Posted: 14 Feb 2021 06:54 AM PST

LONDON: Sepakan menakjubkan Pedro Neto membantu Wolves bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan pasukan sedang bergelut, Southampton 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium St Mary's, sebentar tadi.

Dakwaan Islam radikal di pinggir kota Paris cetus pertelingkahan politik

Posted: 14 Feb 2021 06:45 AM PST

NANTERRE: Dakwaan seorang guru falsafah, Didier Lemaire, bahawa Islam radikal sedang berleluasa di pinggir kota Paris mencetus pertelingkahan politik sengit di Perancis.

Penerima hati, Mohd Afiq Ikmal kritikal

Posted: 14 Feb 2021 06:39 AM PST

KUALA LUMPUR: Selepas 23 tahun menjalani pembedahan pemindahan hati, Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini kini dilaporkan dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri akibat komplikasi hati.

Bukit Aman menarik tugas dua polis 'ganggu' pemandu wanita

Posted: 14 Feb 2021 05:49 AM PST

KUALA LUMPUR: Bukit Aman menarik tugas serta merta dua anggota polis yang didakwa terbabit dalam kejadian gangguan seksual terhadap pemandu kereta wanita di dua sekatan jalan raya, kelmarin.

'Sugar Daddy': PDRM terima laporan IPTA

Posted: 14 Feb 2021 05:16 AM PST

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima laporan dari sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), berhubung mahasiswa di Lembah Klang didakwa menggunakan aplikasi tidak bermoral, bagi mencari 'sugar daddy'.

Penganjur program dihadiri menteri minta maaf gagal patuh SOP

Posted: 14 Feb 2021 05:39 AM PST

KUALA LUMPUR: Penganjur program pertanian yang dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa kelmarin memohon maaf berikutan kegagalan pihaknya untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP).

Menteri perjelas kekeliruan SOP latihan sukan

Posted: 14 Feb 2021 05:28 AM PST

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menjelaskan latihan untuk sukan seperti bola sepak, bola keranjang, sepak takraw dan hoki, dibenarkan secara kemahiran kendiri tanpa membabitkan perlawanan dan sentuhan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Ayob Khan pertahan tindakan 'anak buah'

Posted: 14 Feb 2021 05:28 AM PST

KLUANG: Polis Johor mempertahankan tindakan pegawai dan anggotanya yang menembak mati empat penjenayah di Jalan Pagoh - Parit Sulong awal pagi kelmarin.

Mario Arques lengkapkan import Kelantan FC

Posted: 14 Feb 2021 05:26 AM PST

KUALA LUMPUR: Pemain tengah dari Sepanyol, Mario Arques melengkapkan empat pemain import yang akan menjadi taruhan pasukan Kelantan FC musim ini.

Aiman Sidek berhutang sewa kedai makan

Posted: 14 Feb 2021 05:01 AM PST

KUALA LUMPUR: Berbicara soal impak penularan COVID-19, pasti semua orang ada cerita sendiri termasuk selebriti.

MFL kekal 5 pemain gantian, 2 kali 'drinks breaks'

Posted: 14 Feb 2021 04:56 AM PST

KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengekalkan peraturan pertukaran lima pemain gantian dan dua kali 'drinks breaks' dalam tempoh 90 minit aksi bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Alif intai peluang disenarai kesebelasan utama TFC

Posted: 14 Feb 2021 04:55 AM PST

KUALA TERENGGANU: Selepas dinaikkan 'pangkat', pemain baharu Terengganu FC (TFC), Muhammad Alif Zakaria kini mengintai peluang membarisi kesebelasan utama skuad itu musim ini.

Usman kekalkan kejuaraan welterweight UFC

Posted: 14 Feb 2021 04:53 AM PST

LOS ANGELES: Kamaru Usman menundukkan pencabarnya, Gilbert Burns menerusi 'knockout' pada pusingan ketiga saingan UFC 258 di Las Vegas, semalam

10 rumah musnah terbakar

Posted: 14 Feb 2021 04:07 AM PST

Alor Setar: Sepuluh rumah di Jalan Seberang Kereta Api, Sorok Korok, di sini, musnah dalam kebakaran, petang tadi.

Jepun luluskan vaksin pertama menjelang penganjuran Olimpik

Posted: 14 Feb 2021 04:39 AM PST

TOKYO: Jepun hari ini meluluskan vaksin COVID-19 pertamanya, sekali gus membuka jalan untuk vaksinasi besar-besaran di saat negara itu bersiap untuk penganjuran sukan Olimpik 2020 yang ditangguhkan sebelum ini.

SESB jamin bekalan elektrik lancar di pusat storan vaksin

Posted: 14 Feb 2021 04:24 AM PST

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan memastikan tiada gangguan bekalan elektrik berlaku di pusat penyimpanan vaksin COVID-19 di Sabah.

New Zealand kuatkuasa perintah sekatan COVID-19 di Auckland

Posted: 14 Feb 2021 04:19 AM PST

WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, mengarahkan bandar terbesar negara itu, Auckland, menguatkuasa perintah sekatan buat pertama kali dalam tempoh enam bulan.

Latihan acara beregu hanya secara kuarantin di ABM

Posted: 14 Feb 2021 04:14 AM PST

KUALA LUMPUR: Pemain profesional bagi acara beregu yang mahu menjalani latihan perlu menyertai kem latihan secara kuarantin di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

PTM perhebat pembangunan akar umbi sukan tinju

Posted: 14 Feb 2021 04:13 AM PST

KUALA LUMPUR: Persekutuan Tinju Malaysia (PTM) akan memperhebatkan program pembangunan akar umbi bagi melahirkan lebih ramai petinju untuk mewakili negara.

Tiada halangan skuad boling kebangsaan jalani latihan

Posted: 14 Feb 2021 04:11 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tiada halangan bagi atlet berprestasi tinggi dan elit di peringkat kebangsaan termasuk skuad tenpin boling negara menjalani latihan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 pada masa ini.

30 militan Taliban terbunuh dalam masjid ketika belajar membuat bom

Posted: 14 Feb 2021 03:59 AM PST

KABUL: Sekurang-kurangnya 30 militan Taliban termasuk enam warga asing, terbunuh dalam satu letupan di dalam sebuah masjid di utara Afghanistan semalam.

COVID-19: Lapan daerah di Sabah tiada kes baharu

Posted: 14 Feb 2021 03:46 AM PST

KOTA KINABALU: Lapan daerah di Sabah tidak merekodkan kes baharu positif COVID-19, manakala 14 daerah mencatat pertambahan hanya satu angka, hari ini.

Dron nuklear Russia mampu hancurkan Amerika Utara

Posted: 14 Feb 2021 03:50 AM PST

MOSCOW: Russia bersedia untuk menguji dron nuklearnya yang dikatakan mempunyai kekuatan untuk menghancurkan benua Amerika Utara.

Tak sempat seludup ayam sejuk beku

Posted: 14 Feb 2021 03:46 AM PST

SEMPORNA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mematahkan cubaan menyeludup keluar 300 kilogram (kg) daging ayam sejuk beku menerusi Ops Sejahtera di kawasan perairan Pulau Bohey Dulang, dekat sini, awal pagi tadi.

2 gelandangan maut, 2 cedera ditikam

Posted: 14 Feb 2021 03:33 AM PST

NEW YORK - Dua terbunuh manakala dua lagi cedera dalam empat serangan berasingan di stesen kereta api bawah tanah di New York City.

COVID-19: 41 calon SPM sekolah asrama di Machang positif

Posted: 14 Feb 2021 03:09 AM PST

KOTA BHARU: Seramai 41 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebuah sekolah asrama di Machang disahkan positif COVID-19.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template